Firman Allah SWT..."DiriKu menyaksikan diriKu sendiri,bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu,Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu,tidak sabar atas cubaanKu,tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain dari Aku"...(Hadis Qudsi)
Friday, March 12, 2010
Hadiah Hari Lahir Ibu....
Lewat tengah malam..baru terasa ringan hati untuk menatap blog kesayangan ini..
11.Mac.2010...hari istimewa buat ibu.. terfikir.. separuh dari usia kehidupan ibu adalah untuk melahirkan, membesarkan dan mendidik ana serta adik2.. mampukah ana mendidik diri seperti ibu..?..
Buat ibu kesayanganku dunia & akhirat..
Tiada kata2 untukku coretkan..
Hebatnya dirimu sebagai wanita..
Adalah tanda keagungan Sang Pencipta..
Disebalik tirai kelembutan..
Dikurniakan dirimu dengan kekuatan..
Hebatnya dirimu ibu...
Kasihmu terzahir dengan ketegasanmu.
Terdidik kami 10 beradik dengan teladanmu..
Terima kasih ibu...
kasihmu abadi hingga ke syurga..
SELAMAT HARI LAHIR IBU....
Buat adik2 yang along sayangi... mungkin kita merasakan tiada hadiah yang bernilai untuk diberikan pada ibu..mungkin ada juga antara kita merasakan gagal memberikan yang terbaik di hari lahir ibu..tetapi ketahuilah.. bukan itu nilaian yang sebenarnya..
Didik diri kita menjadi anak yang soleh & solehah.. kerana hanya itu bekalan yang akan dibawa oleh ibu & ayah setelah pemergian mereka.. berikan mereka ketenangan dengan menyakinkan mereka bahawa kita mampu buat yang terbaik untuk kehidupan kita.. usir kerisauan di hati mereka dengan menjaga diri dan agama kita sebaik mungkin..
Buat yang bergelar anak perempuan ibu & ayah.. jagalah solat, tunaikan puasa, jaga aurat kita sebaiknya..jaga maruah diri..jangan tergadai kerana keinginan diri..taati suami andai dirimu seorang isteri.. inilah yang akan membahagiakan ayah dan ibu..inilah hadiah terbaik baik buat seorang ibu...jangan kerana kesilapan kita, kita tegar membiarkan ibu dan ayah dipersoalkan di akhirat nanti.. ketika itu segulung Ph.D atau 100 A pun tidak akan berguna buat mereka.. didiklah diri kita menjadi seorang yang solehah.. itulah hadiah yang terbaik buat mereka..
Dan buat anak2 lelaki ayah dan ibu.. jagalah solat, tunaikan puasa & jagalah syariat Allah.. didiklah diri kalian menjadi anak yang soleh..hanya itu jua bekalan ayah & ibu di akhirat sana.. mampukah kalian menjadi imam pada jenazah ayah & ibu?..mampukah kalian mengalunkan talkin di kuburan ayah & ibu suatu hari nanti..atau nanti, kalian hanya tahu bercakaran berebut harta dunia yang tiada nilainya di sisi Allah?..fikirlah dimana letaknya diri kalian ketika ini sebagai seorang anak lelaki buat ayah dan ibu.. jadilah anak yang soleh..taat pada Tuhanmu.. taat pada agamamu, kasih pada Rasulmu.. itulah hadiah terbaik buat seorang ibu dan ayah..
Sama2 kita didik diri untuk menjadi seorang anak yang membahagiakan... along menyakini kebaikan yang ada pada adik2 along.. HADIAH BUAT IBU DI HARI LAHIR... MENJADI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH...=)
Sunday, March 7, 2010
Tanda kebahagiaan & kesengsaraan

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kehendak nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk akhlaknya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)
Wednesday, March 3, 2010
Medan Pratikum Ini...
Friday, February 12, 2010
WARKAH BUAT HAWA...

Assalamualaikum wbt..
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…Sumber : http://baitulmuslim.com
Saturday, February 6, 2010
SELIPAR BURUK
Saat ana membuka helaian muka surat buku undang2 keluarga, terselit sekeping catatan dari sahabat ana wani tentang "Selipar Buruk"... dan yang menariknya adalah mengenai sifat yang dimilikki oleh sepasang "selipar buruk"...
Sifat sepasang "SELIPAR BURUK"....=)
- Tawaduk
- Rendah Diri
- Qanaah
- Banyak berjasa
- Istiqamah walaupun berusia
- Berkorban untuk pemiliknya
- Tidak minta dihargai
- Tidak sukar untuk dijaga
- Tahan lasak sehingga menjadi buruk
- Sesuai untuk semua golongan
- Harganya murah
- Tiada yang dengki kepadanya
- Biasa digunakan untuk ke masjid
- Rela berkorban
- Tidak kisah akan pandangan sinis terhadapnya
- Redha menjalankan tanggungjawab
- Amanah
Tuesday, February 2, 2010
Mari beramai-ramai kita menyertai..
'Aku Terima Nikahnya'- "Aku Ingin Bercinta"...
Bersama Ust Hasrizal Abdul Jamil.
Anjuran :Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM).
Pada 8 Februari 2010 (Isnin).
Jam: 8-11 malam
Tempat: Dewan Putra 2,UPM (sebelah surau Kolej Serumpun).
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan yang menarik daripada Penceramah
hebat.(Penulis buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan
Rindu Bau Pohon Tin).
SEBARKAN SELURUH KAMPUS!!!...
SEORANG MUSLIMAT
Hatinya adalah milik Allah..
Ketaatan disimpul rapi untuk Rabbinya..
Cintanya diratib indah tanpa rasa gundah..
Hatinya tenang bersulam tawakal..
Cukup diri dilindungi Rabbi...
Seorang muslimat..
bukan tak pernah hatinya resah..
bukan tak pernah duka datang menyapa..
namun, hikmah dicari demi redhaNya..
ujian itu rahmat dan kurniaaNya..
dan janji Rabbi itu mendamaikan jiwanya..
Seorang muslimat..
cukup sahaja mendidik dirinya..
Solehah itu jadikan pakaiannya..
kasihnya dicurah buat ayah bonda..
tertib dan malunya terlalu dipelihara..
Malunya pada Rabbinya..
bukan pada manusia semata-mata...
Seorang muslimat..
tak usah dicari hidup yang bahagia..
jika diri tidak pernah membahagiakan..
didiklah diri mengenal Rabbi..
perjalanan cinta yang hakiki..
bukan mengharap dariNya..
tapi jiwa tak tulus mendamba redhaNya..
Dan diriku jua seorang muslimat..
kalian juga seorang muslimat..
Tiada jaminan yang pasti buat kita..
tiada yang kekal hamparan cinta dunia..
Syurga atau neraka?..
Jika aku,dirimu,kalian, dan kita semua..
Mampu memberi jawapan yang pasti..
Rebutlah cinta dan segala isi dunia..
Namun sayang..
Dimana kita akan dilemparkan..
Semuanya tiada jawapan..
Akhirnya..
Pada Rabbi jua..
Disandarkan segala harapan..
p/s buat diri: Malulah pada Allah atas nikmat pemberianNya. Nikmat sebiji mata pun tak akan mampu ditukar walaupun dengan amalan seorang abid selama 90 tahun.kadang2 bicara diri terlalu banyak tentang dunia dan nikmatnya yang sementara. lupa akan janji di hadapan Sang Pencipta...