Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, November 14, 2010

~Titipan istimewa buat kalian...~

Ya Allah..,dengan namaMu hamba mulai dan hamba bertawakal kepadaMu, Izinkan hamba berpegang teguh kepada kepadaMu Ya Allah., cukup Allah tempat hamba berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa kecuali hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.Ya Allah hamba mohon kepada-Mu petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa."


assalamualaikum wbt..


Segala Puji bagi Allah yang menjadikan perjalanan hidup ini sentiasa dalam jagaan dan rahmatNya..yang menjadikan iman dan Islam sebagai sandaran utama hidup hamba..YaAllah..tidak terhitung kebaikan dan kemurahan nikmatMu ke atas hambaMu yang serba faqir ini..
Ana titipkan bicara ini buat sekalian insan yang terlalu beerti kehadiran mereka dalam hidup ana. Langkah ini masih jauh..doa dan sokongan daripada kalian adalah kurniaan dari Allah swt kepada diri yang hina ini…

“Taklimat Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bil. 5/2010”… “dengan hormatnya dimaklumkan tuan telah ditempatkan sebagai GSTT ke negeri Johor mulai 22 November 2010”
SubhanaAllah..berita ini ana terima dengan lafaz alhamdulillah…sebak,bercampur baur perasaan yang hadir..terasa kerdil untuk menerima dan menggalas amanahMu ya Allah.. Berdebar untuk ana mulai langkah seterusnya..
Ya Rabbi.. hamba terima amanahMu ini dengan diri yang penuh kekerdilan dan serba kekurangan.. kerana tiada daya kudrat hamba menggapai semua ini..tidak mampu hamba memilikki ia dengan usaha hamba.. segalanya atas kebaikan dan kemurahanMu Ya Rabbi.. Engkau kurniakan kebaikanMu pada insan-insan istimewa ini.. Engkau jadikan mereka sebagai kekuatan,ketenangan,dan kebaikan bagi hamba..Syukurlillah ata segalanya..



Ayah,..Ibu..


Dua insan yang paling setia dan ikhlas kepada diri ini... Bukti kasihMu pada sekalian makhluk..Kasih dan bakti kalian terlalu besar kepada diri ini.. Air mata dan pelukan hangat kalian sentiasa menjadi kekuatan. Saat berita ini diterima..Wajah kalian adalah insan pertama yang hadir..Doakan anakmu ini..Agar terus istiqamah dalam ketaatan kepadaNya..Agar ikhlas dan iltizam dalam menunaikan amanah ini..Agar mampu menjadi anak yang ikhlas berbakti kepada ibu dan ayah.



Adik-Adik..
Insan2 yang menjadi kekuatan dalam perjuangan ini..Saat diri lemah tidak berdaya..Tanggung-jawab utama pada kalian..Sentiasa mengingatkan diri agar kembali tabah..Untuk kita sama2 perbaiki kehidupan ini..Doakan along..Moga kita direzekikan sebagai anak yang soleh dan solehah..Jangan kerana kita..Ibu dan ayah tidak sampai ke syurga..Along sayang semua kerana Allah..




Saudara-mara yang sentiasa mendoakan.Dari kecil diri ini dilayan penuh kasih..Moga ada izin dari Rabbi..Untuk diri ini berbakti pada kalian…


Sahabat2 belahan jiwa yang terlalu ana kasihi..Nur Hazwani, Muslihah, Kak Hulwani, Norafiza, Humairah, Ayu, Nazirah,Siti Aishah, Azila, Fauziah, ..Kalian adalah kurniaan Allah yang terlalu berharga..Sungguh, kadang-kala diri ini malu..Malu seringkali membebankan kalian..Namun, lapang hati kalian menerima diri ini sebagai sahabat..Dalam senang dan susah..Mengembalikan diri yang hina ini kembali pada Rabbi..Kejayaan ini hadiah buat kalian..InsyaAllah, kalianlah sahabat dunia dan akhirat..Sentiasa letak Allah ditempat yang paling utama..Pelihara hak2 Allah dengan sebaiknya..Moga kalian semua tenang dalam jagaanNya..


Ukhti Siti Aishah Mohd Dani..
Saudara,Sahabat,adik dan belahan jiwa ini..Maaf dik..Kerana menitipkan namamu dengan terang dan jelas..Dirimu umpama diri ini jua..Tabahnya hatimu melayani karenah diri ini..Banyak langkah yang telah kita lalui bersama..Dalam perjuangan seharian ,MPPP, teman pratikum..Sukar untuk diri ini temui..Padamu wajah yang marah dan terluka..Sedaya mungkin senyuman dipamerkan..Seawal jam 4 pagi kita mulakan langkah bersama..Kita lakukan segalanya bersama..Syukurlillah atas hadirnya dirimu…Maafkan kak atas segala khilaf dik..Maafkan kak atas segala bebanan yang hadir..Takdir ini adalah hadiah untukmu..Doakan kak selalu..




Juga buat semua sahabat dan adik2 dikampus UPM..Buat mereka yang banyak mendoakan diri hina ini.. Syukurlilah atas kehadiran kalian..Budi baik kalian tak mampu untuk dibalas..Teguran kalian adalah tanda teguran dari Allah..Asif wa syukran untuk segalanya..Doakan diri ini kekal istiqamah..Dalam ketaatan kepada Allah..Sentiasa dalam nikmat iman dan Islam..Tabah memikul amanah dari Rabbi ini..Syukur Ya Rabbi atas setiap nikmatMu..

4 comments:

Zarina Zaimi said...

salam syida.. tahniah untuk posting.. lega dpt kat Johor, leh dekat dgn family insyaAllah ;] congrats again ;]

Anonymous said...

Bismillah wal hamdulillah..
kak..=,)
besar kata2 akak berbanding dengan diri ishah...
'segalanya daripada ALLAH..'.e2 kata2 yang selalu kita ulang bsamakan?..=)
Akak dan sahabt2 adalah anugerah ALLAH bagi ishah..antara kekuatan bagi ishah..Ishah ibarat menumpang rahmat yang ALLAH bagi pada sahabt2..
Maaf atas khilaf dan kekurangan yang ada sepanjang bersama..=)
Pengantara dan penghubung kita adalah ALLAH deh. Moga dengan 2 ALLAH akan titipkan ingatan dan doa dalam hati kita berterusan..
'jika waktu tu akak ingat ishah, insyaALLAH bermakna waktu tu ishah ingat akak juga..'
Akak qudwah ishah..doakan ishah selalu..Syukran semuanya..=)

Anonymous said...

..jika akak xingat pun, ishah akan ingat insyaALLAH..(^_^)..doakan ishah dan sahabat2..

Rohani M.U said...

Salam.Tahniah yea Shida.
Semoga dapat mendidik anak bangsa
dengan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi.Jiwa mesti kuat!!!