Bicara Tentang Bahagia...

Thursday, February 21, 2013

Pada biasanya sifat seorang suami...




Bismillahirrahmanirrahim.. 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Firman Allah yang bermaksud: “Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah” ( Surah Ibrahim ; 34)
Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakan..sungguh tak terhitung segala nikmatNya yang dikurniakan kepada diri hamba yang hina..bibir mengucap syukur..belum tentu hati berlapang dada sepenuhnya..belum tentu segala perlakuan membawa makna syukur sebenar..ampunkan hamba Ya Allah…
Lama benar teratak saljufirdausi ini dibiarkan bersawang tanpa sebarang coretan..terlalu banyak yang ingin dikongsi namun lelahnya diri sentiasa sahaja mematahkan semangat diri ini untuk menulis.. Menggerakkan jari-jemari ini untuk mencoretkan sesuatu seakan membawa diri kembali menelusuri takdir-takdir indah dariNya yang menghiasi hidup lewat kebelakangan ini…
Ya..kita hamba..maka pohonlah sebanyak mana perkara yang kita inginkan dari-Nya..Sungguh..Allah tidak pernah menghampakan kita..tidak pernah sesekali..Cuma kadang-kala diri yang tidak kuat dihempas badai ujian dari-Nya..diri yang takut membuka lembaran-lembaran hikmah takdir dari-Nya.. Allahu Rabbi.. Hamba benar-benar memerlukan kasih sayang-Mu..pandangan belas kasih-Mu..dakapan cinta-Mu..hamba rindu kekuatan munajat yang dulu…
Sejak bergelar isteri, baru diketahui bukan mudah bergelar isteri.. Isteri yang sentiasa diredhai Allah..bukan mudah.. Hebat sunnah Rasulullah saw yang satu ini.. perkahwinan membawa makna yang cukup besar…setiap saat diri diberi jalan..jalan menuju redha Allah..atau jalan mendapat murka Allah.. mujur kesabaran suami dalam mendidik diri ini banyak mengajar diri erti mulianya seorang suami.. Rupa-rupanya pada wataknya sebagai insan yang biasa, insan yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang yang tidak berilmu mempunyai watak yang sangat luar biasa apabila berdepan dengan seorang isteri yang serba kekurangan ini… syukur pada-Mu Ya Allah.. moga kekal rumah tangga kami berdua hingga ke syurga-Mu yang abadi..moga kuat untuk kami berdua tetap teguh pada jalan perjuangan-Mu.. kerana diri bukan isteri hebat seperti Siti Khadijah wanita terhormat yang mampu berkorban segalanya demi perjuangan seorang suami..kerana diri ini bukan Siti Aishah yang paling alim pengetahuannya dalam menyambung mata rantai perjuangan suami.. diri ini bukan Siti Hajar yang tabah ditinggalkan suami namun padanya muncul keajaiban dari telaga air zam-zam..diri ini sekadar hamba Allah yang hina, selalu rebah dalam menggapai redha dan kecintaan Ilahi…
Mengenali suami selepas beliau bergelar suami memang satu perkenalan yang cukup berharga..tiada bandingannya..ketara bezanya sebuah perhubungan yang cukup suci di sisi Allah ini.. Rumah tangga menuntut sekeping hati yang ikhlas di sisi Allah..mencintai sang suami kerana Allah..mengasihi isteri juga kerana Allah..kelebihan pasangan dirai..kekurangan pasangan sama-sama dibaiki.. Sungguh, perjalanan hubungan ini menuntut sebuah kesabaran.. sabar menasihati, sabar menerima kekurangan, sabar menerima ujian, sabar mencari bahagia di jalan penuh duri.. Beruntungnya seorang isteri yang mampu terdidik dengan kemuliaan akhlak sang suami itu sendiri..bahagianya rumah tangga yang tunjang kekuatannya adalah kekuatan hubungan mereka dengan Allah.. kepercayaan yang saling bertaut di hati mereka adalah semata-mata kebergantungan tawakal mereka kepada Allah.. hati-hati yang bertaut itu juga sentiasa disemaikan dengan semangat perjuangan Islam hingga terdidik jiwa  anak-anak yang bakal lahir dan membesar untuk menjadi pejuang & panglima Islam..
Bicara suami pada suatu ketika.. “abang nak jadi seperti Syed Qutb…rela digantung & syahid di dalam penjara”… diri hanya tersenyum menyambut bicaranya.. serentak juga hati ini mengaminkan kata-katanya.. terdetik dihati ini, mampukah diri ini membantu beliau menggapai cita-citanya yang cukup mulia itu.. hamba ini sekadar insan biasa..isteri yang serba kekurangan.. kadang-kala diamnya seorang isteri ketika mendengar bicara seorang suami bukan bermakna ia tidak membawa sebarang makna..diamnya seorang isteri untuk mencari bait-bait kata terbaik yang dapat memberikan semangat kepada suaminya, diamnya isteri untuk memberi pandangan yang lebih rasional kerana memang sifat si isteri yang lebih biasa disaluti emosi dalam menyatakan rasa hati.. Alhamdulillah..ketenangan, kesederhanaan, dan pada biasa-biasanya sifat seorang suami itu akhirnya mampu memimpin seorang isteri menjadi lebih dari luar biasa.. Tanpa perlu menunjukkan keegoaan yang tinggi, seorang suami tetap berjaya melunturkan kedegilan si isteri, tanpa perlu menunjukkan kemarahan, seorang suami tetap mampu melembutkan hati si isteri.. semuanya pada sikap seorang suami yang biasa-biasa sahaja tetapi sentiasa berusaha meletakkan kedudukan si isteri pada kedudukan yang luar biasa.. kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah swt… Syukur pada-Mu Ya Allah..
Dalam kesukaran hidup, ada ketenangan jika hati kita sentiasa dekat dengan Allah.. tidak gusar dengan kejauhan kerana hari-hari yang dilalui penuh dengan kebergantungan kepada Allah swt.. tidak lelah jika ditakdirkan dengan kehilangan kerana menyedari segala yang ada hanya sekadar pinjaman dari Allah swt..segalanya akan dikembalikan pada Allah swt jua.. hari-hari yang sarat dengan dugaan disambut dengan senyuman yang cukup mendamaikan jiwa.. jiwa yang sarat dengan kesakitan disembuhkan dengan membahagiakan insan lain disekeliling kita.. hidup diterima dan dilalui dengan hati dan jiwa yang penuh dengan penyerahan kepada Allah swt.. hanya satu jalan sahaja untuk memilikki kehidupan seperti ini… KEMBALIKAN SEPENUH HATI INI KEPADA ALLAH…
Ya..benar kata seorang sahabat dan saudara belahan jiwa ini.. “kekuatan itu terasa bila kita berdua”.. Jujur, diri ini mengakui kebenaran kata-katanya.. Dari kejauhan ini, semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada beliau yang bergelar suami..seorang suami yang sentiasa berusaha meletakkan diri ini pada kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah..seorang suami yang sentiasa mendidik diri ini yang serba kekurangan dengan penuh kesabaran..ikhlas menerima kekurangan isteri.. semoga impian beliau  untuk syahid di jalan Allah dimakbulkan Allah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan kepada beliau hingga ke syurga Allah yang abadi kelak..
“ALLAH SWT SENTIASA ADA UNTUK MENJAGA KEHIDUPAN KITA SEBAIKNYA..UNTUK MERASAI MANISNYA CINTA, CINTAILAH ALLAH SEPENUH HATI KITA..INSYAALLAH..AMIN…”

4 comments:

Mujahidah Nasuha said...
This comment has been removed by the author.
Mujahidah Nasuha said...

Assalamualaikum wbt.. Allahu rabbana.. Tersentuh hati ini membaca coretan ukhti. barakallahulakuma.. semoga bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal hingga ke jannah,insyaAllah.. jika diizinkan, saya juga mendambakan zauj yang boleh menjadi imam kepada saya dan anak2 suatu hari nanti dan juga boleh membawa kami ke jannah Allah.

syahida said...

Waalaikumusalam wbt..=) Syukran ukhti.. segala bicara dengan izin Allah.. jangan putus berdoa.. Allah tidak pernah sesekali mennghampakan kita..moga ukhti bahagia hingga ke syurga Allah yang abadi di akhirat nanti..

princess cutezz said...

assalamualaikum..Allah,, sungguh tersentuh dengan coretan ini.. mabruk.. ana tefikir.. mampu kah ana untuk menjadi seorang yang tenang.. menjadi seorang isteri yang sentiasa ada disisinya.. cinta hanya keran cinta nya kami kepada ya rabb.. semoga enti menjadi seorang muslimah..tabah dalam ujian.. menjadi seorang ummu yang kuat.. insyaAllah