Bicara Tentang Bahagia...

Tuesday, September 28, 2010

~Kenapa tak sedia lagi...?..=)~


Assalamualaikum wbt...

Teringat satu cerita..terasa ringan untuk dikongsi bersama..InsyaAllah,moga ada nilaian disisiNya..=)

Pastinya Aidilfitri ini tidak lengkap tanpa kunjungan dan ziarah saudara-mara dan sahabat handai..waktu ini juga selalunnya menjadi medan pertemuan dengan sahabat2 lama..lebih lagi sahabat2 sewaktu di tingkatan 6 dulu..semua sudah punya kehidupan sendiri.. paling bahagia melihat Iza dan suaminnya, Zuhairi..keduanya teman rapat ana.. bercinta tiada suara..tiba2 sahaja tiba kad walimah dan kini bahagia bersama puteri sulung bernama Zuhaili..Tahniah Iza..=) dan dalam kesibukan ziarah itu, teringat ana pada satu bicara bersama seorang sepupu...

bahu ana ditepuk.."Kak long bila lagi nak walimah?"...

senyum panjang ana..mencari jawapan yang sesuai juga..

"tak sedia lagi kak..serah pada Allah juga..banyak lagi perkara tak tahu..nak basuh baju pun tak tahu.."...terkeluar jawapan yang ana sendiri tidak tahu patut @ tidak...

"tak sedia apa laginya..biasakan bila habis belajar nie,ramailah orang datang merisik. tak akan kak long sendiri pun tak ada pilihan..?"..

panjang lebar soalan kali ini.. =)

"rasa tak sedia untuk jadi isteri yang solehah..yang rumah tangga sentiasa dalam keberkatanNya.. semua tu kena sedia..dari perkara yang paling kecil hingga besar..."

"tak faham.."..geleng sepupu ana..

ana tahu dia sengaja menuntut bicara yang lebih..tersenyum ana. dalam hati menyusun cuba menyusun bicara dengan izinNya..agar apa yang disampaikan ada manfaatnya..

"akak kan dah kahwin..mesti lagi tahu".....,usik ana padanya..

"tak tahu..cepatlah kak long"..

"Bila kita jadi isteri, semua perkara kita kena teliti..teliti untuk cari keberkatan Allah dalam rumah tangga".. dari mengemas ruma, membasuh pakaian, masak..didik anak2.. apatah lagi untuk menjadi isteri terbaik buat suami..".. sambung ana lagi..

tiba2 terasa malu..maklumlah sepupu di depan mata sudah punya suami.. sedang diri.. masih jauh lagi dari perancangan..=)

"malulah kak..akak yang patut cakap"..pinta ana..

"soal ilmu..tak ada malunya..cepat sambung"..tegas pintanya..

"kak..berapa ramai muslimat dan isteri yang tahu basuh baju dengan cara yang betul"..

geleng kepala sambil tersenyum sepupu ana..
mungkin mencari kaitan bicara dengan basuh baju..

"semua tu ada kaitannya kak.. baju yang mungkin terkena dengan percikan air najis misalnya, harus dibilas dahulu..alirkan air kotoran najis pada pakaian..baru boleh dibasuh.."..

"kalau kita tak buat macam tu, semua pakaian yang dibasuh bersama akan terkena air kotoran najis..bermakna masih tak suci lagi.. paling penting jika dipakai dalam solat, solat tak sah!.."
suasana sepi..menunggu bicara seterusnya...

"mungkin ini perkara yang nampak remeh..tapi perkara yang macam nie akan beri kesan pada solat kita..bayangkan jika seorang isteri tidak tahu tentang semua nie..apa akan jadi pada solat suami dan anak2?".. bagi kak long, solat yang sempurna itu asas dalam melahirkan akhlak yang mulia dan kasih sayang yang berterusan dalam sebuah keluarga..."

Bicara mula menuju jalan yang lebih serius..jauh sepupu ana termenung..

"semua ini menuntut kita agar mencari ilmu kak..tahu dan bersedia"...

kak..berapa ramai yang diluar sana tahu, bila nak masak telur kena basuh dulu..sebab kulit telur tu kalau tak basuh ada kotoran najis..?..agaknya apa jadi bila kita masak untuk suami dan anak2 dengan tak basuh dulu..?"..

"semua perkara tu nampak kecil dan remeh kak..tapi kadang2 kita lupa pada perkara yang kecil dalam menjaga keberkatan Allah.."

ana menghela nafas panjang...semua ini sekadar luahan sebenarnya..

"kak long tahu..akak tahu semua nie kan.."..

sepupu ana tersenyum.."teruskan ja.."..

"lagi cabaran buat isteri yang bekerja.. bagaimana masanya dibahagikan kak.."..

"jujur, kadang2 kak long rasa tak mampu untuk jadi seorang isteri yang bekerjaya.. tapi semua itu bukan alasan kan..."...

"teringat pesan YB Mumtaz dalam satu ceramahnya dahulu.. nak tengok macam mana kita jadi isteri nanti, tengok keadaan kita sekarang.."

"maksudnya...?"..sepupu ana meminta penjelasan..

"YB Mumtaz kata tengok macam mana layan ayah dan ibu kita sekarang.. ada ka kita hidang makanan..adakah kita picit, urut ibu dan ayah.. pernah kita potong kuku ibu, kuku ayah?.. kena tengok hubungan kita dengan adik beradik.. pernahkah kita belai rambut adik, nasihat adik beradik dengan hikmah, dakap adik beradik kita dengan rasa kasih.. kalau kita tak ada, ada kerja jauh..ada tak ibu, ayah dan adik2 rindukan kita...?.. semua itu akan membentuk sikap kita sebagai seorang isteri nanti"....

"bukan tu aje kak.. YB kata nak tengok macam mana kita dengan mentua dan ipar duai,.. tengok macam mana hari ni kita layan saudara-mara yang datang..adakah kita ini seorang yang mudah rapat dengan saudara-mara..pernah tak kita masak untuk pakcik dan makcik kita..."

"tak cukup lagi tu kak..nak tahu macam mana muslimat jaga kebersihan rumah..pergilah jengah2 sinki didapurnya..ada tak lumut2 hitam yang melekat di celahan sinki.. tengok pula bilik airnya..berlumut dan licin tak..tengok bilik tidur dia juga.. semua yang jadi kebiasaan kita pada hari ini, ada kemungkinan jadi kebiasaan kita pada suatu hari nanti..."..

sepupu ana tersenyum lagi tanpa bicara..entah apa difikirannya...

"bila semua fikir nie kak.. bagi kak long ia bukan satu perjalanan biasa.. menuntut semangat, istiqamah dan keikhlasan untuk menjadi isteri yang solehah..".. lebih lagi, hubungan kita bukan sekadar dengan seorang suami, anak2 dan keluarga.. ada yang lebih utama lagi kak.."..

"apa dia"...?..cepat sepupu ana melontarkan pertanyaan..

"hubungan kita dengan Allah kak..cinta yang terutama..." ..perlahan ana memberi jawapan..

"mampu tak dalam semua kesibukan kita nanti, kita menyediakan masa, diri dan perhatian untuk Allah..?".. mampu tak kita didik diri dengan amal ketaatan yang istiqamah kepadaNya?.

"sekarang nie pun kak long dah cepat letih bila banyak kerja..kadang terlajak waktu, tak sedar untuk Qiam..inikan pula bila dah jadi isteri nanti..mampu tak nak kejut suami turut bangun malam bersama2...?".. sedangkan untuk semua yang kita miliki pada hari ini, adalah dengan izinNya..adalah kurniaanNya..Allah yang beri semua tu kak.."..

"mmm..apa yang akak pandang nie...?"..

"tengah fikir apa yang kak long cakaplah..bukan mudahkan.."

"ya kak.. bukan mudah..., maaf kak andai ada bicara yang salah..cuma isi hati ja kak.."...

"tak apa kak long..untuk kita fikir bersama..jadinya kak long nie memang tak ada pilihan lagilah ya.."..

bijak2 sepupu ana menyusun bicaranya..=)

"serah pada Allah ya kak..nanti kalau ada, pasti ada kad jemputan kan.."..

Semua ini sekadar bicara yang berlaku dengan izinNya..ana melihat diri.. untuk capai kedudukan anak solehah pun masih jauh lagi.. inikan pula isteri solehah..apatah lagi kedudukan diri sebagai hamba disisi Allah..

teringat bicara seorang adik dan juga sahabat yang terlalu bermakna bicaranya buat diri ini..
"JIKA ALAH IZINKAN KITA UNTUK MELAKUKAN AMAL SOLEH SEBAGAI SEORANG ISTERI, PASTI AKAN DICUKUPKAN KEPERLUAN KITA"..
"DAN CUKUPLAH TAQWA SEBAGAI BEKALAN UTAMA..."

Ana tenang dengan bicaranya itu..bagi ana, dengan ruang masa yang masih ada.. cukuplah ana memperbaiki hubungan diri dengan Allah..kuatkanlah hubungan kita dengan Allah..kerana hanya itu kekuatan diri yang hakiki..

Dan berbaktilah sebagai anak pada kedua orang tua dengan sebaiknya selagi Allah izinkan.. tidak tahu antara diri dan kedua ibu bapa, siapa yang akan pergi dulu..Yakinilah, Allah akan cukupkan takdir kita seterusnya..=)


SERAH DIRI & TAWAKALLAH SEBAGAI SEORANG HAMBA YANG SEBENAR2NYA...

INSYAALLAH... ALLAH AKAN CUKUPKAN SEMUANYA BUAT KITA...=)

6 comments:

Seindah.Bidadari said...

subhanallah....kahwin bukan perkara mudah....byk ilmu yg perlu dintuntut...

nurhazwani abd rani said...

Tersenyumlah dan tenanglah melangkah..Allah yang paling memahami keadaan dan keperluan hambaNya...:)Allah paling tahu tentang apa yang kita perlu saat ini...perkahwinan bukan untuk sehari dua walaupun lafaz akadnya hanya selesai setelah beberapa minit..tapi tanggungjawab pada sebuah perkahwinan itu seumur hidup dan berterusan hingga ke alam akhirat...berkahwin bukan sahaja di dunia tapi melayar bahtera rumah tangga menuju redhaNya hingga ke akhirat sana..
Moga bertemu pahlawan agama,pelengkap perjuanganmu,sahabat..ameen...
nti kawen bila kita dah mampu hadiahkan anak kambing comei na:)

Syida said...

Buat cik yang dirindui..=)
Betul cik..perkahwinan bukan perkara mudah.. yang hanya dengan rasa cinta sudah mampu melengkapkannya.. moga Allah mudahkan perjalanan kita dalam menujuNya tidak kira di manapun kedudukan kita nanti..Aminn..

syida said...

Sahabat yang ana ingati selalu..=)
Maafkan syida banyak sepi tanpa bicara..syukran wani atas ingatan yang tak mpernah putus..InsyaAllah..semua takdirNya telah tercatat buat kita..=) cuma pesan Tok Guru Ustaz Haron Din.. Jodoh itu rezeki... ada yang mudah, sukar dan ada yang biasa sahaja perjalanannya.. walau apapun, ia tetap perlukan usaha dan doa yang ihklas..=) Doa juga na.. moga dapat beri kambing sepasang.. boleh buat pelaburan jangka panjang..nanti ada kenduri ja minta kat wani seekor..dua..

Taufiq said...

Salam alaik.standard para muslimat dan wanita bincang bab walimah bila nk grad..;)

Seindah.Bidadari said...

terima kasih..amat terkesan sekali kata2 diatas...

betul makngah..=) nnt boleh akikah sekali..=)