Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, September 4, 2011

Tamsilan air sungai yang mengalir...


Bismillah wal hamdulillah…

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta”.. (Al-Ankabut : ayat 23)

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih menitipkan nikmat iman & Islam ke dalam jiwa kerdil ini..moga rahmat-Nya sentiasa mengiringi tiap langkah kita semua..

Syawal kali ini biasa2 sahaja buat diri..gembira melihat insan2 tersayang gembira.. Ya..itu sudah cukup membahagiakan diri ini..selebihnya, lebih banyak berdiam diri.. meneruskan hari2 biasa tanpa ramadhan lagi.. “malang bagi mereka yang tidak mendapat keampunan Allah pada bulan yang mulia ini”… hati hiba.. namun rasa gembira itu harus ada pada tiap takdir-Nya..tanda hati masih mensyukuri kehidupan pemberian-Nya..

“SUNGAI LUI”.... bait2 kata lagu nyanyian Aizat ini cuba ana perhalusi.. kenapa lagu nie namanya “SUNGAI LUI?”.. hati dihambat dengan pertanyaan..

Namun, bukan itu persoalan yang utama..memori kembali kepada kata2 sahabat tentang hidup & perjuangan.. “teruskan perjuangan seperti air sungai yang sentiasa mengalir biar apapun halangan yang ada”… ya..teruskan hidup seperti air sungai yang mengalir… mampukah diri?...(^_^)…

Mengalirnya air sungai…..

Sudah banyak riwayat hidup yang tercatat pada kehidupan sebuah sungai.. namun mengalirnya tidak pernah henti.. pada arus yang perlahan mengundang ketenangan hati melihatnya..pada arus yang deras mengundang rasa takut & gusar.. namun ia tetap mengalir walau apa pun jua halangan di hadapannya..

Metafora kehidupan ini juga umpama sungai yang mengalir.. bukan setiap saat air sungai mengalir dengan arus yang tenang tanpa halangan.. begitulah kehidupan.. tak semua perkara yang kita inginkan boleh kita capai..tak semua impian kehidupan jadi kenyataan.. jadi, jangan cepat mengalah pada cabaran yang hadir.. jangan cepat lari daripada takdir yang tidak menyenangkan..kerana Allah tahu kekuatan dan keperluan kita.. teruskan langkah walaupun di hadapan kita terbentang laluan yang sukar.. moga Allah beri kekuatan pada diri untuk menghadapi segalanya dengan jiwa yang tenang & damai…

Air sungai terus mengalir ke satu arah..tidak pernah berpatah balik.. Ya..di sini terletak hati dan matlamat yang satu..apa jua yang kita lakukan, tidak kira kecil@besar pangkat kita..tidak kira ringan@berat amanah yang dipikul.. “didik hati lakukan segalanya kerana ALLAH”..kata2 ini ingatan buat diri.. bila kita melakukan segala sesuatu kerana Allah, diri tidak akan mudah melatah dengan ujian-Nya.. hati redha, mencari hikmah, jauh dari rasa putus asa dan tenang meneruskan langkah pada tiap takdir-Nya..

Ana titipkan jua bait2 kata luahan rasa Ustaz Hasrizal untuk muhasabah bersama terutama buat jiwa yang kerdil ini..

“KERANA AKU SEPERTI AIR”…

Kerana aku seperti air

Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu lama seperti yang biasa

Tetapi kerana aku seperti air

Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah henti
Melimpah,menyerap, menghakis, menembus
Memenuh pada setiap ruang yang kosong
Tanah tandus & benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Tempat berteduh di dataran kosong

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil & lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu..kering masa

Tetapi kerana aku air

Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh & darat, selatan & utara
Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu
Menemukan rindu dengan yang ditunggu


Kerana aku air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat disebalik yang tersurat

Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal

Lalu mudah ditafsir segera, sejuru sebelum kontang terserap ke udara.

Tetapi kerana aku seperti air

Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda Tanya
Bagi pelayar di permukaan luas pandangan mata

Ketemulah ia rebut taufan yang menggila

Namun yang bestari ingin mencari makna

Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua

Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah & sabar jiwa

Riwayat aku seperti air

Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan

Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi

Bumi dan langit,

AIR TERUS MAUJUD KEKAL MENABUR BAKTI…

Dan kepada Allah jua dipohon segala kekuatan dan kebaikan.. untuk diri menjadi seperti air sungai yang mengalir segalanya adalah dengan izin dan rahmat Allah semata2..tiada lain..moga kita hamba pilihan Allah..

Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya kepada ALLAH pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan ALLAH swt”…..

Lagu "Sungai Lui; Aizat"...

No comments: