Bicara Tentang Bahagia...

Thursday, March 25, 2010

Nilai Antara Sebuah Hadiah & Amanah

Assalamualaikum wbt......

Tenang mendengar bicara insan biasa itu.. sungguh, ketenangan adalah kurniaan Allah yang tidak mampu digambarkan nikmatnya bagi mereka yang mencari hakikat iman yang sebenar.. tenang dalam kesakitan, tenang dalam derita, tenang dalam bahagia, tenang dalam segalanya.. terlalu sukar ana mencapai hakikat ketenangan yang hakiki..

Satu soalan dilontarkan kepadanya.. makna sebuah hadiah dan hakikat sebuah pemberian?.. "Jika saya yang menjadi ibu kepada anak saya, saya mahu menyerahkan hadiah yang terbaik buat bakal suaminya. tak kan kita nak serahkan hadiah yang buruk dan tak berfungsi kepada orang lain?".. maknanya di sini, si anak perempuan itu haruslah sempurna dan baik ciri-cirinya..lebih2 lagi kesihatannya.. kerana si anak perempuan tadi umpama hadiah yang akan diberi kepada orang lain... jika buruk dan tidak sempurna, bagaimana dia harus berfungsi dengan baik????....

"jika kita lihat ia sebagai hadiah, memang tepat tu... tapi lihatlah ia sebagai sebuah amanah"... "umpama kita sayang suatu barang yang sangat berharga, katakan kita sayang motor kita, tiba-tiba motor kita rosak, tak akan kita nak biarkan tanpa diperbaiki?"...pasti kita akan hantar motor kita pada mekanik kan?"... terasa kelu lidah ketika itu untuk menjawab persoalan yang terlalu sukar rasanya.. dengan nada tenang, dia menyambung bicara.. "kita nak serah, bukan boleh pada sembarangan orang..dia mestilah berilmu, bersedia untuk menjadikan keadaan sekarang kepada yang lebih baik".. jika ia dapat memberikan keadaan yang lebih baik, mengapa tidak diteruskan?'..

Banyak lagi bicara yang disampaikan dengan tutur yang penuh hikmah pada malam itu.. terdetik di hati ana..andai semua insan memandang bahawa kehidupan ini adalah amanah Allah, pasti kita akan lebih menghargai setiap saat dan detik yang ditakdirkan buat kita.. Ya.. KEHIDUPAN INI ADALAH AMANAH... tetapi bukan mudah sebenarnya untuk menjaga dan memelihara sebuah amanah.. terpikulnya amanah hingga ke liang lahad, malah akan dibicarakan diakhirat pula.. MAMPUKAH ANA MEMIKUL AMANAH INI?.... saat itu, hati ana tenang.. walaupun mungkin kita tak mampu menjadi hadiah yang terbaik... namun, jangan sekali-kali lupa bahawa kehidupan ini adalah amanah untuk dijaga dan dipelihara.. syukurilah dari setiap saat yang ditakdirkan buat kita..hargailah kehidupan yang ditakdirkan buat kita... kerana biarpun derita yang menemani langkah kaki kita.. ia tetap AMANAH buat kita sebagai hambaNya..

No comments: