Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, March 14, 2010

Memahami Sebuah Kehidupan...


Assalamualaikum wbt....

Saat ini fikiran melayang membawa satu makna yang tiada rasa...kosong.. kadang-kala terasa untuk berhenti berfikir mengenai berfikir.. namun, mana mungkin seorang hamba yang tiada daya melawan kehendak Rabbinya..lantas, mahu atau tidak mahu ia harus meletakkan dirinya di medan yang bukan pun atas kemahuannya.. tetapi ia tetap yang terbaik sebagai takdirnya..=)

Apakah makna sebuah kehidupan?..mengapa hati kita cepat tercuit dengan rasa dan rencah kehidupan?...siapa kita disebalik kehidupan..."Engkau adalah penerima nikmat yang paling banyak"...monolog hati ini sendirian.. "bermakna aku tak pernah memberi?".."Engkau memberi atas nikmat yang diterima dan diberi?".. "bermakna aku tak punya apa-apa?"... "ya.. kepunyaan engkau adalah atas apa yang diberi dan yang layak engkau terima".. begitu rupanya perjalanan hidup ini..menerima daripada sebuah pemberian semata-mata..

Kita menerima atas kesempurnaan namaNya Ya Wahab..Allah Maha Pemberi.. Ya Razzaq.. Allah Maha Pemberi Rezeki..Ya Karim..Allah Maha Pemurah.. kita tidak punya apa-apa pun dalam kehidupan ini...banyak sungguh kebaikan yang dilimpahkan kepada hambaNya.. justeru... apa lagi yang kudambakan dalam kehidupan ini?... Aku cuma memilikki Allah sebagai Rabbiku.. Dia yang mencampakkan aku dalam derita..Dia jua yang mengurniakan aku dengan kebahagiaan.. Redhakan hati hamba Ya Allah atas semua pemberian ini... hamba bukan waliMu, bukan kental seperti ahli sufiMu.. hamba cuba mencari hadirNya Engkau Ya Allah dalam setiap perkara yang Engkau takdirkan buat hamba..hamba mendidik jiwa pemberianMu ini Ya Allah...

Belajar menerima kehidupan ini juga adalah atas pemberianNya semata-mata.. Ya.. PemberianNya semata-mata..justeru..akan mengalirlah ketenangan disebalik kebuntuanmu.. belajar bahawa kehidupan ini juga memerlukan dirimu memberi atas pemberianNya.. barulah damai jiwamu menerima kebaikanNya.. terimalah kehidupan ini sangat bermakna walaupun dirimu ditakdirkan untuk lena dalam derita.. dirimu akan memahami makna kehidupan jika memandang ia adalah semata-mata pemberianNya..

Salahkah si fakir miskin yang telah berusaha jika ia adalah pemberianNya? salahkah takdir si anak pungut jika ia pemberianNya? Salahkah tidak bertukar baju yang cantik jika ia adalah pemberianNya? Salahkah si gila jika ia adalah takdirNya? Salahkah si bapa jika ia mendidik anak namun gagal jua terdidik anaknya? salahkah si ibu jika ia telah menjadi teladan yang baik namun gagal jua dirinya untuk diteladani? Salahkah si isteri yang telah menyulam cinta & kesetiaan namun dibalas racun madu dari suaminya? salahkah si suami yang ikhlas kepada isterinya namun masih juga tidak ditaati?...salahkah bila kasih seorang sahabat diumpamakan seperti sampah tidak dihargai? dan..banyak lagi persoalan yang merantai kehidupan ini...namun, dalam banyak perkara..semuanya lupa ia adalah takdir dan pemberianMu untuk menguji iman hamba2Mu...

Kita hidup atas pemberianNya... terimalah kehidupan ini dengan berlapang dada.. terimalah kehidupan ini dengan bermakna.. moga ada hikmahnya...

No comments: