( Surah at-Taghaabun; 11 )
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat iman dan Islam dalam kehidupan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga Baginda..moga syafaat Rasulullah saw mampu meringankan perjalanan hari hisab kita..
Ana mulakan entri kali ini dengan sebuah cerita benar yang baru sahaja berlaku... tentang takdir Allah.. tentang nikmat dan ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambaNya..
pada tengah hari itu, ayah ana bergegas balik dari tempat kerja dan menukar kasut kerjanya dengan tergopah2..
"budak kerja jatuh, ayah nak hantar dia pergi hospital"..bicara ayah memberikan penjelasan kepada keadaannya yang kelam kabut..
kami dirumah masih sempat menganggap ia adalah gurauan ayah semata2.. sebab ayah memang suka bergurau..jadi kami pun dengan mudah anggap ia sebagai gurauan..
lebih kurang 1 jam, telefon ana berbunyi.. panggilan dari ayah..
"along..kalau wad icu dalam BI apa...?
"ayah betul ka kat hospital ni..?".. soalan tidak dijawab, tetapi timbul pertanyaan meminta kepastian..
"betul lah..ayah tak main2, dia masih dalam wad kecemasan lagi, masuk ICU agaknya.."..
entah mengapa perbualan dengan ayah menggamit rasa sebak dan kerisauan dihati.. simpati datang.. baru 2 hari dia mula berkerja dengan ayah..kerja buat rumah,memang berat dan penuh lelah..teringat bicara ayah tentang diri dia.. "senang sikit ada orang baru masuk,dia ni mahir dan tahu buat kerja"..
dalam jam 2 petang, ayah balik ke rumah.. ayah beritahu dia dimasukkan ke wad ICU..darah sentiasa keluar dari hidung, dia tidak sedarkan diri lagi.. ayah beritahu lagi, dia penduduk tetap di Malaysia tapi ada isteri di Indonesia..sedang mengandung anak sulung... dia jatuh dari tempat yang tidak tinggi tapi nasib tidak menyebelahinya..runtuhan batu menghempap dirinya..ayah tidak ada disana pada waktu kejadian.. keluar bertemu dengan tuan empunya rumah...
Ya Allah..ujianMu pada mereka yang mampu.. bagaimana nanti keadaan isterinya yang jauh diseberang saat mendengar khabar ini.. sebak dan pilu hati ini.. terfikir juga diri..jika tubuh yang dihempap batu itu adalah tubuh ayah.. bagaimanakah keadaan kami menghadapi khabar ujian dari Allah swt ini..
ayah kembali ke tempat kerja selepas rehat seketika di rumah.. petangnya, selepas pulang dengan kotoran dan kelelahan dari penat bekerja, ayah segera bersiap untuk ke hospital.. untuk menziarahi dia yang sebatang kara disini..kata ayah dia tak banyak kawan disini..kawan yang tinggal serumah dengan dia pun dah tua dan kurang pendengaran.. Ya Allah..siapa yang akan menjaganya sepanjang di hospital nanti.. siapa yang akan menjaganya ketika dia sakit.. bagaimana pula dengan isterinya yang sarat mengandung anak sulung di Indonesia..?...Ya Allah....
panggilan dari ayah masuk tiba2.."along dia dah ke hospital Johor..ayah lupa tinggalkan nombor telefon tadi, nurse marah ayah juga"...
Hospital Johor???...bermakna kepakaran dan kemudahan di Hospital Kluang tidak mampu merawat kondisi dia yang parah..hati menangis pilu... selamatkan saudara hamba Ya Allah.. dia cuma insan biasa.. menggunakan kudrat yang Engkau beri untuk mencari rezeki yang halal...
Dan pagi tadi baru ayah dapat ke hospital Johor..ayah kirimkan gambarnya yang separuh sedar.. dia masih di wad ICU Johor..hanya mata mampu dibuka, hanya anggukan lemah yang ada..tiada suara yang keluar..badannya penuh berselirat dengan wayar.. ayah tanya dia kenal tak siapa yang datang, hanya anggukan diberi.. ayah tanya nak beritahu keluarga di kampung atau tidak, hanya gelengan lemah dari dia.. terlalu lemah keadaan dirinya...antara sedar dan tidak sedar..
Doktor kata peparu dan hatinya rosak kerana ditimpa runtuhan batu.. hatinya yang rosak telah dibuang.. kini..dia dalam penantian untuk perjalanan takdir yang seterusnya..
dan baru sahaja tadi..saat ana ingin perbaharui wudhu untuk solat isya'.. ibu beritahu.. isteri dia dari Indonesia mesej..memang telefon dia ayah ana tolong simpankan..
mesej dari isteri dia.."selamat soreh abang,.. abang dah balik kerja? abang jaga diri baik2, jaga kesihatan. nanti kalau abang sakit, kita tak dapat jumpa.."...
ana hanya diam mendengar cerita ibu..sungguh ana tiada kata2 saat itu.. getaran hati isteri yang solehah dapat merasai kesakitan seorang suami walaupun terpisah dengan jarak beribu batu..
tabahkan hati isteri dia Ya Allah...
dengan semua ini, ana muhasabah diri.. sering merasa susah, sedangkan ada insan lain yang lebih susah. Derita diri tidaklah sehebat dia.. sedangkan ujian dan kesusahan yang paling hebat dan sukar adalah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul..
jika kita merasa sukar, ada insan lain yang lebih sukar.. ana tidak perlu mengangkat dan mengikat batu konkrit untuk mencari sesuap rezeki, ana tidak perlu dikotori dengan limpahan najis dan bau busuk samapah untuk meneruskan kehidupan ini.. itupun diri banyak rungutan pada takdirNya.. dimana penghayatan rasa syukur yang sebenar dalam diri..
jika diri sakit, ada yang lebih menderita menangggung kesakitan.. sakit sedikit tapi merungut tentang sakit sentiasa berpanjangan... ujian yang menimpa dia menginsafkan diri ini..
buat sahabat2 yang membaca titipan daripada entri ini, ana mohon doa dari kalian semua.. doakan dia diberi kesihatan seperti sedia kala..doakan kesejahteraan dia..doakan isteri dan anak dia yang masih dalam kandungan.. doakan dia sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran untuk melalui ujian Allah swt ini..
Allah swt tidak pernah menzalimi kita dengan takdirnya..ujian Allah itu boleh berupa kesusahan dan juga berbentuk kesenangan.. terpulang pada kita bagaimana untuk menerima dan memperhalusinya.. mencari hikmah pada setiap ujian Allah swt..
(dibawah ini perkongsian dari seorang sahabat maya)
1) Ujian berbentuk musibah..
Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat jalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.
Dalam kondisi ini, seseorang hamba yang jujur dalam Ubudiyahnya (pengabdiannya) akan memperkenalkan dirinya kepada Allah s.w.t., sebagai seorang hamba-Nya yang sabar. Maka, ketika diuji dengan musibah, seseorang hamba dapat meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t. dengan kesabarannya, di mana setiap kali dia sabar dalam ujian, maka setingkat demi setingkat darjatnya semakin meningkat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan izin-Nya..
Di samping itu juga, seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan setiap suratan dan ketentuan Allah s.w.t., yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhai hamba-Nya yang redha dengan ketetapan-Nya, dengan izin Allah s.w.t..
Hamba yang diuji dengan musibah juga perlulah sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan natijah dari dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakannya, di samping bertaubat dari sebarang kesilapan dan dosa. Inilah adab seseorang hamba yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t.
2) dan ujian berbentuk kesenangan..
Dalam ujian berbentuk kesenangan tersebut, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepada hama-hamba-Nya yang mendapat kesenangan tersebut, dengan sifat-sifat Jamal-Nya (sifat-sifat kecantikkan dan keindahan-Nya), di mana hamba-hamba-Nya akan dapati pada kondisi tersebut, bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t.
Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.
Apabila seseorang hamba itu berterima kasih, maka Allah s.w.t. akan meningkatkan darjat dan kedudukannya di sisi-Nya, di samping menambahkan lagi kenikmatan-kenikmatan yang telahpun diperolehinya.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
(al-Baqarah;157)
1 comment:
Assalamualaikum wbt. akak sebak rasanya bc kisah ini. terasa diri masih belum cukup teruji. semoga Allah berikan kebaikan yg berlipat ganda utk dia dn keluargnya. sampaikan slm sy pd ayah yg sgt mulia hatinya..
Post a Comment