Bicara Tentang Bahagia...

Saturday, July 31, 2010

IKHLAS....

Assalamualaikum wbt..

Salam mahabbah buat semua hambaNya.. moga saat ini dan selamanya kita dikurniakan dengan nikmat iman dan Islam..istiqamah dalam ketaatan kepadaNya..

Melalui banyak perkara dalam kehidupan, membuatkan diri mencari apakah noktah sebenar sebuah bahagia dalam kembara perjalanan ini.. bagaimana mendidik hati menerima takdirNya dengan redha..tenang dengan ujianNya.. tersenyum dengan semua pemberianNya.. Ya Allah.. terasa cukup sukar menterjemahkan semua perilaku ini dalam kehidupan realiti.. tercari-cari dimana harus diri memulakan semuanya..

Bicara hati mengingatkan diri..kita cuma HAMBA.. dan pantas pertanyaan yang sama muncul kembali..lantas..bagaimanakah diri selayaknya sebagai seorang hambaNYA?.. pasti antara kita punya jawapan tersendiri.. helaian demi helaian dibuka.. sesekali mencari bacaan tazkirah dan kata2 memujuk dan mengingatkan hati..mata tepat memandang pada satu perkataan yang cukup bermakna tetapi terasa berat untuk melaksanakannya.. IKHLAS..

Firman Allah pada hambaNya...:

"berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dan amal untukNya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya."..(QS Ghafir:14)

"Dialah Yang Maha Hidup,tiada sembahan sebenar melainkan Dia, maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan agama bagiNya."(QS Ghafir:65)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya.Ketahuilah sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah.".(QS Az-Zumar:2-3)

tetapi mengapa IKHLAS?...

Kerana hamba yang ikhlas tidak akan merungut dengan pemberian Tuhannya walau dalam bentuk apapun ia sampai kepadanya..=)

Lantas teringat kepada perilaku sendiri...terlalu banyak rungutan akhir-akhir ini.. kadang-kala keluhan putus asa mudah menghampiri diri..juga terbayang kembali kepada kanvas kehidupan yang telah berlalu..hati kecil mudah terusik dengan sedikit kesakitan dari manusia yang dijadikan asbab dariNya, jiwa halus muslimat kerap kali tidak puas hati dengan apa yang dimiliki, pandangan manusia sering menjadi penentu dalam hala tuju..walaupun kadang-kala yang disanggah itu adalah yang batil..,acapkali ada sahaja santapan yang tidak kena pada selera,cukup mudah jari ini menunding dan mencari kesalahan insan lain, malah kadang-kala menayalahkan takdir diri.."MENGAPA INI HARUS BERLAKU?".. perkataan "KALAU" sering meniti di bibir.. banyak bentakan dan amarah bersarang di hati.. jiwa kecil.. mudah mengundur diri.. wajah hilang seri dari kesan wudhu dan solat yang ikhlas.. tidak mendamaikan insan lain yang memandang.. terpancar kekusutan dan keresahan.. Ya Allah.. inilah hambaMu yang tidak mengenal diri dan asal sebagai hamba yang hina...Belajarlah beriman dengan qada dan qadar dengan sebenar2 iman.. menyedari hakikat diri tiada daya dan kudrat sendiri.. asal dari zulumat yang gelap dan hitam.. air mani yang hina.. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.. Dia yang memilikki segalanya..IKHLAS itu satu proses.. harus ada permulaan walaupun mungkin dengan keterpaksaan.. jangan cepat putus asa, jangat cepat mengeluh..jangan mudah terusik, jangan mudah kecewa.. jangan biar jiwa dikuasai amarah.. lawanlah nafsumu... cari Allah dalam setiap perkara yang ditakdirkan untuk dirimu...
Sahl bin Abdullah berkata: "tiada satu yang lebih sukar dalam jiwa manusia melainkan ikhlas kerana didalamnya sama sekali tidak terdapat jalan memuaskan hawa nafsu"..(Jami' al-Ulum wa Al-hikam: 26)

"tidaklah aku berjuang menundukkan diriku dengan perjuangan yang lebih berat daripada perjuangan merebut ikhlas"..(al-Qaud al-Mufid)

Terfikir juga..bukan mudah jalan menuju IKHLAS..ikhlas padaNya.. jauh lagi perjalanan hamba dalam menuju Ikhlas.. lapangkan hati hamba YaAllah.. damaikan jiwa hamba dengan nur ikhlas..tidak mengharapkan apa2 kecuali kecintaan dan redha dariMu..

"hakikat bahagia bukan bermakna kita milikki segala keinginan kita.. tetapi belajarlah mensyukuri pemberianNya dengan IKHLAS.. hakikat bahagia cuma ada pada hati yang IKHLAS.. permulaan jalan dalam menerima takdirnya dengan hati yang redha.. mencari hikmah dalam setiap kesulitan yang ditakdirkanNya.. pasti ada bahagia menanti dirimu"..
I'ALLAH...

~ Bicara Rindu ~


Ya Allah...
Bernaunglah rasa ta'abbud itu dihatiku..
Sungguh..
Diri ini lemah..
Tidak berdaya..
Teramat memerlukanMu..
Tiap detik dan ketika..
Dalam duka dan bahagia..
Agar Engkau yang sentiasa utama..
Kerana itulah noktah sebenar bahagia..

Wednesday, July 21, 2010

Perumpamaan Dunia....


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, suatu yang melalaikan,perhiasan;bermegah-megahan antara kamu serta berbanggaan tentang banyaknya harta dan anak2, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya (Al-Hadid 57:20)

"Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Itulah orang2 yang tidak memperolehi akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia2lah apa yang telah mereka kerjakan( Hud :15-16)

"Barangsiapa mengkehendaki kehidupan sekarang(duniawi), maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.." (Al-Isra' :18)

"Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan diakhirat, maka akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapayang mengkehendaki keuntungan dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian keuntungan dunia dan tidak baginya suatu bahagian pun diakhirat." ( Asy-Syu'ara :20)

Diriwayatkan pada suatu hari nabi Muhammad SAW melalui bangkai kambing. Lalu Baginda saw bersabda: "Tidakkah engkau melihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?". Mereka menjawab, "jelas saja hina, buangkanlah ia". Kemudian Baginda bersabda lagi:"Demi zat yang aku dalam kekuasaaNya,sesungguhnya dunia ini lebih hina bagi allah daripada bangkai kambing pada pandangan pemiliknya. kalau dunia disisi allah sebanding dengan sayap nyamuk, tidak akan seteguk air pun diberi kepada orang kafir"..

"Tempat cemeti seseorang diantara kamu disyurga lebih baik daripada dunia dan segala isinya. sesungguhnya berpagi hari atau berpetang hari di jalan Allah lebih baik dari dunia dan segala isinya". ( HR Bukhari & Muslim )

Rasulullah saw bersabda :
"sesungguhnya aku telah menjauhkan dunia untukmu.janganlah kau hidupkan dia sesudahku. Sesetengah kebusukan dunia adalah tanda bahawa kederhakaan terhadap Allah ada di sana. Sesetengah keburukan dunia adalah bahawa kau tidak ingat pada akhirat kecuali dengan meninggalkannya. Ingatlah, ambilah dunia sekadarnya, jangan engkau menyertainya dan beramal lah. Sesungguhnya punca kepada segala kesalahan adalah cinta kepada dunia dan kesenangan yang sedikit dapat mengheret seseorang kepada derita yang panjang"..

kata saidina Ali kepada salman al-Farisi ....
"dunia itu umpama ular, lembut sentuhannya tetapi bisanya mematikan,maka berpalinglah kamu dengan menjauhkan diri semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman kamu kepadanya(dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai kamu dari bahaya dunia itu."

Ya Rabbi.. begitulah dunia pada pandanganMu.. namun, yang menjadi keutamaan pada hati dan jiwa hamba ini adalah dunia..sukarnya perjalanan menujuMu.. hanya rahmatMu yang menguatkan hamba.. seringkali hamba tewas dengan dunia..namun tidak pernah Engkau menjauhi hamba.. Ya Allah jadikan dunia ini titian bagi hamba menuju kepadaMu....



Tuesday, July 20, 2010

Ketakutan Nabi Daud A.S kepada Allah..

Diriwayatkan oleh Mujahid: “Nabi Daud as. menangis selama 40 hari dalam sujud tanpa mengangkat kepala sehingga tumbuh lumut-lumut dari titisan air matanya, beliau juga menutup mukanya disebabkan kesalahan yang telah dilakukannya.”

Lalu kedengaran suara yang berkata: “Wahai Daud, apakah kamu lapar, kalau kamu lapar kamu akan diberi makan. Kalau kamu haus kamu akan diberi minum, kalau kamu tiada pakaian kamu akan diberi pakaian.”

Apabila Nabi Daud mendengar suara itu maka beliau pun memekik dengan pekikkan yang sungguh kuat sehingga kayu yang basah menjadi kering dan terus terbakar disebabkan takutnya kayu itu.

Kemudian Allah SWT menerima taubat Nabi Daud, lalu Nabi Daud berdoa: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah kesalahanku ditulis dalam tapak tanganku.” Maka tertulislah kesalahan Nabi Daud ditapak tangannya. Nabi Daud tidak membuka tapak tangannya walaupun ketika hendak makan, minum atau untuk keperluan lain. Setiap kali Nabi Daud melihat kesalahan yang tertulis di tangannya beliau akan menangis.”

Mujahid meneruskan ceritanya lagi: “Dibawakan kepada Nabi Daud gelas yang mengandungi 2/3 air untuk diminum, apabila Nabi Daud meletakkan gelas pada bibirnya maka terpandanglah beliau akan kesalahan yang tercatit di tangan beliau. Lalu menangislah Nabi Daud sehingga gelas tadi dipenuhi dengan air matanya.”

Diriwayatkan bahawa Nabi Daud tidak mengangkat kepalanya memandang ke langit sehingga beliau wafat, ini adalah kerana malunya beliau kepada, Allah SWT.

Dalam munajatnya Nabi Daud as. pada Allah SWT, beliau berkata: “Wahai Tuhanku! Apabila aku mengingatkan kesalahanku, maka sempitlah bumi ini bagiku. Apabila aku ingat kepada rahmatMu maka kembalilah nyawaku. Mahasuci Engkau wahai Tuhanku, Engkau datangkan doktor-doktor hamba Engkau untuk mengubati kesalahanku. Kesemua mereka menunjukkan aku kepada Engkau. Maka celakalah bagi orang-orang yang berputus asa dari rahmat Engkau.”

Pada suatu hari Nabi Daud telah mengingati dosanya, beliau pun melompat dengan meletakkan tangannya ke atas kepala lalu berlari sehingga sampai di bukit. Kemudian berkumpullah binatang buas mengadapnya. Berkata Nabi Daud as. pada binatang-binatang itu: “Baliklah kamu semua, aku tidak memerlukan kamu semua. Sesungguhnya yang aku kehendaki ialah, setiap orang hendaklah menangis di atas kesalahan mereka itu, dan setiap yang melakukan kesalahan pada Allah hendaklah menangis.”

Berkata Nabi Daud as. “Tinggalkan aku, biar aku menagis sebelum hari tangisan. Sebelum datang hari di mana tulang-belulang aku dihancurkan dan dibakarnya perutku, dan sebelum disuruh kepadaku oleh para malaikat yang bersikap kasar dan keras. Mereka itu tidak sekali-kali menderhakai Allah dan mereka itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah ke atas mereka.”

Abdul Aziz bin Umar berkata: “Ketika Nabi Daud as. telah membuat kesalahan maka kuranglah merdu suaranya, lalu beliau berdoa: “Wahai Tuhanku! Benarkanlah suaraku dalam kebersihan suara orang-orang shiddiq.”
Dikisahkan bahawa apabila Nabi Daud telah lama benar menangis, tangisannya itu tidak mendatangkan faedah, maka sempitlah baju besinya dan sangat susah benarlah hatinya. Kemudian beliau berdoa: “Wahai Tuhanku! Apakah Engkau tidak mengasihani akan tangisanku?”

Lalu Allah SWT berfirman: “Wahai Daud! Kamu lupa akan dosa kamu dan kamu ingatkan tangisanmu itu.”
Berkata Nabi Daud as. “Ya Tuhanku dan Penghuluku! Bagaimana hendak aku lupakan dosaku apabila aku membaca kitab Zabur, nescaya ia mencegah air yang mengalir dari mengalir. Menenangkan hembusan angin, dan burung menaungi atas kepalaku. Aku menjinakkan binatang-binatang liar di tempat sembahyangku. Wahai Tuhanku dan Penghuluku! Apakah keliaran ini yang ada di antaraku dengan Engkau?”

Kemudian Allah SWT berfirman: “Wahai Daud! Itu adalah kejinakkan taat dan ini keliaran maksiat Wahai Daud! Adam itu makhluk dari ciptaanKu, Aku ciptakan dia dengan tangan (kekuasaan) Ku, Aku hembuskan padanya rohKu dan Aku suruh para malaikatKu sujud kepadanya. Dengan mahkota kemuliaanKu Adam mengadu kepadaKu kerana keseorangan, kemudian Aku kahwinkan dia dengan Hawa hamba wanitaKu dan aku tempatkan dia dalam syurgaKu. Setelah itu dia telah berbuat maksiat kepadaKu, lalu Aku usir dia dari tetanggaKu dengan tidak berpakaian (telanjang) dan hina. Wahai Daud! Dengarlah dari Aku yang benar Aku firmankan, engkau minta kepada Kami, Kami berikan kepada engkau. Engkau berbuat maksiat kepada Kami, kami perlambat-lambatkan kepada engkau. Dan kalau engkau kembali kepada Kami nescaya Kami terima engkau.”

Diriwayatkan bahawa apabila Nabi Daud hendak menangis maka dia tidak akan makan dan minum selama seminggu, dan akan keluar beliau ke tanah lapang. Beliau menyuruh anaknya Sulaiman supaya menyeru kepada semua yang ada dalam semak, bukit-bukau, gunung-ganang dan di mana sahaja supaya datang untuk mendengar ratapan Nabi Daud as.

Setelah nabi Sulaman as. menyampaikan berita tersebut maka datanglah binatang-binatang buas, binatang-binatang yang menjalar, burung-burung, anak-anak gadis dan orang ramai dari seluruh pelusuk. Kemudian Nabi Daud naik atas mimbar dan beliau dikelilingi oleh Bani Israil (kaum Yahudi).

Lalu Nabi Daud as. memuji Allah SWT. Kemudian gemparlah mereka semua dengan tangisan dan pekikan. Setelah itu Nabi Daud as. menceritakan tentang syurga dan neraka. Apabila terdengar sahaja tentang syurga dan neraka maka matilah setengah binatang-binatang yang menjalar, binatang liar, binatang buas dan manusia. Kemudian Nabi Daud as. menceritakan tentang huru-hara hari kiamat dan beliau sendiri menangis, maka di masa itu matilah segolongan makhluk Allah.

Apabila nabi Sulaiman as. melihat terlampau banyaknya yang mati maka beliaupun berkata: “Wahai ayahku! Ayah telah membinasakan para pendengar setiap kali syarahan. Kini telah banyak yang mati terdiri dari Bani Israil dan binatang-binatang.”

Kemudian Nabi Daud as. pun berdoa, dalam waktu beliau sedang berdoa itu tiba-tiba seorang hamba dari Bani Israil berkata: “Wahai Daud! Kamu terlalu cepat sangat meminta balasan dari Tuhanmu.”

Apabila Nabi Daud as. mendengar kata-kata hamba itu maka beliaupun jatuh tersungkur dan pengsan. Nabi Sulaiman yang menyaksikan peristiwa itu berkata: “Ketahuilah sesiapa yang berteman atau berkeluarga dengan Daud as. hendaklah mereka itu membawa Nabi Daud ke tempat tidurnya, sesungguhnya orang-orang yang bersama Daud as. itu telah mati disebabkan Nabi Daud menceritakan kepada mereka tentang syurga dan neraka.

Setelah Nabi Daud as. sedar dari pengsannya, beliau bangun berdiri dan meletakkan tangannya di atas kepala. Kemudian beliau masuk ke rumah tempat ia beribadah dan dikuncinya dari dalam dan beliau pun berdoa: “Ya Tuhanku! Adakah Engkau marah kepada-ku?” Begitulah Nabi Daud as. sentiasa bermunajat kepada Allah SWT.
Nabi Sulaiman datang menghampiri rumah tempat ayahnya beribadat, beliau meminta izin masuk. Setelah Nabi Daud as. mengizinkan anaknya masuk, Nabi Sulaiman membawa bersamanya roti untuk ayahnya.

Berkata Nabi Sulaiman: “Wahai ayahku, makanlah roti ini, mudah-mudahan akan menguatkan kesihatan ayah.”
Pada suatu hari Nabi Daud memberikan ceramahnya pada orang ramai, beliau banyak memberi nasihat supaya takutkan kepada Allah. Pada masa beliau memulakan ceramah terdapat 40,000 orang yang menghadiri majlis itu, oleh kerana para pendengar itu berasa cukup takut kepada Allah SWT maka 30,000 orang dari seramai 40,000 itu telah mati disebabkan takutnya mereka kepada Allah SWT. Akhirnya yang pulang bersama Nabi Daud as. cuma 10,000 orang sahaja.

Dikisahkan bahawa Nabi Daud ada dua orang hamba perempuan, apabila Nabi Daud merasa takut kepada Allah SWT maka kedua hamba itu akan naik duduk di atas dada dan di kaki Nabi Daud, ini adalah kerana khuatir anggota Nabi Daud akan cerai-berai oleh kerana takutnya ia kepada Allah SWT.

MasyaAllah...begitu sekali ketakutan seorang Nabi kepada Rabbinya.. berbeza sekali dengan diri yang hina ini..jarang sekali rasa takut itu hadir.. masih jauh lagi diri ini dari jalanMu Ya Allah..

Sunday, July 11, 2010

Salam Mahabbah..Salam Perjuangan..

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang terus mengurniakan kita nikmat iman dan Islam.. tak mampu membayangkan diri ini hidup tanpa ISLAM... penuh kekacauan dan keraguan...

sepanjang hampir 4 tahun yang lalu.. pasti pada saat ini, ana dan sahabat2 sibuk mempersiapkan diri.. yang pasti melangkah bersama di hari pertama kuliah.. sem baru..azam juga baru.. ( namun banyak juga yang tak tertunai )..mereka yang sentiasa di hati...(umie,wani,ishah,zila,long,cik,mak su)...namun, itu memori terindah yang pernah dilalui... sungguh, hati ini rindu menatap wajah kalian.... yang banyak berbicara dan mengingatkan diri yang dhaif ini dalam perjalanan menuju Allah..

kini..memori itu tidak pernah hilang..bukan sahaja pada kalian.. tetapi pada segala kenangan kita di Kolej Canselor, UPM... pada sahabat2 dan adik2 kita yang masih disana pastinya..
HUMAIRAH, AYU, ZIRA, AI, ASMA,HASANAH,SYIDA,HAJAR,MIMI....
inilah antara mereka yang tak pernah luput dari ingatan..juga pada mereka disandarkan segala harapan...

Adik2 dan sahabat2 yang ana kasihi..

bicara ini adalah dengan izin Allah.. berdebar hati tatkala memikirkan apakah percaturan kalian kali ini dalam membawa Islam di Kolej Canselor? namun, pastinya kalian adalah mata rantai perjuangan Rasulullah saw..tak akan gentar, tidak akan putus asa dalam membawa kebenaran demi Islam tercinta...

" dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah,serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang2 yang beroleh kemenangan"...(surah An-Nur 24: ayat 52).

" dan sesiapa yang berjuang menegakkan Islam, maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri"...( Surah Al-Ankabut : Ayat 6 )

Teruskan perjuangan dan dakwah kalian..adik2 baru menanti sentuhan jiwa dai'e kalian... SURAU.. tempat kita menyemai kasih, menyuburkan ukhwah Islamiyyah.. walau sesibuk mana pun kitaran hidup kalian... jangan dibiar surau gelap tanpa jemaah.. jangan dibiar subuh sepi berlalu tanpa kalian.. hidupkan surau..hidupkan dakwah..hidupkan Islam..semarakkan perjuangan....(^_^)

Salam sayang..salam rindu...salam perjuangan...

Tuesday, July 6, 2010

Hidupkan Jiwa Dengan Istighfar...


...Allah swt berfirman : "wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap kepadaku, nescaya Aku mengampuni dosa2mu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu,nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan sepenuhnya"...
Subhanaallah... sayangnya Allah kepada kita....
( Hadis Riwayat Ar-Tirmidzi)