Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Wahai jiwa yang tenang (mutmainnah), kembali lah pada Tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan Allah meredhaimu, masuklah kamu dalam golongan hambaKu, masuklah kamu ke dalam syurgaKu.” (al-Fajr: 27-30)....
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih mengekalkan nikmat iman dan Islam dalam jiwa kerdil ini..tanpa rahmatMu ya Allah, nescaya diri ini pasti akan tersasar jauh dari landasan-Mu yang sebenar..
"...mencabar dan banyak rintangan nak jadi macam air mutlak.nak menyakinkan orang melakukan kebaikan.."...
kata2 tersebut adalah bicara dari seorang sahabat...lama ana termenung..memikirkan makna yang tersirat disebalik kata2 ini..apa maksud air mutlak?..
Secara ringkasnya, air mutlak membawa maksud suci lagi menyucikan.. beerti air itu sendiri suci, tiada najis dan boleh digunakan untuk bersuci seperti berwudhu, mandi wajib dan sebagainya...
Namun bukan tentang air yang ana ingin bicarakan..ia lebih dari sekadar air..buat sahabat yang menuturkan bicara ini, syukran katheer ana ucapkan..perkataan "AIR MUTLAK" ini membuatkan ana muhasabah pada diri sendiri.. sebelum kita mampu menyakinkan insan lain untuk melakukan kebaikan, kitalah yang mesti memulakan kebaikan itu dalam diri kita sendiri dahulu..bukankah sifat air mutlak itu sendiri suci?....
Satu persatu bicara ana pada kebanyakan insan kembali terngiang2..terutamanya bicara2 yang ana tuturkan kepada para pelajar..? Setiap kali ana banyak berbicara, setiap kali itu jualah hati berasa takut dan berdebar..kadang-kala datang perasaan tidak mahu lagi menuturkan bicara pada mana2 insan.. bukan kerana bimbang ia tidak diterima, tetapi bimbang diri sendiri tidak mampu melunaskan tiap bicara yang dilafazkan..
Dari Usamah r.a., katanya: Saya mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang laki-laki dihadapkan pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya kemudian ia berputar-putar sebagaimana keldai berputar-putar di sekitar gilingan. Isi neraka lalu berkumpul di kelilingnya, sambil berkata: "Hai Polan! Bagaimana keadaan engkau? Bukankah engkau pernah menyuruh kami berbuat baik dan melarang kami berbuat jahat?" Jawab orang itu: "Saya pernah menyuruh kamu berbuat baik, tetapi saya sendiri tiada mengerjakannya. Saya pernah mencegah kamu berbuat jahat, tetapi saya sendiri mengerjakannya". ( HR Bukhari & Muslim) |
Benarlah kata sahabat ana..banyak cabaran dan rintangan nak jadi air mutlak yang bukan sahaja suci tapi mampu menyucikan..cabaran yang paling utama adalah diri sendiri.. Ana pesan pada pelajar2, jangan banyak mensia2kan masa, jangan banyak bergelak tawa, jangan lewat menunaikan solat fardhu.. tetapi itu jugalah perkara yang sering kali dilakukan diri.. sama ada dalam sedar atau tidak sedar.. ana intai kembali detik2 waktu yang dilalui sejak akhir2 ini.. sejak bergelar guru dan mula hidup berdikari ini..antara perkara yang sering dilakukan,..tanpa sedar banyak waktu dihiasi dengan tawa gurau tanpa pengisian..kadang-kala hingga melewatkan solat isyak dari kebiasaannya di awal waktu..hingga bila letih datang..terlena dahulu..mujur Allah kejutkan kembali, menggagahkan diri menunaikan Isyak kala dinihari.. tarbiyyah yang dahulu dilalui sahabat2 dikampus UPM kadang2 semakin jauh dari jiwa.. Diri sendiri yang tidak kuat untuk menyucikan diri.. Bolehkan air yang tidak suci itu menyucikan kita..boleh digunakan untuk berwudhu dan sebagainya?..Jawapannya, pasti tidak.. jadi, bolehkah bicara2 ana sampai kepada hati2 yang ingin diseru..terutamanya hati para pelajar.. jika diri sendiri belum lagi melunaskan tiap bicara itu dengan sebaiknya..?
Teringat juga pada siang hari tadi..Ana sedang menunaikan solat zuhur..Silap diri juga tidak menutup pintu dengan rapat hingga membolehkan buah hati ana, Muhammad Firdaus masuk ke bilik saat ana sedang menunaikan solat zuhur.. anak saudara ana ini semakin petah berbicara di saat usianya baru sahaja mencecah 2 tahun.. terganggu juga solat ana dengan kehadirannya..dia menghampiri diri...dan berdiri betul2 di hadapan ana.. anak kecil yang tidak mengerti apa2..pantas dipegangnya ana..dan mulut petahnya bersuara "umi..umi..(panggilan buat diri)..umi solat? umi solat?"... mujur adik ana menyedari kehadirannya di bilik dan mengajaknya keluar..tetapi mulutnya tidak lepas bertanya walaupun butir bicaranya masih lagi pelat .."umi solat, umi solat?".. habis sahaja ana solat, dia kembali di sebelah ana.. turut sama mengaminkan doa..
Dalam mendidik, kadang2 perbuatan dan tingkah laku lebih mendatangkan kesan pada hati insan..Bukannya banyak bicara, tetapi diri culas untuk melunaskan apa yang di kata.. Qudwah Nabi saw itu juga pada akhlak dan perilaku Baginda saw yang terpuji.. Akhlak Rasulullah saw adalah akhlak yang benar dan mesti kita ikuti..
"tiap kebaikan dibalas dengan kebaikan.nasihat sentiasa diberi dan jangan putus"..
ini kata2 akhir sahabat ana..ana akui kita tidak mampu untuk menjadi seperti malaikat. Telah ditakdirkan Malaikat itu adalah hamba Allah yang paling taat dalam setiap penciptaanNya.. tak mampu untuk diri menjadi seperti Malaikat..yang ada cuma diri kerdil bersalut noda dosa.. Jika tidak kerana rahmat Allah, jauh sudah diri ini tersasar..
"ketahuilah Allah mengetahui apa sahaja dalam diri kamu. Oleh itu hendaklah kamu takuti-Nya" (Surah Al-Baqarah ;235)
Kata Zun Nun : " Muraqabah itu ialah mengutamakan syariat Allah, membesarkan apa yang dibesarkan oleh allah dan memperkecilkan apa yang diperkecilkan oleh Allah"
..
Dalam kita mahu menjadi "air mutlak"..kita tidak akan terlepas dari kesilapan.. akuilah ia sebagai kekurangan kita hambaNya yang dhaif..namun, cepat2lah kembali pada Rabbi.. sentiasa tahu mengawal diri (muraqabah)..bertunjangkan perasaan yang hidup dan mendalam mengakui keagungan Rabbi.. apalagi di bahu ini tergalas amanah sebagai seorang guru..sebagai pendidik.. mana mungkin seorang pendidik itu mampu meletakkkan dirinya suci bersih tanpa noda dosa.. sebagai pendidik juga mana mungkin bibirnya berhenti dari kata2 nasihat untuk sekalian para pelajar..walaupun kadang2 diri seperti ketam mengajar anaknya berjalan, apa yang dilarangnya, perkara itu juga yang dilakukannya..jalan sendiri tak betul, mahu dibetulkan jalan orang lain.. tetapi itulah hakikatnya bila kita mendidik..kita tidak mahu insan lain mengikut perkara yang tidak baik..dan ana rasa tiada guru di dunia ini mengharapkan anak didiknya berada di jalan yang salah..jadi ketam tidak salah apabila mahu mengajarnya anaknya berjalan, kerana jauh di sudut hatinya dia tidak mahu anak2nya mengikut jejak langkahnya berjalan dengan cara yang tidak betul..=)... walaupun langkah kita pernah tersasar, tak bermakna tugas kita mengajak insan ke jalan kebaikan harus dihentikan.. asalkan kita sentiasa koreksi diri.. menyedari kekurangan diri..dan mahu memperbaiki diri.. moga2 bicara kita pada insan terutamanya anak didik mampu melunakkan hati mereka pada jalan2 kebaikan..
Ya..serahkan sepenuhnya hati dan jiwa kita pada Allah.. Dalam proses mensucikan hati, pergantungan kita hanya pada Allah.. nak jadi "air mutlak" juga dengan kudrat Allah... Syukran sahabat pada kata2 membuatkan diri ini muhasabah.. dan ingatlah..Para pelajar adalah amanah Allah..akan ada hisabnya di akhirat kelak..laksanakan tanggung-jawab dengan ikhlas dan jujur. InsyaAllah, Allah akan mudahkan langkah kita.. moga pada setiap bicara ada nilaiannya di sisi Allah swt..Aminn..
No comments:
Post a Comment