Bicara Tentang Bahagia...

Saturday, July 31, 2010

IKHLAS....

Assalamualaikum wbt..

Salam mahabbah buat semua hambaNya.. moga saat ini dan selamanya kita dikurniakan dengan nikmat iman dan Islam..istiqamah dalam ketaatan kepadaNya..

Melalui banyak perkara dalam kehidupan, membuatkan diri mencari apakah noktah sebenar sebuah bahagia dalam kembara perjalanan ini.. bagaimana mendidik hati menerima takdirNya dengan redha..tenang dengan ujianNya.. tersenyum dengan semua pemberianNya.. Ya Allah.. terasa cukup sukar menterjemahkan semua perilaku ini dalam kehidupan realiti.. tercari-cari dimana harus diri memulakan semuanya..

Bicara hati mengingatkan diri..kita cuma HAMBA.. dan pantas pertanyaan yang sama muncul kembali..lantas..bagaimanakah diri selayaknya sebagai seorang hambaNYA?.. pasti antara kita punya jawapan tersendiri.. helaian demi helaian dibuka.. sesekali mencari bacaan tazkirah dan kata2 memujuk dan mengingatkan hati..mata tepat memandang pada satu perkataan yang cukup bermakna tetapi terasa berat untuk melaksanakannya.. IKHLAS..

Firman Allah pada hambaNya...:

"berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dan amal untukNya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya."..(QS Ghafir:14)

"Dialah Yang Maha Hidup,tiada sembahan sebenar melainkan Dia, maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan agama bagiNya."(QS Ghafir:65)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya.Ketahuilah sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah.".(QS Az-Zumar:2-3)

tetapi mengapa IKHLAS?...

Kerana hamba yang ikhlas tidak akan merungut dengan pemberian Tuhannya walau dalam bentuk apapun ia sampai kepadanya..=)

Lantas teringat kepada perilaku sendiri...terlalu banyak rungutan akhir-akhir ini.. kadang-kala keluhan putus asa mudah menghampiri diri..juga terbayang kembali kepada kanvas kehidupan yang telah berlalu..hati kecil mudah terusik dengan sedikit kesakitan dari manusia yang dijadikan asbab dariNya, jiwa halus muslimat kerap kali tidak puas hati dengan apa yang dimiliki, pandangan manusia sering menjadi penentu dalam hala tuju..walaupun kadang-kala yang disanggah itu adalah yang batil..,acapkali ada sahaja santapan yang tidak kena pada selera,cukup mudah jari ini menunding dan mencari kesalahan insan lain, malah kadang-kala menayalahkan takdir diri.."MENGAPA INI HARUS BERLAKU?".. perkataan "KALAU" sering meniti di bibir.. banyak bentakan dan amarah bersarang di hati.. jiwa kecil.. mudah mengundur diri.. wajah hilang seri dari kesan wudhu dan solat yang ikhlas.. tidak mendamaikan insan lain yang memandang.. terpancar kekusutan dan keresahan.. Ya Allah.. inilah hambaMu yang tidak mengenal diri dan asal sebagai hamba yang hina...Belajarlah beriman dengan qada dan qadar dengan sebenar2 iman.. menyedari hakikat diri tiada daya dan kudrat sendiri.. asal dari zulumat yang gelap dan hitam.. air mani yang hina.. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.. Dia yang memilikki segalanya..IKHLAS itu satu proses.. harus ada permulaan walaupun mungkin dengan keterpaksaan.. jangan cepat putus asa, jangat cepat mengeluh..jangan mudah terusik, jangan mudah kecewa.. jangan biar jiwa dikuasai amarah.. lawanlah nafsumu... cari Allah dalam setiap perkara yang ditakdirkan untuk dirimu...
Sahl bin Abdullah berkata: "tiada satu yang lebih sukar dalam jiwa manusia melainkan ikhlas kerana didalamnya sama sekali tidak terdapat jalan memuaskan hawa nafsu"..(Jami' al-Ulum wa Al-hikam: 26)

"tidaklah aku berjuang menundukkan diriku dengan perjuangan yang lebih berat daripada perjuangan merebut ikhlas"..(al-Qaud al-Mufid)

Terfikir juga..bukan mudah jalan menuju IKHLAS..ikhlas padaNya.. jauh lagi perjalanan hamba dalam menuju Ikhlas.. lapangkan hati hamba YaAllah.. damaikan jiwa hamba dengan nur ikhlas..tidak mengharapkan apa2 kecuali kecintaan dan redha dariMu..

"hakikat bahagia bukan bermakna kita milikki segala keinginan kita.. tetapi belajarlah mensyukuri pemberianNya dengan IKHLAS.. hakikat bahagia cuma ada pada hati yang IKHLAS.. permulaan jalan dalam menerima takdirnya dengan hati yang redha.. mencari hikmah dalam setiap kesulitan yang ditakdirkanNya.. pasti ada bahagia menanti dirimu"..
I'ALLAH...

3 comments:

Hamba ALLAH; Aishah... said...

Assalamu'alaikum wbt..=)
Bicara tentang ikhlas..,Ikhlas biasa dikaitkan dengan perbuatan yang baik..
Susah untuk menggambarkan ikhlas itu bagaimana. Cuma meyakini ikhlas itu ada apabila hilang wujud diri samada sebelum,ketika dan selepas melakukan sesuatu perkara dan memandang semuanya adalah dengan izin ALLAH..Tiada kudrat kita..
Kita buat sesuatu kerana kasihkan ALLAH dan moga dengan itu ALLAH mengasihi kita..Tiada lain...

syahida said...

waalaikummusalam wbt..
I'Allah... syukran dik.. itulah ikhlas.. buat diri yang hina, terasa terlalu berat merungkai makna ikhlas.. menterjemahkannya dalam setiap perilaku kehidupan sehari2... mungkin tidak sukar bagi insan lain...sekadar muhasabah diri yang dhaif di mana letaknya ikhlas di hati... sukar mencarinya.. sejauh mana dengan mudahnya menghilangkan wujudnya diri dalam sesuatu perkara..=)...

Hamba ALLAH; Aishah... said...

Tersentuh dengan kata2 akak. Muhasabah untuk ishah..sama2 doa moga Allah rezekikan kita ikhlas dan istiqamah..kerana keduanya adalah anugerah ALLAH..