Bicara Tentang Bahagia...

Wednesday, August 25, 2010

LAKNAT ALLAH KE ATAS IBLIS


Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulilah..dengan izinNya kita masih lagi menikmati indahnya ramadhan.. memikirkan masa yang pantas berlalu, juga semakin hampir ramadhan bakal meninggalkan kita.Moga Allah meredhai kita sebagai hambaNya.. diri cuba berikhtiar membuang rasa mengantuk yang datang dengan tiba2..bahan bacaan dibuka..mata terhenti pada sebuah kisah mengenai IBLIS.. betapa Allah telah melaknat IBLIS kerana keangkuhan dan kesombongannya..InsyaAllah.. perkongsian bersama..moga ada manfaat dan nilaian di sisiNya..

Firman Allah swt;
"Jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang kafir."
(QS Ali Imran;32)


Allah tidak menerima taubat iblis kerana kekufuran dan kesombongan mereka.Namun, Allah menerima taubat Nabi Adam a.s kerana dia mengakui dosanya, menyesali dan juga mencela diri. Nabi Adam a.s dan Siti Hawa juga tidak putus asa dari rahmat Allah dan sentiasa berharap agar Allah mengampuninya.

Dosa dari syahwat masih boleh diampunkan tetapi dosa dari kesombongan tidak akan diampunkan. Maksiat IBLIS datang dari kesombongannya.

Diceritakan bahawa Iblis datang kepada Nabi Musa a.s. Iblis berkata kepadanya, "Allah telah memeliharamu dengan risalahNya dan berbicara padamu?".. Musa menjawab, "Ya, lalu apa yang kau inginkan wahai iblis?". Iblis berkata, "Ya Musa katakan kepada TuhanMu bahawa aku hendak bertaubat.". Lalu Musa mendapat wahyu, "Hai Musa, Ku terima taubatnya jika dia sujud kepada Adam di kuburnya." Musa menceritakan hal ini kepada Iblis dan iblis marah, dengan sombong Iblis berkata, "sedangkan di syurga Allah aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula ketika dia telah mati?".

Ketika datang hari Qiamat,maka diletakkan kerusi dari neraka. Iblis duduk diatasnya. Lalu syaitan dan orang2 kafir mengelilinginya. Suaranya bagaikan himar. Dia berkata,"Wahai ahli2 neraka, sudahkah kau terima janji dari Allah swt?". Mereka berkata,"Sesungguhnya Allah telah menunaikan janjiNya." Maka Allah berkata,"ini adalah putus asa dari rahmat Allah." Allah memerintahkan Malaikat memukuli mereka dan pengikutnya sehingga 40 tahun dan mereka tidak boleh keluar selamanya.

ALLAH TELAH MELAKNATI IBLIS SELAMA-LAMANYA!!!.

Diceritakan pula pada hari Qiamat, Iblis diperintahkan duduk diatas kerusi api, di lehernya tergantung KALUNG LAKNAT dan Allah memerintahkan Malaikat Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang kedalam neraka. Namun, mereka tidak mampu. Lalu Allah perintahkan Jibrail dan 80 puluh malaikat untuk membuangnya, namun mereka juga tidak mampu. Kemudian diperintahkan Malaikat Israfil dan Izrail. Masing2 membawa 80 puluh malaikat, namun mereka juga tetap tidak mampu menbuang KALUNG LAKNAT itu!!!. Kemudian Allah berkata kepada mereka,"kalaupun berkumpul Malaikat yang telah Kujadikan dengan berlipat ganda, mereka tetap juga tidak akan mampu memindahkan kalung laknat itu dari lehernya masuk ke dalam neraka."..

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Kau keluarkan Aku kerana adam, aku tiada kuasa ke atasnya, kecuali dengan penguasaanMu." Allah berkata, "engkau Ku-kuasakan keatasnya, yakni atas anak cucunya. Iblis berkata,"berilah aku kuasa lagi."Lalu Allah berkata,"setiap ia beranak, kau pun beranak."Iblis memohon lagi dariNya, "berilah aku lagi". dan Allah berkata, jeratlah mereka dengan tipu daya, temanilah mereka dengan harta dan anak, sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan batil, perbuatlah ikut kehendakmu." mendengarkan ini, Adam berkata; "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada Iblis, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu." Allah berkata' "setiap umatmu dijaga oleh malaikat." Adam memohon lagi. Allah berkata' "setiap kebaikan yang dilakukan diberikan ganjaran 10 pahala." Adam memohon tambahan lagi. dan Allah berkata," Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup." Adam meminta lagi.."tambahilah aku.".. Allah berkata lagi, "Aku mengampuni mereka dan Aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan.". Kemudian Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Kau jadikan utusan kepada manusia dan Kau beri mereka kitab, maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?".. Allah berkata,"UTUSANMU TUKANG TENUNG,KITABMU PERANGAI BURUK, HADISMU BOHONG,QURANMU SYAIR,TUKANG AZANMU SERULING,MASJIDMU PASAR, RUMAHMU TANDAS, MAKANANMU YANG TIADA NAMA AKU,MINUMANMU YANG MEMAKBUKKAN DAN PERANGKAPMU ADALAH WANITA"...

Na'uzubillah..mohon sebenar2 perlindungan dari Allah. Iblis dan syaitan akan masuk dan merosakkan jiwa anak Adam dengan cara yang paling halus sekalipun. Kerana asalnya Iblis adalah Malaikat yang sangat taat dan paling kuat ibadatnya kepada Allah. Hanya mereka yang benar2 ikhlas mengharapkan redha Allah akan terselamat daripada tipu dayanya. moga Allah meredhai kita semua di dunia dan akhirat..Aminn..

No comments: