Assalamualaikum wbt.... salam kedamaian buat mereka yang jiwanya sentiasa terikat dengan cinta dan rindu kepada Allah...=)..
Tersedar dari rehat yang sebentar...jam 4.12 pm..teruji diri dengan beberapa perkara..namun, cukup untuk Allah sahaja yang tahu segalanya...lantas teringat satu hadis yang ada mengatakan apabila Allah ingatkan kita, akan Allah ringankan kita dengan zikir-zikir kepadaNya..Allah lindungi kita dari maksiat..(ana tak ingat hadis yang sepenuhnya, nnt rujuk semula..kelemahan ana..). apabila teringatkan semua ini..ana seakan mahu menghentikan jarum kehidupan yang sedang bergerak ketika ini..agar ketika itu ana tahu..ana berada dalam ingatan Allah...
Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. [Ar-Rum : 30-37].
YaAllah...tiada maknanya kehidupan ini tanpa rahmatMu walaupun seluruh isi dunia ini dihamparkan buat hamba...nikmat apakah yang hamba dambakan...? berulang kali soalan itu mengetuk pintu hati hamba...jangan Engkau melunakkan hati hamba pada nikmat yang cuma seketika...tanpa pemeliharaanMu..sudah lama hamba terjerumus ke lembah dosa yang lebih kotor dan hina..sungguh, tiada daya kekuatan hamba tanpaMu ya Rabbiku...jangan Engkau biarkan hamba dibolak-balikkan dengan permainan syaitan laknatullah..
sebenarnya, setiap apa yang kita lalui adalah semata-mata kebaikan Allah.. walaupun ia hadir dalam bentuk musibah dan kesakitan...hati ana menyanyi girang apabila banyak urusan pratikum ana telah Allah permudahkan.... namun, cepat iman ana menyapa.. duhai diri,jika ia bukan semudah ini apakah engkau akan segirang ini..?tersentak hati ana ketika itu...
Ya Allah...hamba sedar tiada daya hamba tanpaMu... Engkau sampaikan kebaikanMu pada insan-insan yang juga banyak kebaikan pada diri mereka... hamba yakin rahmatMu jatuh atas mereka semua...lantas hamba ditakdirkan olehMu untuk merasai kebaikan itu..namun..siapa mereka...?
dan ana menyakini...mereka adalah sahabat-sahabat hamba yang hatinya ditenun dengan keikhlasan kepadaMu.. yang jiwanya disulami dengan kerendahan kepada nikmat dan ujianMu.. yang langkahnya sentiasa diatur rapi membina ketaatan kepadaMu...
YaAllah...biar apapun jua yang mendatangi kehidupan hamba nanti.. cukup buat hamba dari sebesar zarah rasa redha dan berlapang dada terhadap takdirMu..cukup buat hamba dengan keampunanMu dan rahmatMu.. cukup Engkau melindungi hamba dari syaitan durjana, nafsu hina hamba dan sifat kemunafikan yang mudah meresapi jiwa ini.. didiklah jiwa hamba dengan sifat kehambaan yang patut ada pada seorang hamba.... semua itu adalah kebaikanMu semata-mata Ya Allah....
Firman Allah SWT..."DiriKu menyaksikan diriKu sendiri,bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu,Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu,tidak sabar atas cubaanKu,tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain dari Aku"...(Hadis Qudsi)
Friday, January 29, 2010
Kebaikan Allah Buatku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment