Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Firman Allah yang bermaksud: “Dan
DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan
kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu
hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat
Allah” ( Surah Ibrahim ; 34)
Segala puji bagi Allah atas
segala nikmat yang dikurniakan..sungguh tak terhitung segala nikmatNya yang
dikurniakan kepada diri hamba yang hina..bibir mengucap syukur..belum tentu
hati berlapang dada sepenuhnya..belum tentu segala perlakuan membawa makna
syukur sebenar..ampunkan hamba Ya Allah…
Lama benar teratak saljufirdausi
ini dibiarkan bersawang tanpa sebarang coretan..terlalu banyak yang ingin
dikongsi namun lelahnya diri sentiasa sahaja mematahkan semangat diri ini untuk
menulis.. Menggerakkan jari-jemari ini untuk mencoretkan sesuatu seakan membawa
diri kembali menelusuri takdir-takdir indah dariNya yang menghiasi hidup lewat
kebelakangan ini…
Ya..kita hamba..maka pohonlah
sebanyak mana perkara yang kita inginkan dari-Nya..Sungguh..Allah tidak pernah
menghampakan kita..tidak pernah sesekali..Cuma kadang-kala diri yang tidak kuat
dihempas badai ujian dari-Nya..diri yang takut membuka lembaran-lembaran hikmah
takdir dari-Nya.. Allahu Rabbi.. Hamba benar-benar memerlukan kasih
sayang-Mu..pandangan belas kasih-Mu..dakapan cinta-Mu..hamba rindu kekuatan
munajat yang dulu…
Sejak bergelar isteri, baru
diketahui bukan mudah bergelar isteri.. Isteri yang sentiasa diredhai
Allah..bukan mudah.. Hebat sunnah Rasulullah saw yang satu ini.. perkahwinan
membawa makna yang cukup besar…setiap saat diri diberi jalan..jalan menuju
redha Allah..atau jalan mendapat murka Allah.. mujur kesabaran suami dalam
mendidik diri ini banyak mengajar diri erti mulianya seorang suami..
Rupa-rupanya pada wataknya sebagai insan yang biasa, insan yang sentiasa
meletakkan dirinya sebagai seorang yang tidak berilmu mempunyai watak yang
sangat luar biasa apabila berdepan dengan seorang isteri yang serba kekurangan
ini… syukur pada-Mu Ya Allah.. moga kekal rumah tangga kami berdua hingga ke
syurga-Mu yang abadi..moga kuat untuk kami berdua tetap teguh pada jalan
perjuangan-Mu.. kerana diri bukan isteri hebat seperti Siti Khadijah wanita
terhormat yang mampu berkorban segalanya demi perjuangan seorang suami..kerana
diri ini bukan Siti Aishah yang paling alim pengetahuannya dalam menyambung
mata rantai perjuangan suami.. diri ini bukan Siti Hajar yang tabah
ditinggalkan suami namun padanya muncul keajaiban dari telaga air zam-zam..diri
ini sekadar hamba Allah yang hina, selalu rebah dalam menggapai redha dan
kecintaan Ilahi…
Mengenali suami selepas beliau
bergelar suami memang satu perkenalan yang cukup berharga..tiada bandingannya..ketara
bezanya sebuah perhubungan yang cukup suci di sisi Allah ini.. Rumah tangga
menuntut sekeping hati yang ikhlas di sisi Allah..mencintai sang suami kerana
Allah..mengasihi isteri juga kerana Allah..kelebihan pasangan dirai..kekurangan
pasangan sama-sama dibaiki.. Sungguh, perjalanan hubungan ini menuntut sebuah
kesabaran.. sabar menasihati, sabar menerima kekurangan, sabar menerima ujian,
sabar mencari bahagia di jalan penuh duri.. Beruntungnya seorang isteri yang
mampu terdidik dengan kemuliaan akhlak sang suami itu sendiri..bahagianya rumah
tangga yang tunjang kekuatannya adalah kekuatan hubungan mereka dengan Allah..
kepercayaan yang saling bertaut di hati mereka adalah semata-mata
kebergantungan tawakal mereka kepada Allah.. hati-hati yang bertaut itu juga
sentiasa disemaikan dengan semangat perjuangan Islam hingga terdidik jiwa anak-anak yang bakal lahir dan membesar untuk
menjadi pejuang & panglima Islam..
Bicara suami pada suatu ketika..
“abang nak jadi seperti Syed Qutb…rela digantung & syahid di dalam
penjara”… diri hanya tersenyum menyambut bicaranya.. serentak juga hati ini
mengaminkan kata-katanya.. terdetik dihati ini, mampukah diri ini membantu
beliau menggapai cita-citanya yang cukup mulia itu.. hamba ini sekadar insan
biasa..isteri yang serba kekurangan.. kadang-kala diamnya seorang isteri ketika
mendengar bicara seorang suami bukan bermakna ia tidak membawa sebarang
makna..diamnya seorang isteri untuk mencari bait-bait kata terbaik yang dapat
memberikan semangat kepada suaminya, diamnya isteri untuk memberi pandangan
yang lebih rasional kerana memang sifat si isteri yang lebih biasa disaluti
emosi dalam menyatakan rasa hati.. Alhamdulillah..ketenangan, kesederhanaan, dan
pada biasa-biasanya sifat seorang suami itu akhirnya mampu memimpin seorang
isteri menjadi lebih dari luar biasa.. Tanpa perlu menunjukkan keegoaan yang
tinggi, seorang suami tetap berjaya melunturkan kedegilan si isteri, tanpa perlu
menunjukkan kemarahan, seorang suami tetap mampu melembutkan hati si isteri..
semuanya pada sikap seorang suami yang biasa-biasa sahaja tetapi sentiasa
berusaha meletakkan kedudukan si isteri pada kedudukan yang luar biasa..
kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah swt… Syukur pada-Mu Ya Allah..
Dalam kesukaran hidup, ada
ketenangan jika hati kita sentiasa dekat dengan Allah.. tidak gusar dengan
kejauhan kerana hari-hari yang dilalui penuh dengan kebergantungan kepada Allah
swt.. tidak lelah jika ditakdirkan dengan kehilangan kerana menyedari segala
yang ada hanya sekadar pinjaman dari Allah swt..segalanya akan dikembalikan
pada Allah swt jua.. hari-hari yang sarat dengan dugaan disambut dengan
senyuman yang cukup mendamaikan jiwa.. jiwa yang sarat dengan kesakitan disembuhkan
dengan membahagiakan insan lain disekeliling kita.. hidup diterima dan dilalui
dengan hati dan jiwa yang penuh dengan penyerahan kepada Allah swt.. hanya satu
jalan sahaja untuk memilikki kehidupan seperti ini… KEMBALIKAN SEPENUH HATI INI
KEPADA ALLAH…
Ya..benar kata seorang sahabat dan
saudara belahan jiwa ini.. “kekuatan itu terasa bila kita berdua”.. Jujur, diri
ini mengakui kebenaran kata-katanya.. Dari kejauhan ini, semoga Allah swt
melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada beliau yang bergelar suami..seorang
suami yang sentiasa berusaha meletakkan diri ini pada kedudukan yang lebih
mulia di sisi Allah..seorang suami yang sentiasa mendidik diri ini yang serba
kekurangan dengan penuh kesabaran..ikhlas menerima kekurangan isteri.. semoga
impian beliau untuk syahid di jalan
Allah dimakbulkan Allah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan
kepada beliau hingga ke syurga Allah yang abadi kelak..
“ALLAH SWT SENTIASA ADA UNTUK
MENJAGA KEHIDUPAN KITA SEBAIKNYA..UNTUK MERASAI MANISNYA CINTA, CINTAILAH ALLAH
SEPENUH HATI KITA..INSYAALLAH..AMIN…”