Segala puji bagi Allah yang masih menitipkan nikmat iman dan Islam dalam jiwa kerdil ini.. Tika ini hati semakin terasa debarnya..debar menanti ramadhan yang bakal tiba.. hati diterpa dengan pelbagai rasa..mampukah diri menyambut ramadhan kali ini dengan jiwa seorang hamba.....
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah:185)
madrasah ramadhan di bumi hijau UPM....
Sungguh..hati rindu untuk melalui detik-detik melalui ramadhan bersama-sama sahabat dikampus UPM...mungkinkah tarbiyyah yang dulu dilalui masih dapat dikecapi lagi...panggilan telefon dari seorang adik pada malam semalam semakin menguatkan segalanya..
"Kak..ramadhan kali tak akan macam dulu kat kolej..semua cuti sem..naik lepas raya..kosong UPM kak.."
satu-persatu telatah sahabat2 bermain diingatan.. biasanya petang habis sahaja kelas, kami akan sibuk menyediakan tempat untuk solat terawih di balai Seni Budaya, KC...sejadah dihampar...siapa yang dahlu, dialah yang akan memulakan kerja menghampar sejadah pada petang itu...usai segalanya, barulah langkah kaki dihayun mencari juadah untuk berbuka...
Surau adalah tempat kami bersama..disitulah ukhwah antara sahabat tetap utuh biarpun badai melanda...saat menanti waktu berbuka..pelbagai ragam dapat dilihat.. di suatu sudut, seorang sahabat tekun bersama kitabullah..antara dengan tidak dengar alunan suaranya..kadang-kala di suatu sudut, berkumpul sahabat2 dalam halaqah cinta.. bicara dalam gurauan..namun pada setiap bicara mereka punya hikmah yang mendidik jiwa..
Usai berbuka..kami solat jemaah maghrib bersama.."SOLAT JEMAAH"...kebiasaan yang telah lama diri ini tinggalkan sejak berada di alam pekerjaan..jika dahulu, itulah kewajipan kami...
Saat menunggu isyak..ada yang mencapai Al-Quran..ada yang membentuk halaqah..ada yang mengambil masa untuk diri...sahabat2 yang ana kasihi..saat2 kita bersama adalah detik yang selalu membuatkan diri ini kembali pada Allah..kalian adalah kurniaan Allah buat diri..
Usai Solat terawih di BSB...kami cepat2 mengemaskan hamparan sejadah..disimpan untuk digunakan pada hari esok..saat itu ada sahabat2 yang mengambil makanan moreh..(juadah selepas terawih)..ambil sekadar rasa..selesai segalanya..masing2 mengatur langkah naik ke floor masing2...tadarus Al-Quran bersama ahli2 floor yang lain...
Ramadhan adalah bulan yang sibuk buat sahabat2 dikampus UPM.. program RAUDHAH menjadi antara tugas utama kami..merancang, mengatur dan melaksana program sepanjang ramadhan..segala kekuatan dengan izin Allah.. sepanjang ramadhan ini juga banyak hati yang teruji..namun itulah ukwahfillah..letakkan Allah dihadapan..bukan perasaan.. mengutip barakah ramadhan dengan jiwa dan hati yang ikhlas...
Hampir segalanya kami lakukan bersama...seawal jam 4.30 pagi..hingga ke dinihari... bagaimanakah kalian semua ketika ini..?
........................................................................................................................................
namun, itu detik 4 tahun yang lalu..ramadhan lepas, ana sepenuhnya bersama adik2 dirumah.. lain pula rentak dan suasananya...diri harus menjadi lebih kuat..diri harus lebih dididik agar mampu diteladani adik2 tersayang..walaupun dikelilingi adik2 lelaki, namun merekalah mujahid yang sentiasa membawa diri ini ke surau saban hari..mahu@tidak mahu mereka juga harus bersama menunaikan solat sunat terawih..walaupun kadang2 bayang pun sudah tiada selepas 4 rakaat yang pertama...
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
.............................................................................................................................................
Dan kini bagaimanakah persiapan diri menanti ramadhan...mampukah diri merasai detik2 yang lalu..memang bukan amalan yang jadi sandaran..cuma bimbang kelak diri banyak alasan...tuntutan kerja, sibuk, kepenatan..tiada ruang waktu..mudahnya bibir menuturkan bicara..tuntuni langkah hamba Ya Rabbi..kadang-kala terasa hilang rentak dalam mencari cintaMu..Izinkan hamba menghirup bahagianya ramadhan kali ini..
“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.” (Shahih Ibnu Khuzaimah)....
Kuatkan langkah hamba pada ramadhan ini..tuntuni langkah hamba, keluarga hamba, saudara2 hamba, sahabat2 hamba jauh dan dekat pada jalan yang Engkau redhai Ya Allah..siapalah kami tanpa rahmat-Mu..Izinkan hamba Ya Allah....
No comments:
Post a Comment