Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, October 31, 2010

Al-Kursi,Arasy,Malaikat Muqarabbin,Rezeki dan Tawakkal...

Firman Allah swt..:
"..KursiNya meliputi langit dan bumi.." (Qs Al-Baqarah:255)
Dikatakan kursi adalah bentuk majaz daripada ilmuNya tetapi munurut qil adalah kerajaanNya. Dirawikan dari Ali r.a bahawa Kursi itu merupakan lukluk yang panjangnya hanya diketahui Allah sahaja. Dalam khabar diebutkan bahawa langit dan bumi bersama Kursi bagaikan sebuah lingkaran dalam sebuah padang luas. Ibnu Majah mengeluarkan bahawa langit itu ada ditengah kursi, sedangkan Kursi ada didepan Arasy.
Dari Ikrimah,"Matahari adalah sebahagian aja dari tujuh puluh bahagian nur al-kursi. Adapun arasy adalah sebahagian sahaja daripada tujuh puluh bahagian sutur(tabir)." juga dikatakan bahawa antara Arasy dan Kursi ada tujuh puluh hijab (tabir) dari kelapan dan tujuh puluh hijab dari nur. masing2 hijab berjarak lima ratus tahun perjalanan.
Arasy adalah sebuah jisim yang terdiri dari nur yang tinggi di atas Kursi. Sedangkan Kursi berbeza halnya dengan Arasy.Para astronomi menyifatkannya sebagai bintang tertinggi, tempat beredarnya bintang2 atau tempat yang tiada bintang2. Ia dinamakan sebagai zodiak. Para ulama menamakannya sebagai Kursi. Sedangkan arasy adalah atap makhluk. Maka tidak ada sesuatu yang keluar dari daerahnya. Itu sudah merupakan puncak pengetahuan manusia.
Firman Allah swt..:
"Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman), hendaklah engkau katakan yang mencukupiku hanya Allah, tiada Tuhan kecuali Dia. KepadaNya aku bertawakkal dan Dia Tuhan Arasy yang besar."..
(QS At-Taubah ;129)
Allah swt menyifatiNya "Al-Adzim", kerana Arasy merupakan makhluk yang terbesar dan Rasulullah saw telah membuktikan tawakkal sebagaimana yang diperintahkan. Oleh kerananya dikatakan sebagai Saiyidul Muahidin dan Rakrul Ariffin. Dan tawakkal ini tentunya bukan bererti tanpa usaha sebagaimana yang disangka sesetengah orang. Bahkan Nabi saw juga diperintahkan agar berusaha.
Seorang arab bertanya kepada Rasulullah saw, "apakah ku ikatkan untaku atau ku tinggal begitu sahaja dan bertawakal?". rasulullah saw menjawab, "ikatlah ia dan bertawakal."..
Sabda Rasulullah saw:
"kalau engkau bertawakal kepada Allah swt dengan sesungguhnya, tentulah Dia memberikan rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi berlapar dan waktu petang dalam keadaan kenyang."
dalam sabda Nabi saw di atas, "waktu pagi" bermaksud menunjukkan adanya usaha.
walaubagaimanapun, apabila seorang hamba itu berusaha, hendaklah dia tidak memandang kepada usahanya. Melainkan harus ia tetap memandang kepada Tuhannya. Seperti pengemis yang sedang meminta, dia tidak melihat apa yang ada ditangannya tetapi melihat kepada orang2 yang memberinya.
Sabda Rasulullah saw..:
"siapa ingin jadi manusia terkaya, hendaklah ia lebih mengendalikan apa yang ada ditangan Allah daripada apa yang ada ditangannya."
Bagaimana semua penciptaan yang hebat ini berkait dengan rezeki dan tawakal?..
Ibnu Abbas berkata, "ketika Allah swt menciptakan Hamalatal Arasy, Dia berkata kepada mereka, "pikullah arasy-Ku". Mereka tidak kuat. Lalu Allah mencitakan bersama setiap mereka sejumlah malaikat di langit ke tujuh. Dia berkata lagi,"pikullah arasy-Ku!". Mereka tidak kuat juga untuk memikulnya.
Kemudian Allah menciptakan bersama setiap mereka Malaikat sejumlah makhluk di langit dan di bumi. Dia berkata kepada mereka, "Pukullah arasy-Ku!" Tetapi mereka tidak mampu juga. Kemudian Allah berkata, "katakan "La haula wa la quwwata ila billah". Setelah diucap, mereka boleh mengangkatnya hingga sampai ke bumi yang ke tujuh. Malah ketika tapak kaki mereka tidak lagi menapak pada sesuatu, mereka berpepegang kuat2 pada arsasy dan mengucapkan kalimah yang sama kerana bimbang terjatuh. Demikianlah mereka memikul Arasy dan Allah membawa mereka dan semuanya terbawa dengan qudrah."
wallahu'alam..semoga ia memberi manfaat pada sahabat semua.. Tawakal bukan bererti pasrah tanpa usaha tetapi bagaimana kita meletakkan sepenuhnya usaha dan pergantungan itu kepada Allah yang Maha Agung.. Sama2 kita perbaiki diri dan meletakkan diri sebagai hamba yang sebenar2 hambaNya..(^_^)
Sumber..: Terjemahan Kitab Mukashafah al-Qulub (penenang jiwa) karya Imam Al-Ghazali

Saturday, October 30, 2010

Dosa 24 jam wanita..-sedar@tidak sedar...?

Tanpa sedar atau tidak sedar semua ini berlaku..?

Buat sahabiah semua..moga kita lebih berhati2..

lebih lagi hati2 itu jalan menuju wara'..

Pelihara diri,pelihara sahabat, pelihara adik-beradik muslimat kita..

Jangan tanpa sedar, kita seronok menghebahkan pada dunia segala urusan seharian kita

bukankah sebaik2 muslimat itu bilamana dia tidak menjadi tatapan umum..?

Pelihara juga iman para lelaki..

Jangan biarkan diri kita mudah berkongsi dan dikongsi cerita..

kerana sebaik2 muslimat itu bila dirinya jauh dari "pandangan dunia"

yang sempurna dan indah harus disimpan..

bukan menjadi tayangan..

Fitnah wanita ada dimana2..

Berapa minit di laman sosial (FB,Blog,Freindster,dll..) yang menjadi medan dakwah kita..

dan berapa lama pula yang dijadikan medan berkongsi komen,cerita dan luahan..

Mudahkan wanita itu masuk neraka?..

InsyaAllah, muhasbah kita bersama..

Mudahnya kita ke neraka!

Assalamualaikum wbt...
InsyaAllah perkongsian bersama.. muhasabah diri kita sebagai muslimat..tidak tahu apa pandangan dan nilaian kita disisi Allah..moga ia memberi manfaat pada kita semua..

Sabda Rasulullah saw...
“Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’”
(Riwayat al-Bukhari)
Rahmat Allah pada wanita terlalu banyak..hinggakan wanitalah hamba yang paling mudah masuk syurga tetapi golongan ini juga yang paling ramai menjadi penghuni neraka.. rasa gerun hati apabila membaca hadis Baginda saw ini...
Sabda Rasulullah saw..
Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan. Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita:
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akanmelebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakankepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa dan siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.
4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.
6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud
supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.
8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.
10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya. Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Sabda Rasulullah saw lagi..
“Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?” Jawab Rasulullah s. a. w. :
1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
3. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah
4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa
5. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama
Bukanlah semua hadis diatas memberikan gambaran yang rendah pada wanita tetapi semua ini adalah ingatan untuk kita memelihara diri sebaik mungkin.. Hati yang lunak dengan agama tidak akan merasa berat dan terbeban pada syariat yang telah difardhukan keatasnya.. Semua ini amaran buat diri yang sering lalai dan alpa dari mengingati Allah dengan sebenar2nya..
Muhasabah diri sendiri yang sering melakukan perbuatan dosa sama ada sedar@ tanpa sedar.. InsyaAllah..sahabat semua tidak seperti diri ini.. harapan, moga ia menjadi ingatan untuk kita lebih memelihara diri...
~lalai dalam solat, hati tidak khusyuk mencari dan mengingati Allah..
~melewatkan waktu solat..mendahulukan perkara lain apabila tiba waktu solat..
~berat hati dan tindakan untuk banyak zikirullah..
~kadang-kala dalam kerja, ada batas aurat yang tidak dijaga sempurna..
~mudahnya diri berbicara tentang perihal insan lain..walaupun kadang-kala dengan alasan sebagai 'bincang & cari penyelesaian'
~keinginan pada hiasan adalah sifat wanita.. kadang-kala keinginan melebihi keperluan.. sedangkan syukur dan qanaah adalah sifat sebenar hamba..
~mudah tunding jari pada insan lain..tak cari kesilapan diri..
~mudah mengeluh dan rasa berat dengan takdir Allah..
~terlepas pandang ( kadang-kala sedar) dalam pergaulan dengan muslimin.. bicara,gurauan kadang-kala melampaui batas malu seorang muslimat..
~tidak pelihara pandangan dengan baik.. banyak lihat dan nilai keburukan insan lain..
~banyak tertawa, berbicara tentang perkara sia2 dan bergurau dengan sahabat2..
~tidak malu apabila menyebut dan berbicara tentang muslimin..malu bukan sahaja wajib di depan muslimin tetapi malu itu juga harus tika muslimin tiada..sebab kita malu pada Allah sebenarnya bukan pada manusia..
~panjang angan2..
~tidak yakin dengan tawakal dan takdir Allah..banyak kegusaran dalam hati..
~kurang lembut dan hikmah dalam urusan seharian..terutama pada keluarga..
Moga ia bukan aib yang sengaja dibuka..tetapi ini semua perbuatan yang mudah kita lakukan dalam hidup seharian.. perbanyakkanlah taubat dan istighfar.. Allah Maha Adil dan Allah Maha Mengetahui...Allah tahu kelemahan dan kekuatan kita..Rahmat Allah terlalu luas buat kita.. carilah ia dengan merasakan bahawa kita ini sentiasa bersamaNya..sentiasa diperhatikanNya..

Thursday, October 28, 2010

~buah hati kami..(^_^)~

Firdaus..buah hati kami...
InsyaAllah..mujahid soleh dunia & Akhirat..=)

tekun mendengar zikir bersama mukhlis...
Bila menangis..tak keruan semua jadinya..

mengubat rindu hati kami pada si dia...=)

Friday, October 22, 2010

~mulianya akhlakmu Ya Rasulullah...~

Rasulullah SAW dengan sebiji limau...Add Image

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW adalah qudwah (teladan) buat seluruh makhluk di dunia ini. Saidatina Aisyah pernah berkata” Rasulullah SAW adalah Al Quran yang hidup..”
“Kana khuluquhul quran.Akhlaknya adalah Al-Quran.."
Ya Allah,berilah kami rezeki supaya dapat mengikut akhlak Rasulullah saw dari awal hingga akhir, zahir dan batin,perkataan dan amal solehnya dengan rahmatMu Ya Allah.. Wahai Tuhan Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani..Aminn..
Begitulah mulianya akhlak Baginda saw.. kadang-kala diri sering terlepas pandang dalam perkara seperti ini.. menganggap mudah dan remeh dalam sesetengah perkara.. tetapi akhlak baginda saw begitu lembut dan halus kepada semua insan..apatah lagi mereka yang dianggap mad'u. Moga kita semua direzekikan untuk memilikki akhlak dan qudwah sebaik Rasulullah saw..(^_^)..InsyaAllah..

Wednesday, October 20, 2010

~Ukhwah dan hak2 sahabat~

"sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang."..
(QS Maryam : 96)
Firman Allah diatas sebenarnya menyakinkan diri akan fitrah sebenar rasa kasih dan sayang yang hadir dalam hati insani. Jika kita menyakini dengan sebenarnya bahawa kasih sayang itu hadir dengan izinNya, hati kita tidak perlu gundah. sama ada kita yang harus memberi kasih sayang atau kita yang harus menerima..kita tidak akan terasa bilamana Allah kurangkan rasa kasih itu daripada diri kita..
luas dimensi kasih sayang ini..cuma waktu ini terasa hampir dengan sahabat2..insyaAllah sebagai perkongsian kita bersama..ana titipkan bicara dalam entri ini..sebagai ingatan buat diri sendiri..juga sebagai titipan istimewa buat sahabat2 fillah...
dalam kita membina ukhwah..
diri sentiasa mengharap
hadirnya ikatan yang dinamakan ukhwahfillah..
Alhamdulilah..
diri ini sentiasa dikelilingi insan2 yang bergelar sahabat..
tenang mendengar bicara mereka..
damai memandang wajah mereka..
walaupun adakalanya..ada yang tidak sesuai dengan jiwa..
namun itulah fitrah yang semakin mengeratkan ikatan..
susah dan senang sentiasa bersama..
kadang2 timbul juga prasangka..
kadang2 ada juga yang melarikan pandangan mata..
namun semua itu hilang tatkala maaf dipinta..
pelukan erat tiap kali usai solat jemaah..
melenyapkan segala rasa yang ada..
saat itu..
kasih kian subur..damai di jiwa..
Firman Allah swt;
"Dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(QS Al Anfal : 63)
dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama ALLAH), dan janganlah kamu bercerai berai, da ingatlaj nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan lali ALLAH menyatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada dijurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana."
(QS Al-Imran ; 103)
Rasulullah saw bersabda :
“Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang salih. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan
kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya"...
hakikatnya..tiada iman tanpa akidah..dan tiada ukhwah tanpa iman.. atas dasar apa ukhwah dibina..sungguh, memandang ukhwah yang dibina kerana Allah adalah sesuatu yang sangat berharga sehingga ia terlalu sukar ditaksirkan..
terbaca satu titipan bicara tentang ukhwah dan sahabat..sangat terkesan di hati ini..
"Bersangka baiklah pada sahabat kita kerana itu adalah sebaik-baik darjat dalam ukhwah. Jangan terlalu tinggi persepsi kita pada sahabat kita kerana dia juga manusia biasa. Terima dia seadanya dalam usaha sama – sama untuk mendapat mardhatillah….(^_^)
dan dalam bersahabat..ada hak2 sahabat yang perlu kita ambil tahu..bukan untuk menuntut hak itu..tetapi menjadi kewajipan untuk kita tunaikan hak tersebut kepada sahabat kita..

hak terhadap harta
~ memberi saudara kita selepas keperluan kita
~ memberi separuh harta kita pada sahabat
~mendahulukan keperluan saudara kita sebelum diri kita
hak terhadap masa dan usaha
~memenuhi keperluan sahabat bila ada masa
~memenuhi keperluan sahabat kita yang tidak mendatangkan bahaya pada kita
~meletakkan keperluan sahabat sebelum diri kita
hak terhadap kata – kata (nasihat)
~bersabar dan berlembutlah dengan saudara
~ jangan beritahu aib dia
berkata dengan perkara yang membuat dia suka tanpa berbohong ~beri galakan dan beritahu kekuatan dia tetapi pastikan wujud hubungan dengan ALLAH agar dia tidak riak
~mendoakan ketika dia masih hidup atau telah meninggal dunia
hak terhadap hati kita
~beri ketaatan dan kepatuhan
~beri kemaafan

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luas seluas langit dan bumi dang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang – orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.”
(ali Imran: 133 – 134)
“… dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.."
(An-Nur; 22)
buat sahabat2 yang ana kasihi..
InsyaAllah..kalian sentiasa menunaikan hak2 tersebut pada diri yang hina ini..
Ukhti Ishah..
Ukhti Long..
Ukhti Wani..
Umi..
Ukhti cik..
Ukhti Zila..
ukhti Humairah..
Ukhti Gee..
dan semua insan lain yang bergelar sahabat....
Syukurililah..atas kurniaan Allah ini..
kebaikan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..
dan dalam kita berukhwah..
sedaya mungkin prinsip ini dipegang utuh..
sentiasalah memberi..
walaupun kita tidak menerima...
kadang-kala hati tewas juga dengan emosi..
namun..segeralah titipkan doa buat sahabat..
moga lapang hati antara kita..
moga ikhlas ukhwah kita..
InsyaAllah..sayang kalian hingga ke akhirat..(^_^)

Hati hambaMu yang hina...


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Q;S Ibrahim: 7)..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menjadikan kehidupan ini cukup sempurna buat hamba2Nya. Cuma seringkali kita sebagai manusia yang cepat melatah dengan pemberian Allah yang tidak sehaluan dengan keinginan hati sendiri. Ingatan buat diri dalam menyelami rasa syukur dan hidup dengan rasa berjiwa hamba yang sebenar2 hamba..

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(Q:S Al-Mulk : 2-3)

Allah tidak menjadikan hidup ini dengan sia2..cuma kita yang seringkali mensia2kan nikmat yang telah Allah swt kurniakan. Akhir2 ini itulah perkara yang acapkali bermain difikiran ini. kerana diri sendiri lebih mengetahui hatinya sendiri daripada insan lain walaupun insan itu terlalu hampir dengan dirinya. dan pastilah Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya. malah lebih hampir dari urat leher seseorang hamba itu...

Terasa tiada ketenangan yang hadir. Bagi ana, ia petanda diri ini jauh dari Allah.. Banyak nikmatnya yang disia2kan..tiap helaan nafas ini, tiap bicara yang dituturkan, tiap tingkah yang dipamerkan tidak memperlihatkan rasa syukur dan jiwa kehambaan yang ada pada diri.. terasa HIPOKRIT.. andailah jiwa yang penuh nafsu ini boleh dibunuh, alangkah bagus andai jiwa yang bongkak ini boleh tunduk menyembah bumi..merasa hinanya diri.. kadang-kala benci pada diri yang masih boleh tertawa dan menabur bicara hikmah pada sahabat2 fillah sedangkan diri diselaputi noda dan hitamnya dosa.. ingin dikunci rasanya mulut ini..agar ia berhenti dari dusta..

tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya..cukuplah seorang hamba itu kembali kepadaNya dengan rasa penyesalan dan taubat yang sebenar2nya... Kembalilah.. Carilah RabbiMu kembali..carilah Rabbimu dalam setiap denyut nadimu.. carilah Rabbimu dengan hati yang paling rendah sebagai seorang hamba.. carilah Rabbimu dengan setiap penglihatanmu.. carilah Rabbimu pada setiap bicaramu..carilah Rabbimu pada tiap tingkah perbuatanmu..
Carilah Rabbimu... Temui Rabbimu dalam tiap detik hidupmu..

Dan orang2 yang tidak menyembah tuhan yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.
(QS Furqan : 68-71)

Tuesday, October 12, 2010

Teguran Buat Diri


Assalamualaikum wbt...

Teguran buat diri yang sering kali lalai
dalam mengingati dan mengutamakan Allah.
Teguran buat diri yang sejak akhir2 ini,
terlalu sibuk dengan pelbagai urusan..
dalam sibuk, kadang2 diri tidak sedar banyak maksiat..
ghibah tanpa sedar..bergurau tanpa batas..
mengeluh dan tidak ikhlas..
tenggelam dengan hiasan dan keinginan dunia..
tidak jaga pandangan..maksiat hati dalam diam...
lalai dalam solat..lalai dalam zikirullah..
lupa bahawa setiap perilaku,
sentiasa diperhatikan Allah..
lupa bahawa setiap urusan itu,
harus dikembalikan pada Allah..

Allah swt berfirman;
"bersabar untuk tidak melakukan maksiat yang sedikit adalah lebih mudah bagimu daripada bersabar menahankan azab yang banyak di dalam neraka Jahanam, sesungguhnya azabnya adalah kebinasaan yang berkekalan. Sementara bersabar untuk terus melakukan ketaatan yang sedikit, akan menyebabkan engkau merasai ketenangan yang lama dan kenikmatan yang tidak sebentar"

"Wahai manusia, hendaklah engkau tidak ragu sedikit pun bahawa Aku telah menjamin bahagianmu sebelum engkau memberi sebahagian daripada hartamu kepada orang lain. Berzuhudlah engkau di dunia sebelum Aku zahid ( tidak menyukai ) engkau. Dan jauhkanlah dirimu daripada segala macam syubahat sebelum kebaikan-kebaikanmu binasa pada hari berhisab. Penuhilah hati dan sanubarimu dengan mengingat akhirat, kerana engkau tidak punya tempat yang selain kubur."

"Wahai manusia, sesiapa yang rindu yang rindu ke syurga, bersegeralah ia berbuat amal kebajikan; sesiapa yang takut kepada neraka Jahanam, tertahanlah ia dari melakukan kejahatan; dan sesiapa yang dapat menahan nafsunya daripada keinginan2nya, maka ia mencapai darjat yang tinggi."

"Wahai Musa bin Imran, jika musibah menimpa engkau,sedangkan engkau tidak suci daripada kesalahan dan kekhilafan, maka engkau mestilah menyalahkan dirimu sendiri. Wahai Musa, miskin daripada kebaikan itulah sebenarnya (maut) yang paling besar. Wahai Musa, orang yang tidak bermesyuarat, pasti akan menyesal; dan sesiapa yang telah istikharah, maka tidak timbul penyesalannya."

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi)...