
Assalamualaikum wbt….
Lama teratak saljufirdausi ini sepi tanpa pengisian..terasa hilang hikmah untuk menitipkan bicara..diri rasa jauh daripada Rabbi…kerapkali jatuh, tersasar langkah.. namun kasihNya Allah tidak bertepi..rahmat Allah tidak pernah putus..di sapa dengan ujian sama ada dalam senang@ susah..agar kita kembali kepada hakikat kejadian diri sebagai seorang hamba yang serba kekurangan dan tidak mempunyai daya tanpa izinNya..
22/11/2012…hampir setahun secara rasminya diri bergelar guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.. Segala Puji bagi Allah swt yang masih mengizinkan diri ini untuk terus memikul amanah yang pasti ada hisabNya kelak.. Setiap detik berlalu cuba ana ingat2 kembali..rasanya banyak lagi amanah yang tidak tertunai..dalam diri semakin terlerai simpulan ikhlas…kadang2 pandangan manusia lebih diutamakan daripada pandangan Allah swt…tercari2 jiwa kehambaan yang semakin hilang dalam diri.. rungutan,rasa mazmumah lebih banyak bersarang di dalam hati.. Ya Allah.. inikah watak hamba yang memikul amanah dari-Mu…
Bicara ini ana titipkan sebagai ingatan buat diri sendiri..
Juga sebagai ingatan buat sahabat2 yang dikasihi..Buat sahabat2 sejawatan..sepasukan..
Pandanglah..tiap waktu yang ada..
KITA BEKERJA KERANA ALLAH….
Ya, melafazkannya cukup mudah..
Bukan untuk merealitikannya..
Namun, bersangka baiklah dengan ALLAH SWT..
Mohonlah padaNya dengan hati yang rendah..
Moga KITA BEKERJA KERANA ALLAH SWT…
BEKERJA KERANA ALLAH SWT..
Jangan diungkit walau sezarah..Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah
BEKERJA KERANA ALLAH SWT
Jangan terlari niat, nanti membawa padahHati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri di paling bawah
Jangan menyimpan ujub, nanti jadi barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak ditarah-tarah
Komitmen bersama mudah dikerah
BEKERJA KERANA ALLAH SWT
Bakti hendaklah sentiasa di curahSegala pujian dianggap DADAH
Keaiban insan tidak dihebah
Mimpikan PANGKAT mengundang PARAH
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan dianggap riadah
Segala kelebihan anugerah ALLAH semata-mata..
BEKERJA KERANA ALLAH SWT
Rezeki subahat haram menjadi darahHak insan jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak di sembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiarkan bernanah
Punca masalah hendaklah di rajah
Perbualan jangan di tambah perencah
BEKERJA KERANA ALLAH SWT
Jangan takut turun ke lembahBisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan rakan bersama dicecah
Kelebihan rakan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah digoyah
Kelemahan rakan jangan digeledah..
BEKERJA KERANA ALLAH SWT
Jangan sekali terasa culahJauhkan tamak utamakAn barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Perut jangan makan makanan berkolah
Ibadah biar tinggi mengalah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Hamzalah
BEKERJA KERANA ALLAH SWT
Segala perlakuan menjadi ibadahSegala penyelewangan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Alhamdulillah di bibir sentiasa basah
Zikir di hati sentiasa menerjah
Jangan dilalaikan ditikar sejadah
Segalanya hanya kerana ALLAH SWT…