Bicara Tentang Bahagia...

Thursday, October 18, 2012

Keadilan dalam sebuah kehidupan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 
Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw... Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya kepada Allah kita sandarkan segala rasa hati.. Hanya kepada Allah kita luahkan segalanya. Kerana pada saat walaupun seluruh dunia & segala isinya mampu mendengar, memahami dan mengerti tentang kita, ianya tetap tidak dapat mengatasi besar dan hebatnya kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba yang lemah..

Dengan izin Allah, jari jemari ini pantas menaipkan butiran bicara yang tersimpan jauh di lubuk hati.. Cuba memandang sisi-sisi kehidupan yang dilalui lewat kebelakangan ini sebagai suatu momen yang terindah..sebagai satu saat yang sentiasa membahagiakan..sebagai satu detik yang tidak pernah ada padanya kelukaan, kesakitan, penderitaan.. segalanya bahagia..kerana segalanya dari ALLAH SWT..

Cuba membina kekuatan, kerana kekuatan itu jua dari ALLAH swt.. membina saat-saat yang bahagia beerti kita perlu berasa bahagia dengan ALLAH swt..mana mungkin bahagia dirasai, jika hati dan jiwa tidak ikhlas menerima takdirNya sepenuh hati... Senyumlah pada insan disekeliling..bahagiakanlah mereka yang hampir dengan kita.. selagi mampu lakukanlah kebaikan..jangan jemu membahagiakan mereka yang memerlukannya..kelak kita akan lebih bahagia.. bahagia kerana kasih sayang dan rahmat Rabbi dikongsi bersama dengan insan lain walaupun pada ketika dan saat itu kita sangat memerlukannya..

Dalam rezeki yang kita dapat, kita atur sebaiknya..kita rancang kegunaannya, belanjawannya.. tiba2 ada insan lain perlukan pertolongan kita..bantulah jika dia benar2 memerlukannya..kongsilah rezeki itu.. Allah pasti mencukupkan kita.. Jangan risau perjalanan seterusnya.. itulah urusan jual beli kita dengan ALLAH.. dan ALLAH tidak akan pernah merugikan kita..

Dalam banyak perkara yang kita rancang, ada sahaja yang tidak kena.. ada sahaja insan yang menyakitkan hati kita..menggagalkan rancangan kita.. apa daya ketika itu..? ALLAH... hidup ini kadang-kala dirasakan tidak adil..kita tidak bersalah, namun kita jua yang dituduh bersalah, kita yang berusaha orang lain juga yang mendapat nama, orang lain rehatnya lebih, kita jua yang bekerja lebih masanya.. "kenapa aku, tiada orang lain ker?"..dalam hal ini janganlah memaksa diri mencari keadilan yang mutlak.. kita akan terseksa apabila kita mahukan segalanya mengikut perancangan kita.. Jiwa akan gundah, resah.. Tingkah laku menunjukkan pemberontakan.. ada sahaja yang tidak kena pada takdirNya.. Ya ALLAH....

Maka jiwa  cuba membalas kejahatan dengan kejahatan.. Nah, biar dirasakan adil apa yang aku rasa.. kita marah perbuatan baik kita tidak diberi ganjaran sewajarnya.. kita sedih mengenagkan insan lain yang lebih bahagia dari kita..kita cemburu pada kejayaan insan lain.. ALLAH.. benar.. kadang-kala segalanya dirasakan tidak adil..

namun..adakah keadilan yang mutlak dalam kehidupan ini..?

sedangkan keadilan mutlak itu milik ALLAH swt... 

Perkongsian bicara daripada Ustaz Pahrol..
Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini.. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan pada ALLAH. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi..terimalah. Bahagialah dengan derita itu...

Ya ALLAH.. sungguh kadang-kala hamba tidak mampu.. bicara hamba banyak mengadunya pada manusia.. Luruskan langkah hamba dalam mencari erti jiwa yang benar-benar redha dengan takdirMU.. Terimalah, dan fahamilah kehidupan ini dengan merasakan segalanya adalah dari ALLAH swt.. ya.. dunia ini tempat berpenat..berpenat dengan ujian dan mehnah dariNya..kerana di akhirat nanti kita akan berehat dengan tenang, aman dan damai setelah melalui kembara kehidupan yang mencabar ini.. itupun jika kita benar2 redha dengan takdirNya..bahagia pada setiap pemberianNya...

Friday, June 22, 2012

"...Kita Milik Allah Selamanya.."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Allahu Akbar..Allah Maha Besar..Segala Puji Bagi Allah..Allah kekuatanku..Allah sandaranku..hanya Allah yang memahami dan mengerti segalanya tentang hati kerdil ini..

Sudah lama benar ruang maya ini dibiarkan tanpa sebarang titipan..kosong tanpa pengisian..tiap kali ingin berbicara, bagaikan terasa ada sesuatu yang tak kesampaian..lalu dibiarkan bicara yang ada berlalu sepi..

"hati ini bahagia..bahagia apabila meraskan segala yang ada adalah kepunyaan Allah swt..Hati &; jiwa ini milik Allah swt.."

Diri ini ingin melangkah tenang..tenang walaupun badai melanda.
Diri ini ingin tetap teguh..seteguh karang di lautan,
Diri ini ingin sentiasa memberikan senyuman,..
Diri ini sentiasa mahu menjadi hamba Allah yang taat..
Sentiasa bersyukur dengan apa sahaja kurniaanNya..
ALLAH..Rabbiku..Kecintaanku..
yang mengerti segalanya tentang diri ini...

26 tahun yang lalu, ..diri ini sentiasa bahagia dengan limpahan kasih sayangNya. Allah swt sentiasa mengurniakan kasi sayang buat diri yang kerdil ini...tak pernah kurang, cuma kadang-kala diri ini yang tidak benar2 bersyukur. Banyak khilaf & dosa, namun kasih sayang  Allah swt tetap tak pernah kurang..


Alhamdulillah...sekali lagi Allah swt lengkapkan kehidupan ini dengan kurniaan-Nya.. Dengan sekali lafaz..tarikh 2/6/2012 menjadi saksi bersatunya dua hati..ALLAH swt telah mentakdirkan dia yang bernama Muhammad Hanif bin Yusoff sebagai suami,imam dan kekasih buat diri kerdil ini..InsyaAllah..hati ini akan bersatu hingga ke syurga.. hanya ALLAH swt yang tahu debaran hati ini..diri terasa serba kekurangan menerima amanah dari ALLAH SWT...sempurnakah diri untuk membantu suami bersama2 menggapai cinta Rabbi..


Dan untuk itu..diri ini terlebih dahulu harus disimpul rapi dengan cinta Allah swt..cintaku pada suami kerana cintaku pada Rabbiku..taatku pada suami kerana itu jalanku menuju Rabbiku..kusanjungi pernikahan ini kerana ia adalah sunnah Rasulku..kekasih Rabbiku.. dan ALLAH swt tetap cinta yang paling agung di hati ini..


Masih terdengar bicara suamiku yang tercinta..putus2 dan sayup2 dari kejauhan.. sungguh2 memujuk dan memberi kekuatan pada hati ini...


"Banyak tanggung-jawab abang kat sini..abang bukan mengajar ja..abang nak bawa Islam kat sini..."


"kat sini ada 4 orang pelajar yang Islam..abang nak ajar mereka kenal Quran..kena ajar mereka tentang Islam.."


"Ramadhan nanti abang& kawan2 serumah rancang nak jadikan rumah ni surau.. bolehlah cikgu2 Islam kat sini terawih berjemaah.."


"kita kena sebarkan dakwah..kita kena sebarkan Islam.."


Allahu Rabbi..Diri ini harus menjadi kekuatannya..terdiam diri saat mendengar bicaranya..


Allah swt takdirkan kami terpisah jauh dengan usia perkahwinan yang tidak sampai sebulan pun..jangankan untuk bercinta. untuk mengenali dirinya sebenar pun tidak sempat diri ini lakukan..kejauhan ini benar2 menguji rasa hati..


Takdir dirinya jauh di bumi Sarawak..nun jauh di Baram..pedalaman tahap 3..jangankan untuk bertemu, untuk berhubung melalui telefon pun jarang2 sekali.. tiada talian telefon..hanya ALLAH SWT yang benar2 menghubungkan kami..kehidupan di sana dikelilingi sepenuhnya penduduk Kristian,..tiada surau, tiada masjid..ALLAH telah meletakkannya jauh di sana..Segalanya milik ALLAH..


Diri ini cuba membina kekuatan..sesekali air mata ingin mengalir, namun diseka daripada mengalir..tercari2 tarbiyah hidup bersama selepas perkahwinan..rindu untuk menjadi makmumnya..rindu untuk mendengar tazkirah & tegurannya..


Namun, segera ALLAH hadirkan bisikan di hati ini.."dirimu milik Allah swt..suamimu hanya pinjaman Allah swt.."..ALLAH..ALLAH.. Tiap kali ada rasa rindu yang hadir, tiap kali hati berlagu hiba..tika air mata ingin mengalir..cepat2 diseka..cepat2 ditahan daripada mengalir..pesannya diingat kembali..


"Jangan bergantung harap dengan abang..bergantung harap dengan Allah swt.."

Pantas nama Rabbi disebut..mencari hikmah & ketenangan dengan zikirullah.. mencari kekuatan dengan mengingat kembali kisah hidup wanita2 solehah pada zaman Rasulullah saw…
Pernah suami tercinta bergurau sebelum pemergiannya ke Sarawak..
“betul ka sayang boleh tak ada abang?”.. kak aisyah kata adik dia kena pisah dengan suami, hari2 menangis sampai bengkak2 mata”… entah2 sayang pun macam tu”…
Tersenyum diri tatkala mendengar gurauannya…
“ya abang…sayang akan menangis..fitrah insan untuk menangis..tak menangis bukan manusia namanya..”..
Namun cukuplah tangisan itu milik Allah.. cukuplah Allah yang menyaksikannya.. diri ini tidak akan membiarkan air mata mengalir di hadapan insan..
Hati abang, hati sayang milik Allah..kehidupan kita milik Allah.. kita akan kuat selagi kita meletakkan Allah sebagai cinta yang paling agung di hati..
Moga Allah beri kita kekuatan untuk menjadi murrobi pada amanah yang tergalas ini.. pelajar kita adalah amanah dari Allah.. Allah tahu yang terbaik buat kita.. bukan bermakna berpisah tak apa, tetapi ada hikmah yang lebih besar ingin Allah sampaikan..
Indahnya mencintai dalam kejauhan.. Ingatan ini sentiasa dikembalikan pada Rabbi.. Kejauhan ini membuatkan diri menjadi semakin rindu untuk bersama2 Rabbi..meletakkan sepenuh keyakinan hati hanya pada Rabbi..
“ Ya Allah..bukanlah hamba ini sentiasa tabah & kuat menghadapi segalanya..namun, 26 tahun lalu, diri ini tetap hidup tanpa dekatnya kasih seorang suami.. kini.. Engkau beri kurniaan itu, namun Engkau jauhkan dia yang bernama suami hanya buat sementara waktu..segalanya dalam pengetahuanMu Rabbi.. Hamba redha.. hanya kekuatan iman & ketenangan hati yang hamba pohon dari-Mu…”
Inilah rezeki hamba..mencari & mengharap pahala isteri yang solehah dari kejauhan.. Tarbiyyah hidup yang dilalui pasti berbeza dengan mereka yang hidup bersama & berdekatan.. Namun, matlamatnya tetap sama.. menggapai cinta Allah yang hakiki..
Hati ini milikmu Ya Allah.. Jiwa& kehidupan ini jua milik-Mu Rabbi… Hamba bahagia dengan kecintaan kepada-Mu… Cinta-Mu membuatkan hamba lebih mencintai seluruh kehidupan ini dengan seadanya.. Alhamdulillah…Segala Puji hanya untuk Allah…
InsyaAllah..abang takdir terbaik dari Allah buat diri ini..
InsyaAllah..abang adalah suami, imam dan kekasih buat diri ini hingga ke syurga kelak..
“Isteri yang solehah lebih baik & cantik dari segala bidadari”….
InsyaAllah..pesanan ini akan sayang jadikan pegangan sepanjang kehidupan kita dunia & akhirat…InsyaAllah..hingga ke syurga.. 

Hati & Cinta Kita Milik Allah Selamanya…