Bicara Tentang Bahagia...

Tuesday, September 28, 2010

SATU CINTA

tersentuh dengan bait2 kata lagu ini.."SATU CINTA"..

Dari seorang adik yang amat ana sayangi..

"kak..lagu tu lagu untuk kita sama2 cinta Allah deh.."..

INSYAALLAH.. sayang hingga ke akhirat..=)

~Kenapa tak sedia lagi...?..=)~


Assalamualaikum wbt...

Teringat satu cerita..terasa ringan untuk dikongsi bersama..InsyaAllah,moga ada nilaian disisiNya..=)

Pastinya Aidilfitri ini tidak lengkap tanpa kunjungan dan ziarah saudara-mara dan sahabat handai..waktu ini juga selalunnya menjadi medan pertemuan dengan sahabat2 lama..lebih lagi sahabat2 sewaktu di tingkatan 6 dulu..semua sudah punya kehidupan sendiri.. paling bahagia melihat Iza dan suaminnya, Zuhairi..keduanya teman rapat ana.. bercinta tiada suara..tiba2 sahaja tiba kad walimah dan kini bahagia bersama puteri sulung bernama Zuhaili..Tahniah Iza..=) dan dalam kesibukan ziarah itu, teringat ana pada satu bicara bersama seorang sepupu...

bahu ana ditepuk.."Kak long bila lagi nak walimah?"...

senyum panjang ana..mencari jawapan yang sesuai juga..

"tak sedia lagi kak..serah pada Allah juga..banyak lagi perkara tak tahu..nak basuh baju pun tak tahu.."...terkeluar jawapan yang ana sendiri tidak tahu patut @ tidak...

"tak sedia apa laginya..biasakan bila habis belajar nie,ramailah orang datang merisik. tak akan kak long sendiri pun tak ada pilihan..?"..

panjang lebar soalan kali ini.. =)

"rasa tak sedia untuk jadi isteri yang solehah..yang rumah tangga sentiasa dalam keberkatanNya.. semua tu kena sedia..dari perkara yang paling kecil hingga besar..."

"tak faham.."..geleng sepupu ana..

ana tahu dia sengaja menuntut bicara yang lebih..tersenyum ana. dalam hati menyusun cuba menyusun bicara dengan izinNya..agar apa yang disampaikan ada manfaatnya..

"akak kan dah kahwin..mesti lagi tahu".....,usik ana padanya..

"tak tahu..cepatlah kak long"..

"Bila kita jadi isteri, semua perkara kita kena teliti..teliti untuk cari keberkatan Allah dalam rumah tangga".. dari mengemas ruma, membasuh pakaian, masak..didik anak2.. apatah lagi untuk menjadi isteri terbaik buat suami..".. sambung ana lagi..

tiba2 terasa malu..maklumlah sepupu di depan mata sudah punya suami.. sedang diri.. masih jauh lagi dari perancangan..=)

"malulah kak..akak yang patut cakap"..pinta ana..

"soal ilmu..tak ada malunya..cepat sambung"..tegas pintanya..

"kak..berapa ramai muslimat dan isteri yang tahu basuh baju dengan cara yang betul"..

geleng kepala sambil tersenyum sepupu ana..
mungkin mencari kaitan bicara dengan basuh baju..

"semua tu ada kaitannya kak.. baju yang mungkin terkena dengan percikan air najis misalnya, harus dibilas dahulu..alirkan air kotoran najis pada pakaian..baru boleh dibasuh.."..

"kalau kita tak buat macam tu, semua pakaian yang dibasuh bersama akan terkena air kotoran najis..bermakna masih tak suci lagi.. paling penting jika dipakai dalam solat, solat tak sah!.."
suasana sepi..menunggu bicara seterusnya...

"mungkin ini perkara yang nampak remeh..tapi perkara yang macam nie akan beri kesan pada solat kita..bayangkan jika seorang isteri tidak tahu tentang semua nie..apa akan jadi pada solat suami dan anak2?".. bagi kak long, solat yang sempurna itu asas dalam melahirkan akhlak yang mulia dan kasih sayang yang berterusan dalam sebuah keluarga..."

Bicara mula menuju jalan yang lebih serius..jauh sepupu ana termenung..

"semua ini menuntut kita agar mencari ilmu kak..tahu dan bersedia"...

kak..berapa ramai yang diluar sana tahu, bila nak masak telur kena basuh dulu..sebab kulit telur tu kalau tak basuh ada kotoran najis..?..agaknya apa jadi bila kita masak untuk suami dan anak2 dengan tak basuh dulu..?"..

"semua perkara tu nampak kecil dan remeh kak..tapi kadang2 kita lupa pada perkara yang kecil dalam menjaga keberkatan Allah.."

ana menghela nafas panjang...semua ini sekadar luahan sebenarnya..

"kak long tahu..akak tahu semua nie kan.."..

sepupu ana tersenyum.."teruskan ja.."..

"lagi cabaran buat isteri yang bekerja.. bagaimana masanya dibahagikan kak.."..

"jujur, kadang2 kak long rasa tak mampu untuk jadi seorang isteri yang bekerjaya.. tapi semua itu bukan alasan kan..."...

"teringat pesan YB Mumtaz dalam satu ceramahnya dahulu.. nak tengok macam mana kita jadi isteri nanti, tengok keadaan kita sekarang.."

"maksudnya...?"..sepupu ana meminta penjelasan..

"YB Mumtaz kata tengok macam mana layan ayah dan ibu kita sekarang.. ada ka kita hidang makanan..adakah kita picit, urut ibu dan ayah.. pernah kita potong kuku ibu, kuku ayah?.. kena tengok hubungan kita dengan adik beradik.. pernahkah kita belai rambut adik, nasihat adik beradik dengan hikmah, dakap adik beradik kita dengan rasa kasih.. kalau kita tak ada, ada kerja jauh..ada tak ibu, ayah dan adik2 rindukan kita...?.. semua itu akan membentuk sikap kita sebagai seorang isteri nanti"....

"bukan tu aje kak.. YB kata nak tengok macam mana kita dengan mentua dan ipar duai,.. tengok macam mana hari ni kita layan saudara-mara yang datang..adakah kita ini seorang yang mudah rapat dengan saudara-mara..pernah tak kita masak untuk pakcik dan makcik kita..."

"tak cukup lagi tu kak..nak tahu macam mana muslimat jaga kebersihan rumah..pergilah jengah2 sinki didapurnya..ada tak lumut2 hitam yang melekat di celahan sinki.. tengok pula bilik airnya..berlumut dan licin tak..tengok bilik tidur dia juga.. semua yang jadi kebiasaan kita pada hari ini, ada kemungkinan jadi kebiasaan kita pada suatu hari nanti..."..

sepupu ana tersenyum lagi tanpa bicara..entah apa difikirannya...

"bila semua fikir nie kak.. bagi kak long ia bukan satu perjalanan biasa.. menuntut semangat, istiqamah dan keikhlasan untuk menjadi isteri yang solehah..".. lebih lagi, hubungan kita bukan sekadar dengan seorang suami, anak2 dan keluarga.. ada yang lebih utama lagi kak.."..

"apa dia"...?..cepat sepupu ana melontarkan pertanyaan..

"hubungan kita dengan Allah kak..cinta yang terutama..." ..perlahan ana memberi jawapan..

"mampu tak dalam semua kesibukan kita nanti, kita menyediakan masa, diri dan perhatian untuk Allah..?".. mampu tak kita didik diri dengan amal ketaatan yang istiqamah kepadaNya?.

"sekarang nie pun kak long dah cepat letih bila banyak kerja..kadang terlajak waktu, tak sedar untuk Qiam..inikan pula bila dah jadi isteri nanti..mampu tak nak kejut suami turut bangun malam bersama2...?".. sedangkan untuk semua yang kita miliki pada hari ini, adalah dengan izinNya..adalah kurniaanNya..Allah yang beri semua tu kak.."..

"mmm..apa yang akak pandang nie...?"..

"tengah fikir apa yang kak long cakaplah..bukan mudahkan.."

"ya kak.. bukan mudah..., maaf kak andai ada bicara yang salah..cuma isi hati ja kak.."...

"tak apa kak long..untuk kita fikir bersama..jadinya kak long nie memang tak ada pilihan lagilah ya.."..

bijak2 sepupu ana menyusun bicaranya..=)

"serah pada Allah ya kak..nanti kalau ada, pasti ada kad jemputan kan.."..

Semua ini sekadar bicara yang berlaku dengan izinNya..ana melihat diri.. untuk capai kedudukan anak solehah pun masih jauh lagi.. inikan pula isteri solehah..apatah lagi kedudukan diri sebagai hamba disisi Allah..

teringat bicara seorang adik dan juga sahabat yang terlalu bermakna bicaranya buat diri ini..
"JIKA ALAH IZINKAN KITA UNTUK MELAKUKAN AMAL SOLEH SEBAGAI SEORANG ISTERI, PASTI AKAN DICUKUPKAN KEPERLUAN KITA"..
"DAN CUKUPLAH TAQWA SEBAGAI BEKALAN UTAMA..."

Ana tenang dengan bicaranya itu..bagi ana, dengan ruang masa yang masih ada.. cukuplah ana memperbaiki hubungan diri dengan Allah..kuatkanlah hubungan kita dengan Allah..kerana hanya itu kekuatan diri yang hakiki..

Dan berbaktilah sebagai anak pada kedua orang tua dengan sebaiknya selagi Allah izinkan.. tidak tahu antara diri dan kedua ibu bapa, siapa yang akan pergi dulu..Yakinilah, Allah akan cukupkan takdir kita seterusnya..=)


SERAH DIRI & TAWAKALLAH SEBAGAI SEORANG HAMBA YANG SEBENAR2NYA...

INSYAALLAH... ALLAH AKAN CUKUPKAN SEMUANYA BUAT KITA...=)

Sunday, September 26, 2010

Apabila doa kita tidak dimakbulkan..


Assalamualaikum wbt....

Terbaca catatan dari sahabat tentang mengapa doa tidak dimakbulkan.. InsyaAllah,muhasabah bersama..hampir setiap waktu kita berdoa, namun bukan semua doa kita dimakbulkanNya..

Ingatan buat diri juga..doa adalah bicara seorang hamba kepada Maha Pencipta.. maka bagaimanakah selayaknya bicara seorang hamba..? sungguh..hati terdiam tanpa bicara.. jujurnya, adakalanya diri tidak benar2 ikhlas sebagai hamba.. mengharapkan doa dimakbulkan sedangkan banyak lagi perkara yang tidak tertunai denganNya...

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu": -

-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Nabi Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau
memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkankeburukan yang sepadan dengan doa tadi.”

( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).

Bicara Ibnu Atho'illah..
"Janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, kerana Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukanNya, bukan pada waktu yang engkau tentukan."

Allah Maha Mengetahui akan keperluan hamba2Nya..sentiasalah bersangka baik dengan setiap takdirNya..yakinilah pada setiap takdirnya itu ada hikmah yang tersendiri..walaupun ia bukan pada sesuatu yang kita ingini..bukan permintaan kita..

Pesan Tok Guru Ustaz Haron Din...
"adakalanya Allah makbulkan permintaan kita dengan cara yang berbeza..Dia tidak makbulkan setiap keinginan kita tetapi dielakkan kita daripada musibah dan bencana yang lebih besar.."
Dan tiada yang lebih baik bagi seorang hamba selain daripada bersabar dan bertawakal.. Ihklaskan diri dalam menjadi hambaNya.. apa lagi yang lebih baik sebagai balasan dalam kehidupan ini selain dari redhaNya.?.. moga tiap penantian, kesabaran, dan pengharapan yang tidak pernah putus ada nilaian disisiNya..=)

Tuesday, September 21, 2010

Apabila menghadapi ujianNya..=)


Assalamualaikum wbt...

Bicara Allah dalam satu hadis Qudsi
"Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku,hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku!"...

Begitulah bicara Allah pada hamba2Nya..ana titipkan sebagai ingatan buat diri sendiri terutamanya.. seringkali bibir ini mudah mengeluh bila menerima ujian dariNya.. sedangkan yang ada buruk itu cuma ada pada pandangan manusia..Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba2Nya..

"Allah Maha Halus (penyantun) kepada hamba-hambaNya..." (Qs As-Syuara;19)

Takdir yang datang sebagai ujian anggaplah ia sebagai tanda kasih Allah kepada kita. Kerana Allah tidak pernah bersifat zalim pada setiap makhlukNya..tetapi kitalah yang sering menzalimi diri sendiri dengan pilihan yang tersasar dari jalanNya.. Ujian dariNya umpama guru yang tidak perlu berkata-kata tetapi ia mampu mendidik jiwa. Sabar, redha dan tawakal..semua itu hikmah jika kita mampu menerima takdir dan ujianNya dengan berlapang hati.

Tidak terhitung dosa kita sebagai hambaNya..dan kadang-kala sengaja Allah hadirkan segala bentuk kesusahan, penderitaan, kesakitan, kehilangan dan pelbagai lagi ujian untuk menghapuskan dosa2 yang menggunung itu.. supaya kita tidak lupa kita ini cuma hambaNya.. agar jiwa yang kontang mampu disuburkan dengan siraman titis2 taubat..tanda kembalinya seorang hamba kepada Pencipta..sebab fitrah manusia yang lemah, hatinya lebih lunak mengingati Tuhan ketika susah berbanding senang..

Daripada Muaz bin Jabal r.a, beliau berkata;
"ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada Malaikat Pencatat Amal Buruk,"Hapuskan catatan darinya.", dan berkata kepada Malaikat Pencatat amalan kebaikan,"Tuliskan untuk hamba2Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."

Adl Dlahak ra berkata:
"Barangsiapa tidak diuji antara tiap2 empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah."

Juga terkesan hati ini tika membaca titipan yang ana dapat dari sebuah laman web..
InsyaAllah.. perkongsian kita bersama..

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.

Nabi saw bersabda;
"Barangsiapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih dirinya daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

justeru..apabila kita menghadapi ujian dari Allah.. belajarlah menerimanya dengan lapang hati.. belajarlah untuk menjadi hambaNya yang ikhlas menerima takdirNya.. belajarlah menjadi hambaNya yang sentiasa positif dan bersangka baik. Jauhilah putus asa..kerana ia tanda kita jauh dari rahmatNya..Allah Maha Adil..segala yang diberi adalah yang terbaik buat kita sebagai hambaNya..tiada musibah bagi hamba yang bila diuji, hatinya kembali semula kepada Allah..

Ya Allah..
hamba ini cuma hambaMu..
Sesekali ujianMu menyapa lembut hati ini..
namun..
belum tentu teguh lagi hati hambaMu..
kuatnya hamba jua dari kekuatanMu..
rezekikan hamba
dengan hati yang ikhlas..
dan jiwa yang redha..
menerima takdir dan tarbiyyah dariMu....
Aminnn...

Wednesday, September 8, 2010

Titipan buat cik yang dirindui..=)


Istimewa buat sahabat yang dikasihi..

Buat ukhti cik yang disayangi..
Selamat Hari Lahi Lahir..
Semakin dewasa dirimu sahabat..
melalui pahit dan manisnya kehidupan..
Juga sebenarnya semakin bertambah usiamu..
menghampiri titik2 akhir kehidupan..
yang tak pasti bila kunjung tibanya..
moga dirimu menjadi hamba pilihan Allah..
istiqamah dalam menggapai cintaNya..
Moga dirimu nanti menjadi bidadari disyurgaNya..

"SALAM EIDUL MILAD YA UKHTI"....(^_^)...

Antara Ramadhan & Syawal....


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang menjadikan diri ini dan sekalian hamba yang dikasihiNya masih kekal dalam nikmat iman dan Islam..lama tidak menjengah blog ini..sibuk mungkin. "kesibukan mencari diri"..dan cukuplah Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik bagi setiap hambaNya.

Hari ini 29 Ramadhan..hiba dan pilu mengisi ruang hati ini.. Ya Rabbi..hamba tidak mampu mempersiapkan dan mempersembahkan diri hamba untuk melalui ramadhan ini seperti hamba2Mu yang lain.. Ampunilah hamba YaRabbi..berdosakah hamba atas rasa cemburu melihat hamba-hambaMu yang lain?.. mudahnya mereka mendekatiMu..munajat kepadaMu..?.. mungkinkah ada Ramadhan lain buat hamba..?..Ampuni hamba YaRabbi..untuk hamba gapai sakinah bagi hati ini..hamba tahu..hamba harus redha dan berserah padaMu.. Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui..hamba serahkan hidup dan mati hamba ini kepadaMu..cukupkan hamba dengan takdirMu...

Hati menangis tatkala melihat banyaknya kebaikan Allah pada setiap hambaNya ;

Pada pagi Aidilfitri, Allah mengutus para Malaikat turun ke bumi untuk berseru dengan suara yang disengar oleh seluruh makhluk kecuali manusia dan jin; "Wahai Umat Muhammad, keluarlah kepada TuhanMu yang mulia. Dia akan memberikan pemberian yang agung dan mengampuni dosa yang besar." Ketika mereka telah pergi ke masjid, Allah berkata kepada para Malaikat, "Apakah balasan bagi para pekerja yang telah selesai bekerja?". Mereka berkata, "upahnya sesuai dengan pekerjaannya". Allah swt berkata, "saksikanlah bahawa sesungguhnya Aku telah menjadikan pahala mereka adalah redhaKu dan ampunanKu"..

Ya Allah..inilah dambaan hamba untuk setiap helaan nafas hamba.. pasti berbahagia hamba2Mu yang terpilih disisiMu..kerana hamba ini cuma hamba.. sedangkan Engkau punya terlalu ramai hamba..semua makhlukMu adalah hambaMu.terpilihkah hamba YaAllah..?? sedang hamba tahu, hamba tidak layak YaAllah..tidak layak.. sungguh, Engkau Maha Mengetahui kedudukan hati dan jiwa hamba.. sekali lagi..sakinah hati ini hanya akan hadir tika hamba redha dan berserah diri kepadaMu..Izinkan hamba YaAllah..

Buat semua insan yang bergelar hamba Allah..yang merasakan dirinya adalah hamba kepada Allah..moga rahmat dan keampunan Allah menjadi milik kalian.. Jangan pernah putus asa mencari keampunan Allah. moga kalian semua telah melalui ramadhan ini dengan penuh makna.. sungguh..diri ini cemburu melihat kalian menjadi deretan insan2 pilihan Allah..bertuahnya kalian semua..

Dan Aidilfitri ini..sambutlah kehadirannya dengan rasa rendah hati..rasa kesyukuran.. jangan dihilangkan segala hasil dari penat lelah kalian di sepanjang ramadhan hanya dengan kelazatan dan keindahan syahwat cuma pada sehari syawal..

Banyakanlah memuji Allah kerana itu pesan Rasulullah saw :

"sesiapa yang membaca 'subhanaallah wa bihamdihi' pada hari raya, tiga ratus kali serta menghadiahkannya kepada kaum muslimin yang telah mati maka dalam setiap kubur akan memancar nur dan ketika dia mati, Allah akan menjadikannya seribu nur."..

Juga ingatan buat diri yang hina..istiqamahlah kita dengan amalan ketaatan.. Syawal itu bukti mulanya titik2 istiqamah pada diri..hasil dari ikhlasnya mengharap redha Rabbi pada ramadhanNya..

Jangan biar kesibukan menjauhkan kita dari Rabbi...;

Nabi saw bersabda; "barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah, tidak akan mati hatinya pada hari dimana hati2 semua mati"

Sambutlah kehadiran syawal ini dengan rasa rendah hati..rasa kesyukuran.. selayaknya sebagai sifat seorang hamba..Antara Ramadhan dan Syawal..kedua2nya adalah kurniaan Allah.. maka syukurilah nikmat pemberianNya..sama ada ketika susah atau ketika senang.. jadilah hambaNya yang bersyukur..moga kalian semua menjadi hamba pilihan Allah..bertuahnya kalian...=)..moga ada kesempatan untuk kita semua melalui ramadhan akan datang.. doa dari kalian jua dipohon sama buat diri yang serba kekurangan ini..

Dan ana cuma hambaNya yang hina..ana mohon maaf pada setiap insan sama ada yang mengenali atau tidak mengenali diri ini..jika ada khilaf pada bicara dan perilaku yang tidak menyenangkan hati..untuk insan2 yang diri mereka sentiasa hadir dengan kebaikan dan kemurahan, ketahuilah...kalian insan pilihan Allah.. Allah memilih kalian untuk memberi manfaat pada insan lain dengan cara yang sedemikian.. hanya Allah yang mampu membalasnya dengan sebaik2 ganjaran..moga kita merasai redha dan keampunan Allah...

SALAM RINDU buatmu Ya Ramadhan yang bakal pergi meninggalkan diri..

SALAM KESYUKURAN buatmu Ya Syawal yang bakal kunjung tiba..


antara kedua2nya..tetap kurniaan Allah pada makhlukNya yang bergelar hamba..