Bicara Tentang Bahagia...

Tuesday, November 15, 2011

~BEKERJALAH KERANA ALLAH SWT...~


Assalamualaikum wbt….

Lama teratak saljufirdausi ini sepi tanpa pengisian..terasa hilang hikmah untuk menitipkan bicara..diri rasa jauh daripada Rabbi…kerapkali jatuh, tersasar langkah.. namun kasihNya Allah tidak bertepi..rahmat Allah tidak pernah putus..di sapa dengan ujian sama ada dalam senang@ susah..agar kita kembali kepada hakikat kejadian diri sebagai seorang hamba yang serba kekurangan dan tidak mempunyai daya tanpa izinNya..

22/11/2012…hampir setahun secara rasminya diri bergelar guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.. Segala Puji bagi Allah swt yang masih mengizinkan diri ini untuk terus memikul amanah yang pasti ada hisabNya kelak.. Setiap detik berlalu cuba ana ingat2 kembali..rasanya banyak lagi amanah yang tidak tertunai..dalam diri semakin terlerai simpulan ikhlas…kadang2 pandangan manusia lebih diutamakan daripada pandangan Allah swt…tercari2 jiwa kehambaan yang semakin hilang dalam diri.. rungutan,rasa mazmumah lebih banyak bersarang di dalam hati.. Ya Allah.. inikah watak hamba yang memikul amanah dari-Mu…

Bicara ini ana titipkan sebagai ingatan buat diri sendiri..

Juga sebagai ingatan buat sahabat2 yang dikasihi..
Buat sahabat2 sejawatan..sepasukan..

Pandanglah..tiap waktu yang ada..

KITA BEKERJA KERANA ALLAH….

Ya, melafazkannya cukup mudah..

Bukan untuk merealitikannya..

Namun, bersangka baiklah dengan ALLAH SWT..

Mohonlah padaNya dengan hati yang rendah..

Moga KITA BEKERJA KERANA ALLAH SWT…


BEKERJA KERANA ALLAH SWT..

Jangan diungkit walau sezarah..
Hati tidak berasa gundah

Perasaan tidak mudah marah

Segala urusan menjadi mudah

Kerja tidak menjadi susah

Tenaga tidak menjadi payah

Fikiran tidak keluh kesah


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Jangan terlari niat, nanti membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah

Letakkan diri di paling bawah

Jangan menyimpan ujub, nanti jadi barah

Halatuju menjadi terarah

Ketaatan tidak ditarah-tarah

Komitmen bersama mudah dikerah


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap DADAH

Keaiban insan tidak dihebah

Mimpikan PANGKAT mengundang PARAH

Segala keputusan adalah musyawarah

Segala kesusahan dianggap riadah

Segala kelebihan anugerah ALLAH semata-mata..


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak insan jangan di jarah

Kuasa makhluk tidak di sembah

Musuh tidak mudah mengacah

Kawan jangan dijadikan amah

Maksiat jangan dibiarkan bernanah

Punca masalah hendaklah di rajah

Perbualan jangan di tambah perencah


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Jangan takut turun ke lembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah

Harapan rakan bersama dicecah

Kelebihan rakan jadikan madrasah

Hal yang kecil jangan direnyah

Prinsip jangan mudah digoyah

Kelemahan rakan jangan digeledah..


BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakAn barakah

Keazaman jangan dibiar lelah

Perut jangan makan makanan berkolah

Ibadah biar tinggi mengalah

Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah

Kepuasan jangan dibiar sudah

Semangat biar sehebat Hamzalah

BEKERJA KERANA ALLAH SWT

Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewangan terasa bersalah

Rasakan kerja semuanya indah

Hendaklah sentiasa bermujahadah

Kerja bukanlah main redah

Diri tidak menadah-nadah

Alhamdulillah di bibir sentiasa basah

Zikir di hati sentiasa menerjah

Jangan dilalaikan ditikar sejadah

Segalanya hanya kerana ALLAH SWT…


No comments: