Bicara Tentang Bahagia...

Monday, June 13, 2011

Izinkan hamba menyentuh hatinya....



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram..(Ar-Ra'd : 28)

Segala puji bagi Allah swt yang masih mengizinkan diri yang hina ini untuk terus menghirup udara milik-Nya..nadi ini juga masih lagi berdenyut untuk merasai nikmatnya hidup di alam dunia sementara ini..segalanya dengan izin Allah. Cukup kita sebagai hamba mendidik diri menerima segala takdirNya dengan rasa bersyukur dan lapang hati..izinkan hamba Ya Rabbi..

Syukur Alhamdulillah..Allah masih memberi keizinanNya untuk ana menitipkan entri kali ini. Moga ada manfaat dan nilaian disisiNya..

Setelah 2 minggu bercuti..pelbagai rasa yang hadir sewaktu menjejakkan kaki ke sekolah..2 minggu dirumah tidak pernah mematikan ingatan pada tugas dan amanah yang tergalas di bahu ini..dan sungguh sepanjang 2 minggu ini ana merindui satu wajah..tidak sabar untuk diri menatap wajahnya..memimpin tangannya..membiarkan dirinya berjalan seiring dalam satu langkah yang sama.. mencari dan menggapai cinta Ilahi..

Peristiwa sebelum cuti..
saat diri leka menyiapkan kertas soalan di dalam bilik peperiksaan..
"syida,ada 2 student tampar-menampar...ada kat luar tu, you pergilah tengok.."...kata-kata cikgu Tay Ai Chin mematikan keinginan ana untuk meneruskan kerja-kerja yang ada..pantas ana melangkah keluar ke meja guru bertugas..kelihatan beberapa orang guru dan 2 orang pelajar perempuan di situ..suasana sedikit tegang..saling menyalahkan..hati kecil terdetik rasa malu melihat suasana ini..walaupun yang bergaduh dan peristiwa tampar menampar ini melibatkan pelajar perempuan tetapi ia tetap memperlihatkan watak muslimah yang tidak sewajarnya dipertontonkan di khalayak ramai..apatah lagi, hampir semua guru yang ada di meja guru bertugas adalah guru-guru lelaki..

Waktu yang harus digunakan untuk menjawab saolan peperiksaan pertengahan tahun terbuang dengan perbalahan yang tak bermakna.. Pn. Hajah memberi kata putus,..kedua2nya tidak akan dibenarkan menjawab soalan peperiksaan jika tidak mahu berbaik dan memohon maaf antara satu sama lain..ternyata, 2 insan di depan ana ketika itu terlalu keras hati untuk berdamai.. yang ada hanyalah kata-kata kurang manis dan keadaan saling menyalahkan..

tidak mahu suasana terus tegang..ana mohon izin untuk membawa kedua-dua pelajar ke bilik kaunseling..biarlah hal muslimat yang sebegini tidak menjadi tontonan dan sindiran..

"tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang. mana2 perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan hatinya dengan keimanan"..(hadith)

Pesanan dan cerita Tok Guru Haron Din datang menerpa di ingatan ketika itu..hadis yang menerangkan bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang sedang marah..uabah posisi orang yang sedang marah..jika dia sedang marah dalam keadaan diri, tenangkan dia..cuba ajak dia duduk...dan ana ingatkan diri juga..jangan marahkan pelajar kerana perbuatannya yang memberi kemarahan kepada kita..tetapi marahkan perbuatannya yang tidak mengikut nilai sebenar kehidupan Islam..marah kerana kerana dia telah melanggar batas-batas dan perintah Allah swt..kuatkan hati hamba ya Allah...

Manusia memang cepat marah dengan kata2 yang menyakitkan hati..lebih lagi apabila ia bersifat hinaan..tetapi bukankah antara ciri seorang mukmin itu tidak terkesan dengan pujian dan tidak pula marah dengan cacian dan hinaan..memandang segala bicara manusia adalah dengan kudrat Allah swt semata-mata..HATI PERLU KEMBALI PADA ALLAH...baru jiwa tenang walaupun yang datang pada kita adalah hinaan dan cacian manusia..

Akhirnya, kedua-dua orang pelajar tersebut masuk semula ke kelas..menjawab soalan peperiksaan dengan saki baki masa yang ada..hanya doa yang mampu mengiringi langkah kedua2nya..moga nusrah Allah bersama dengan mereka...

Dan ketika sukantara 2 hari sebelum cuti..tiba-tiba tangan ana ditarik seseorang..
"cikgu..saya nak minta tolong cikgu boleh..?"..tersenyum ana mendengar pertanyaan wajah mulus itu..pelbagai tanggapan insan pada dirinya..tentang tingkah lakunya.. ada sahaja perbuatannya yang tidak menyenangkan..teringat juga ana peristiwa tampar-menampar..ternyata wajah dihadapan ana ini mempunyai jalan hidupnya yang tersendiri... "InsyaAllah boleh..nak cikgu tolong apa?"... "Cikgu tolong ajar saya solat, mengaji, baca Quran, semuanya"...lancar dia menuturkan kata-kata... Subhanallah..hati ana hiba..sebak dan rasa syukur mendengar permintaannya..ingin dipeluk dirinya saat itu..tetapi ramai lagi insan lain ketika itu.."betul kamu nak belajar?"..soalan yang tidak sepatutnya ditanya tetapi ana tuturkan jua.."betul cikgu..".."nanti jumpa cikgu bila ada cikgu relief lain masuk kelas kamu, ambik borang kuning, minta izin keluar ya.."....

Dari jauh ana perhatikan langkahnya berlalu..InsyaAllah..dia insan pilihan Allah.. lunak hatinya untuk merasai fitrah kebaikan..tetapi mampukah diri ana membantunya..hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan..bukan tugas kita mengubah insan..Nabi saw juga hanya menyampaikan seruan..hanya Allah swt yang berkuasa pada semua pemilik hati2 manusia..

Rupanya dia tidak menunggu lama untuk berjumpa dengan ana..habis sukantara, dia sudah menunggu ana di bilik kaunseling..MasyaAllah..bersungguh-sungguh benar puteri solehah ini hendak mencari ilmu..mencari titik permulaan untuk berubah..

Ana mulakan pertanyaan dengan soal instija'..soal najis dan kebersihan..ana teruskan pertanyaan dengan wudhu..ternyata insan berjiwa besar didepan ana ini mengakui kekurangan dirinya..satu-persatu dia menggelengkan kepala..tanda tidak tahu..apa sahaja perkara ana bicarakan, dicatat pada buku kecilnya...

kami berjanji akan sentiasa bertemu..ana minta dia mulakan langkah dengan tetap bersolat walaupun dia tidak ingat dan tidak tahu banyak perkara..Allah tahu keinginan hambaNya..Allah lebih dekat dengan kita lebih daripada diri kita sendiri...

Ana menginsafi diri..juga rasa kecilnya jiwa ana untuk memikul amanah dari Allah ini.. benar kata sahabat kesayangan ana..pelajar-pelajar adalah amanah dari Allah...amanah ini akan ada hisabnya dihadapan Allah nanti...ikhlaskah diri...? jujurkah diri..? jauh lagi langkah ana...

Buat dia, InsyaAllah..puteri solehah yang dikasihi Allah..ternyata dirimu masih ada fitrah insani yang inginkan kebaikan..biarlah masa silam kita pernah diulit noda..asalkan hati kita menyesal, benar bertaubat, ingin kembali pada Allah..Allah tidak akan sekali-kali menyisihkan kita..

"sesungguhnya keampunan Allah lebih besar daripada banyaknya dosa-dosa kita"...

Ampuni dosa hamba Ya Allah..ampunilah dosa ayah dan ibu hamba..ampunilah dosa adik2 hamba..ampunilah dosa saudara-mara hamba..ampunilah dosa sahabat2 hamba..ampunilah dosa rakan2 setugas hamba..ampunilah dosa para pelajar hamba..dan ampunilah dosa seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang hamba kenal atau tidak..dan sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Hanya pada Allah penyerahan terbaik buat seorang hamba....

No comments: