Firman Allah swt yang bermaksud " dan janganlah kamu campurkan yang benar itu dengan yang batil dan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahuinya"... ( Al-Baqarah:42).. beberapa hari nie, tercari-cari terjemahan surah Al-Baqarah nie..tapi tak pula mencari bersungguh2..hingga tangan ini ringan untuk bertanyakan pada sahabat dan juga adik kesayangan ana..(ishah..) tentang terjemahan ayat tersebut.. agak lama menunggu balasan darinya..hati tergerak untuk membuka terjemahan Quran yang ada kat laptop..Alhamdulilah..ana jumpa dan tak lama selepas itu msg ishah masuk..=)..Hikmahnya, Allah mahu ana lebih bersungguh..bukan sekadar menanti..dalam hidup ini, kita akan melalui pelbagai rencah kehidupan..dan tanpa kita sedar, kadang-kala kita mencampakkan diri kita dalam kebatilan sedangkan kita mengetahui bahawa ia adalah salah... itulah yang sering ana lakukan dalam kehidupan.. dalam menjaga pandangan Allah, ana lebih menjaga hati dan perasaan manusia...
dalam satu hadis qudsi Allah swt berfirman" apabila Aku mencintainya,maka Aku akan menjadi pendengaranya yang ia mendengar dengannya,Aku akan menjadi penglihatan yang ia melihat dengannya,Aku menjadi tangannya yang ia memukul dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya,apabila ia meminta kepadaKu, nescaya Aku mengabulkannya dan apabila ia memohon perlindunganKu, nescaya Aku melindunginya"... Ya Allah..betapa hamba banyak tersasar daripada kebenaranMu..sedangkan yang sepatutnya menjadi pendengaran, penglihatan, perbuatan kaki & tangan hamba adalah Engkau Ya Rabbi...untuk menegur seorang yang meringankan solatnya, hamba takut jika hamba derhaka padanya..tidak pula hamba terfikir tentang hakMu yang wajib hamba pertahankan..untuk menegur khilaf dan kejahilan yang berlaku sering hamba fikirkan perasaannya...ampunkan dosa hamba Ya Allah... berikan hamba kekuatan menegakkan kebenaranMu dan meruntuhkan kebatilan yang Engkau murkai...
No comments:
Post a Comment