Bicara Tentang Bahagia...

Tuesday, November 15, 2011

~BEKERJALAH KERANA ALLAH SWT...~


Assalamualaikum wbt….

Lama teratak saljufirdausi ini sepi tanpa pengisian..terasa hilang hikmah untuk menitipkan bicara..diri rasa jauh daripada Rabbi…kerapkali jatuh, tersasar langkah.. namun kasihNya Allah tidak bertepi..rahmat Allah tidak pernah putus..di sapa dengan ujian sama ada dalam senang@ susah..agar kita kembali kepada hakikat kejadian diri sebagai seorang hamba yang serba kekurangan dan tidak mempunyai daya tanpa izinNya..

22/11/2012…hampir setahun secara rasminya diri bergelar guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.. Segala Puji bagi Allah swt yang masih mengizinkan diri ini untuk terus memikul amanah yang pasti ada hisabNya kelak.. Setiap detik berlalu cuba ana ingat2 kembali..rasanya banyak lagi amanah yang tidak tertunai..dalam diri semakin terlerai simpulan ikhlas…kadang2 pandangan manusia lebih diutamakan daripada pandangan Allah swt…tercari2 jiwa kehambaan yang semakin hilang dalam diri.. rungutan,rasa mazmumah lebih banyak bersarang di dalam hati.. Ya Allah.. inikah watak hamba yang memikul amanah dari-Mu…

Bicara ini ana titipkan sebagai ingatan buat diri sendiri..

Juga sebagai ingatan buat sahabat2 yang dikasihi..
Buat sahabat2 sejawatan..sepasukan..

Pandanglah..tiap waktu yang ada..

KITA BEKERJA KERANA ALLAH….

Ya, melafazkannya cukup mudah..

Bukan untuk merealitikannya..

Namun, bersangka baiklah dengan ALLAH SWT..

Mohonlah padaNya dengan hati yang rendah..

Moga KITA BEKERJA KERANA ALLAH SWT…


BEKERJA KERANA ALLAH SWT..

Jangan diungkit walau sezarah..
Hati tidak berasa gundah

Perasaan tidak mudah marah

Segala urusan menjadi mudah

Kerja tidak menjadi susah

Tenaga tidak menjadi payah

Fikiran tidak keluh kesah


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Jangan terlari niat, nanti membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah

Letakkan diri di paling bawah

Jangan menyimpan ujub, nanti jadi barah

Halatuju menjadi terarah

Ketaatan tidak ditarah-tarah

Komitmen bersama mudah dikerah


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap DADAH

Keaiban insan tidak dihebah

Mimpikan PANGKAT mengundang PARAH

Segala keputusan adalah musyawarah

Segala kesusahan dianggap riadah

Segala kelebihan anugerah ALLAH semata-mata..


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak insan jangan di jarah

Kuasa makhluk tidak di sembah

Musuh tidak mudah mengacah

Kawan jangan dijadikan amah

Maksiat jangan dibiarkan bernanah

Punca masalah hendaklah di rajah

Perbualan jangan di tambah perencah


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Jangan takut turun ke lembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah

Harapan rakan bersama dicecah

Kelebihan rakan jadikan madrasah

Hal yang kecil jangan direnyah

Prinsip jangan mudah digoyah

Kelemahan rakan jangan digeledah..


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakAn barakah

Keazaman jangan dibiar lelah

Perut jangan makan makanan berkolah

Ibadah biar tinggi mengalah

Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah

Kepuasan jangan dibiar sudah

Semangat biar sehebat Hamzalah

BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewangan terasa bersalah

Rasakan kerja semuanya indah

Hendaklah sentiasa bermujahadah

Kerja bukanlah main redah

Diri tidak menadah-nadah

Alhamdulillah di bibir sentiasa basah

Zikir di hati sentiasa menerjah

Jangan dilalaikan ditikar sejadah

Segalanya hanya kerana ALLAH SWT…


Friday, October 7, 2011

Bicara dengan izin Allah...


Bismillah wal hamdulillah..

Segala puji bagi Allah yang masih menggerakkan tiap denyut nadi ini dengan nikmat iman dan Islam..hanya Allah swt yang Maha Tahu bahawa langkah kaki ini seringkali tersasar dari landasan-Nya..namun ampunan dan kasih-Nya tidak pernah kurang buat diri..

Ya..biar sebanyak mana kali pun kita pernah tersungkur..jatuh..namun jangan pernah putus asa untuk bangun..carilah Allah kembali..kerana Allah swt itu Maha Dekat dalam diri kita…keampunan Allah lebih besar daripada dosa2 kita..

“katakanlah ( wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39;53)

Saat ini, hati dan jiwa sedang mengintai2 ruang & jalan yang boleh memberi kekuatan..tawa di bibir bukanlah gambaran segalanya..bicara yang dilafaz bukanlah bicara hati yang hakiki.. hanya Allah swt jua yang Maha Memahami segalanya.. kadang-kala jalan yang dilalui terasa sukar..hati ini menangis..rasa malu menghimpit diri.. malu untuk meminta & merayu kepada-Nya..hina diri bersalut dosa & noda tiada henti..

Pagi tadi..ustaz berbicara tentang sifat seorang mukmin.. ya Allah.. diri ini ternyata jauh dari-Mu..namun bait2 bicara ustaz seakan memujuk diri.. jangan putus asa dari istighfar.. kadang-kala saat hati & iman diuji-Nya, mahu sahaja diri meminta agar ditarik segala nikmat pancaindera, nikmat perasaan yang pelbagai rasa.. ya..diri ini tidak lagi mahukan apa-apa..andai jiwa tanpa perasaan itu mampu mengembalikan diri ini kepada rabbi..maka biarlah diri ini buta,tuli dan bisu tanpa segalanya..

“Barang siapa bersyukur, sesungguhnya syukurnya itu untuk dirinya sendiri”..(An-Naml;40)

Diri ini belum cukup mengenali makna syukur kepada-Nya yang sebenar.. belum lagi memaknakan rasa syukur yang hakiki ke dalam jiwa…berikan hamba kekuatan Ya Rabbi..pimpin hamba ke jalan yang benar..lunakkan hati hamba hanya untuk mencintai-Mu..cukupkan hamba dengan takdir-Mu..

Petang ini, InsyaAllah..takdir-Nya akan membawa diri ke daerah Pontian bersama-sama amanah iaitu para pelajar yang harus ana pelihara sebaiknya..mampukah diri menjaga setiap hak Allah dengan sebaiknya?..Allah memberikan pilihan pada setiap bisikan yang hadir..maka pilihlah bisikan yang benar disisi-Nya.. Ya Allah, jadikan langkah kami, perjalanan kami, tiap pergerakan kami..dari awal hingga akhir adalah takdir yang Engkau redhai dan takdir yang engkau berikan kebaikan disisi-Mu...InsyaAllah..Aminn..