Bicara Tentang Bahagia...

Wednesday, October 20, 2010

~Ukhwah dan hak2 sahabat~

"sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang."..
(QS Maryam : 96)
Firman Allah diatas sebenarnya menyakinkan diri akan fitrah sebenar rasa kasih dan sayang yang hadir dalam hati insani. Jika kita menyakini dengan sebenarnya bahawa kasih sayang itu hadir dengan izinNya, hati kita tidak perlu gundah. sama ada kita yang harus memberi kasih sayang atau kita yang harus menerima..kita tidak akan terasa bilamana Allah kurangkan rasa kasih itu daripada diri kita..
luas dimensi kasih sayang ini..cuma waktu ini terasa hampir dengan sahabat2..insyaAllah sebagai perkongsian kita bersama..ana titipkan bicara dalam entri ini..sebagai ingatan buat diri sendiri..juga sebagai titipan istimewa buat sahabat2 fillah...
dalam kita membina ukhwah..
diri sentiasa mengharap
hadirnya ikatan yang dinamakan ukhwahfillah..
Alhamdulilah..
diri ini sentiasa dikelilingi insan2 yang bergelar sahabat..
tenang mendengar bicara mereka..
damai memandang wajah mereka..
walaupun adakalanya..ada yang tidak sesuai dengan jiwa..
namun itulah fitrah yang semakin mengeratkan ikatan..
susah dan senang sentiasa bersama..
kadang2 timbul juga prasangka..
kadang2 ada juga yang melarikan pandangan mata..
namun semua itu hilang tatkala maaf dipinta..
pelukan erat tiap kali usai solat jemaah..
melenyapkan segala rasa yang ada..
saat itu..
kasih kian subur..damai di jiwa..
Firman Allah swt;
"Dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(QS Al Anfal : 63)
dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama ALLAH), dan janganlah kamu bercerai berai, da ingatlaj nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan lali ALLAH menyatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada dijurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana."
(QS Al-Imran ; 103)
Rasulullah saw bersabda :
“Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang salih. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan
kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya"...
hakikatnya..tiada iman tanpa akidah..dan tiada ukhwah tanpa iman.. atas dasar apa ukhwah dibina..sungguh, memandang ukhwah yang dibina kerana Allah adalah sesuatu yang sangat berharga sehingga ia terlalu sukar ditaksirkan..
terbaca satu titipan bicara tentang ukhwah dan sahabat..sangat terkesan di hati ini..
"Bersangka baiklah pada sahabat kita kerana itu adalah sebaik-baik darjat dalam ukhwah. Jangan terlalu tinggi persepsi kita pada sahabat kita kerana dia juga manusia biasa. Terima dia seadanya dalam usaha sama – sama untuk mendapat mardhatillah….(^_^)
dan dalam bersahabat..ada hak2 sahabat yang perlu kita ambil tahu..bukan untuk menuntut hak itu..tetapi menjadi kewajipan untuk kita tunaikan hak tersebut kepada sahabat kita..

hak terhadap harta
~ memberi saudara kita selepas keperluan kita
~ memberi separuh harta kita pada sahabat
~mendahulukan keperluan saudara kita sebelum diri kita
hak terhadap masa dan usaha
~memenuhi keperluan sahabat bila ada masa
~memenuhi keperluan sahabat kita yang tidak mendatangkan bahaya pada kita
~meletakkan keperluan sahabat sebelum diri kita
hak terhadap kata – kata (nasihat)
~bersabar dan berlembutlah dengan saudara
~ jangan beritahu aib dia
berkata dengan perkara yang membuat dia suka tanpa berbohong ~beri galakan dan beritahu kekuatan dia tetapi pastikan wujud hubungan dengan ALLAH agar dia tidak riak
~mendoakan ketika dia masih hidup atau telah meninggal dunia
hak terhadap hati kita
~beri ketaatan dan kepatuhan
~beri kemaafan

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luas seluas langit dan bumi dang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang – orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.”
(ali Imran: 133 – 134)
“… dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.."
(An-Nur; 22)
buat sahabat2 yang ana kasihi..
InsyaAllah..kalian sentiasa menunaikan hak2 tersebut pada diri yang hina ini..
Ukhti Ishah..
Ukhti Long..
Ukhti Wani..
Umi..
Ukhti cik..
Ukhti Zila..
ukhti Humairah..
Ukhti Gee..
dan semua insan lain yang bergelar sahabat....
Syukurililah..atas kurniaan Allah ini..
kebaikan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..
dan dalam kita berukhwah..
sedaya mungkin prinsip ini dipegang utuh..
sentiasalah memberi..
walaupun kita tidak menerima...
kadang-kala hati tewas juga dengan emosi..
namun..segeralah titipkan doa buat sahabat..
moga lapang hati antara kita..
moga ikhlas ukhwah kita..
InsyaAllah..sayang kalian hingga ke akhirat..(^_^)

8 comments:

musafir cinta said...

subhanallah..tatkala ukhwah teruji keikhlasannya..hati tetap teguh bersahabat..terima kasih byk umi syida yg sabar dengan kerenah diri ini..

Anonymous said...

...=)
perjalanan kita tak diketahui di mana hentinya.Yang pasti,setiap detik yang dilalui adalah bersama dengan takdir ALLAH dan dicatatkan dalam catatan amal kt.. Begitu juga dengan pertemuan ini. Daripada ALLAH..InsyaALLAH kita akan berhadapan dan berkenalan dengan lebih ramai orang,sahabat, mad'u..tiada bekalan yang terbaik, melainkan ikhlas..=)Erti hidup adalah dengan memberi..ingatan buat diri.=)
Ukhwah ini adalah antara titipan ALLAH pada kt semua.Moga ianya kekal dan bersambung dengan ukhwah2yang lain..Ukhwah fillah abadan abada..Syukran pada semua..=)

Anonymous said...

Persahabatan yang di jamin ALLAH adalah berdasarkan taqwa. Az zukhruf;67..syukran skali lg.=) Sahabat semua banyak membantu dan menampung kekurangan diri ini..

angel with hijab said...

salam syida.. let's pray for each other ey? to stay connected, insyaAllah ;]

Syida said...

Long yang dikasihi..=)

Ukhwah itu ada warnanya yang pelbagai..mana mungkin semua warnanya sama..moga ukhwah antara kita punya nilaian disisi Allah..
kadang2 sukar mencari ikhlas.. tetapi jangan putus asa dalam mencari dan memupuknya.. semuanya satu proses.. long banyak ingatkan mak ngah..=).. kadang2 m.ngah cemburu pada sifat long yg mudah mengakui kekurangan diri.. tulusnya hati long dalam mencari Allah.. doakan m.ngah ya long...=)

syida said...

sahabat belahan jiwa yang dikasihi..(^_^)..

Terlalu banyak perkara yang kita lalui bersama..tak mampu diucap satu persatu..bicara dan tingkah perbuatanmu adalah qudwah buat diri yang hina..moga ada pertemuan kita di akhirat nanti.. kebaikan Allah sentiasa bersamamu..
InsyaAllah..sayang hingga ke akhirat..(^_^)..

syida said...

Ina..sahabat yang sentiasa di ingatan..=)

perkara paling bererti yg syida belajar dari ukhwah kita.. teguhnya ina pada prinsip.. kdg2 buat syida rasa malu dan kerdil.. kita mula dan berhijrah pada permulaan jalan yang hampir serupa.. jauh dah perjalanan ina..=)..kerdil rasa diri.. doakan syida ina.. maaf juga untuk sgala khilaf.. syukran juga untuk semuanya..InsyaAllah.. ukhwahfillah abadan abada..=)

Bidadari said...

salam ziarah..salam ukhwah...subhanallah..kadang2 hati ini teruji....namun kerana sahabat2 jugalah yg byk membantu dan memberi kata2 semangat..beruntungnya bersahabat bersama kalian..terima kasih juga buat makngah kerana sabar melayan karenah cik..sayang semua kerana Allah...=)