Bicara Tentang Bahagia...

Thursday, October 18, 2012

Keadilan dalam sebuah kehidupan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 
Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw... Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya kepada Allah kita sandarkan segala rasa hati.. Hanya kepada Allah kita luahkan segalanya. Kerana pada saat walaupun seluruh dunia & segala isinya mampu mendengar, memahami dan mengerti tentang kita, ianya tetap tidak dapat mengatasi besar dan hebatnya kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba yang lemah..

Dengan izin Allah, jari jemari ini pantas menaipkan butiran bicara yang tersimpan jauh di lubuk hati.. Cuba memandang sisi-sisi kehidupan yang dilalui lewat kebelakangan ini sebagai suatu momen yang terindah..sebagai satu saat yang sentiasa membahagiakan..sebagai satu detik yang tidak pernah ada padanya kelukaan, kesakitan, penderitaan.. segalanya bahagia..kerana segalanya dari ALLAH SWT..

Cuba membina kekuatan, kerana kekuatan itu jua dari ALLAH swt.. membina saat-saat yang bahagia beerti kita perlu berasa bahagia dengan ALLAH swt..mana mungkin bahagia dirasai, jika hati dan jiwa tidak ikhlas menerima takdirNya sepenuh hati... Senyumlah pada insan disekeliling..bahagiakanlah mereka yang hampir dengan kita.. selagi mampu lakukanlah kebaikan..jangan jemu membahagiakan mereka yang memerlukannya..kelak kita akan lebih bahagia.. bahagia kerana kasih sayang dan rahmat Rabbi dikongsi bersama dengan insan lain walaupun pada ketika dan saat itu kita sangat memerlukannya..

Dalam rezeki yang kita dapat, kita atur sebaiknya..kita rancang kegunaannya, belanjawannya.. tiba2 ada insan lain perlukan pertolongan kita..bantulah jika dia benar2 memerlukannya..kongsilah rezeki itu.. Allah pasti mencukupkan kita.. Jangan risau perjalanan seterusnya.. itulah urusan jual beli kita dengan ALLAH.. dan ALLAH tidak akan pernah merugikan kita..

Dalam banyak perkara yang kita rancang, ada sahaja yang tidak kena.. ada sahaja insan yang menyakitkan hati kita..menggagalkan rancangan kita.. apa daya ketika itu..? ALLAH... hidup ini kadang-kala dirasakan tidak adil..kita tidak bersalah, namun kita jua yang dituduh bersalah, kita yang berusaha orang lain juga yang mendapat nama, orang lain rehatnya lebih, kita jua yang bekerja lebih masanya.. "kenapa aku, tiada orang lain ker?"..dalam hal ini janganlah memaksa diri mencari keadilan yang mutlak.. kita akan terseksa apabila kita mahukan segalanya mengikut perancangan kita.. Jiwa akan gundah, resah.. Tingkah laku menunjukkan pemberontakan.. ada sahaja yang tidak kena pada takdirNya.. Ya ALLAH....

Maka jiwa  cuba membalas kejahatan dengan kejahatan.. Nah, biar dirasakan adil apa yang aku rasa.. kita marah perbuatan baik kita tidak diberi ganjaran sewajarnya.. kita sedih mengenagkan insan lain yang lebih bahagia dari kita..kita cemburu pada kejayaan insan lain.. ALLAH.. benar.. kadang-kala segalanya dirasakan tidak adil..

namun..adakah keadilan yang mutlak dalam kehidupan ini..?

sedangkan keadilan mutlak itu milik ALLAH swt... 

Perkongsian bicara daripada Ustaz Pahrol..
Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini.. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan pada ALLAH. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi..terimalah. Bahagialah dengan derita itu...

Ya ALLAH.. sungguh kadang-kala hamba tidak mampu.. bicara hamba banyak mengadunya pada manusia.. Luruskan langkah hamba dalam mencari erti jiwa yang benar-benar redha dengan takdirMU.. Terimalah, dan fahamilah kehidupan ini dengan merasakan segalanya adalah dari ALLAH swt.. ya.. dunia ini tempat berpenat..berpenat dengan ujian dan mehnah dariNya..kerana di akhirat nanti kita akan berehat dengan tenang, aman dan damai setelah melalui kembara kehidupan yang mencabar ini.. itupun jika kita benar2 redha dengan takdirNya..bahagia pada setiap pemberianNya...