Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Allahu Akbar..Allah Maha Besar..Segala Puji Bagi Allah..Allah kekuatanku..Allah sandaranku..hanya Allah yang memahami dan mengerti segalanya tentang hati kerdil ini..
Sudah lama benar ruang maya ini dibiarkan tanpa sebarang titipan..kosong tanpa pengisian..tiap kali ingin berbicara, bagaikan terasa ada sesuatu yang tak kesampaian..lalu dibiarkan bicara yang ada berlalu sepi..
"hati ini bahagia..bahagia apabila meraskan segala yang ada adalah kepunyaan Allah swt..Hati &; jiwa ini milik Allah swt.."
Diri ini ingin melangkah tenang..tenang walaupun badai melanda.
Diri ini ingin tetap teguh..seteguh karang di lautan,
Diri ini ingin sentiasa memberikan senyuman,..
Diri ini sentiasa mahu menjadi hamba Allah yang taat..
Sentiasa bersyukur dengan apa sahaja kurniaanNya..
ALLAH..Rabbiku..Kecintaanku..
yang mengerti segalanya tentang diri ini...
26 tahun yang lalu, ..diri ini sentiasa bahagia dengan limpahan kasih sayangNya. Allah swt sentiasa mengurniakan kasi sayang buat diri yang kerdil ini...tak pernah kurang, cuma kadang-kala diri ini yang tidak benar2 bersyukur. Banyak khilaf & dosa, namun kasih sayang Allah swt tetap tak pernah kurang..
Alhamdulillah...sekali lagi Allah swt lengkapkan kehidupan ini dengan kurniaan-Nya.. Dengan sekali lafaz..tarikh 2/6/2012 menjadi saksi bersatunya dua hati..ALLAH swt telah mentakdirkan dia yang bernama Muhammad Hanif bin Yusoff sebagai suami,imam dan kekasih buat diri kerdil ini..InsyaAllah..hati ini akan bersatu hingga ke syurga.. hanya ALLAH swt yang tahu debaran hati ini..diri terasa serba kekurangan menerima amanah dari ALLAH SWT...sempurnakah diri untuk membantu suami bersama2 menggapai cinta Rabbi..
Dan untuk itu..diri ini terlebih dahulu harus disimpul rapi dengan cinta Allah swt..cintaku pada suami kerana cintaku pada Rabbiku..taatku pada suami kerana itu jalanku menuju Rabbiku..kusanjungi pernikahan ini kerana ia adalah sunnah Rasulku..kekasih Rabbiku.. dan ALLAH swt tetap cinta yang paling agung di hati ini..
Masih terdengar bicara suamiku yang tercinta..putus2 dan sayup2 dari kejauhan.. sungguh2 memujuk dan memberi kekuatan pada hati ini...
"Banyak tanggung-jawab abang kat sini..abang bukan mengajar ja..abang nak bawa Islam kat sini..."
"kat sini ada 4 orang pelajar yang Islam..abang nak ajar mereka kenal Quran..kena ajar mereka tentang Islam.."
"Ramadhan nanti abang& kawan2 serumah rancang nak jadikan rumah ni surau.. bolehlah cikgu2 Islam kat sini terawih berjemaah.."
"kita kena sebarkan dakwah..kita kena sebarkan Islam.."
Allahu Rabbi..Diri ini harus menjadi kekuatannya..terdiam diri saat mendengar bicaranya..
Allah swt takdirkan kami terpisah jauh dengan usia perkahwinan yang tidak sampai sebulan pun..jangankan untuk bercinta. untuk mengenali dirinya sebenar pun tidak sempat diri ini lakukan..kejauhan ini benar2 menguji rasa hati..
Takdir dirinya jauh di bumi Sarawak..nun jauh di Baram..pedalaman tahap 3..jangankan untuk bertemu, untuk berhubung melalui telefon pun jarang2 sekali.. tiada talian telefon..hanya ALLAH SWT yang benar2 menghubungkan kami..kehidupan di sana dikelilingi sepenuhnya penduduk Kristian,..tiada surau, tiada masjid..ALLAH telah meletakkannya jauh di sana..Segalanya milik ALLAH..
Diri ini cuba membina kekuatan..sesekali air mata ingin mengalir, namun diseka daripada mengalir..tercari2 tarbiyah hidup bersama selepas perkahwinan..rindu untuk menjadi makmumnya..rindu untuk mendengar tazkirah & tegurannya..
Namun, segera ALLAH hadirkan bisikan di hati ini.."dirimu milik Allah swt..suamimu hanya pinjaman Allah swt.."..ALLAH..ALLAH.. Tiap kali ada rasa rindu yang hadir, tiap kali hati berlagu hiba..tika air mata ingin mengalir..cepat2 diseka..cepat2 ditahan daripada mengalir..pesannya diingat kembali..
"Jangan bergantung harap dengan abang..bergantung harap dengan Allah swt.."

Pantas
nama Rabbi disebut..mencari hikmah & ketenangan dengan zikirullah.. mencari
kekuatan dengan mengingat kembali kisah hidup wanita2 solehah pada zaman
Rasulullah saw…
Pernah
suami tercinta bergurau sebelum pemergiannya ke Sarawak..
“betul
ka sayang boleh tak ada abang?”.. kak aisyah kata adik dia kena pisah dengan
suami, hari2 menangis sampai bengkak2 mata”… entah2 sayang pun macam tu”…
Tersenyum
diri tatkala mendengar gurauannya…
“ya abang…sayang akan menangis..fitrah
insan untuk menangis..tak menangis bukan manusia namanya..”..
Namun
cukuplah tangisan itu milik Allah.. cukuplah Allah yang menyaksikannya.. diri
ini tidak akan membiarkan air mata mengalir di hadapan insan..
Hati
abang, hati sayang milik Allah..kehidupan kita milik Allah.. kita akan kuat
selagi kita meletakkan Allah sebagai cinta yang paling agung di hati..
Moga
Allah beri kita kekuatan untuk menjadi murrobi pada amanah yang tergalas ini..
pelajar kita adalah amanah dari Allah.. Allah tahu yang terbaik buat kita..
bukan bermakna berpisah tak apa, tetapi ada hikmah yang lebih besar ingin Allah
sampaikan..
Indahnya
mencintai dalam kejauhan.. Ingatan ini sentiasa dikembalikan pada Rabbi..
Kejauhan ini membuatkan diri menjadi semakin rindu untuk bersama2
Rabbi..meletakkan sepenuh keyakinan hati hanya pada Rabbi..
“ Ya Allah..bukanlah hamba ini sentiasa
tabah & kuat menghadapi segalanya..namun, 26 tahun lalu, diri ini tetap
hidup tanpa dekatnya kasih seorang suami.. kini.. Engkau beri kurniaan itu,
namun Engkau jauhkan dia yang bernama suami hanya buat sementara
waktu..segalanya dalam pengetahuanMu Rabbi.. Hamba redha.. hanya kekuatan iman
& ketenangan hati yang hamba pohon dari-Mu…”
Inilah
rezeki hamba..mencari & mengharap pahala isteri yang solehah dari
kejauhan.. Tarbiyyah hidup yang dilalui pasti berbeza dengan mereka yang hidup
bersama & berdekatan.. Namun, matlamatnya tetap sama.. menggapai cinta
Allah yang hakiki..
Hati
ini milikmu Ya Allah.. Jiwa& kehidupan ini jua milik-Mu Rabbi… Hamba
bahagia dengan kecintaan kepada-Mu… Cinta-Mu membuatkan hamba lebih mencintai
seluruh kehidupan ini dengan seadanya.. Alhamdulillah…Segala Puji hanya untuk
Allah…
InsyaAllah..abang takdir terbaik dari Allah
buat diri ini..
InsyaAllah..abang adalah suami, imam dan
kekasih buat diri ini hingga ke syurga kelak..
“Isteri yang solehah lebih baik & cantik dari segala
bidadari”….
InsyaAllah..pesanan ini akan sayang jadikan
pegangan sepanjang kehidupan kita dunia & akhirat…InsyaAllah..hingga ke
syurga..
Hati & Cinta Kita Milik Allah
Selamanya…