Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, December 19, 2010

Ujian dari Allah swt...- doakan dia...

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( Surah at-Taghaabun; 11 )

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat iman dan Islam dalam kehidupan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga Baginda..moga syafaat Rasulullah saw mampu meringankan perjalanan hari hisab kita..

Ana mulakan entri kali ini dengan sebuah cerita benar yang baru sahaja berlaku... tentang takdir Allah.. tentang nikmat dan ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambaNya..

pada tengah hari itu, ayah ana bergegas balik dari tempat kerja dan menukar kasut kerjanya dengan tergopah2..

"budak kerja jatuh, ayah nak hantar dia pergi hospital"..bicara ayah memberikan penjelasan kepada keadaannya yang kelam kabut..

kami dirumah masih sempat menganggap ia adalah gurauan ayah semata2.. sebab ayah memang suka bergurau..jadi kami pun dengan mudah anggap ia sebagai gurauan..

lebih kurang 1 jam, telefon ana berbunyi.. panggilan dari ayah..
"along..kalau wad icu dalam BI apa...?
"ayah betul ka kat hospital ni..?".. soalan tidak dijawab, tetapi timbul pertanyaan meminta kepastian..
"betul lah..ayah tak main2, dia masih dalam wad kecemasan lagi, masuk ICU agaknya.."..

entah mengapa perbualan dengan ayah menggamit rasa sebak dan kerisauan dihati.. simpati datang.. baru 2 hari dia mula berkerja dengan ayah..kerja buat rumah,memang berat dan penuh lelah..teringat bicara ayah tentang diri dia.. "senang sikit ada orang baru masuk,dia ni mahir dan tahu buat kerja"..

dalam jam 2 petang, ayah balik ke rumah.. ayah beritahu dia dimasukkan ke wad ICU..darah sentiasa keluar dari hidung, dia tidak sedarkan diri lagi.. ayah beritahu lagi, dia penduduk tetap di Malaysia tapi ada isteri di Indonesia..sedang mengandung anak sulung... dia jatuh dari tempat yang tidak tinggi tapi nasib tidak menyebelahinya..runtuhan batu menghempap dirinya..ayah tidak ada disana pada waktu kejadian.. keluar bertemu dengan tuan empunya rumah...

Ya Allah..ujianMu pada mereka yang mampu.. bagaimana nanti keadaan isterinya yang jauh diseberang saat mendengar khabar ini.. sebak dan pilu hati ini.. terfikir juga diri..jika tubuh yang dihempap batu itu adalah tubuh ayah.. bagaimanakah keadaan kami menghadapi khabar ujian dari Allah swt ini..

ayah kembali ke tempat kerja selepas rehat seketika di rumah.. petangnya, selepas pulang dengan kotoran dan kelelahan dari penat bekerja, ayah segera bersiap untuk ke hospital.. untuk menziarahi dia yang sebatang kara disini..kata ayah dia tak banyak kawan disini..kawan yang tinggal serumah dengan dia pun dah tua dan kurang pendengaran.. Ya Allah..siapa yang akan menjaganya sepanjang di hospital nanti.. siapa yang akan menjaganya ketika dia sakit.. bagaimana pula dengan isterinya yang sarat mengandung anak sulung di Indonesia..?...Ya Allah....

panggilan dari ayah masuk tiba2.."along dia dah ke hospital Johor..ayah lupa tinggalkan nombor telefon tadi, nurse marah ayah juga"...

Hospital Johor???...bermakna kepakaran dan kemudahan di Hospital Kluang tidak mampu merawat kondisi dia yang parah..hati menangis pilu... selamatkan saudara hamba Ya Allah.. dia cuma insan biasa.. menggunakan kudrat yang Engkau beri untuk mencari rezeki yang halal...

Dan pagi tadi baru ayah dapat ke hospital Johor..ayah kirimkan gambarnya yang separuh sedar.. dia masih di wad ICU Johor..hanya mata mampu dibuka, hanya anggukan lemah yang ada..tiada suara yang keluar..badannya penuh berselirat dengan wayar.. ayah tanya dia kenal tak siapa yang datang, hanya anggukan diberi.. ayah tanya nak beritahu keluarga di kampung atau tidak, hanya gelengan lemah dari dia.. terlalu lemah keadaan dirinya...antara sedar dan tidak sedar..

Doktor kata peparu dan hatinya rosak kerana ditimpa runtuhan batu.. hatinya yang rosak telah dibuang.. kini..dia dalam penantian untuk perjalanan takdir yang seterusnya..

dan baru sahaja tadi..saat ana ingin perbaharui wudhu untuk solat isya'.. ibu beritahu.. isteri dia dari Indonesia mesej..memang telefon dia ayah ana tolong simpankan..

mesej dari isteri dia.."selamat soreh abang,.. abang dah balik kerja? abang jaga diri baik2, jaga kesihatan. nanti kalau abang sakit, kita tak dapat jumpa.."...

ana hanya diam mendengar cerita ibu..sungguh ana tiada kata2 saat itu.. getaran hati isteri yang solehah dapat merasai kesakitan seorang suami walaupun terpisah dengan jarak beribu batu..
tabahkan hati isteri dia Ya Allah...

dengan semua ini, ana muhasabah diri.. sering merasa susah, sedangkan ada insan lain yang lebih susah. Derita diri tidaklah sehebat dia.. sedangkan ujian dan kesusahan yang paling hebat dan sukar adalah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul..

jika kita merasa sukar, ada insan lain yang lebih sukar.. ana tidak perlu mengangkat dan mengikat batu konkrit untuk mencari sesuap rezeki, ana tidak perlu dikotori dengan limpahan najis dan bau busuk samapah untuk meneruskan kehidupan ini.. itupun diri banyak rungutan pada takdirNya.. dimana penghayatan rasa syukur yang sebenar dalam diri..

jika diri sakit, ada yang lebih menderita menangggung kesakitan.. sakit sedikit tapi merungut tentang sakit sentiasa berpanjangan... ujian yang menimpa dia menginsafkan diri ini..

buat sahabat2 yang membaca titipan daripada entri ini, ana mohon doa dari kalian semua.. doakan dia diberi kesihatan seperti sedia kala..doakan kesejahteraan dia..doakan isteri dan anak dia yang masih dalam kandungan.. doakan dia sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran untuk melalui ujian Allah swt ini..

Allah swt tidak pernah menzalimi kita dengan takdirnya..ujian Allah itu boleh berupa kesusahan dan juga berbentuk kesenangan.. terpulang pada kita bagaimana untuk menerima dan memperhalusinya.. mencari hikmah pada setiap ujian Allah swt..

(dibawah ini perkongsian dari seorang sahabat maya)

1) Ujian berbentuk musibah..

Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat jalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.


Dalam kondisi ini, seseorang hamba yang jujur dalam Ubudiyahnya (pengabdiannya) akan memperkenalkan dirinya kepada Allah s.w.t., sebagai seorang hamba-Nya yang sabar. Maka, ketika diuji dengan musibah, seseorang hamba dapat meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t. dengan kesabarannya, di mana setiap kali dia sabar dalam ujian, maka setingkat demi setingkat darjatnya semakin meningkat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan izin-Nya..


Di samping itu juga, seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan setiap suratan dan ketentuan Allah s.w.t., yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhai hamba-Nya yang redha dengan ketetapan-Nya, dengan izin Allah s.w.t..


Hamba yang diuji dengan musibah juga perlulah sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan natijah dari dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakannya, di samping bertaubat dari sebarang kesilapan dan dosa. Inilah adab seseorang hamba yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t.


2) dan ujian berbentuk kesenangan..


Dalam ujian berbentuk kesenangan tersebut, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepada hama-hamba-Nya yang mendapat kesenangan tersebut, dengan sifat-sifat Jamal-Nya (sifat-sifat kecantikkan dan keindahan-Nya), di mana hamba-hamba-Nya akan dapati pada kondisi tersebut, bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.


Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t.


Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.


Apabila seseorang hamba itu berterima kasih, maka Allah s.w.t. akan meningkatkan darjat dan kedudukannya di sisi-Nya, di samping menambahkan lagi kenikmatan-kenikmatan yang telahpun diperolehinya.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

(al-Baqarah;157)


Friday, December 17, 2010

"Siapakah yang paling dibenci syaitan?".....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum wbt..InsyaAllah, perkongsian kita bersama. Moga ada manfaatnya buat kita semua...

Dari Ibnu Abbas berkata; "Maka dibukalah pintu,kemudian Iblis masuk ke tengah2 kami. Ternyata dia adalah seorang yang tua bangka dan buta sebelah mata. dagunya berjanggut sebanyak 7 helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang, kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir kerbau. Iblis berkata, "Assalam'ualaika ya Muhammad, assalam'alaikum ya jamaa'atal muslimin.". Nabi saw menjawab,"assalamu lillah ya la'iin, aku telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis?".Iblis berkata ; Wahai Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa."

Nabi saw berkata; "apa yang membuatmu terpaksa harus datang ke sini, wahai terlaknat?

Iblis berkata,"aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung. Ia berkata kepadaku, "sesungguhnya Allah swt menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad saw dalam keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekaanmu terhadap Bani adam, bagaimana engkau membujuk & merayu mereka. Engkau harus menjawab dengan jujur apa sahaja yang ditanyakan kepadamu.

Rasulullah saw mulai bertanya; "Jika kamu jujur,beritahu kepadaku, siapakah manusia yang paling kamu benci?". Iblis menjawab ,"Engkau wahai Muhammad, angkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci dan kemudian orang2 yang mengikuti agamamu."

"Siapa lagi yang kamu benci?". Iblis berkata; "Anak muda yang bertaqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah swt."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "Orang alim dan wara lagi penyabar."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci tanpa kotoran."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh kesahnya."

Rasulullah saw berkata;"bagaimana kau tahu bahawa ia penyabar?".Iblis berkata, "Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesah kepada sesamanya selama 3 hari, Tuhan tidak memasukkannya ke dalam golongan yang sabar."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "Orang kaya yang bersyukur."

Rasulullah saw bertanya; "Bagaimana kamu tahu ia bersyukur?". Iblis berkata," Jika aku melihatnya mengambil dari yang halal dan meletakkanya ditemapat yang halal."

Rasulullah saw bertanya lagi, "bagaimana keadaanmu jika umatku bersolat?". Jawab Iblis, "Aku merasa panas & gementar."

"Mengapa wahai terlaknat?". Iblis berkata, "sesungguhnya jika seorang hamba bersujud kepada Allah swt sekali sahaja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat".

"Jika mereka berpuasa?". Iblis berkata, "Aku terbelenggu hingga mereka berbuka puasa."

"Jika mereka menunaikan haji?". Iblis berkata, "Aku menjadi gila."

"Jika mereka membaca Quran?". Iblis berkata, "Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api."

"Jika mereka berzakat?".Iblis menjawab;" Seakan2 orang yang berzakat itu mengambil gergaji/kapak dan memotongku menjadi dua."

"Mengapa begitu wahai Abu Murrah?". Jawab iblis,"sesungguhnya ada 4 manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang berzakat itu disenangi makhlukNya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dan api neraka. Keempat, dengan zakat Tuhan akan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya."

"apa pendapatmu tentang Abu Bakar?". Iblis berkata; "Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyyah pun dia tidak taat kepadaku, bagaimana dia akan mentaatiku ketika Islam."

"Apa pendapatmu tentang Umar?". Iblis berkata; "Demi Tuhan, tidak aku bertemu dengannya kecuali aku lari daripadanya."

"Apa pendapatmu tentang Usman?". Iblis berkata; "Aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu kepadanya."

Begitulah iblis laknatullah membenci anak2 dan cucu cicit Adam a.s.. tipu daya dan muslihatnya terlalu halus buat kita..moga2 diri kita semua sentiasa terpelihara dalam jagaan Allah.. terpelihara dari tipu daya syaitan dan godaan hawa nafsu sendiri..Aminn..

Friday, December 10, 2010

Ketawa dan gurauan dalam Islam....


assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang masih memelihara kita dalam nikmat iman dan Islam.. terasa banyaknya dosa yang menyelaputi diri, tetapi masih lagi diberi peluang dari Rabbi untuk merasai manisnya keampunan dan taubat dariNya...

ketika menziarahi blog2 sahabat di alam maya ini, terjumpa dengan satu artikel yang terkesan dihati. tajuknya ringkas dan mudah sahaja.."KETAWA DAN GURAUAN DALAM ISLAM".. kadang-kala dalam gurauan, dalam senda tawa, diri lupa batas-batas yang perlu dipelihara. tidak berbicara tentang insan, cukup diri sebagai nilaian utama.. banyak rupanya dosa pada diri..


HUKUM KETAWA
Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

CARA NABI SAW BERGURAU
Nabi Muhammad SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta Nabi doakannya supaya beliau dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,

"Wahai ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."

Selepas mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,

Maksudnya : Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami menciptakan wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hadis Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
Maksunya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.
(Hadis Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad)

CARA NABI KETAWA..
- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.
- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.
- Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.
- Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.
* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.

ETIKA BERGURAU SENDA...
Dr Yusof Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :

1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!

2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina.."

Nabi juga ada bersabda,
Maksudnya : Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya seMuslim.
(Hadis Muslim - sahih)

Penghinaan itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah : mengolok-ngolok).

Saidatina Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu, Baginda bersabda,
Maksudnya : Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)

3) Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat." Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis Thabrani - sahih)

Nabi bersabda,
Maksudnya : Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.
(Hadis Ahmad - sahih)

4) Janganlah melawak di tempat yang serius dan janganlah serius di tempat yang melawak.

Dalam Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, "Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendenrnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai."

5) Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hadis Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Saidina Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

begitulah indahnya Islam ini..mengajar kita sentiasa bersederhana walaupun dalam gurau senda.. sederhana walaupun tika tertawa.. hanya diri sendiri yang sering alpa dalam menghayati akhlak Islam yang sebenar..

sukar sebenarnya mendidik diri untuk tidak tertawa pada perkara yang sia-sia dan sekadar mengisi masa lapang..kadang-kala waktu santai selepas makan pun banyak dihabiskan dengan tawa..riuh rendah di kedai makan pun banyak terisi dengan gurau senda.. terpukul rasanya bila mengetahui bahawa Baginda saw hanya tertawa pada perkara yang benar.. moga2 titipan ini mampu menjadi ingatan buat diri,dan juga semua saudara seakidah yang dikasihi..

ingatan buat diri dan semua yang dikasihi..

Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.

wallahu'alam..moga ada nilaian tiap sesuatu disisi Allah..aminn..

Thursday, December 9, 2010

Izinkan kami meneladanimu Ya Rasulullah..

assalamualaikum wbt..

segala puji bagi Allah yang menjadikan alam ini dan segala isi dan khazanahnya berada dalam keadaan yang cukup sempurna..Beruntung bagi insan yang tahu bersyukur dan memaknakan rasa syukur dalam jiwa dan kehidupan mereka sebagai hambaNya..

untuk entri kali ini, hati tertarik untuk berbicara tentang manusia agung dan mempunyai akhlak yang paling mulia dikalangan sekalian manusia.. itulah dia kekasih Allah, NABI MUHAMMAD SAW... siapa lagi yang harus diteladani jika bukan akhlak Baginda SAW?...tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang dan kebaikan yang ada pada akhlak Rasulullah saw..

"Dan engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai
akhlak yang paling tinggi
( Surah Al-Qalam;4)


hati ini memuji indahnya ahklak Baginda saw tetapi tidak juga dituruti peribadi Baginda saw yang mulia. benarlah bicara seorang sahabat pada diri.."sedaya upaya kita ikut Rasulullah saw dan para sahabat tetapi selalu tersasar".. ana akui kebenaran kata2nya.. sekadar muhasabah buat diri yang mengakui cinta pada Rasulullah saw tetapi jarang sekali menjadikan peribadi Baginda saw sebagai qudwah yang harus diteladani..

Bicara Rasulullah saw tentang kasih sayang ;
"sesungguhnya kebajikan itu menuntun (orang) menuju syurga. Sayangilah siapa sahaja yang ada dibumi, nescaya kamu disayangi oleh siapa sahaja yang ada di langit. Allah tidak menyayangi orang yang tidak sayang kepada (sesama) manusia. Orang2 yang pengasih, mereka disayangi oleh Yang Maha Pengasih. Rahmat itu hanya akan dicabut dari seorang yang tiada berbudi" ( Hadis)

berbeza dengan kita, kasih sayang dan kebaikan Baginda saw tidak memilih siapapun insan yang datang kepadanya. Tetapi kita sering kali berkira pada siapa yang harus kita sayangi dan pada siapa yang harus kita taburkan benih-benih kebaikan.. kadang-kala kasih sayang dan kebaikan kita mengharap pulangan dan ganjaran yang sama..lebih pun tidak mengapa.. maka, terjadinya beza antara orang miskin dan kaya, orang berpelajaran dengan yang kurang berpelajaran, yang tinggal dibanglo dengan yang tinggal disetinggan.. semuanya ada beza perlu pada taraf yang berbeza.. Tapi bukan itu nilaian kasih sayang dan kebaikan akhlak Rasulullah saw..

Kasih sayang Baginda saw merata kepada semua manusia, sedang kebaikan hatinya sampai kepada orang yang beriman mahupun orang-orang yang masih musyrik. Dan orang-orang fakir serta orang-orang lemah adalah manusia yang terdekat dihati Baginda saw. Hidup Baginda saw sentiasa berhubungan dengan orang fakir sehinggakan pernah Baginda berdoa kepada Allah swt agar Baginda hidup dan mati bersama mereka.

Hal ini menyebabkan Aisyah kehairanan dan bertanya kepada Rasulullah saw;
"kenapa ya Rasulullah", tanya aishah...
Jawab Baginda saw; "kerana sesungguhnya mereka itu masuk ke syurga 40 tahun lebih dahulu sebelum orang2 kaya. Hai Aisyah, janganlah engkau menolak orang miskin walaupun dengan hanya sekerat kurma. hai Aisyah,cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu, nescaya Allah mendekatkan kamu (kepadaNya) pada hari kiamat."

Dan al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah berkata; "ada satu jenazah melintasi kami. Melihat itu berdirilah Nabi dan kami pun ikut berdiri. Maka kami pun berkata; " ya Rasulullah, sesungguhnya itu adalah jenazah seorang yahudi. Maka jawab Nabi : "Bukankah dia juga seorang manusia. Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah."

itulah nilaian akhlak Baginda saw..sungguh terlalu jauh bezanya dengan diri yang serba kekurangan ini. Jujurnya, kita mudah meletakkan pelbagai persepsi dan prasangka pada orang lain. Umpamanya diri sendiri telah cukup baik dan sempurna.

sabda Nabi Muhammad saw ;
"sesungguhnya orang yang paling aku sukai dan duduk paling dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang2 yang paling baik budi pekertinya diantara kamu sekalian. Dan orang2 yang paling aku benci, dan paling jauh dariku pada hari kiamat adalah orang2 yang sombong, banyak berbicara yang dibuat-buat dan mereka yang berbicara sepenuh mulut,berlagak fasih serta minta dihormati."

Baginda cuma manusia yang sederhana tetapi kesederhanaan itulah yang mendamaikan jiwa yang mendekatinya. kesederhanaan baginda penuh dengan kerendahan hati, sempurna budi pekertinya, memulai ucapan salam kepada insan lain, dan menumpukan sepenuh perhatian apabila diajak berbicara. Apabila berjabat tangan, tidak kira yang berjabat tangan itu orang besar atau kecil, maka bagindalah yang terakhir menarik tangannya...

Subhanallah..itulah kekasih pilihan Allah..maka Bagindalah insan mulia yang harus diteladani diri.. hina rasa diri mendengarkan mulianya akhlakmu ya Rasulullah..pada diri ini masih banyak mazmumah yang bersarang dihati dan dijiwa. bicara diri bukanlah setulus bicaramu ya Rasulullah.. ada sahaja bicara yang mengguris hati insan lain.. hati ini bukanlah sebersih hatimu Ya Rasulullah.. ada sahaja sangkaan dan rasa tidak senang pada insan lain.. kiranya waktu ini dapat dirimu dengari wahai Rasulullah..bahawa umatmu ini mahu mengikuti jejak langkahmu, namun seringkali tidak berdaya lantaran dek nafsu sendiri..maka bantulah umatmu ini dengan syafaatmu Ya Rasulullah.. Izinkan kami semua, ibu bapa kami, saudara-mara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh muslimin muslimat yang mempunyai walaupun sekelumit rasa cinta kepadamu Ya Rasulullah agar dapat mengikuti akhlakmu, amal soleh mu zahir dan batin, dari awal hingga akhir..Ya Rasulullah, tiada yang lebih indah selain daripada mencintaimu dan sunnahmu dengan sepenuh hati.. dan kepada Allah, kami bergantung harap, bertawakkal menyerahkan takdir yang terbaik..perkenankan doa hamba2Mu ini Ya Allah.. Aminn..

Thursday, December 2, 2010

Bicara seorang hamba...-ingatan buat diri...-


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk” ( Surah Al-Baqarah;186)

Alhamdulillah..setelah 2minggu lamanya ana tidak menjengah rapi ke blog ini.. banyak keutamaan lain yang harus diutamakan..(^_^)..Seminggu memulakan langkah baru di tempat baru memberikan tarbiyah yang cukup beerti kepada jiwa kerdil ini... Semakin terasa betapa kita manusia tiada apa2 nilaian tanpa rahmat dan jagaan dari Allah swt.. Hati diuji dengan erti tawakal dan pergantungan kepada Allah dalam erti kata yang sebenar..

Hari pertama bermula dengan Taklimat penempatan..tersenyum panjang diri sepanjang mendengar taklimat yang disampaikan..hebat2 belaka manusia yang ada disitu.. sama ada yang menyampaikan taklimat atau yang mendengar taklimat. Tapi diri cuma insan biasa, hambaNya yang mengharap keampunan dan redha Allah.. Lantas..saat meninggalkan dewan taklimat, ana tuntaskan satu kata dan prinsip dalam hati.

"Rezekiku dan perjalananku ditangan Allah, bukan ditangan makhluknya, tiada daya manusia mendatangkan manfaat atau mudarat tanpa izin Allah. cukupkan hamba dengan takdirMu YaAllah...moga tiada rasa takut dan gentar yang hadir dalam jiwa kecil ini dalam membawa amanahMu sebagai seorang pendidik"..

tiada yang luar biasa sepanjang seminggu ditempat baru..yang ada cumalah usaha mendidik jiwa menjadi luar biasa..mengingatkan diri agar tidak alpa dengan kesibukan, tidak lelah dengan kepenatan..lapang hati dalam kepayahan..cekal berseorangan..senyum tika kesulitan..tidak merungut dengan sedikit kesukaran..Ya Allah.. sungguh hati ini payah dididik rupanya.. Keras..ada sahaja sangkaan pada setiap takdirMu.. ampuni hamba Ya Allah..

Bertemu dengan ramai insan yang tidak dikenali..alhamdulillah.. seramai 10 orang pendidik baru yang melapor diri di SMK Seri Alam 2.. biarlah pandangan pertama pertama yang jatuh dalam hati mereka adalah pandangan kasih sayang dari seorang sahabat.. mereka semua saudara ana yang bakal melalui kesenangan dan kepayahan yang sama.. diri harus dididik dengan keikhlasan dan sentiasa berbaik sangka..moga langkah kami untuk setiap perjalanan ini dalam redha Allah swt..Aminnn...

persekitaran sekolah cuba dikenali.. Taklimat bersama Pn Hajah menjadi ingatan dan amaran buat diri.. agar ikhlas dan iltizam dengan amanah yang digalas ini..permulaan tugas sebagai seorang kaunselor SMK Seri Alam 2 bermula dengan baik..Pn Aslina seorang yang ceria dan mesra..tidak kekok rasanya untuk bertanya itu dan ini.. Terasa kelapangan hatinya untuk membimbing diri yang serba kekurangan ini.. diri sendiri harus optimis..paling penting gembira untuk memikul amanah ini..gembira untuk bersama anak didik walau dimana pun posisinya.. gembira memandang amanah ini sebagai tanggung- jawab dakwah yang harus dilunasi dengan sebaiknya.. kekalkan rasa hati hamba ini Ya allah..cukupkan hamba dengan indahnya takdirMu..

InsyaAllah..bersama diri ini ditakdir oleh Allah dengan 3orang sahabat untuk duduk serumah..2 dari kelantan, seorang dari pahang.. mereka insan yang ceria,penuh kegembiraan.. banyak yang harus dipelajari dari mereka.. Ya Allah.. hamba mohon mawaddah wa rahmah dalam silaturrahim ini.. hamba mohon sakinah pada hati2 kami..agar hari2 yang kami lalui sentiasa berada dalam redhaMu.. Buat sahabat2 serumah ana,..Umirah, arfa, dan aida.. moga lapang hati kalian menerima insan biasa ini.. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..dan mohon teguran dari kalian.. sama2 kita gapai redha Allah..

Diri harus sentiasa diingati..JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR ALLAH... ana cuba perhalusi bait ayat tersebut..terasa mahu menangis semahunya.. terasa sukarnya mendidik diri ini.. kenangan dan kerinduan pada mereka yang tersayang sentiasa menghiasi ruang hati.. senyum,tawa, esak tangis bersama, susah dan senang yang dilalui sentiasa menghimpit ingatan ini.. terasa adakah insan dan sahabat yang sama seperti mereka?... Lantas, ana pupuk hati dan diri ini dengan qudwah dan kasih sayang yang pernah sahabat2 ana titipkan buat insan hina seperti ana..untuk dunia baru ini, ana yang harus memulakan..mewarnai persahabatan baru dengan lembutnya kasih sayang..hiasi hidup dengan indahnya akhlak dan qudwah Rasulullah saw..ya..hati harus ikhlas..agar tiap kebaikan yang sahabat2 kesayangan ana sampaikan dulu sentiasa berterusan.. Kini, diri harus belajar untuk menjadi sahabat sebaik kalian..moga ada ganjaran pahala buat kalian.. kerana hanya itu yang termampu diri ini abadikan..tidak mampu menyenangkan kalian dengan harta dan kesenangan.. moga kebaikan kalian sebagai sahabat berterusan hingga ke akhirat..

Pesan pak cik ana.."nanti jangan lupa keluarga, jangan lupa ibu, paling utama ibu..dia yang mengandungkan kita 9 bulan".. pesan itu ana simpan rapi.. malah telah lama ia menjadi matlamat diri.. moga pada rezeki yang ditakdirkan ini sentiasa dalam keberkatan Allah.. agar lunak dan lembut hati yang merasainya.. lunak dan lembut untuk mengenali Allah swt sebagai seorang hambaNya yang bertaqwa..

dan untuk semua yang telah dilalui, hanya satu yang terbaik.. sandaran dan pergantungan pada ALLAH SWT.. dalam membina kehidupan yang damai, kuncinya bersangka baik dengan takdir Allah..bina kekuatan dengan Allah..barulah kita ada kekuatan dengan yang lain2nya.. Doa.. itulah senjata mukmin..ALLAH swt tidak pernah menzalimi kita sebagai hambaNya.. Lantas, tika doa dan permintaan tidak dimakbulkan..ana ingatkan diri dengan dengan sabda rasulullah saw ini..

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.” ( Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad)

Moga perjalanan seterusnya sentiasa dalam jagaan Allah.. paling utama kita yang wajib menjaga Allah dengan sempurna..Allah pasti menjaga kita kembali..bersangka baik dengan Allah, Allah pasti berbuat baik kembali pada takdir kita... InsyaAllah..Aminnn...

Sunday, November 14, 2010

~Titipan istimewa buat kalian...~

Ya Allah..,dengan namaMu hamba mulai dan hamba bertawakal kepadaMu, Izinkan hamba berpegang teguh kepada kepadaMu Ya Allah., cukup Allah tempat hamba berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa kecuali hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.Ya Allah hamba mohon kepada-Mu petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa."


assalamualaikum wbt..


Segala Puji bagi Allah yang menjadikan perjalanan hidup ini sentiasa dalam jagaan dan rahmatNya..yang menjadikan iman dan Islam sebagai sandaran utama hidup hamba..YaAllah..tidak terhitung kebaikan dan kemurahan nikmatMu ke atas hambaMu yang serba faqir ini..
Ana titipkan bicara ini buat sekalian insan yang terlalu beerti kehadiran mereka dalam hidup ana. Langkah ini masih jauh..doa dan sokongan daripada kalian adalah kurniaan dari Allah swt kepada diri yang hina ini…

“Taklimat Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bil. 5/2010”… “dengan hormatnya dimaklumkan tuan telah ditempatkan sebagai GSTT ke negeri Johor mulai 22 November 2010”
SubhanaAllah..berita ini ana terima dengan lafaz alhamdulillah…sebak,bercampur baur perasaan yang hadir..terasa kerdil untuk menerima dan menggalas amanahMu ya Allah.. Berdebar untuk ana mulai langkah seterusnya..
Ya Rabbi.. hamba terima amanahMu ini dengan diri yang penuh kekerdilan dan serba kekurangan.. kerana tiada daya kudrat hamba menggapai semua ini..tidak mampu hamba memilikki ia dengan usaha hamba.. segalanya atas kebaikan dan kemurahanMu Ya Rabbi.. Engkau kurniakan kebaikanMu pada insan-insan istimewa ini.. Engkau jadikan mereka sebagai kekuatan,ketenangan,dan kebaikan bagi hamba..Syukurlillah ata segalanya..



Ayah,..Ibu..


Dua insan yang paling setia dan ikhlas kepada diri ini... Bukti kasihMu pada sekalian makhluk..Kasih dan bakti kalian terlalu besar kepada diri ini.. Air mata dan pelukan hangat kalian sentiasa menjadi kekuatan. Saat berita ini diterima..Wajah kalian adalah insan pertama yang hadir..Doakan anakmu ini..Agar terus istiqamah dalam ketaatan kepadaNya..Agar ikhlas dan iltizam dalam menunaikan amanah ini..Agar mampu menjadi anak yang ikhlas berbakti kepada ibu dan ayah.



Adik-Adik..
Insan2 yang menjadi kekuatan dalam perjuangan ini..Saat diri lemah tidak berdaya..Tanggung-jawab utama pada kalian..Sentiasa mengingatkan diri agar kembali tabah..Untuk kita sama2 perbaiki kehidupan ini..Doakan along..Moga kita direzekikan sebagai anak yang soleh dan solehah..Jangan kerana kita..Ibu dan ayah tidak sampai ke syurga..Along sayang semua kerana Allah..




Saudara-mara yang sentiasa mendoakan.Dari kecil diri ini dilayan penuh kasih..Moga ada izin dari Rabbi..Untuk diri ini berbakti pada kalian…


Sahabat2 belahan jiwa yang terlalu ana kasihi..Nur Hazwani, Muslihah, Kak Hulwani, Norafiza, Humairah, Ayu, Nazirah,Siti Aishah, Azila, Fauziah, ..Kalian adalah kurniaan Allah yang terlalu berharga..Sungguh, kadang-kala diri ini malu..Malu seringkali membebankan kalian..Namun, lapang hati kalian menerima diri ini sebagai sahabat..Dalam senang dan susah..Mengembalikan diri yang hina ini kembali pada Rabbi..Kejayaan ini hadiah buat kalian..InsyaAllah, kalianlah sahabat dunia dan akhirat..Sentiasa letak Allah ditempat yang paling utama..Pelihara hak2 Allah dengan sebaiknya..Moga kalian semua tenang dalam jagaanNya..


Ukhti Siti Aishah Mohd Dani..
Saudara,Sahabat,adik dan belahan jiwa ini..Maaf dik..Kerana menitipkan namamu dengan terang dan jelas..Dirimu umpama diri ini jua..Tabahnya hatimu melayani karenah diri ini..Banyak langkah yang telah kita lalui bersama..Dalam perjuangan seharian ,MPPP, teman pratikum..Sukar untuk diri ini temui..Padamu wajah yang marah dan terluka..Sedaya mungkin senyuman dipamerkan..Seawal jam 4 pagi kita mulakan langkah bersama..Kita lakukan segalanya bersama..Syukurlillah atas hadirnya dirimu…Maafkan kak atas segala khilaf dik..Maafkan kak atas segala bebanan yang hadir..Takdir ini adalah hadiah untukmu..Doakan kak selalu..




Juga buat semua sahabat dan adik2 dikampus UPM..Buat mereka yang banyak mendoakan diri hina ini.. Syukurlilah atas kehadiran kalian..Budi baik kalian tak mampu untuk dibalas..Teguran kalian adalah tanda teguran dari Allah..Asif wa syukran untuk segalanya..Doakan diri ini kekal istiqamah..Dalam ketaatan kepada Allah..Sentiasa dalam nikmat iman dan Islam..Tabah memikul amanah dari Rabbi ini..Syukur Ya Rabbi atas setiap nikmatMu..

Wednesday, November 10, 2010

~YA ALLAH~


"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)." (Qs Ar-Rahman;29)

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora,dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: YA ALLAH!

apabila seseorang tersesat ditengah padang pasir,kenderaan menyimpang jauh dari laluannya, para kafilah bingung menentukan hala tuju perjalanan, yang mereka seru adalah; YA ALLAH!

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, yang akan disebut adalah;
YA ALLAH!

Apabila pintu rezeki mula tiada dan tirai-tirai ditutup kepada orang yang meminta, mereka juga akan berseru; YA ALLAH!

Apabila pelbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan rasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru; YA ALLAH!


ketika lidah bersenandung menyebut namaNYA, memohon,mengharap dan memanggil.Dengan menyebutNya, hati menjadi damai,jiwa merasa tenang, perasaan kian tenteram,saraf tidak lagi menegang,aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap...

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya..(Asy-Syu'ara;19)


ALLAH..; sebaik2 nama, susunan huruf yang paling indah,ungkapan yang paling tulus dan kata yang paling bernilai.


"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" (Qs Maryam;65)


ALLAH..; BagiNya segala kekayaan dan keabadian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan


"Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya."..
( Qs Ghafir;16)


ALLAH..; bagiNya kebijaksanaan,pertolongan,keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.


"Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah." (An-Nahl;53)

Ya Allah..gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan takut ini sebagai ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah gelojak api jiwa dengan embun keimananan..

Berikan kedamaian bagi jiwa2 yang resah, dan kurniakanlah kemenangan yang nyata..

Ya Allah,tunjukkan penglihatan ini menuju cahayaMu;bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu,.
Ya Allah, lenyapkan segala keraguan di hati ini..hancurkan segala kebatilan yang bersarang dengan cahaya kebenaran..hanya kepadaMu hamba serahkan segalanya.. Ya Rabbi..hamba kembali kepadaMu..


Perkongsian bersama; La Tahzan ( Jangan Bersedih) ; Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Sunday, November 7, 2010

~apabila kita menjaga haq & hukum ALLAH SWT~

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah, perkongsian bersama. Juga, ana titipkan sebagai penguat semangat buat sahabat2 dan para muslimat yang sering bermusafir. Musafir dengan nawaitu yang ikhlas kerana Allah.. moga2 kita semua sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt..

Moga kisah ini mampu memberi manfaat buat kita semua..INSYAALLAH..(^_^)

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putihyang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun bertanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Ini mungkin sekadar sebuah kisah telah kita dengari sebelum ini. Tetapi iktibarnya lebih dari sebuah kehidupan. Bagi ana, ia bukti kebesaran Allah swt, ia bukti perlindungan Allah swt kepada hamba2 yang mentaati suruhan dan perintahNya.

Firman Allah swt;



Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. (3:68)



Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (9:51)

Ana cukup yakin pada perlindungan Allah. Biar sehebat mana kuasa dan kehebatan manusia dalam mendatangkan mudarat tetap tidak akan sekali2 mampu melawan kudrat dan kekuatan Allah. Cukuplah Allah sebagai Wakilku dan Pelindungku..Aminnn...

Ingatan buat diri dan sahabat semua;
Pelihara Allah dengan sebaiknya,
Jaga haq dan hukum Allah dengan sempurna,
Letak Allah ditempat yang tertinggi dan terbaik dihati kita..
InsyaAllah, kita semua pasti dalam jagaanNya..

Saturday, November 6, 2010

Kerana Sayangkan wanita Pertama ; Datin Seri Rosmah

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah,perkongsian bersama. mungkin telah terlewat ana titipkan entri ini sebagai isu tetapi bagi ana ia bukan sekadar isu yang bermusim. inilah hakikat yang sedang dan sentiasa berlaku di negara kita. Kononnya, seperti dalam laporan sebuah akhbar :
"WANITA MALAYSIA PERLU BERANI"..
berani yang bagaimana?

BERANI MELANGGAR PERINTAH DAN HUKUM ALLAH..?

Mungkin ada para pembaca merasakan entri ini terlalu berat sebelah, mungkin juga kolot, tidak terbuka fikiran dengan dunia luar. Tetapi cukuplah Allah Maha Mengetahui. Islam itu telah cukup sempurna. Tidak perlu diedit2 lagi untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa.

Inilah yang kebanyakan pemimpin pada hari ini lupa. Islam tertegak atas kefahaman,hukum dan peraturan yang mereka cipta sendiri..!!!!

Akibatnya inilah yang jadi pada wanita Islam hari ini..
Hebat menjadi "Wanita Pertama"..
Cantik, bergaya dan hebatnya pakaian wanita Islam kita..(^_^)


ana petik artikel ini daripada sebuah blog untuk perkongsian bersama...

Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya
[ founding patron ] .

Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt .

Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31
" Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . "

Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri. Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti
penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

Sumber :
http://episodeperjuangan.blogspot.com
http://serikandiumar93.blogspot.com

Bukanlah niat dihati untuk derhaka, jauh lagi mendatangkan murka Datin Seri.
Tetapi yang paling diri ana takuti adalah murka dan bala yang telah Allah janjikan. Kerana ana sayangkan Datin Seri dan semua wanita Islam di Malaysia sebagai saudara seakidah. Kita tidak masuk syurga @ neraka seorang diri. tetapi segala amal perbuatan kita termasuk hubungan kita dengan insani juga akan turut dihisab dan dihitung sama. Moga2 kita semua sentiasa dalam keampunan dan redha Allah.Aminn..