Firman Allah SWT..."DiriKu menyaksikan diriKu sendiri,bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu,Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu,tidak sabar atas cubaanKu,tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain dari Aku"...(Hadis Qudsi)
Sunday, April 18, 2010
Mujahid Harapan....
Muhamad Firdaus..
Namamu gambaran syurgawi.
Moga begitu jua dirimu..
Dirimu tetap suci...
Tiada secalit hina pada dirimu..
moga dirimu mampu melalui tarbiyahNya..
Hanya Allah sandaran dan kekuatan..
Muhamad Firdaus..
Dirimu adalah seorang mukmin..
Hidupmu kerana RabbiMu..
Quran adalah peganganMu..
Rasulullah saw adalah kekasihmu..
Islam adalah hidupmu..
Moga rahmat Allah bersamamu..
YaAllah..
Hanya kepadamu hamba sandarkan pengharapan..
Atas namaMu Yang Maha Mengetahui..
PercaturanMu adalah yang terbaik..
Hamba serahkan Firdaus kepadaMu..
Pelihara dirinya..
Lindungi dirinya..
Kehidupannya dalam takdirMu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
InsyaAllah..dia mujahid harapan ummah..menjadi tautan kasih dan kekuatan akidah ibu dan ayahnya..dia menjadi iftitah lahirnya semula ayahandanya sebagai saudara seakidah kita..Allahhuakhbar!!!
Post a Comment