Bicara Tentang Bahagia...

Thursday, April 28, 2011

Subhanallah..kasih ini bukti keagunganMu..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"..(Surah Maryam; 96)



Assalamualaikum wbt... Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang memberi kurnia iman dan Islam pada hati dan jiwa tandus ini. saat kaki mula tergelincir, Dia hadirkan kembali fitrah insani yang rindukan hidup bertuhan...selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...Ya Rasulullah.. umatmu ini mengharapkan syafaatmu..kami hidup dalam Islam kerana perjuanganMu dan para sahabat...kami merinduiMu ya Rasulullah... Entri kali ini ana titipkan khas terutamanya buat adik-adik yang dikasihi..InsyaAllah hingga ke akhirat.. Hadiah hari lahir yang paling bermakna buat diri apabila menerima bicara kasih dari seorang adik....Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rasa yang hadir.. Sungguh.. kasih kami ini bukti keagunganMu Ya Rabbi....Engkau menitipkan permata-permata berharga buat hamba sepanjang perjalanan hidup hamba ini..amanah yang mesti hamba pelihara sebaik mungkin...segalanya dengan izin dan kudrat dariMu Ya Rabbi..Izinkan hamba melunaskannya.
Bicara tulus dari seorang adik.Sungguh terbukti keagungan kasihMu Ya Rabbi..(Link perinduillahi.blogspot.com)
Syukran bob..bob dan adik-adik along yang lain adalah kurniaan Allah..InsyaAllah, kita akan bersama hingga ke akhirat..Jangan putus berdoa..Moga2 kita tidak menjadi anak2 yang mengheret ibu dan ayah ke neraka...Dalam rasa syukur ini ana muhasabah..di mana letaknya Allah di hati ini.. Hati kecil mula memberi ingatan..segala kasih manusia yang hadir adalah titipan dari Allah..merupakan ujian keimanan..Andai tiba-tiba Allah swt menarik segalanya..adakah bibir ini tetap lancar melafazkan Alhamdulillah..tetap tersenyum tenang menerima apa sahaja kehilangan?..Jika jawapannya tidak, ternyata hati ini masih milik makhluk, bukan milik Allah..Kasih sayang yang kita ada hanya pinjaman.. kasih ibu dan ayah hanya pinjaman, kasih adik dan kakak hanya pinjaman, kasih suami dan isteri hanya pinjaman.. segala kasih yang bernama makhluk hanya pinjaman.. hakikat kehadiran kasih sayang itu adalah bukti kekuasaan Allah kepada kita..Allah pinjamkan kepada makhlukNya untuk mempamerkan sifat2 keagunganNya..sifat2 keindahanNya..tetapi bagaimana pula kita mempersembahkan diri kita selayaknya sebagai seorang hamba yang bersyukur..?... moga kita semua sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, merendah diri, dan berlapang hati serta redha dengan apa jua takdir kurniaanNya...Izinkan hamba Ya Rabbi.
Ya Rabbi..jangan diuji hati kami pada sesuatu yang tidak mampu kami hadapi..Peliharalah kami sekeluarga dunia dan akhirat..tetapkan iman kami..jadikan kami anak-anak yang soleh dan solehah..jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur ketika senang dan ketika susah, cukupkan diri kami dengan rezekimu..lapangkan hati kami dengan kebaikan pada takdirMu..

Wednesday, April 6, 2011

~ISTIQAMAH~

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kehidupan ini cukup sempurna untuk sekalian makhlukNya. Allah menyusun atur segalanya atas sifatNya yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Maka apalah daya kita sebagai hambaNya untuk menolak tiap kebaikan yang telah dititipkan pada setiap takdir pemberianNya..Salam sejahtera ke atas Penghulu sekalian umat manusia.. sungguh, tanpa perjuangan Baginda saw, kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam pada hari ini.. Moga syafaatmu Ya rasulullah berterusan buat kami...umatmu yang sentiasa merindui dan menanti waktu untuk bersamamu.


"Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadaMu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (QS Huud : 112)


Setelah sekian lama blog ini tanpa pengisian, hati seakan terpanggil untuk mengingatkan diri terutamanya tentang "ISTIQAMAH". Benarlah, jalan menuju kepada TAQWA itu adalah MUJAHADAH, dan kekuatan pada mujahadah itu adalah ISTIQAMAH. Terlalu banyak halangan pada diri untuk tetap dan istiqamah pada satu-satu amalan kebaikan. Lebih lagi apabila diri telah terikat dengan kesibukan alam pekerjaan. Tetapi itu bukan alasan yang harus diberi, keihklasan hati untuk mencintai Rabbi adalah kunci sebenar kepada jalan istiqamah.


"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan ; "Tuhan kami ialah ALLAH", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada pula berduka cita. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan (QS Al-Ahqaaf : 13-14)


Kita telah berikrar dan berjanji bahawa Allah adalah Rabbi kita dan Islam itu agama kita yang satu. Maka disinilah terletaknya ujian keimanan seseorang itu.. istiqamah atau tidak pada janji dan ikrar yang telah dilafazkan. Muhasabah khusus pada diri sendiri.. akhir-akhir ini terlalu sukar untuk melakukan perkara yang telah biasa dilakukan.. Allah sedarkan kembali hati ini pada kebiasaan yang semakin kerap ditinggalkan.. kepenatan, kesibukan jadi alasan yang paling utama.. Mujur, Allah ketuk kembali pintu hati ini dengan kerinduan pada suasana dahulu..surau, solat jemaah dan pelukan sahabat-sahabat, majlis ilmu, qiam, usrah, erti perjuangan...dan banyak lagi perkara yang telah ditinggalkan..sekali lalu, ia hanya sekadar amalan..namun itulah tarbiyyah yang semakin terkikis dari jiwa ini..sungguh.. istiqamah itu payah.. hanya mudah pada jiwa yang benar-benar meletakkan ALLAH sebagai tujuan utamanya..mudah untuk melafazkan tetapi bukan mudah untuk melaksanakan..


Baru-baru ini, diri diminta menghadiri satu kursus.. Tatacara pemakaian adalah T-Shirt persatuan. Terasa ingin melarikan diri daripada kursus tersebut. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tidak boleh memakai T-shirt?. Tak tutup aurat ke?.. Tersenyum diri dengan soalan sedemikian.. Lantas keputusan akhir diambil, ana menyertai kursus dengan T-Shirt labuh muslimat yang biasa dipakai, tanpa memakai T-shirt persatuan.. Sukar sebenarnya membuat keputusan tersebut, namun tenang apabila diri jelas dengan keputusan yang telah dilakukan.. Inilah antara ujian istiqamah pada diri... Kadang-kala diri terbiasa memakai T-shirt labuh.. namun jika ia menjadi kebiasaan, lama kelamaan diri akan terbiasa pula dengan T-shirt atau blouse yang lebih singkat dan menarik.. sedikit demi sedikit tarbiyyah yang dilalui dahulu ditinggalkan.. moga dijauhkan Allah dari perkara yang sedemikian.. moga diri dan sahabat semua istiqamah dengan cara hidup Islam yang sebenar.. cara pergaulan dalam Islam yang sebenar..cara pemakaian Islam yang sebenar... dengan meletakkan hanya Allah sebagai tujuan utama dalam kehidupan..


Dari Sufyan bin Abdullah al-Tsaqafy ia berkata; "Aku pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku ycapan dalam Islam yang tidak akan kutanyakan lagi selainmu. Rasulullah saw bersabda "ucapkanlah aku beriman kepada Allah lalu istiqamahlah"(HR Muslim)


Dr. Mushthafa Al-Buga dalam menerangkan hadis tersebut menjelaskan, apa yang paling penting adalah istiqamah hati kerana inilah landasan dari sikap istiqamah tersebut. Istiqamah hati dalam bertauhid kepada Allah swt dengan cara takut, mengharap, tawakkal, dan beribadah kepadaNya serta meninggalkan segala selain Allah. Apabila hati sudah istiqamah dengan kebaikan, maka anggota tubuh yang lain akan mengikutinya.


InsyaAllah, sama-sama kita mengingatkan diri yang sering terleka. Jangan putus asa untuk sentiasa berharap dan bersangka baik dengan Allah. Carilah jalan yang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya. Moga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa berada dalam jagaanNya dan pengawsanNya.. Aminn..