Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, December 20, 2009

Titipan memori di UPM...


Salam Maal Hijrah buat semua yang mengenali diri ini..=) tinggal beberapa hari lagi sem baru akan dibuka.terasa semakin kuat debaran yang menghuni ruang hati ini.. entah mengapa kerinduan terhadap sahabat2 semakin kuat mengetuk pintu hati...sungguh, diri ini rindu untuk menatap wajah kalian, mendengar tiap patah dari bicara kalian, melihat gelak tawa bersama, menangis suka dan duka.. paling dirindui adalah dakapan erat kalian selepas kita semua solat berjemaah.. buat insan yang mendamaikan jiwa ini..long,adinda zila,adinda ishah,wani,umi,adinda humairah, cik,zirah...dan tidak lupa ukhti kesayangan..kak aisah... kalian adalah wajah-wajah solehah yang sentiasa mengingatkan diri ini untuk kembali kepada Sang Pencipta..

Ukhwah kita adalah kenangan terindah yang pernah ana lalui.. ana melalui jalan yang pelbagai likunya sejak mmula menjejakkan kaki di kampus ini..dan kehadiran kalian adalah wasilah kekuatan dari Allah..sejujurnya, diri ana masih goyah untuk memulakan sem akhir kita bersama..bukan takut menerima takdirNya,..tetapi diri masih tercari-cari kekuatan yang telah hilang.. syukur ana punya sahabat seperti kalian.. saat ana merasakan diri hilang arah, juga hilang kewarasan..kalian adalan insan yang tetap setia bersama diri hina ini..siang dan malam..tidak kira masa..tenaga dan wang ringgit adalah sedikit daripada pengorbanan yang kalian lakukan untuk diri ini.. Sungguh, Allah menyayangi kalian dengan segala kebaikanNya.dan diizinkan ana untuk merasai kebaikan itu..

Tidak lupa juga buat mereka yang berlapang dada membantu ana dan sahabat2.. buat faris,razak,hanif dan afif...jazakallah.kehidupan ini akan terus kita lalui seperti air sungai yang sentiasa mengalir.. kehadiran kalian adalah pertolongan Allah. hati kalian sentiasa berbaik sangka padaNya. teruskan perjuangan kalian dengan sepenuh hati untuk menggapai redhaNya.

doakan kekuatan kita bersama.sem ini juga kebanyakan daripada kita akan melalui pratikum..ujianNya sentiasa hadir untuk menguji keimanan kita..dan apakah lagi yang akan menanti kita semua..namun suatu yang pasti, segala takdirnya adalah yang terbaik buat kita semua...=)

"tidak ada satupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insan selepas Islam selain teman yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh2"..(saidina Umar)

1 comment:

Seindah.Bidadari said...

rindu saat kita bersama...saat susah dan payah itu adalah saat yg paling indah..