Bicara Tentang Bahagia...

Tuesday, October 12, 2010

Teguran Buat Diri


Assalamualaikum wbt...

Teguran buat diri yang sering kali lalai
dalam mengingati dan mengutamakan Allah.
Teguran buat diri yang sejak akhir2 ini,
terlalu sibuk dengan pelbagai urusan..
dalam sibuk, kadang2 diri tidak sedar banyak maksiat..
ghibah tanpa sedar..bergurau tanpa batas..
mengeluh dan tidak ikhlas..
tenggelam dengan hiasan dan keinginan dunia..
tidak jaga pandangan..maksiat hati dalam diam...
lalai dalam solat..lalai dalam zikirullah..
lupa bahawa setiap perilaku,
sentiasa diperhatikan Allah..
lupa bahawa setiap urusan itu,
harus dikembalikan pada Allah..

Allah swt berfirman;
"bersabar untuk tidak melakukan maksiat yang sedikit adalah lebih mudah bagimu daripada bersabar menahankan azab yang banyak di dalam neraka Jahanam, sesungguhnya azabnya adalah kebinasaan yang berkekalan. Sementara bersabar untuk terus melakukan ketaatan yang sedikit, akan menyebabkan engkau merasai ketenangan yang lama dan kenikmatan yang tidak sebentar"

"Wahai manusia, hendaklah engkau tidak ragu sedikit pun bahawa Aku telah menjamin bahagianmu sebelum engkau memberi sebahagian daripada hartamu kepada orang lain. Berzuhudlah engkau di dunia sebelum Aku zahid ( tidak menyukai ) engkau. Dan jauhkanlah dirimu daripada segala macam syubahat sebelum kebaikan-kebaikanmu binasa pada hari berhisab. Penuhilah hati dan sanubarimu dengan mengingat akhirat, kerana engkau tidak punya tempat yang selain kubur."

"Wahai manusia, sesiapa yang rindu yang rindu ke syurga, bersegeralah ia berbuat amal kebajikan; sesiapa yang takut kepada neraka Jahanam, tertahanlah ia dari melakukan kejahatan; dan sesiapa yang dapat menahan nafsunya daripada keinginan2nya, maka ia mencapai darjat yang tinggi."

"Wahai Musa bin Imran, jika musibah menimpa engkau,sedangkan engkau tidak suci daripada kesalahan dan kekhilafan, maka engkau mestilah menyalahkan dirimu sendiri. Wahai Musa, miskin daripada kebaikan itulah sebenarnya (maut) yang paling besar. Wahai Musa, orang yang tidak bermesyuarat, pasti akan menyesal; dan sesiapa yang telah istikharah, maka tidak timbul penyesalannya."

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi)...

No comments: