Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, December 19, 2010

Ujian dari Allah swt...- doakan dia...

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( Surah at-Taghaabun; 11 )

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat iman dan Islam dalam kehidupan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga Baginda..moga syafaat Rasulullah saw mampu meringankan perjalanan hari hisab kita..

Ana mulakan entri kali ini dengan sebuah cerita benar yang baru sahaja berlaku... tentang takdir Allah.. tentang nikmat dan ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambaNya..

pada tengah hari itu, ayah ana bergegas balik dari tempat kerja dan menukar kasut kerjanya dengan tergopah2..

"budak kerja jatuh, ayah nak hantar dia pergi hospital"..bicara ayah memberikan penjelasan kepada keadaannya yang kelam kabut..

kami dirumah masih sempat menganggap ia adalah gurauan ayah semata2.. sebab ayah memang suka bergurau..jadi kami pun dengan mudah anggap ia sebagai gurauan..

lebih kurang 1 jam, telefon ana berbunyi.. panggilan dari ayah..
"along..kalau wad icu dalam BI apa...?
"ayah betul ka kat hospital ni..?".. soalan tidak dijawab, tetapi timbul pertanyaan meminta kepastian..
"betul lah..ayah tak main2, dia masih dalam wad kecemasan lagi, masuk ICU agaknya.."..

entah mengapa perbualan dengan ayah menggamit rasa sebak dan kerisauan dihati.. simpati datang.. baru 2 hari dia mula berkerja dengan ayah..kerja buat rumah,memang berat dan penuh lelah..teringat bicara ayah tentang diri dia.. "senang sikit ada orang baru masuk,dia ni mahir dan tahu buat kerja"..

dalam jam 2 petang, ayah balik ke rumah.. ayah beritahu dia dimasukkan ke wad ICU..darah sentiasa keluar dari hidung, dia tidak sedarkan diri lagi.. ayah beritahu lagi, dia penduduk tetap di Malaysia tapi ada isteri di Indonesia..sedang mengandung anak sulung... dia jatuh dari tempat yang tidak tinggi tapi nasib tidak menyebelahinya..runtuhan batu menghempap dirinya..ayah tidak ada disana pada waktu kejadian.. keluar bertemu dengan tuan empunya rumah...

Ya Allah..ujianMu pada mereka yang mampu.. bagaimana nanti keadaan isterinya yang jauh diseberang saat mendengar khabar ini.. sebak dan pilu hati ini.. terfikir juga diri..jika tubuh yang dihempap batu itu adalah tubuh ayah.. bagaimanakah keadaan kami menghadapi khabar ujian dari Allah swt ini..

ayah kembali ke tempat kerja selepas rehat seketika di rumah.. petangnya, selepas pulang dengan kotoran dan kelelahan dari penat bekerja, ayah segera bersiap untuk ke hospital.. untuk menziarahi dia yang sebatang kara disini..kata ayah dia tak banyak kawan disini..kawan yang tinggal serumah dengan dia pun dah tua dan kurang pendengaran.. Ya Allah..siapa yang akan menjaganya sepanjang di hospital nanti.. siapa yang akan menjaganya ketika dia sakit.. bagaimana pula dengan isterinya yang sarat mengandung anak sulung di Indonesia..?...Ya Allah....

panggilan dari ayah masuk tiba2.."along dia dah ke hospital Johor..ayah lupa tinggalkan nombor telefon tadi, nurse marah ayah juga"...

Hospital Johor???...bermakna kepakaran dan kemudahan di Hospital Kluang tidak mampu merawat kondisi dia yang parah..hati menangis pilu... selamatkan saudara hamba Ya Allah.. dia cuma insan biasa.. menggunakan kudrat yang Engkau beri untuk mencari rezeki yang halal...

Dan pagi tadi baru ayah dapat ke hospital Johor..ayah kirimkan gambarnya yang separuh sedar.. dia masih di wad ICU Johor..hanya mata mampu dibuka, hanya anggukan lemah yang ada..tiada suara yang keluar..badannya penuh berselirat dengan wayar.. ayah tanya dia kenal tak siapa yang datang, hanya anggukan diberi.. ayah tanya nak beritahu keluarga di kampung atau tidak, hanya gelengan lemah dari dia.. terlalu lemah keadaan dirinya...antara sedar dan tidak sedar..

Doktor kata peparu dan hatinya rosak kerana ditimpa runtuhan batu.. hatinya yang rosak telah dibuang.. kini..dia dalam penantian untuk perjalanan takdir yang seterusnya..

dan baru sahaja tadi..saat ana ingin perbaharui wudhu untuk solat isya'.. ibu beritahu.. isteri dia dari Indonesia mesej..memang telefon dia ayah ana tolong simpankan..

mesej dari isteri dia.."selamat soreh abang,.. abang dah balik kerja? abang jaga diri baik2, jaga kesihatan. nanti kalau abang sakit, kita tak dapat jumpa.."...

ana hanya diam mendengar cerita ibu..sungguh ana tiada kata2 saat itu.. getaran hati isteri yang solehah dapat merasai kesakitan seorang suami walaupun terpisah dengan jarak beribu batu..
tabahkan hati isteri dia Ya Allah...

dengan semua ini, ana muhasabah diri.. sering merasa susah, sedangkan ada insan lain yang lebih susah. Derita diri tidaklah sehebat dia.. sedangkan ujian dan kesusahan yang paling hebat dan sukar adalah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul..

jika kita merasa sukar, ada insan lain yang lebih sukar.. ana tidak perlu mengangkat dan mengikat batu konkrit untuk mencari sesuap rezeki, ana tidak perlu dikotori dengan limpahan najis dan bau busuk samapah untuk meneruskan kehidupan ini.. itupun diri banyak rungutan pada takdirNya.. dimana penghayatan rasa syukur yang sebenar dalam diri..

jika diri sakit, ada yang lebih menderita menangggung kesakitan.. sakit sedikit tapi merungut tentang sakit sentiasa berpanjangan... ujian yang menimpa dia menginsafkan diri ini..

buat sahabat2 yang membaca titipan daripada entri ini, ana mohon doa dari kalian semua.. doakan dia diberi kesihatan seperti sedia kala..doakan kesejahteraan dia..doakan isteri dan anak dia yang masih dalam kandungan.. doakan dia sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran untuk melalui ujian Allah swt ini..

Allah swt tidak pernah menzalimi kita dengan takdirnya..ujian Allah itu boleh berupa kesusahan dan juga berbentuk kesenangan.. terpulang pada kita bagaimana untuk menerima dan memperhalusinya.. mencari hikmah pada setiap ujian Allah swt..

(dibawah ini perkongsian dari seorang sahabat maya)

1) Ujian berbentuk musibah..

Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat jalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.


Dalam kondisi ini, seseorang hamba yang jujur dalam Ubudiyahnya (pengabdiannya) akan memperkenalkan dirinya kepada Allah s.w.t., sebagai seorang hamba-Nya yang sabar. Maka, ketika diuji dengan musibah, seseorang hamba dapat meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t. dengan kesabarannya, di mana setiap kali dia sabar dalam ujian, maka setingkat demi setingkat darjatnya semakin meningkat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan izin-Nya..


Di samping itu juga, seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan setiap suratan dan ketentuan Allah s.w.t., yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhai hamba-Nya yang redha dengan ketetapan-Nya, dengan izin Allah s.w.t..


Hamba yang diuji dengan musibah juga perlulah sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan natijah dari dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakannya, di samping bertaubat dari sebarang kesilapan dan dosa. Inilah adab seseorang hamba yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t.


2) dan ujian berbentuk kesenangan..


Dalam ujian berbentuk kesenangan tersebut, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepada hama-hamba-Nya yang mendapat kesenangan tersebut, dengan sifat-sifat Jamal-Nya (sifat-sifat kecantikkan dan keindahan-Nya), di mana hamba-hamba-Nya akan dapati pada kondisi tersebut, bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.


Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t.


Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.


Apabila seseorang hamba itu berterima kasih, maka Allah s.w.t. akan meningkatkan darjat dan kedudukannya di sisi-Nya, di samping menambahkan lagi kenikmatan-kenikmatan yang telahpun diperolehinya.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

(al-Baqarah;157)


Friday, December 17, 2010

"Siapakah yang paling dibenci syaitan?".....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum wbt..InsyaAllah, perkongsian kita bersama. Moga ada manfaatnya buat kita semua...

Dari Ibnu Abbas berkata; "Maka dibukalah pintu,kemudian Iblis masuk ke tengah2 kami. Ternyata dia adalah seorang yang tua bangka dan buta sebelah mata. dagunya berjanggut sebanyak 7 helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang, kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir kerbau. Iblis berkata, "Assalam'ualaika ya Muhammad, assalam'alaikum ya jamaa'atal muslimin.". Nabi saw menjawab,"assalamu lillah ya la'iin, aku telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis?".Iblis berkata ; Wahai Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa."

Nabi saw berkata; "apa yang membuatmu terpaksa harus datang ke sini, wahai terlaknat?

Iblis berkata,"aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung. Ia berkata kepadaku, "sesungguhnya Allah swt menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad saw dalam keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekaanmu terhadap Bani adam, bagaimana engkau membujuk & merayu mereka. Engkau harus menjawab dengan jujur apa sahaja yang ditanyakan kepadamu.

Rasulullah saw mulai bertanya; "Jika kamu jujur,beritahu kepadaku, siapakah manusia yang paling kamu benci?". Iblis menjawab ,"Engkau wahai Muhammad, angkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci dan kemudian orang2 yang mengikuti agamamu."

"Siapa lagi yang kamu benci?". Iblis berkata; "Anak muda yang bertaqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah swt."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "Orang alim dan wara lagi penyabar."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci tanpa kotoran."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh kesahnya."

Rasulullah saw berkata;"bagaimana kau tahu bahawa ia penyabar?".Iblis berkata, "Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesah kepada sesamanya selama 3 hari, Tuhan tidak memasukkannya ke dalam golongan yang sabar."

"Lalu siapa lagi?". Iblis berkata; "Orang kaya yang bersyukur."

Rasulullah saw bertanya; "Bagaimana kamu tahu ia bersyukur?". Iblis berkata," Jika aku melihatnya mengambil dari yang halal dan meletakkanya ditemapat yang halal."

Rasulullah saw bertanya lagi, "bagaimana keadaanmu jika umatku bersolat?". Jawab Iblis, "Aku merasa panas & gementar."

"Mengapa wahai terlaknat?". Iblis berkata, "sesungguhnya jika seorang hamba bersujud kepada Allah swt sekali sahaja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat".

"Jika mereka berpuasa?". Iblis berkata, "Aku terbelenggu hingga mereka berbuka puasa."

"Jika mereka menunaikan haji?". Iblis berkata, "Aku menjadi gila."

"Jika mereka membaca Quran?". Iblis berkata, "Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api."

"Jika mereka berzakat?".Iblis menjawab;" Seakan2 orang yang berzakat itu mengambil gergaji/kapak dan memotongku menjadi dua."

"Mengapa begitu wahai Abu Murrah?". Jawab iblis,"sesungguhnya ada 4 manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang berzakat itu disenangi makhlukNya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dan api neraka. Keempat, dengan zakat Tuhan akan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya."

"apa pendapatmu tentang Abu Bakar?". Iblis berkata; "Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyyah pun dia tidak taat kepadaku, bagaimana dia akan mentaatiku ketika Islam."

"Apa pendapatmu tentang Umar?". Iblis berkata; "Demi Tuhan, tidak aku bertemu dengannya kecuali aku lari daripadanya."

"Apa pendapatmu tentang Usman?". Iblis berkata; "Aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu kepadanya."

Begitulah iblis laknatullah membenci anak2 dan cucu cicit Adam a.s.. tipu daya dan muslihatnya terlalu halus buat kita..moga2 diri kita semua sentiasa terpelihara dalam jagaan Allah.. terpelihara dari tipu daya syaitan dan godaan hawa nafsu sendiri..Aminn..

Friday, December 10, 2010

Ketawa dan gurauan dalam Islam....


assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang masih memelihara kita dalam nikmat iman dan Islam.. terasa banyaknya dosa yang menyelaputi diri, tetapi masih lagi diberi peluang dari Rabbi untuk merasai manisnya keampunan dan taubat dariNya...

ketika menziarahi blog2 sahabat di alam maya ini, terjumpa dengan satu artikel yang terkesan dihati. tajuknya ringkas dan mudah sahaja.."KETAWA DAN GURAUAN DALAM ISLAM".. kadang-kala dalam gurauan, dalam senda tawa, diri lupa batas-batas yang perlu dipelihara. tidak berbicara tentang insan, cukup diri sebagai nilaian utama.. banyak rupanya dosa pada diri..


HUKUM KETAWA
Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

CARA NABI SAW BERGURAU
Nabi Muhammad SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta Nabi doakannya supaya beliau dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,

"Wahai ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."

Selepas mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,

Maksudnya : Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami menciptakan wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hadis Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
Maksunya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.
(Hadis Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad)

CARA NABI KETAWA..
- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.
- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.
- Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.
- Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.
* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.

ETIKA BERGURAU SENDA...
Dr Yusof Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :

1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!

2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina.."

Nabi juga ada bersabda,
Maksudnya : Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya seMuslim.
(Hadis Muslim - sahih)

Penghinaan itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah : mengolok-ngolok).

Saidatina Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu, Baginda bersabda,
Maksudnya : Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)

3) Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat." Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis Thabrani - sahih)

Nabi bersabda,
Maksudnya : Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.
(Hadis Ahmad - sahih)

4) Janganlah melawak di tempat yang serius dan janganlah serius di tempat yang melawak.

Dalam Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, "Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendenrnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai."

5) Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hadis Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Saidina Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

begitulah indahnya Islam ini..mengajar kita sentiasa bersederhana walaupun dalam gurau senda.. sederhana walaupun tika tertawa.. hanya diri sendiri yang sering alpa dalam menghayati akhlak Islam yang sebenar..

sukar sebenarnya mendidik diri untuk tidak tertawa pada perkara yang sia-sia dan sekadar mengisi masa lapang..kadang-kala waktu santai selepas makan pun banyak dihabiskan dengan tawa..riuh rendah di kedai makan pun banyak terisi dengan gurau senda.. terpukul rasanya bila mengetahui bahawa Baginda saw hanya tertawa pada perkara yang benar.. moga2 titipan ini mampu menjadi ingatan buat diri,dan juga semua saudara seakidah yang dikasihi..

ingatan buat diri dan semua yang dikasihi..

Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.

wallahu'alam..moga ada nilaian tiap sesuatu disisi Allah..aminn..

Thursday, December 9, 2010

Izinkan kami meneladanimu Ya Rasulullah..

assalamualaikum wbt..

segala puji bagi Allah yang menjadikan alam ini dan segala isi dan khazanahnya berada dalam keadaan yang cukup sempurna..Beruntung bagi insan yang tahu bersyukur dan memaknakan rasa syukur dalam jiwa dan kehidupan mereka sebagai hambaNya..

untuk entri kali ini, hati tertarik untuk berbicara tentang manusia agung dan mempunyai akhlak yang paling mulia dikalangan sekalian manusia.. itulah dia kekasih Allah, NABI MUHAMMAD SAW... siapa lagi yang harus diteladani jika bukan akhlak Baginda SAW?...tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang dan kebaikan yang ada pada akhlak Rasulullah saw..

"Dan engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai
akhlak yang paling tinggi
( Surah Al-Qalam;4)


hati ini memuji indahnya ahklak Baginda saw tetapi tidak juga dituruti peribadi Baginda saw yang mulia. benarlah bicara seorang sahabat pada diri.."sedaya upaya kita ikut Rasulullah saw dan para sahabat tetapi selalu tersasar".. ana akui kebenaran kata2nya.. sekadar muhasabah buat diri yang mengakui cinta pada Rasulullah saw tetapi jarang sekali menjadikan peribadi Baginda saw sebagai qudwah yang harus diteladani..

Bicara Rasulullah saw tentang kasih sayang ;
"sesungguhnya kebajikan itu menuntun (orang) menuju syurga. Sayangilah siapa sahaja yang ada dibumi, nescaya kamu disayangi oleh siapa sahaja yang ada di langit. Allah tidak menyayangi orang yang tidak sayang kepada (sesama) manusia. Orang2 yang pengasih, mereka disayangi oleh Yang Maha Pengasih. Rahmat itu hanya akan dicabut dari seorang yang tiada berbudi" ( Hadis)

berbeza dengan kita, kasih sayang dan kebaikan Baginda saw tidak memilih siapapun insan yang datang kepadanya. Tetapi kita sering kali berkira pada siapa yang harus kita sayangi dan pada siapa yang harus kita taburkan benih-benih kebaikan.. kadang-kala kasih sayang dan kebaikan kita mengharap pulangan dan ganjaran yang sama..lebih pun tidak mengapa.. maka, terjadinya beza antara orang miskin dan kaya, orang berpelajaran dengan yang kurang berpelajaran, yang tinggal dibanglo dengan yang tinggal disetinggan.. semuanya ada beza perlu pada taraf yang berbeza.. Tapi bukan itu nilaian kasih sayang dan kebaikan akhlak Rasulullah saw..

Kasih sayang Baginda saw merata kepada semua manusia, sedang kebaikan hatinya sampai kepada orang yang beriman mahupun orang-orang yang masih musyrik. Dan orang-orang fakir serta orang-orang lemah adalah manusia yang terdekat dihati Baginda saw. Hidup Baginda saw sentiasa berhubungan dengan orang fakir sehinggakan pernah Baginda berdoa kepada Allah swt agar Baginda hidup dan mati bersama mereka.

Hal ini menyebabkan Aisyah kehairanan dan bertanya kepada Rasulullah saw;
"kenapa ya Rasulullah", tanya aishah...
Jawab Baginda saw; "kerana sesungguhnya mereka itu masuk ke syurga 40 tahun lebih dahulu sebelum orang2 kaya. Hai Aisyah, janganlah engkau menolak orang miskin walaupun dengan hanya sekerat kurma. hai Aisyah,cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu, nescaya Allah mendekatkan kamu (kepadaNya) pada hari kiamat."

Dan al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah berkata; "ada satu jenazah melintasi kami. Melihat itu berdirilah Nabi dan kami pun ikut berdiri. Maka kami pun berkata; " ya Rasulullah, sesungguhnya itu adalah jenazah seorang yahudi. Maka jawab Nabi : "Bukankah dia juga seorang manusia. Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah."

itulah nilaian akhlak Baginda saw..sungguh terlalu jauh bezanya dengan diri yang serba kekurangan ini. Jujurnya, kita mudah meletakkan pelbagai persepsi dan prasangka pada orang lain. Umpamanya diri sendiri telah cukup baik dan sempurna.

sabda Nabi Muhammad saw ;
"sesungguhnya orang yang paling aku sukai dan duduk paling dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang2 yang paling baik budi pekertinya diantara kamu sekalian. Dan orang2 yang paling aku benci, dan paling jauh dariku pada hari kiamat adalah orang2 yang sombong, banyak berbicara yang dibuat-buat dan mereka yang berbicara sepenuh mulut,berlagak fasih serta minta dihormati."

Baginda cuma manusia yang sederhana tetapi kesederhanaan itulah yang mendamaikan jiwa yang mendekatinya. kesederhanaan baginda penuh dengan kerendahan hati, sempurna budi pekertinya, memulai ucapan salam kepada insan lain, dan menumpukan sepenuh perhatian apabila diajak berbicara. Apabila berjabat tangan, tidak kira yang berjabat tangan itu orang besar atau kecil, maka bagindalah yang terakhir menarik tangannya...

Subhanallah..itulah kekasih pilihan Allah..maka Bagindalah insan mulia yang harus diteladani diri.. hina rasa diri mendengarkan mulianya akhlakmu ya Rasulullah..pada diri ini masih banyak mazmumah yang bersarang dihati dan dijiwa. bicara diri bukanlah setulus bicaramu ya Rasulullah.. ada sahaja bicara yang mengguris hati insan lain.. hati ini bukanlah sebersih hatimu Ya Rasulullah.. ada sahaja sangkaan dan rasa tidak senang pada insan lain.. kiranya waktu ini dapat dirimu dengari wahai Rasulullah..bahawa umatmu ini mahu mengikuti jejak langkahmu, namun seringkali tidak berdaya lantaran dek nafsu sendiri..maka bantulah umatmu ini dengan syafaatmu Ya Rasulullah.. Izinkan kami semua, ibu bapa kami, saudara-mara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh muslimin muslimat yang mempunyai walaupun sekelumit rasa cinta kepadamu Ya Rasulullah agar dapat mengikuti akhlakmu, amal soleh mu zahir dan batin, dari awal hingga akhir..Ya Rasulullah, tiada yang lebih indah selain daripada mencintaimu dan sunnahmu dengan sepenuh hati.. dan kepada Allah, kami bergantung harap, bertawakkal menyerahkan takdir yang terbaik..perkenankan doa hamba2Mu ini Ya Allah.. Aminn..

Thursday, December 2, 2010

Bicara seorang hamba...-ingatan buat diri...-


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk” ( Surah Al-Baqarah;186)

Alhamdulillah..setelah 2minggu lamanya ana tidak menjengah rapi ke blog ini.. banyak keutamaan lain yang harus diutamakan..(^_^)..Seminggu memulakan langkah baru di tempat baru memberikan tarbiyah yang cukup beerti kepada jiwa kerdil ini... Semakin terasa betapa kita manusia tiada apa2 nilaian tanpa rahmat dan jagaan dari Allah swt.. Hati diuji dengan erti tawakal dan pergantungan kepada Allah dalam erti kata yang sebenar..

Hari pertama bermula dengan Taklimat penempatan..tersenyum panjang diri sepanjang mendengar taklimat yang disampaikan..hebat2 belaka manusia yang ada disitu.. sama ada yang menyampaikan taklimat atau yang mendengar taklimat. Tapi diri cuma insan biasa, hambaNya yang mengharap keampunan dan redha Allah.. Lantas..saat meninggalkan dewan taklimat, ana tuntaskan satu kata dan prinsip dalam hati.

"Rezekiku dan perjalananku ditangan Allah, bukan ditangan makhluknya, tiada daya manusia mendatangkan manfaat atau mudarat tanpa izin Allah. cukupkan hamba dengan takdirMu YaAllah...moga tiada rasa takut dan gentar yang hadir dalam jiwa kecil ini dalam membawa amanahMu sebagai seorang pendidik"..

tiada yang luar biasa sepanjang seminggu ditempat baru..yang ada cumalah usaha mendidik jiwa menjadi luar biasa..mengingatkan diri agar tidak alpa dengan kesibukan, tidak lelah dengan kepenatan..lapang hati dalam kepayahan..cekal berseorangan..senyum tika kesulitan..tidak merungut dengan sedikit kesukaran..Ya Allah.. sungguh hati ini payah dididik rupanya.. Keras..ada sahaja sangkaan pada setiap takdirMu.. ampuni hamba Ya Allah..

Bertemu dengan ramai insan yang tidak dikenali..alhamdulillah.. seramai 10 orang pendidik baru yang melapor diri di SMK Seri Alam 2.. biarlah pandangan pertama pertama yang jatuh dalam hati mereka adalah pandangan kasih sayang dari seorang sahabat.. mereka semua saudara ana yang bakal melalui kesenangan dan kepayahan yang sama.. diri harus dididik dengan keikhlasan dan sentiasa berbaik sangka..moga langkah kami untuk setiap perjalanan ini dalam redha Allah swt..Aminnn...

persekitaran sekolah cuba dikenali.. Taklimat bersama Pn Hajah menjadi ingatan dan amaran buat diri.. agar ikhlas dan iltizam dengan amanah yang digalas ini..permulaan tugas sebagai seorang kaunselor SMK Seri Alam 2 bermula dengan baik..Pn Aslina seorang yang ceria dan mesra..tidak kekok rasanya untuk bertanya itu dan ini.. Terasa kelapangan hatinya untuk membimbing diri yang serba kekurangan ini.. diri sendiri harus optimis..paling penting gembira untuk memikul amanah ini..gembira untuk bersama anak didik walau dimana pun posisinya.. gembira memandang amanah ini sebagai tanggung- jawab dakwah yang harus dilunasi dengan sebaiknya.. kekalkan rasa hati hamba ini Ya allah..cukupkan hamba dengan indahnya takdirMu..

InsyaAllah..bersama diri ini ditakdir oleh Allah dengan 3orang sahabat untuk duduk serumah..2 dari kelantan, seorang dari pahang.. mereka insan yang ceria,penuh kegembiraan.. banyak yang harus dipelajari dari mereka.. Ya Allah.. hamba mohon mawaddah wa rahmah dalam silaturrahim ini.. hamba mohon sakinah pada hati2 kami..agar hari2 yang kami lalui sentiasa berada dalam redhaMu.. Buat sahabat2 serumah ana,..Umirah, arfa, dan aida.. moga lapang hati kalian menerima insan biasa ini.. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..dan mohon teguran dari kalian.. sama2 kita gapai redha Allah..

Diri harus sentiasa diingati..JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR ALLAH... ana cuba perhalusi bait ayat tersebut..terasa mahu menangis semahunya.. terasa sukarnya mendidik diri ini.. kenangan dan kerinduan pada mereka yang tersayang sentiasa menghiasi ruang hati.. senyum,tawa, esak tangis bersama, susah dan senang yang dilalui sentiasa menghimpit ingatan ini.. terasa adakah insan dan sahabat yang sama seperti mereka?... Lantas, ana pupuk hati dan diri ini dengan qudwah dan kasih sayang yang pernah sahabat2 ana titipkan buat insan hina seperti ana..untuk dunia baru ini, ana yang harus memulakan..mewarnai persahabatan baru dengan lembutnya kasih sayang..hiasi hidup dengan indahnya akhlak dan qudwah Rasulullah saw..ya..hati harus ikhlas..agar tiap kebaikan yang sahabat2 kesayangan ana sampaikan dulu sentiasa berterusan.. Kini, diri harus belajar untuk menjadi sahabat sebaik kalian..moga ada ganjaran pahala buat kalian.. kerana hanya itu yang termampu diri ini abadikan..tidak mampu menyenangkan kalian dengan harta dan kesenangan.. moga kebaikan kalian sebagai sahabat berterusan hingga ke akhirat..

Pesan pak cik ana.."nanti jangan lupa keluarga, jangan lupa ibu, paling utama ibu..dia yang mengandungkan kita 9 bulan".. pesan itu ana simpan rapi.. malah telah lama ia menjadi matlamat diri.. moga pada rezeki yang ditakdirkan ini sentiasa dalam keberkatan Allah.. agar lunak dan lembut hati yang merasainya.. lunak dan lembut untuk mengenali Allah swt sebagai seorang hambaNya yang bertaqwa..

dan untuk semua yang telah dilalui, hanya satu yang terbaik.. sandaran dan pergantungan pada ALLAH SWT.. dalam membina kehidupan yang damai, kuncinya bersangka baik dengan takdir Allah..bina kekuatan dengan Allah..barulah kita ada kekuatan dengan yang lain2nya.. Doa.. itulah senjata mukmin..ALLAH swt tidak pernah menzalimi kita sebagai hambaNya.. Lantas, tika doa dan permintaan tidak dimakbulkan..ana ingatkan diri dengan dengan sabda rasulullah saw ini..

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya.” ( Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad)

Moga perjalanan seterusnya sentiasa dalam jagaan Allah.. paling utama kita yang wajib menjaga Allah dengan sempurna..Allah pasti menjaga kita kembali..bersangka baik dengan Allah, Allah pasti berbuat baik kembali pada takdir kita... InsyaAllah..Aminnn...