Bicara Tentang Bahagia...

Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Subhanallah..kasih ini bukti keagunganMu..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"..(Surah Maryam; 96)



Assalamualaikum wbt... Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang memberi kurnia iman dan Islam pada hati dan jiwa tandus ini. saat kaki mula tergelincir, Dia hadirkan kembali fitrah insani yang rindukan hidup bertuhan...selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...Ya Rasulullah.. umatmu ini mengharapkan syafaatmu..kami hidup dalam Islam kerana perjuanganMu dan para sahabat...kami merinduiMu ya Rasulullah... Entri kali ini ana titipkan khas terutamanya buat adik-adik yang dikasihi..InsyaAllah hingga ke akhirat.. Hadiah hari lahir yang paling bermakna buat diri apabila menerima bicara kasih dari seorang adik....Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rasa yang hadir.. Sungguh.. kasih kami ini bukti keagunganMu Ya Rabbi....Engkau menitipkan permata-permata berharga buat hamba sepanjang perjalanan hidup hamba ini..amanah yang mesti hamba pelihara sebaik mungkin...segalanya dengan izin dan kudrat dariMu Ya Rabbi..Izinkan hamba melunaskannya.
Bicara tulus dari seorang adik.Sungguh terbukti keagungan kasihMu Ya Rabbi..(Link perinduillahi.blogspot.com)
Syukran bob..bob dan adik-adik along yang lain adalah kurniaan Allah..InsyaAllah, kita akan bersama hingga ke akhirat..Jangan putus berdoa..Moga2 kita tidak menjadi anak2 yang mengheret ibu dan ayah ke neraka...Dalam rasa syukur ini ana muhasabah..di mana letaknya Allah di hati ini.. Hati kecil mula memberi ingatan..segala kasih manusia yang hadir adalah titipan dari Allah..merupakan ujian keimanan..Andai tiba-tiba Allah swt menarik segalanya..adakah bibir ini tetap lancar melafazkan Alhamdulillah..tetap tersenyum tenang menerima apa sahaja kehilangan?..Jika jawapannya tidak, ternyata hati ini masih milik makhluk, bukan milik Allah..Kasih sayang yang kita ada hanya pinjaman.. kasih ibu dan ayah hanya pinjaman, kasih adik dan kakak hanya pinjaman, kasih suami dan isteri hanya pinjaman.. segala kasih yang bernama makhluk hanya pinjaman.. hakikat kehadiran kasih sayang itu adalah bukti kekuasaan Allah kepada kita..Allah pinjamkan kepada makhlukNya untuk mempamerkan sifat2 keagunganNya..sifat2 keindahanNya..tetapi bagaimana pula kita mempersembahkan diri kita selayaknya sebagai seorang hamba yang bersyukur..?... moga kita semua sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, merendah diri, dan berlapang hati serta redha dengan apa jua takdir kurniaanNya...Izinkan hamba Ya Rabbi.
Ya Rabbi..jangan diuji hati kami pada sesuatu yang tidak mampu kami hadapi..Peliharalah kami sekeluarga dunia dan akhirat..tetapkan iman kami..jadikan kami anak-anak yang soleh dan solehah..jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur ketika senang dan ketika susah, cukupkan diri kami dengan rezekimu..lapangkan hati kami dengan kebaikan pada takdirMu..

Sunday, November 14, 2010

~Titipan istimewa buat kalian...~

Ya Allah..,dengan namaMu hamba mulai dan hamba bertawakal kepadaMu, Izinkan hamba berpegang teguh kepada kepadaMu Ya Allah., cukup Allah tempat hamba berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa kecuali hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.Ya Allah hamba mohon kepada-Mu petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa."


assalamualaikum wbt..


Segala Puji bagi Allah yang menjadikan perjalanan hidup ini sentiasa dalam jagaan dan rahmatNya..yang menjadikan iman dan Islam sebagai sandaran utama hidup hamba..YaAllah..tidak terhitung kebaikan dan kemurahan nikmatMu ke atas hambaMu yang serba faqir ini..
Ana titipkan bicara ini buat sekalian insan yang terlalu beerti kehadiran mereka dalam hidup ana. Langkah ini masih jauh..doa dan sokongan daripada kalian adalah kurniaan dari Allah swt kepada diri yang hina ini…

“Taklimat Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bil. 5/2010”… “dengan hormatnya dimaklumkan tuan telah ditempatkan sebagai GSTT ke negeri Johor mulai 22 November 2010”…
SubhanaAllah..berita ini ana terima dengan lafaz alhamdulillah…sebak,bercampur baur perasaan yang hadir..terasa kerdil untuk menerima dan menggalas amanahMu ya Allah.. Berdebar untuk ana mulai langkah seterusnya..
Ya Rabbi.. hamba terima amanahMu ini dengan diri yang penuh kekerdilan dan serba kekurangan.. kerana tiada daya kudrat hamba menggapai semua ini..tidak mampu hamba memilikki ia dengan usaha hamba.. segalanya atas kebaikan dan kemurahanMu Ya Rabbi.. Engkau kurniakan kebaikanMu pada insan-insan istimewa ini.. Engkau jadikan mereka sebagai kekuatan,ketenangan,dan kebaikan bagi hamba..Syukurlillah ata segalanya..



Ayah,..Ibu..


Dua insan yang paling setia dan ikhlas kepada diri ini... Bukti kasihMu pada sekalian makhluk..Kasih dan bakti kalian terlalu besar kepada diri ini.. Air mata dan pelukan hangat kalian sentiasa menjadi kekuatan. Saat berita ini diterima..Wajah kalian adalah insan pertama yang hadir..Doakan anakmu ini..Agar terus istiqamah dalam ketaatan kepadaNya..Agar ikhlas dan iltizam dalam menunaikan amanah ini..Agar mampu menjadi anak yang ikhlas berbakti kepada ibu dan ayah.



Adik-Adik..
Insan2 yang menjadi kekuatan dalam perjuangan ini..Saat diri lemah tidak berdaya..Tanggung-jawab utama pada kalian..Sentiasa mengingatkan diri agar kembali tabah..Untuk kita sama2 perbaiki kehidupan ini..Doakan along..Moga kita direzekikan sebagai anak yang soleh dan solehah..Jangan kerana kita..Ibu dan ayah tidak sampai ke syurga..Along sayang semua kerana Allah..




Saudara-mara yang sentiasa mendoakan.Dari kecil diri ini dilayan penuh kasih..Moga ada izin dari Rabbi..Untuk diri ini berbakti pada kalian…


Sahabat2 belahan jiwa yang terlalu ana kasihi..Nur Hazwani, Muslihah, Kak Hulwani, Norafiza, Humairah, Ayu, Nazirah,Siti Aishah, Azila, Fauziah, ..Kalian adalah kurniaan Allah yang terlalu berharga..Sungguh, kadang-kala diri ini malu..Malu seringkali membebankan kalian..Namun, lapang hati kalian menerima diri ini sebagai sahabat..Dalam senang dan susah..Mengembalikan diri yang hina ini kembali pada Rabbi..Kejayaan ini hadiah buat kalian..InsyaAllah, kalianlah sahabat dunia dan akhirat..Sentiasa letak Allah ditempat yang paling utama..Pelihara hak2 Allah dengan sebaiknya..Moga kalian semua tenang dalam jagaanNya..


Ukhti Siti Aishah Mohd Dani..
Saudara,Sahabat,adik dan belahan jiwa ini..Maaf dik..Kerana menitipkan namamu dengan terang dan jelas..Dirimu umpama diri ini jua..Tabahnya hatimu melayani karenah diri ini..Banyak langkah yang telah kita lalui bersama..Dalam perjuangan seharian ,MPPP, teman pratikum..Sukar untuk diri ini temui..Padamu wajah yang marah dan terluka..Sedaya mungkin senyuman dipamerkan..Seawal jam 4 pagi kita mulakan langkah bersama..Kita lakukan segalanya bersama..Syukurlillah atas hadirnya dirimu…Maafkan kak atas segala khilaf dik..Maafkan kak atas segala bebanan yang hadir..Takdir ini adalah hadiah untukmu..Doakan kak selalu..




Juga buat semua sahabat dan adik2 dikampus UPM..Buat mereka yang banyak mendoakan diri hina ini.. Syukurlilah atas kehadiran kalian..Budi baik kalian tak mampu untuk dibalas..Teguran kalian adalah tanda teguran dari Allah..Asif wa syukran untuk segalanya..Doakan diri ini kekal istiqamah..Dalam ketaatan kepada Allah..Sentiasa dalam nikmat iman dan Islam..Tabah memikul amanah dari Rabbi ini..Syukur Ya Rabbi atas setiap nikmatMu..

Thursday, October 28, 2010

~buah hati kami..(^_^)~

Firdaus..buah hati kami...
InsyaAllah..mujahid soleh dunia & Akhirat..=)

tekun mendengar zikir bersama mukhlis...
Bila menangis..tak keruan semua jadinya..

mengubat rindu hati kami pada si dia...=)

Sunday, April 18, 2010

Mujahid Harapan....


Muhamad Firdaus..
Namamu gambaran syurgawi.
Moga begitu jua dirimu..
Dirimu tetap suci...
Tiada secalit hina pada dirimu..
moga dirimu mampu melalui tarbiyahNya..
Hanya Allah sandaran dan kekuatan..

Muhamad Firdaus..
Dirimu adalah seorang mukmin..
Hidupmu kerana RabbiMu..
Quran adalah peganganMu..
Rasulullah saw adalah kekasihmu..
Islam adalah hidupmu..
Moga rahmat Allah bersamamu..

YaAllah..
Hanya kepadamu hamba sandarkan pengharapan..
Atas namaMu Yang Maha Mengetahui..
PercaturanMu adalah yang terbaik..
Hamba serahkan Firdaus kepadaMu..
Pelihara dirinya..
Lindungi dirinya..
Kehidupannya dalam takdirMu..

Friday, March 12, 2010

Hadiah Hari Lahir Ibu....

Assalamualaikum wbt...

Lewat tengah malam..baru terasa ringan hati untuk menatap blog kesayangan ini..
11.Mac.2010...hari istimewa buat ibu.. terfikir.. separuh dari usia kehidupan ibu adalah untuk melahirkan, membesarkan dan mendidik ana serta adik2.. mampukah ana mendidik diri seperti ibu..?..

Buat ibu kesayanganku dunia & akhirat..
Tiada kata2 untukku coretkan..
Hebatnya dirimu sebagai wanita..
Adalah tanda keagungan Sang Pencipta..
Disebalik tirai kelembutan..
Dikurniakan dirimu dengan kekuatan..
Hebatnya dirimu ibu...
Kasihmu terzahir dengan ketegasanmu.
Terdidik kami 10 beradik dengan teladanmu..
Terima kasih ibu...

kasihmu abadi hingga ke syurga..
SELAMAT HARI LAHIR IBU....


Buat adik2 yang along sayangi... mungkin kita merasakan tiada hadiah yang bernilai untuk diberikan pada ibu..mungkin ada juga antara kita merasakan gagal memberikan yang terbaik di hari lahir ibu..tetapi ketahuilah.. bukan itu nilaian yang sebenarnya..

Didik diri kita menjadi anak yang soleh & solehah.. kerana hanya itu bekalan yang akan dibawa oleh ibu & ayah setelah pemergian mereka.. berikan mereka ketenangan dengan menyakinkan mereka bahawa kita mampu buat yang terbaik untuk kehidupan kita.. usir kerisauan di hati mereka dengan menjaga diri dan agama kita sebaik mungkin..

Buat yang bergelar anak perempuan ibu & ayah.. jagalah solat, tunaikan puasa, jaga aurat kita sebaiknya..jaga maruah diri..jangan tergadai kerana keinginan diri..taati suami andai dirimu seorang isteri.. inilah yang akan membahagiakan ayah dan ibu..inilah hadiah terbaik baik buat seorang ibu...jangan kerana kesilapan kita, kita tegar membiarkan ibu dan ayah dipersoalkan di akhirat nanti.. ketika itu segulung Ph.D atau 100 A pun tidak akan berguna buat mereka.. didiklah diri kita menjadi seorang yang solehah.. itulah hadiah yang terbaik buat mereka..

Dan buat anak2 lelaki ayah dan ibu.. jagalah solat, tunaikan puasa & jagalah syariat Allah.. didiklah diri kalian menjadi anak yang soleh..hanya itu jua bekalan ayah & ibu di akhirat sana.. mampukah kalian menjadi imam pada jenazah ayah & ibu?..mampukah kalian mengalunkan talkin di kuburan ayah & ibu suatu hari nanti..atau nanti, kalian hanya tahu bercakaran berebut harta dunia yang tiada nilainya di sisi Allah?..fikirlah dimana letaknya diri kalian ketika ini sebagai seorang anak lelaki buat ayah dan ibu.. jadilah anak yang soleh..taat pada Tuhanmu.. taat pada agamamu, kasih pada Rasulmu.. itulah hadiah terbaik buat seorang ibu dan ayah..

Sama2 kita didik diri untuk menjadi seorang anak yang membahagiakan... along menyakini kebaikan yang ada pada adik2 along.. HADIAH BUAT IBU DI HARI LAHIR... MENJADI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH...=)

Monday, January 25, 2010

Salam kerinduan buat kalian..permata hati......



Assalamualaikum wbt.....=)

Buat adik2 along yang tersayang..salam kerinduan penuh ingatan...rindu dan sayang kerana Allah.. mesti baru balik sekolah waktu nie.. mesti penat jg.. tapi tak pe..menuntut ilmu tue jihad.. dan ibadat jika diniatkan kerana Allah.. dah makan, jangan lupa solat.. tunaikan kewajipan sebagai hambaNYa... along memang tak nampak tapi Allah nampak biar sekecil zarah pun dari perbuatan kita..=)...

buat syafiq,ika,yana, atiq,faiz,adha,
bob, anif dan iqbal
jadi anak yang soleh dan solehah.
hamba Allah yang taat...
mata rantai perjuangan Rasulullah saw..
penyejuk hati ibu & ayah..
ringankan tulang bantu ibu dan ayah..
jadi sahabat yang mendamaikan..
membawa qudwah yang baik dalam silaturrahim..
pelihara diri daripada perkara haram..
elakkan suasana yang melalaikan..
yang dah jd isteri dan ibu..
didik diri sebaik mungkin...
ketaatan dan redha suami adalah jaminan ke syurga..

along bukan terlalu sempurna untuk menjadi teladan bagi kalian... tapi pandanglah segalanya dari Allah... kita tak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita.. terlalu azab bagi orang yang mati tanpa iman... daripada satu hadis qudsi, Rasulullah saw menceritakan azab & sakitnya orang yang mati dalam dosa & kekafiran...roh2 akan berlarian, maka malaikat pun menariknya keluar sebagaimana besi ( yang panas untuk digunakan memanggang daging ) yang ditarik dari kain bulu yang basah...sakitnya..tiada siapa yang mampu menolong ketika itu... roh akan keluar dari jasad dengan berupa sebusuk-busuk bangkai.. nauzubillah min zalik.. moga kita tidak tergolong sama...

mmm...doakan along di sini..doakan along berjaya melalui pratikum dengan baik.. doakan along sentiasa dalam rahmat & keampunan Allah.. doakan kita bertemu di syurga abadi.. sayang adik-adik dunia dan akhirat.. jaga & taati ibu dan ayah sebaik mungkin...
tunggu along balik raya cina nie... dengan syarat....=)
1.tak tinggal solat lima waktu..
2.tak lawan ibu & ayah..
3.tak bergaduh antara satu sama lain...


insyaAllah...kita jumpa nanti....salam sayang..sayang kalian kerana Allah..=)

Sunday, December 20, 2009

barisan mujahid ayah ibu...

enam orang mujahid yang pelbagai ragam.. moga kalian anak soleh yang menjadi bekalan ayah dan ibu menuju akhiran...destinasi abadi..=)