Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, August 1, 2010

Bersediakah Diri Untuk Mendidik...?

Assalamualaikum wbt....
Sekadar perkongsian bersama.. muhasabah buat diri untuk bergelar seorang guru.. layak dan mampukah diri untuk berjuang di medan tarbiyah ini...Dalam kesibukan pagi itu..melayan karenah mereka membuat 'kamera Magic'.. baru tersedar salah seorang pelajar tiada bersama.. lantas, pertanyaan di lontar..mencari kepastian..
"Khalifah ( bukan nama sebenar ) mana?"..
"Ibu dia panggil turun cikgu,".. pantas jawapan diberi..
15 minit berlalu, bayangan Khalifah tidak juga muncul.. "lamanya dia ni turun, kenapa ya".. hati kecil mula resah.. Khalifah baru sahaja mencecah umur 7 tahun.. baru sahaja mengenal dunia ini dengan zaman kanak-kanak yang pelbagai warna kehidupan...jiwa khalifah mudah sensitif, mudah menjawab, tak boleh terkena.. pasti meletup api kemarahannya.. jika bahasa kanak2.. "kuat merajuk"... jujurnya..hati ini perlu teguh untuk melayani karenah Khalifah.. Sabar harus diasuh sentiasa.. Kebetulan ibu khalifah juga pengasuh di tadika ini.. banyak cerita tentang khalifah dikongsi bersama.. tentang hati dan harapan seorang ibu.
.
"tak boleh jadi ni..rasanya kena turun"... hati berbisik lagi..
"cikgu turun bawah sekejap, tengok khalifah..jangan gaduh..Allah nampak semua orang"..
"baik cikgu..nanti tambah 10 markah tau cikgu"..
"tak ada markah..ikhlas..Allah beri pahala!"..tegas jawapan diberi kepada mereka semua..

Terlihat kelibat kak su..(ibu khalifah)...
"kak..mana khalifah,.. kenapa akak panggil dia..dia gaduh ka?"..serentak semua pertanyaan dilontarkan kepada kak su..
"ada kat belakang..akak pukul dia..geram akak.."..perlahan kak su bersuara..
"tadi cikgu sal jumpa akak.. semalam Khalifah suruh Ina buka seluar"..
"buka seluar?"... diri meminta kepastian..
Ina kebetulan adalah anak kepada guru di tadika ini juga.. pasti kanak2 sepintar ini akan mengadu pada ibunya.. umur ina baru sahaja mencecah 5 tahun..

"akak tanya dia, kenapa dia nak buat macam tu..dia kata saja nak tengok..".. geram nada kak su ketika itu..cuba mengawal emosi..
" dia kata lagi, kawan2 kat sekolah selalu je cium lelaki & perempuan.. kawan pesan kalau nampak perempuan jolok je"....
"astghafirullah.. Ya Allah kak.. baru darjah satu semuanya..dah pandai semua ni"... diri benar2 terkejut.. tiba2 bahu ini benar2 terasa berat dengan amanah yang dipikul...
"akak pun tak tahu nor..."..
perlahan nada kak su.. risau, malu dan kecewa... mungkin bercampur baur semuanya...
"tak apa kak.. masih ada masa lagi..didik dia dengan baik..nanti akak suruh khalifah naik ya"..
teringat mereka yang lain diatas..pantas kaki melangkah masuk ke kelas..alhamdulilah.. semuanya tekun dengan kamera masing2... entah mengapa.semua ini membuatkan diri berfikir.sungguh berat amanah yang sedang dan bakal dipikul ini...
"GURU".... cukupkah temuduga dan segala yang dipelajari selama 4 tahun ini mendidik diri menjadi guru yang baik buat semua anak didik?.. bukan seorang pelajar yang akan ditemui.. bukan satu perangai yang harus ditangani.. IKHLAS kah diri menghadapi semua ini?.. hendak jadi guru, apatah lagi kaunselor.. bukan semudah menyiapkan hidangan buat tetamu.. ini tarbiyyah.. jiwa guru juga harus ditarbiyyah.. harus juga berlapang dada untuk mentarbiyyah..untuk menjawab INSAK, ada latihan yang boleh dibuat.. persediaan temuduga.. sedaya mungkin dengan izinNya..pasti semua ingin menampilkan yang terbaik di mata penilai.. tetapi.. cuba tanya kembali pada hati..
"BERSEDIAKAH DIRI UNTUK MENDIDIK?.."...
Mendidik bukan sekadar "A" diatas kertas.. sanggupkan membiarkan pelajar terbiar tanpa mengenal dan menunaikan solat yang menjadi tiang agama? sanggupkah melihat perwatakan pelajar semakin liar mewarisi sifat kehaiwanan?.. nama Islam, tetapi Islam diinjak dan dipermainkan..? nilai akhlak mulia hanya tinggal dalam helaian buku pendidikan Islam dan Pendidikan moral..
ya Allah.. sungguh kembara perjalanan ini terlalu sukar.. diri hamba sendiri masih diliputi dengan banyaknya mazmumah.. hamba pohon kekuatan dariMu.. dan sekali lagi.. hamba pohon hati yang ikhlas dan jiwa yang istiqamah dalam ketaatan kepadaMu demi meneruskan perjalanan ini...izinkan hamba Ya Allah..
"cikgu kita turun main lepas ni"... teriakan itu mematikan lamunan..
"hari ni kita tak turun..janji cikgu kan kita nak belajar solat yang betul"..
"alah cikgu..boring lar.."...
"nak belajar jumpa Allah dengan sempurna pun boring..tak nak Allah sayang ker..?"..
"nak cikgu"... serentak semua menjawab....

Izinkan hamba Ya Allah.. berikan pertolongan dan kekuatan buat hamba, sahabat2 dan semua mereka yang bergelar guru untuk memikul dan melunaskan amanah ini dengan sempurna..

No comments: