Bicara Tentang Bahagia...

Wednesday, August 24, 2011

-Sedetik Bicara Tentang Cinta-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus,tumbuhnya akan menyeksa insan lain. Jika ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kepada kerosakan. Tetapi jika ia singgah pada hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan,keikhlasan dan taat kepada Ilahi"... (Bicara Hamka)


Friday, August 19, 2011

~Perjalanan rahmat-Mu Ya Rabbi (Bah 2)~


Hari pertama di dalam Wad Tanjung 2 (P)

Selesai urusan pendaftaran wad, sepasang baju hijau diserahkan pada ana.. mata ana melirik pada yana..mohon pengertian.. “yana nak pakai?”.. kami tergelak bersama. Teringat diri ketika bersama seorang sahabat yang dimasukkan ke dalam wad.. dalam kesakitan, dia tetap berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin..sedar2 daripada pembedahan, perkara pertama yang dipersoalkannya adalah tudungnya..auratnya.. ana belajar dari kenangan itu..walaupun berbaju hijau..aurat akan dijaga sebaik mungkin.. dan hanya Allah swt jua yang mampu menjaga kita sebaiknya.. tanpa rahmat Allah, mana mungkin hati ini mahu & mampu menjaga aurat dengan sebaiknya..kerana Allah yang menzahirkan rasa itu di dalam hati..Allah mahu melihat hambaNya terjaga dari sebarang fitnah.. syukurlillah atas segala rahmat-Mu..

Mesej daripada sahabat2 masuk bertalu-talu..mengundang rasa rindu dan hiba di hati..juga membuat diri muhasabah..banyak yang perlu diperbaiki..

….“kalau mampu akak baca ruqyah ayat penyejuk ya, istiqamah dengan asas ruqyah dan baca air deh…” mesej ini ana tatap berulang kali..ya..ana kurang istiqamah..syukran katheer dik..seperti biasa, bicaramu pasti membuat hati ini kembali pada Allah..

…“nak jaga syida macam dulu2..”, bicara itu menggamit pilu di hati..ingin didakap mereka yang dirindui..ya..seperti selalu mereka tetap setia di sisi walaupun terpisah jauh beribu batu…

& satu kejutan yang sudah dapat dirasakan adalah kehadiran sahabat serumah yang dikasihi..Hati kecil dapat merasakan kehadiran mereka walaupun mereka tidak memaklumkan perancangan mereka untuk datang ke Kluang.. mendengar celoteh mereka memang menghilangkan gusar..ada sahaja usikan, gurauan yang menghadirkan tawa di hati ini..

Inilah kasih sayang insan yang Allah pinjamkan buat diri..sejak dari dahulu lagi, diri ini Allah limpahi dengan rahmat kasih sayangNya..dan kesakitan ini walaupun kecil banyak mendidik diri tentang silaturrahim..tentang ukhwah fillah..betapa kasih sayang itu walaupun sekelumit kecil namun ia tetap mampu membahagiakan insan.. dan pada kasih yang terjalin, punya kasih dan cinta yang lebih agung..KASIH ALLAH SWT..

Mata mula menjadi pemerhati setia di wad Tanjung 2..melihat insan2 pilihan Allah turut sama merebut keampunan-Nya.. pesakit paling muda berusia 14 tahun, menghidapi kencing manis.. kedengaran pelik tapi itulah hakikatnya.. Allah Maha Mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendaki-Nya..siapa kita untuk menolak takdir-Nya..mengeluh pada setiap pemberian-Nya..kadang-kala pada perkara yang kita tidak mahu, kita tidak suka ia terjadi namun pada perkara itulah yang mengandungi hikmah dan kebaikan-Nya…

Hari kedua di Wad Tanjung 2 (P)

Sepanjang malam mata cuba dilelapkan namun seringkali terjaga..cuba membiasakan diri di tempat baru, juga resah memikirkan hari esok.. boleh berpuasa atau tidak..?

Jam menunjukkan tepat jam 5pagi.. kelihatan baju hijau terlipat kemas di hujung katil..menggagahkan diri untuk bangun walaupun tubuh dirasakan cukup berat sekali..

Saat azan subuh berkumandang, masuk seorang pesakit di bilik sembahyang..ana panggil dirinya kak Lah. Ruang sembahyang yang kecil sedikit menyukarkan pergerakan..ana hampar sejadah buatnya, lalu ana memutuskan untuk solat dahulu.. tidak terfikir langsung untuk berjemaah.. namun berlainan dengan Kak Lah.. Walaupun ana telah mengangkat takbir, ditepuk bahu ana tanda dia mengikuti ana sebagai makmum.. Saat itu, hati malu.. malu pada Allah..juga pada Kak Lah.. dalam tubuh yang kurang sihat, Kak Lah tetap berusaha merebut pahala pemberian Rabbi.. kerdilnya rasa diri..dan pagi itu Allah membuka rahmat-Nya buat diri.. solat subuh berjemaah.. amalan yang telah terlalu lama ditinggalkan sejak kaki melangkah ke alam pekerjaan..

Jururawat mula menjalankan kewajipan masing2..darah ana diambil untuk kesekian kalinya.. “Nurse boleh puasa tak, dah niat tadi”… soalan itu akhirnya mengundang penerangan yang panjang lebar..diri akur..Allah tidak memberi izinNya untuk ana menunaikan ibadah puasa pada hari ini..

Usai menjalankan tugas rutin setiap pagi, ana mula lihat kehadiran jururawat lain yang datang..mereka akan bertukar syif bertugas..Apabila masing2 bertemu, pelbagai topic perbualan terkeluar..kebetulan katil ana betul2 di hadapan kaunter jururarawt..segala perbualan jelas kedengaran..gelak tawa mereka membuatkan ana menjadi pemerhati setia dari jauh.. Tiba2, tanpa di duga.. doktor membuat lawatan seawal jam 7pagi.. awalnya doktor nie datang..hati ana berbisik perlahan.. Namun yang membuat ana tersenyum adalah telatah para jururawat ketika itu..sapaan doktor di awal pagi telah meleraikan perbualan mereka..kelam kabut mereka melakukan tugas2 seterusnya.. ada yang terus memegang fail, ada yang terus ke katil pesakit..hilang semua jururawat di kaunter..(^_^)..

Terdetik di hati kecil ini..seandainya kita boleh melihat kehadiran Allas swt di depan mata, pasti seluruh hidup ini hanya untuk melakukan ketaatan kepadaNya.. Tetapi kita hanya akan melihat wajah Rabbi..Tuhan Yang Maha Pencipta hanya di akhirat kelak.. Jalan menemui Allah swt hanya satu..iaitu dengan kematian.. Namun, layakkah diri..?hati hiba..andainya pada kesakitan ini mampu mendekatkan diri padaNya..biarlah kesakitan ini kekal selamanya.. Namun jika ia hanya menjauhkan, kepada Allah diserahkan takdir yang terbaik buat diri… Ya Rabbi..moga kedatangan hamba kelak di sana di sambut dengan salam daripada-Mu…. Mampukah hamba..? Hanya rahmat-Mu yang mampu menguatkan langkah hamba..

Hari Terakhir di Wad Tanjung 2…

Seawal jam 4pagi, diri mula tersedar..kepala terasa berdenyut. Namun diri tekad, hati dan jiwa mesti kuat..langkah diatur, moga pagi ini bermula dengan rahmat & maghfirah Allah swt..

Usai menyiapkan diri..diri dipanggil jururawat.. “syahida, makan panadol nie sekarang”.. “sekarang ka nurse?”..arahan yang jelas dipersoalkan kembali..hati terasa berat, namun di telan juga panadol tersebut.. darah diambil untuk entah kali ke berapa..ana lupa.. selesai segalanya,ana atur langkah kaki ke bilik sembahyang.. masih ada lebih kurang 20 minit lagi sebelum subuh..hati rindu bertemuNya..sungguh..banyak kebiasaan ditinggalkan sejak berada di dalam wad.. ya..diri mesti kuat..sekuat & setabah karang di lautan.. dan kekuatan itu juga rahmat Allah swt..

Meniti hari ke-3, hati mula rasa mesra dengan mereka yang berada di wad Tanjung 2..daripada pesakit hingga kepada jururawat & doktor..Ya..disinilah rahmat Allah pada silaturrahim yang terhijab pada pandangan mata kita.. “nurse, bila due date bersalin?”.. “saya dah lebih 9bulan nie..tak bersalin2 lagi”..tersenyum ana mendengar jawapannya.. kagum dengan kekuatan yang Allah beri pada seorang ibu yang sedang sarat mengandung..tekun melunaskan amanah & tanggungjawab..bibir tak pernah lekang dari senyuman..sungguh, ana jatuh hati pada akhlaknya.. “tak pa nurse, Imam Ghazali dulu pun 4 tahun dalam perut”.. “tak lah, gurau ja tadi..saya due 6/9 nie..” kami sama2 tertawa kecil..

Alhamdulillah.. ujian darah menunjukkan platlet darah naik walaupun tidak mencecah ke paras normal...ya, ini kemahuan Allah pada diri.. Allah tahu kemampuan diri..ternanti2 kehadiran doktor..mengharapkan hanya yang terbaik dengan izin Allah..

Dan keputusan Allah pada pagi itu mengizinkan diri keluar dari wad..tanda diri sudah semakin sihat..syukur..lafaz hamdalah adalah bicara terbaik bagi segala nikmatNya..

Hingga hari ketiga di wad Tanjung 2, sudah ada 10 pesakit semuanya..5 pesakit surgical,4 pesakit medical, 1 pesakit gynaf..tersenyum..ana menjadi pemerhati setia bagi setiap catatan di papan putih..salam perkenalan, salam silaturrahim buat mereka.. saling mendoakan, saling berharap..ya itulah suasana apabila berada di hospital..semuanya mengharapkan kebaikan..dan kebaikan itu juga tidak lain adalah rahmat dari Allah swt..

Dan ana melangkah keluar dengan rasa yang bercampur baur..ada nada gembira..namun terselit hiba..diri melalui tarbiyyah terus dari Allah dengan kesakitan ini..ya..kesakitan ini walaupun mungkin kecil..namun banyak mendidik diri.. menguji pergantungan diri kepada Allah..dan kepada Allah jua kita kembalikan segalanya.. mengharap rahmat Allah..belas kasih Allah pada setiap waktu & ketika… InsyaAllah.. Aminn..

Tuesday, August 16, 2011

~Perjalanan rahmat-Mu Ya Rabbi (Bah1)~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Lafaz bicara dengan izin Allah..moga ada nilaian disisi-Nya..

Pagi Jumaat itu,usai solat hajat berjemaah..cepat2 kaki melangkah naik ke bilik kaunseling..sungguh, terasa lain benar tubuh pagi itu..semakin hilang rentak rasanya.. kekuatan dicari melalui kalam Allah, apatah lagi melihat Kak As sedang mengalunkan bacaan Yasin..moga2 bicara Allah mampu menghilangkan kesakitan yang semakin kuat dirasai..

“Syida boleh teman akak ke BSN tak?”. “Akak nak beli nombor pin matrik”…pertanyaan Kak As dijawab dengan anggukan.. hanya Allah yang Maha Mengetahui keadaan diri ketika itu..Ya Allah..demam asbab dari jatuh tempoh hari benar2 menguji kekuatan diri..hati memujuk diri,..Allah mahu buka fasa keampunan ini dengan menggugurkan dosa2 daripada setiap kesakitan yang dilalui..asalkan hati redha,pasti ada ganjaran disisi-Nya..diri mesti kuat.. “boleh kak,kita pergi sekarang ya..”…

“kak..nanti balik nak lena sekejap dalam kereta akak ya, sekejap ja kak sementara sampai sekolah”…Jarak sekolah dengan BSN bukanlah terlalu jauh..5 minit pun sudah boleh sampai..Sebagai seorang kakak, Kak As cukup memahami..ana tidak tahu mengapa, tetapi Kak As mengambil jalan yang lebih jauh jaraknya dari jalan biasa untuk pulang ke sekolah.. “syukran, kak”..namun bicara itu tersimpan di lubuk hati..

Sepanjang Jumaat itu hati dihambat rasa bersalah..banyak amanah yang tidak ditunaikan..Tubuh terasa sakit yang amat sangat..Badan mula panas.. Diri cuba direhatkan sambil mendengar alunan selawat..cuba mengingatkan diri, penderitaan & kesakitan Rasulullah lebih hebat lagi..mahu menegakkan Islam sebagai bekalan untuk umat yang dikasihi..terasa panas air mata mengalir perlahan.. Ya Allah,mengapa diri tidak cukup kuat..?..mesej dihantar pada seorang sahabat.. “Umi, free tak sekarang?”.. “Umi, dalam kelas 1RK2, nape kak”..Jam menunjukkan hampir 10.10pagi..waktu rehat pertama semakin hampir.. “11.10-11.40 umi free”…mesej umi yang bertanyakan mengapa tidak dijawab.. Tanpa dipinta, tiba2 umi muncul disisi.. sungguh, bicara ini sampai kepadanya dengan izin Allah.. itulah sahabat, kebaikan Allah akan sentiasa bersama sahabat..

“umi kan ada kelas, kenapa naik juga, akak tak ada apa2..”.. “tak apa kak, sekejap lagi kelas umi”..kurniaan Allah pada diri ini sejak dahulu adalah kasih sayang dari sahabat2..Allah melimpahkan rahmatNya melalui sahabat2 yang ana milikki.. Nikmat apa lagi yang harus didambakan selepas nikmat iman & Islam jika bukan kasih sayang dari teman2 yang soleh..setia umi menunggu disisi.. “akak kan baru nak lena, kenapa akak terkejut ka”.. Ya Allah..halus dan teliti perasaan yang Engkau kuniakan pada seorang sahabat..Ketika itu juga, rindu datang menyapa..rindunya pada mereka yang pernah bersama dengan diri ini selama hampir 4 tahun..sungguh, kesakitan ini mengundang pelbagai rasa di hati..

Jam menunjukkam 12.15..cepat2 langkah kaki meloloskan diri daripada kawasan sekolah..ayah tersayang sudah menunggu di luar.. dari dahulu juga, kurniaan Allah yang paling berharga adalah kasih sayang..Ya, diri ini tidak pernah putus dengan kasih sayang..kekurangan yang ada ditutupi dengan pinjaman kasih sayang dari Allah swt.. teringat peristiwa konvokesyen..selepas tamat majlis, sengaja diri mencari pintu keluar lain, tidak mahu terus berjumpa dengan ibu & ayah dahulu.. bukan malu tetapi sebak ketika itu..telahan ana silap, ayah & ibu lebih pantas menjejaki puteri sulungnya.. keluar sahaja dari dewan, ayah sudah berada didepan ana..tubuh ana didakap erat, pipi ana dikucup dihadapan ramai orang yang sedang berpusu2 untuk keluar.. Mata2 yang menyaksikan ketika itu, turut mengundang rasa malu pada diri.. Dan seperti kali ini, ayah pasti akan melakukan apa sahaja buat anak2nya..asalkan anak2nya selamat dan bahagia..ya..diri tahu benar perangai ayah..kasih sayang & pengorbanannya tidak pernah berbelah bahagi..

Sampai dirumah, ibu & adik2 menyambut diri..cuba tersenyum, tertawa tetapi hanya seketika..tubuh direbahkan jua.. “panas badan nie long”..ibu membuka bicara..& ana tahu panjang lagi bicaranya selepas itu..namun, itulah bicara kasih seorang ibu.. tubuh ana diurut perlahan, dibasahkan tubuh ini dengan air..dilap dengan tuala basah.. Ya Allah..sapaanMu kali ini sungguh2 menguji kekuatan diri.. ana tidak mampu bangun pun untuk menunaikan solat..ibu meminta ana untuk berbuka..hati menolak.. hiba rasa hati..Rasulullah saw & sahabat2 dulu kuat..penderitaan mereka lagi besar ujianNya.. malu menyapa diri apatah lagi untuk berbuka puasa.. “Long, Allah kan Maha Melihat, Dia tahu apa jadi sekarang, Dia tahu kita mampu atau tidak”..perlahan ibu bersuara.. Ya, ana akui kebenaran bicara ibu..jam hampir pukul 5petang..hanya kerana satu, ana perlukan kekuatan untuk bangun solat..zuhur & asar..kedua2nya wajib ditunaikan..mujur boleh dijama’kan.. akhirnya..,“ibu, tolong ambilkan along air masak”.. panadol ditelan..pahit rasanya..hampir pukul 6 petang baru kewajiban pada Allah dapat ditunaikan..hati hiba.. ampuni hamba ya Allah..

Dan jumaat itu berlalu dengan sayu..semakin berkurang lagi hari2 yang dilalui untuk ramadhan kali ini..sampaikah diri ini hingga ke akhirnya..?

Pagi Sabtu, ana tidak mampu berhelah lagi..ibu seakan memberikan arahan, ana wajib ke hospital. Tiada alasan lagi buat diri.

“dah berapa hari demam?”..pertanyaan jururawat mengundang debaran di hati.. “hari ke-4..”.. “kenapa baru sekarang nak datang?” Tanya jururuwat lagi..diam..tersenyum.. hati berbisik.. “Allah tak izin datang sebelum ni”… “nanti ambil darah, tunggu di bahagian kecemasan, doktor sana akan diagnos”..hanya anggukan diberi.. “terima kasih nurse..”…=)

Sungguh, kadang2 penantian menguji kesabaran. Hampir setengah jam menunggu, tiada yang memanggil. Mujur kaki ini tidak melangkah keluar. Hati memujuk diri.. Sabar itu mendidik jiwa menjadi kuat..sabarlah diri.. Lagu Muslimah alunan Nazriey Johani dibuka..cuba memujuk diri.. “yana, along nak balik..”.. Bulat mata adik ana.. “mesti ayah marah kan kalau kita balik..”, akhirnya kata2 itu mematahkan keinginan yang ada..

“Suhu tinggi, awak demam..38.3, darah ok tapi border line, tekanan laju”.. “kita masuk air dulu ya, & awak kena berbuka..”..lembut bicara doktor di hadapan ana.. “berbuka doktor”?...pertanyaan yang tak sepatutnya tersasul keluar. “kita berbuka, bukan tak boleh ganti kan?”…tak mampu berkata2..mengikut sahaja.. “Jika awak ok, kita lepaskan balik”…kosong rasanya ketika itu..yang pasti, air mata mengalir lagi lagi..

Hampir 1 jam dalam bilik rawatan..kasihan yana menunggu diluar..ingat kan dia balik dulu dengan ayah, tapi setia dia menanti diluar..inilah antara permata2 hati kurniaan Allah..ana dikurniakan adik2 yang ramai..amanah dari Allah..& merekalah juga penghibur lara di hati.. kehadiran pembantu perubatan menyedarkan diri dari lamunan..“suhu dah turun sikit tapi darah awak nie border line, suspek denggi”.. “masuk wad ya?..”.. “saya boleh cakap tak nak ka?”..jawapan itu mengundang senyum antara kami..

Masuk wad…tak pa, Allah nak beri rehat nie..bisikan2 itu cuba memujuk diri. Mata tepat memandang pada kerusi roda dihadapan diri.. “kena naik ka?”.. “naiklah..”.. tapi saya mampu jalan, saya bukan sakit sangat pun.. namun itu hanya bicara dari hati..tak mampu pun dikeluarkan dari kerongkong suara.. hati seakan2 merungut.. tunduk malu apabila ditolak keluar dari unit kecemasan untuk dihantar ke wad Tanjung 2 (P).. Tiba2 bicara seorang sahabat datang mengetuk pintu hati.. “kak..hospital ini tempat rahmat kan..tempat rahmat Allah jatuh..”… perlahan2 wajah diangkat..memandang kiri dan kanan..ya Allah..bicara itu masih segar lagi di ingatan..bicara dari sahabat belahan jiwa ini..Siti Aishah Mohd Dani.. di hospital ramai insan yang sakit..maka disitu juga banyak dosa yang Allah ampunkan.. di sini silaturrahim tidak pernah putus..ziarah saudara kerana Allah..doa buat saudara moga mendapat kesembuhan..semua itu rahmat Allah buat insan2 yang lapang hati dan redha dengan takdirNya..lafaz istghfar kembali menenangkan diri..ampuni hamba ya Allah…lapangkan hati hamba dengan apa jua takdir-Mu..

Wednesday, August 10, 2011

~Pokok & Pohon Kurma...~


Bismillah wal hamdulillah…

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kehidupan ini cukup sempurna dengan takdirNya..lafaz hamdalah adalah bicara terbaik atas kudrat yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai hamba-Nya..

Hari ini cukup 10 Ramadhan..terasa masih segar lagi desir angin awal ramadhan datang menjadi tetamu buat diri..tetamu mulia..bulan Allah..bulan penuh barakah.. bulan ini adalah bulan mencari kekuatan diri yang semakin hilang,..menganyam semula rantai2 ikhlas yang semakin terlerai..menyimpul rapi cinta Ilahi di dalam hati..

Bicara tentang kekuatan..teringat pesan seorang sahabat..meminta ana menghayati lirik lagu “POKOK” nyanyian Hazama..yang pasti setiap insan ada pendapat tersendiri mengenai lagu tersebut..namun di penghujungnya, bicara tetap sama.. walau apapun yang kita pernah lalui, kehilangan, kesakitan, kekecewaan, penderitaan..diri kita cuma hamba Allah..yang Maha Mampu meleraikan segala derita dalam diri adalah Allah swt..pemilik diri kita cuma Allah swt..

Kalau Hazama dalam nyanyiannya bercerita tentang pokok.. tahukah kita Rasulullah saw juga pernah bertanyakan para sahabat mengenai pohon apakah yang menyamai dengan diri seorang muslim..?..yang kekuatan pohon tersebut adalah gambaran kekuatan bagi seorang muslim…?

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang meneka yang ia pokok di wadhi. Berkata Abdullah: “Lalu terdetik di dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya”. Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasululluh beritahulah kami pohon apa itu?” Lalu baginda menjawab: Ia adalah pohon kurma”.

Ana titipkan buat semua apakah kekuatan pohon kurma yang mesti ada pada kita sebagai seorang muslim..moga ada nilaian di sisi Allah swt..


Akarnya yang kuat dan teguh dan tidak boleh ditarik begitu sahaja

Inilah diumpamakan seperti aqidah dalam diri seorang Muslim. Jika diimbau kembali sirah Rasulullah saw, baginda sendiri menanam benih-benih aqidah selama 13 tahun untuk meruntuhkan berhala dalam diri para sahabat baginda hingga lahirnya peribadi yang yakin tanpa ragu dengan risalah Islam ini dan sekaligus tetap pendirian.

Dalam konteks kita sebagai pewaris risalah agung ini, jika itu yang kita hajatkan maka memperteguhkan asas aqidah itu adalah mesti. Proses ini tanpa henti sehingga aqidah itu meresap dalam diri lalu ia mempengaruhi tingkah laku sekaligus dengan keyakinan ini mampu menolak jahiliyah dalam diri hatta kemaksiatan yang mendatang. Justeru moga Allah teguhkan aqidah dan keyakinan terhadapNya dalam kita menghadapi ujian yang kita sendiri tidak tahu apa bentuknya.

Umbutnya yang putih, bersih, suci dan letaknya di bahagian atas pokok

Ini diumpamakan seperti hati seorang Muslim. Hatinya perlu bersih, suci dan tinggi kedudukannya serta tinggi ke'izzahanya sebagai seorang Muslim, bukan muslim sahaja, Mukmin 'Amilin dan muttaqin. Justeru itu hati perlu dibersihkan, disucikan kerana hatilah tempat jatuhnya hidayah dan cahaya Allah. Hati itu juga pintu keilmuaan dan sinaran kecemerlangan peribadi. Ya Rabb bimbinglah hati-hati kami dalam mencari sinar hidayah-Mu.

Daunnya tidak luruh

Ini pula menggambarkan takwa yang tidak dicemari dan dikotori. Ia kekal dan teguh berdiri dengan berpaksikan kebenaran dari Allah. Ya itulah yang kita harapkan. Walau pun kondisi iman dan taqwa itu milik Allah tapi kita layak berusaha. Ayuh kita cari redha-Nya, jangan hiraukan keseronokan dunia yang fana. Kalau pernah tersalah langkah, sama-sama kita beristighfar. Ruang taubat masih ada. Hanya Dia Pemilik hati.


Teguh walau angin melanda

Pohon kurma termasuk pohon yang paling teguh dan 'sabar' menghadapi angin dan terpaannya. Kebanyakan tumbuhan tidak mampu bertahan sedemikian rupa. Hebatkan Sang Pencipta. Oleh itu, seorang mukmin perlu selalu sabar dalam menghadapi ujian, malapetaka dan musibah. Malah pada Mukmin ada 3 jenis kesabarannya iaitu sabar dalam ketaatan Allah, sabar dari kemaksiatan dan sabar menghadapi takdir yang menyedihkan.


Seluruh pohon kurma ada manfaatnya sendiri..

“Sesungguhnya permisalan mukmin seperti pohon kurma. Tidaklah kamu mengambil sesuatu darinya, niscaya bermanfaat bagimu.” (Diriwayatkan oleh Ath Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, 12/ no.13514 dan Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan: “Sanadnya shohih”). Pohon kurma seluruhnya bermanfaat, demikian juga seorang mukmin ketika bergaul dengan teman dan sekitarnya. Ia tidak menampakkan kecuali akhlak yang mulia, adab budi pekerti yang luhur, muamalah baik, memberikan kebaikan dan tidak mengganggu mereka. Selalu memberikan manfaat kepada mereka dalam seluruh pergaulannya.

Itulah antara kekuatan pohon kurma yang mesti kita pupuk dalam diri…Moga Allah rezekikan kita semua dengan nikmat iman dan Islam yang berkekalan dalam diri.. Sama-sama kita pupuk sifat taqwa dalam diri..Jaga Allah, akan jaga kita sebaiknya..


Lagu "POKOK"; Hazama....

~Diri akur belum cukup sabar...~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Salih bin Muhammad meriwayatkan dari sanadnya dari Anas bin Malik r.a berkata : Nabi Saw bersabda : “memukul paha ketika ada musibah itu dapat mengguggurkan pahala, dan sabar itu pada pukulan pertama, dan besarnya pahala menurut besarnya musibah dan siapa yang membaca Inna lillahi wa inna liahi raaji’uun sesudah musibah itu maka Allah swt akan memperbahrui pahalanya sebagaimana pada saat berlaku musibah itu…”

Usai subuh, tubuh terasa cukup lemah..hati tidak kuat untuk mengatakan diri mesti ke sekolah..begitulah Allah swt menguji bicara setiap hamba-Nya..hanya sedikit kesakitan, diri sudah banyak keluhan..dan akhirnya, hampir separuh dari detik waktu pada hari ini dilalui tanpa melakukan apa2 di rumah. hati sedikit terubat dengan pujukan seorang sahabat.. “Allah nak beri syida rehat”….

Diri akur..sabar belum cukup kuat dalam diri..bicara banyak keluhan..dan akhirnya, degan ditemani sahabat yang dikasihi,langkah kaki ini tiba juga di klinik Rabbisyifna.. nekad ke klinik, tidak mahu kesakitan kecil ini membuatkan diri berasa seperti orang yang terlalu sakit..

teringat bicara seorang sahabat.. “ ikhtiar itu pakaian Rasulullah saw dan tawakal itu pula jiwa Rasulullah saw”.. berbekalkan kalimah itu, hati membulatkan tekad, menguatkan langkah..tidak mahu diri menjadi asbab dengan amanah banyak yang tertangguh..

Moga setiap perkara yang berlaku ada nilaian di sisi Allah.. Ampuni hamba kerana tidak cukup kuat untuk menerima setiap takdir-Mu dengan jiwa yang lapang..