"Maka ingatlah kamu kepada-Ku. Nescaya Aku ingat kepadamu. dan berterima kasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal nikmat-Ku."..(Qs Al-Baqarah : 152)
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang masih menitipkan nikmat iman dan Islam pada jiwa tandus ini.. terlalu lama blog ini tidak terisi dengan sesuatu yang baru dan bermanfaat. Kekangan dan kesibukan bukanlah alasan sebenarnya tetapi diri yang kurang bijak mengatur masa dengan teliti.. juga hati seperti jauh untuk menitipkan entri yang bermakna.. mungkin kerana banyaknya dosa, maka hati dan bicara terhalang menuturkan kebaikan.
Hampir 2 bulan menggalas amanah sebagai guru baharu di SMKSA2.. Jujurnya, diri jatuh cinta pada amanah dan juga pada sekolah ini. Segala yang terasa asing cuba dijadikan kebiasaan, malah dijadikan kesukaan.. Saban hari, diri mengenali pelbagai watak.. daripada rakan setugas hinggalah kepada para pelajar... Prinsip yang terus cuba dipegang adalah suburkan bersangka baik pada semua insan.. tetapi seringkali hati gagal untuk ditarbiyah sedemikian rupa... hanya pada Allah tempat diri bergantung, memohon perlindungan..moga segalanya berjalan dengan baik pada jalan yang diredhaiNya..
dalam kesibukan ini, ana muhasabah.. banyaknya diri jauh tersasar.. mungkin dari luaran tiada apa yang berbeza, mereka yang dekat mungkin melihat diri mudah tersenyum dan tertawa.. tetapi bukan itu gambaran sebenarnya.. benarlah, jika hati tiada ketenangan, pasti ada yang tidak kena pada diri..
Ingatan buat diri...
Rasulullah saw bersabda :
"tidak ada suara yang lebih disukai Allah daripada suara rintihan hamba yang berdosa lalu bertaubat dan berkata, " Ya Tuhanku!" Lalu Tuhan berkata, "Baiklah wahai hamba-Ku, mintalah apa yang kau mahu. Kau hamba-Ku seperti sebahagian daripada malaikat-Ku. Aku di kanan, kiri dan atasmu. Lebih dekat dari isi hatimu. Hai malaikat saksikan Aku telah mengampuninya."
Ya..hati harus dibajai selalu dengan taubat.. taubat yang seharusnya tidak pernah putus... Istighfar yang menjadi ubat hati, ketenangan bagi jiwa..
pujukan manusia itu hiburan hati..
tetapi kembali pada Allah itu ubat segalanya..
Saat diri mula berhadapan dengan pelbagai watak dan ragam pelajar.. diri sendiri yang harus dibaiki terlebih dahulu.. saat diri mengajak pelajar kembali kepada Allah.. bisikan hati bagaikan menyindir dengan tawa sinis.. taubatkan dirimu dulu.. untuk segalanya, hanya kepada Allah diri mohon kekuatan.. agar segalanya dapat dilalui dengan keampunan dan redha Allah swt..
" Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang yang bertaqwa."
( Surah al-Jathiyah 45:19)
pada hati diingatkan jua..
Allah swt berfirman:
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu kesenangan bagi mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada, kami seksa mereka dengan sekonyong-konyongnya, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa (Surah Al-An'am 6 : 44)
Semakin hilang ketenangan, semakin banyak tanda tanya.. semakin kerap pula hadir penyesalan.. ya.. itu tanda peringatan dari Allah.. tanda Allah masih mengizinkan hati ini untuk terus hidup menuruti fitrah insani yang inginkan kebaikan.. Sayangnya Allah swt pada hamba-hambaNya sentiasa membinakan kembali pintu taubat yang sering runtuh kerana banyaknya dosa dalam diri ini..
" Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) Dan Ia mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( Surah Al-Syura 42:45)
1 comment:
Assalamualaikum
akak, apkbr?, semoga sentiasa berada dalam kebenran Islam :-)
Post a Comment