Bicara Tentang Bahagia...

Friday, October 22, 2010

~mulianya akhlakmu Ya Rasulullah...~

Rasulullah SAW dengan sebiji limau...Add Image

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW adalah qudwah (teladan) buat seluruh makhluk di dunia ini. Saidatina Aisyah pernah berkata” Rasulullah SAW adalah Al Quran yang hidup..”
“Kana khuluquhul quran.Akhlaknya adalah Al-Quran.."
Ya Allah,berilah kami rezeki supaya dapat mengikut akhlak Rasulullah saw dari awal hingga akhir, zahir dan batin,perkataan dan amal solehnya dengan rahmatMu Ya Allah.. Wahai Tuhan Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani..Aminn..
Begitulah mulianya akhlak Baginda saw.. kadang-kala diri sering terlepas pandang dalam perkara seperti ini.. menganggap mudah dan remeh dalam sesetengah perkara.. tetapi akhlak baginda saw begitu lembut dan halus kepada semua insan..apatah lagi mereka yang dianggap mad'u. Moga kita semua direzekikan untuk memilikki akhlak dan qudwah sebaik Rasulullah saw..(^_^)..InsyaAllah..

1 comment:

Zarina Zaimi said...

salam syida ;] syukran for this tazkirah. there are times when I take things for granted. I hope I didn't hurt anyone.. but I know I did. praying for a better future with definitely a better akhlak, amin ;]