Bicara Tentang Bahagia...

Tuesday, September 21, 2010

Apabila menghadapi ujianNya..=)


Assalamualaikum wbt...

Bicara Allah dalam satu hadis Qudsi
"Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku,hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku!"...

Begitulah bicara Allah pada hamba2Nya..ana titipkan sebagai ingatan buat diri sendiri terutamanya.. seringkali bibir ini mudah mengeluh bila menerima ujian dariNya.. sedangkan yang ada buruk itu cuma ada pada pandangan manusia..Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba2Nya..

"Allah Maha Halus (penyantun) kepada hamba-hambaNya..." (Qs As-Syuara;19)

Takdir yang datang sebagai ujian anggaplah ia sebagai tanda kasih Allah kepada kita. Kerana Allah tidak pernah bersifat zalim pada setiap makhlukNya..tetapi kitalah yang sering menzalimi diri sendiri dengan pilihan yang tersasar dari jalanNya.. Ujian dariNya umpama guru yang tidak perlu berkata-kata tetapi ia mampu mendidik jiwa. Sabar, redha dan tawakal..semua itu hikmah jika kita mampu menerima takdir dan ujianNya dengan berlapang hati.

Tidak terhitung dosa kita sebagai hambaNya..dan kadang-kala sengaja Allah hadirkan segala bentuk kesusahan, penderitaan, kesakitan, kehilangan dan pelbagai lagi ujian untuk menghapuskan dosa2 yang menggunung itu.. supaya kita tidak lupa kita ini cuma hambaNya.. agar jiwa yang kontang mampu disuburkan dengan siraman titis2 taubat..tanda kembalinya seorang hamba kepada Pencipta..sebab fitrah manusia yang lemah, hatinya lebih lunak mengingati Tuhan ketika susah berbanding senang..

Daripada Muaz bin Jabal r.a, beliau berkata;
"ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada Malaikat Pencatat Amal Buruk,"Hapuskan catatan darinya.", dan berkata kepada Malaikat Pencatat amalan kebaikan,"Tuliskan untuk hamba2Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."

Adl Dlahak ra berkata:
"Barangsiapa tidak diuji antara tiap2 empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah."

Juga terkesan hati ini tika membaca titipan yang ana dapat dari sebuah laman web..
InsyaAllah.. perkongsian kita bersama..

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.

Nabi saw bersabda;
"Barangsiapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih dirinya daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

justeru..apabila kita menghadapi ujian dari Allah.. belajarlah menerimanya dengan lapang hati.. belajarlah untuk menjadi hambaNya yang ikhlas menerima takdirNya.. belajarlah menjadi hambaNya yang sentiasa positif dan bersangka baik. Jauhilah putus asa..kerana ia tanda kita jauh dari rahmatNya..Allah Maha Adil..segala yang diberi adalah yang terbaik buat kita sebagai hambaNya..tiada musibah bagi hamba yang bila diuji, hatinya kembali semula kepada Allah..

Ya Allah..
hamba ini cuma hambaMu..
Sesekali ujianMu menyapa lembut hati ini..
namun..
belum tentu teguh lagi hati hambaMu..
kuatnya hamba jua dari kekuatanMu..
rezekikan hamba
dengan hati yang ikhlas..
dan jiwa yang redha..
menerima takdir dan tarbiyyah dariMu....
Aminnn...

3 comments:

Seindah.Bidadari said...

buat makngah sekeluarga..semoga tabah menghadapi ujian Allah ye..cik doakan segalanya baik2 aja..

Zarina Zaimi said...

salam syida.. still strong going through the journey? insyaAllah. i truly admire u. salam eid fitr. please forgive me for all the wrongdoings..

syairah said...

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28

Maksudnya : ” Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati. “

insyaAllah, syida seorang yang sentiasa jatuh tenteram hatinya...=)

miss u