Bismillah wal hamdulillah…
Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan ini cukup sempurna buat kita sebagai hambaNya yang serba dhaif...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah swt…
Bicara ini ana titipkan khas buat sahabat2 serumah yang dikasihi kerana Allah swt..juga istimewa buat semua insan yang sentiasa bertakhta di hati ini sebagai insan yang bergelar sahabat..dari dulu hingga kini dan InsyaAllah hingga ke akhirat..
Sambil menikmati rezeki yang Allah beri pada petang tadi…terbit pertanyaan daripada seorang antara kami…tersenyum ana pada mulanya… “ agak2nya macam mana jika kita berempat berpisah”…ana sambut soalannya dengan gurauan.. bukan tidak faham akan soalan yang diutarakan tetapi sengaja ana menjawab soalannya sedemikian…
Dan, antara bicara yang terkesan di hati apabila sahabat2 menzahirkan rasa gembira dan syukur kerana ditakdirkan sebagai sahabat serumah sejak dari awal posting di SMKSA2 lagi..
Ana lebih banyak tersenyum dan mengiakan bicara dari mereka..Jujur, ana akui..Allah mudahkan langkah ana disini..Ana senang dan lapang hati menyimpul tali persaudaraan ini bersama mereka (sahabat serumah)…
Mungkin menjadi kehairanan bagi sesetengah insan, bagaimana hubungan ini dengan mudah menjadi akrab walaupun kami langsung tidak mengenali antara satu sama lain pada awalnya..
Untuk persoalan itu…ana pulangkan segalanya kembali kepada Allah SWT…
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sungguh orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)”..( Surah Maryam : 96)..
Kali pertama ana tadabur terjemahan ayat ini bersama sahabat belahan jiwa…Siti Aishah Mohd Dani..Hanya Allah swt yang tahu betapa ketika ini ana merindui dia dan sahabat2 yang lain.. Betapa langkah ana saat bersama mereka, banyak mendidik jiwa kerdil ini mengenali Allah…
Namun, kejauhan daripada mereka membuatkan ana iltizam pada diri..ana mahu menjadi sahabat sebaik mereka..Benarlah, untuk insan yang baik, pasti kebaikan Allah sentiasa bersamanya..
Pesan ulama salaf, “carilah banyak sahabat,kerana sesungguhnya pada tiap2 mukmin itu mempunyai kebaikan. Semoga engkau dapat masuk dalam kebaikan sahabatmu. Orang2 yang beriman & beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat2nya dan membawanya masuk ke syurga….
“kak..kita kena pandang sahabat dengan pandangan kasih sayang kan”… Bicara itu masih terngiang-ngiang hingga kini… dan pandangan itulah yang cuba ana berikan pada mereka saat pertemuan kali pertama selepas selesai urusan taklimat penempatan di Kulai, Johor… bukan sahaja dengan sahabat, tetapi pandanglah semua insan dengan pandangan dan rasa kasih sayang…merasakan bahawa pada setiap kasih yang tercipta itu, ada kebesaran Allah yang memayungi kita..ada rahmat Allah yang mengiringi langkah kita..
Bukankah rasa kasih & sayang itu titipan dari Allah swt..Jika Allah mahu, segalanya boleh terjadi..Buat sahabat2 yang ana sayangi..jika ada insan yang bertanya tentang kita.. jawab sahaja sememangnya kita telah ditakdirkan bersama.. dan hanya Allah jualah yang telah mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam hati kita...
Kerana itu jua, Allah jugalah yang berhak untuk mengambil kembali segala rasa kasih sayang yang ada..apapun yang kita milikki hanyalah pinjaman Allah.. pulangkan segalanya pada Allah..
Dalam kita merasa bahagia dengan nikmat yang ada, kita harus bersedia jika Allah mahu menguji kita..namun, jika benar persahabatan itu disandarkan hanya kepada Allah..kita akan merasai kemanisannya walaupun ketika dalam kesukaran..
Dalam bersahabat, sentiasalah memandang kebaikannya..usah diungkit kesilapannya..namun jangan lupa ditegur demi kesejahteraanya, pada hati yang kadang2 terluka, segera kita pulangkan rasa yang ada kepada Allah yang Maha Pencipta..moga kebahagiaan ini mampu kita kongsi bersama..seadanya..secukupnya…
Ya Allah..
Kiranya RasulMu hidup bersahabat, maka kurniakan jua sahabat buat hamba..
Tetapi..
Biarlah sahabat2 yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Sidiq..
Biarlah sahabat2 dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali..
Ya Allah..
Kiranya semua itu tidak layak buat hamba..
Hamba tetap bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..
Mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah hamba selami..
Mungkin padanya ada apa yang hamba impikan selama ini…
Dan andainya hamba bukan seorang sahabat yang tahu menghargai..
Maka hamba pohon keampunanMu..
Dan kuniakanlah kebahagiaan buat sahabat2 hamba..
Kekalkan kami bersama hingga ke syurga…
No comments:
Post a Comment