Bicara Tentang Bahagia...

Saturday, October 30, 2010

Mudahnya kita ke neraka!

Assalamualaikum wbt...
InsyaAllah perkongsian bersama.. muhasabah diri kita sebagai muslimat..tidak tahu apa pandangan dan nilaian kita disisi Allah..moga ia memberi manfaat pada kita semua..

Sabda Rasulullah saw...
“Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’”
(Riwayat al-Bukhari)
Rahmat Allah pada wanita terlalu banyak..hinggakan wanitalah hamba yang paling mudah masuk syurga tetapi golongan ini juga yang paling ramai menjadi penghuni neraka.. rasa gerun hati apabila membaca hadis Baginda saw ini...
Sabda Rasulullah saw..
Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan. Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita:
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akanmelebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakankepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.
4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.
6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud
supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.
8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.
10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya. Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Sabda Rasulullah saw lagi..
“Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?” Jawab Rasulullah s. a. w. :
1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
3. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah
4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa
5. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama
Bukanlah semua hadis diatas memberikan gambaran yang rendah pada wanita tetapi semua ini adalah ingatan untuk kita memelihara diri sebaik mungkin.. Hati yang lunak dengan agama tidak akan merasa berat dan terbeban pada syariat yang telah difardhukan keatasnya.. Semua ini amaran buat diri yang sering lalai dan alpa dari mengingati Allah dengan sebenar2nya..
Muhasabah diri sendiri yang sering melakukan perbuatan dosa sama ada sedar@ tanpa sedar.. InsyaAllah..sahabat semua tidak seperti diri ini.. harapan, moga ia menjadi ingatan untuk kita lebih memelihara diri...
~lalai dalam solat, hati tidak khusyuk mencari dan mengingati Allah..
~melewatkan waktu solat..mendahulukan perkara lain apabila tiba waktu solat..
~berat hati dan tindakan untuk banyak zikirullah..
~kadang-kala dalam kerja, ada batas aurat yang tidak dijaga sempurna..
~mudahnya diri berbicara tentang perihal insan lain..walaupun kadang-kala dengan alasan sebagai 'bincang & cari penyelesaian'
~keinginan pada hiasan adalah sifat wanita.. kadang-kala keinginan melebihi keperluan.. sedangkan syukur dan qanaah adalah sifat sebenar hamba..
~mudah tunding jari pada insan lain..tak cari kesilapan diri..
~mudah mengeluh dan rasa berat dengan takdir Allah..
~terlepas pandang ( kadang-kala sedar) dalam pergaulan dengan muslimin.. bicara,gurauan kadang-kala melampaui batas malu seorang muslimat..
~tidak pelihara pandangan dengan baik.. banyak lihat dan nilai keburukan insan lain..
~banyak tertawa, berbicara tentang perkara sia2 dan bergurau dengan sahabat2..
~tidak malu apabila menyebut dan berbicara tentang muslimin..malu bukan sahaja wajib di depan muslimin tetapi malu itu juga harus tika muslimin tiada..sebab kita malu pada Allah sebenarnya bukan pada manusia..
~panjang angan2..
~tidak yakin dengan tawakal dan takdir Allah..banyak kegusaran dalam hati..
~kurang lembut dan hikmah dalam urusan seharian..terutama pada keluarga..
Moga ia bukan aib yang sengaja dibuka..tetapi ini semua perbuatan yang mudah kita lakukan dalam hidup seharian.. perbanyakkanlah taubat dan istighfar.. Allah Maha Adil dan Allah Maha Mengetahui...Allah tahu kelemahan dan kekuatan kita..Rahmat Allah terlalu luas buat kita.. carilah ia dengan merasakan bahawa kita ini sentiasa bersamaNya..sentiasa diperhatikanNya..

2 comments:

ishah said...

Jazakillah kak..=)

bidadari said...

subhanallah...syukran....=)