Bicara Tentang Bahagia...

Friday, August 6, 2010

~Al-ukhwah fillah walhubfillah~


Segala puji bagi Allah yang menjadikan hidup dan kehidupan ini masih lagi dalam nikmat iman & Islam.. berbicara dengan seorang sahabat tentang kurniaan rasa kasih yang Allah jadikan sebagai fitrah dalam kehidupan manusia.. memperhalusinya sebagai anugerah Allah.. diri seakan terpegun.. kagum dengan keagungan dan kebesaran Allah dalam tiap kejadianNya..

Justeru.. diri cuba meneliti rentetan kisah hidup para sahabat dan para solihin.. sedaya mungkin berusaha untuk meneladani mereka dalam berkasih sayang dan membina ukhwah fillah.. pasti jua pada saat ini..rindu menyapa lagi..rindu pada bicara dan qudwah sahabat2 dalam melayari kehidupan ini silih berganti menghiasi memori.. sungguh.. kalian adalah kurniaan Allah.. tanda kasih Allah pada diri yang serba kekurangan.. dikurniakan sahabat2 yang cukup memahami dan menerima diri seadanya.. Maha Suci Allah untuk segala kurniaanNya..

Teringat kisah Salman Al-Farisi dan Abu Darda.. dari dulu lagi, kisah ini cukup terkesan di hati.. betapa sahabat2 cukup terkesan dengan didikan dan qudwah Rasulullah saw.. sanggup melalui apa sahaja kerana sahabat.. Salman Al-Farisi ingin meminang seorang muslimat dari satu kabilah.. Beliau mengutus Abu Darda mewakili dirinya untuk berjumpa dengan keluarga muslimat tersebut.. Abu Darda menyampaikan maksudnya kepada ayah si muslimat itu.. namun, terasa pelik dan terkejut... kata ayah muslimat itu.."Aku tidak akan menikahkan puteriku dengan Salman,kerana aku tidak menyukainya. Namun, aku ingin menikahkan puteriku denganmu".. Masya Allah..

Tetapi Abu Darda menolak dan berkata, " Aku tidak akan meminang seorang gadis yang ingin dipinang oleh saudaraku,".. ayah muslimat itupun berkata, " Aku tidak akan menikahkan puteriku dengan Salman, yang aku ingin nikahkan dengan puteriku adalah engkau, pergilah engkau kepada Salman, dan sampaikan keputusanku kepadanya."..

Akhirnya, kembalilah Abu Darda menemui Salman dengan rasa gundah.. salman yang melihatnya pun berkata, "ada apa denganmu wahai Abu Darda?".. Abu Darda terpaksa menyampaikan hakikat kebenaran kepada kepada Salman Al-Farisi..

Salman memandang Abu Darda, lalu tersenyum seraya berkata, " ketahuilah bahawa aku dan kamu seperti apa yang diumpamakan Allah dalam firmanNya, "Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan-hadapan,"..Aku berharap kita boleh seperti itu, maka lamarlah gadis itu untuk dirimu saudaraku,.. kerana engkau adalah sebahagian hidupku..."..

Subhanallah.. inilah al-ukhwah fillah walhubfillah.. indahnya persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah..bicaraNya dalam satu hadis Qudsi.."Aku mencintai orang yang saling mencintai kerana Aku, iaitu jika ada 2 orang yang tulus saling mencintai hanya kerana Allah semata, bukan kerana nafsu, harta ataupun dunia, saling mencintai dalam taat kepada Allah, maka cinta Allah berhak keatas keduanya."...

Sabda Rasulullah saw menyatakan.."sesungguhnya antara hamba Allah, mereka bukan kelompok para Nabi atau syuhada, bahkan pada hari kiamat nanti, para nabi dan syuhada iri hati terhadap kedudukan mereka disisi Allah".. para sahabat bertanya.." siapakah mereka ya Rasulullah?"...Rasulullah saw menjawab.."Mereka adalah orang2 yang saling mencintai kerana Allah, tanpa ada hubungan antara mereka, tidak pula kerana harta. Demi Allah swt, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, dan mereka diatas singgahsana yang juga bercahaya, mereka tidak merasa takut ketika orang lain takut dan tidak merasa sedih ketika orang lain sedih".....

Muhasabah diri dalam menyayangi dan mengasihi insan.. Ibu,ayah, adik2,..saudara, sahabat2.. juga buat semua yang pernah hadir dalam hati kecil ini... dimana kalian didalam hati ini?.. adakah kasihnya diri ini pada kalian kerana Allah swt.. mencintai kalian setulus jiwa hanya kerana Allah swt..? tanpa mengharap sebarang imbalan.. hanya Allah Maha Mengetahui...

Keagungan Allah dalam kurniaan kasih yang menjadi fitrah dan perantara antara makhluk ciptaanNya... moga kasih yang terbina antara kita sentiasa dalam cinta dan kasih Allah jua..Aminn...

No comments: