Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, August 29, 2010

~Wanita yang dijaga ALLAH swt~


Assalamualaikum wbt..

Air mata seakan ingin mengalir..hati menangis.. tatkala membaca titipan mutiara dari seorang saudara seakidah..syukran Lia sebab selalu forward kata2 yang bermakna buat kak long..hati terkesan bila mana terpandang bait2 kata "dimana Allah untuk menjaga kita..?"..

Buat semua saudara ana yang dijadikan indah sebagai wanita..sebagai muslimat..
Hati kita kerap benar menjadi singgahan cinta insani.. sedangkan hati ini cuma satu..hati ini milik Rabbi.. Rabbi yang menjadikan hati ini..jantung ini juga terus berdenyut kerana kesempurnaan ciptaanNya..mana mungkin ia dikongsi2..

Wanita yang suci
Adalah wanita yang dijaga oleh Allah..
Tidak sedikitpun Allah membenarkan,

mana-mana lelaki menyentuh dirinya..

mahupun hatinya..


Kerana ALLAH TERAMAT MENCINTAINYA...


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki..
di mana Allah untuk menjaga kita??..
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia..
yang pastinya lebih banyak mengecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri..
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki..

bermakna Allah mahu mengambil kita kembali..

untuk dijaga olehNYA..


"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"

(Imam Al-Ghazali)


"selamatkan dirimu dari cinta pembawa bencana,

Aku tidak memilihnya selagi akal masih di kepala,

menghirup ketenangan hidup..
kerana permulaan cinta adalah ketenangan..

pertengahannya adalah derita..

kesudahannya jiwa melayang..."
( kata2 Ibnu Farid tentang CINTA TERLARANG)


Moga Allah masih mahu menerima dan memandang kita sebagai hamba yang dicintaiNya...Ya Rabbi..hamba kembali kepadaMu..Ampunkan segala dosa hamba..Hamba menyesal dan hamba kembali kepadaMu...ampunkan segala dosa hamba...

Wednesday, August 25, 2010

LAKNAT ALLAH KE ATAS IBLIS


Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulilah..dengan izinNya kita masih lagi menikmati indahnya ramadhan.. memikirkan masa yang pantas berlalu, juga semakin hampir ramadhan bakal meninggalkan kita.Moga Allah meredhai kita sebagai hambaNya.. diri cuba berikhtiar membuang rasa mengantuk yang datang dengan tiba2..bahan bacaan dibuka..mata terhenti pada sebuah kisah mengenai IBLIS.. betapa Allah telah melaknat IBLIS kerana keangkuhan dan kesombongannya..InsyaAllah.. perkongsian bersama..moga ada manfaat dan nilaian di sisiNya..

Firman Allah swt;
"Jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang kafir."
(QS Ali Imran;32)


Allah tidak menerima taubat iblis kerana kekufuran dan kesombongan mereka.Namun, Allah menerima taubat Nabi Adam a.s kerana dia mengakui dosanya, menyesali dan juga mencela diri. Nabi Adam a.s dan Siti Hawa juga tidak putus asa dari rahmat Allah dan sentiasa berharap agar Allah mengampuninya.

Dosa dari syahwat masih boleh diampunkan tetapi dosa dari kesombongan tidak akan diampunkan. Maksiat IBLIS datang dari kesombongannya.

Diceritakan bahawa Iblis datang kepada Nabi Musa a.s. Iblis berkata kepadanya, "Allah telah memeliharamu dengan risalahNya dan berbicara padamu?".. Musa menjawab, "Ya, lalu apa yang kau inginkan wahai iblis?". Iblis berkata, "Ya Musa katakan kepada TuhanMu bahawa aku hendak bertaubat.". Lalu Musa mendapat wahyu, "Hai Musa, Ku terima taubatnya jika dia sujud kepada Adam di kuburnya." Musa menceritakan hal ini kepada Iblis dan iblis marah, dengan sombong Iblis berkata, "sedangkan di syurga Allah aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula ketika dia telah mati?".

Ketika datang hari Qiamat,maka diletakkan kerusi dari neraka. Iblis duduk diatasnya. Lalu syaitan dan orang2 kafir mengelilinginya. Suaranya bagaikan himar. Dia berkata,"Wahai ahli2 neraka, sudahkah kau terima janji dari Allah swt?". Mereka berkata,"Sesungguhnya Allah telah menunaikan janjiNya." Maka Allah berkata,"ini adalah putus asa dari rahmat Allah." Allah memerintahkan Malaikat memukuli mereka dan pengikutnya sehingga 40 tahun dan mereka tidak boleh keluar selamanya.

ALLAH TELAH MELAKNATI IBLIS SELAMA-LAMANYA!!!.

Diceritakan pula pada hari Qiamat, Iblis diperintahkan duduk diatas kerusi api, di lehernya tergantung KALUNG LAKNAT dan Allah memerintahkan Malaikat Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang kedalam neraka. Namun, mereka tidak mampu. Lalu Allah perintahkan Jibrail dan 80 puluh malaikat untuk membuangnya, namun mereka juga tidak mampu. Kemudian diperintahkan Malaikat Israfil dan Izrail. Masing2 membawa 80 puluh malaikat, namun mereka juga tetap tidak mampu menbuang KALUNG LAKNAT itu!!!. Kemudian Allah berkata kepada mereka,"kalaupun berkumpul Malaikat yang telah Kujadikan dengan berlipat ganda, mereka tetap juga tidak akan mampu memindahkan kalung laknat itu dari lehernya masuk ke dalam neraka."..

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Kau keluarkan Aku kerana adam, aku tiada kuasa ke atasnya, kecuali dengan penguasaanMu." Allah berkata, "engkau Ku-kuasakan keatasnya, yakni atas anak cucunya. Iblis berkata,"berilah aku kuasa lagi."Lalu Allah berkata,"setiap ia beranak, kau pun beranak."Iblis memohon lagi dariNya, "berilah aku lagi". dan Allah berkata, jeratlah mereka dengan tipu daya, temanilah mereka dengan harta dan anak, sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan batil, perbuatlah ikut kehendakmu." mendengarkan ini, Adam berkata; "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada Iblis, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu." Allah berkata' "setiap umatmu dijaga oleh malaikat." Adam memohon lagi. Allah berkata' "setiap kebaikan yang dilakukan diberikan ganjaran 10 pahala." Adam memohon tambahan lagi. dan Allah berkata," Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup." Adam meminta lagi.."tambahilah aku.".. Allah berkata lagi, "Aku mengampuni mereka dan Aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan.". Kemudian Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Kau jadikan utusan kepada manusia dan Kau beri mereka kitab, maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?".. Allah berkata,"UTUSANMU TUKANG TENUNG,KITABMU PERANGAI BURUK, HADISMU BOHONG,QURANMU SYAIR,TUKANG AZANMU SERULING,MASJIDMU PASAR, RUMAHMU TANDAS, MAKANANMU YANG TIADA NAMA AKU,MINUMANMU YANG MEMAKBUKKAN DAN PERANGKAPMU ADALAH WANITA"...

Na'uzubillah..mohon sebenar2 perlindungan dari Allah. Iblis dan syaitan akan masuk dan merosakkan jiwa anak Adam dengan cara yang paling halus sekalipun. Kerana asalnya Iblis adalah Malaikat yang sangat taat dan paling kuat ibadatnya kepada Allah. Hanya mereka yang benar2 ikhlas mengharapkan redha Allah akan terselamat daripada tipu dayanya. moga Allah meredhai kita semua di dunia dan akhirat..Aminn..

Saturday, August 21, 2010

Keutamaan Fuqara

Assalamulaikum wbt..
InsyaALLAH..Perkongsian dari terjemahan KITAB MUKASHAFAH AL-QULUB..


Firman Allah swt :
" sabarkanlah hatimu serta orang2 yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang, sedang mereka menghadap keredhaan Allah dan janganlah kau palingkan pandanganmu daripada mereka(orang2 fakir) kerana menghendaki perhiasan hidup di dunia.janganlah kau turuti orang yang telah Kami lalaikan hainya dari mengingati Kami (orang2 kaya)...(QS Al-Kahfi ;28)

Nabi saw b'sabda ;
" sebaik2 umat ini adalah fuqaranya dan paling cepat masuk ke syurga adalah kaum yang lemah"..

"Aku punya 2 kecenderungan. Siapa menyukainya beerti menyukaiku dan siapa membencinya beerti membenciku. iaitu kefakiran dan perjuangan"

"Hadiah orang mukmin didunia adalah kefakiran"


Dirawaikan bahawa Jibrail a.s datang kepada Nabi Muhammad saw sambil berkata; "Ya Muhammad, Allah membacakan salam untumu dan berkata "Sukakah kau jika gunung ini Ku jadikan emas dan bersamamu dimanapun kau berada?"..Rasulullah saw terdiam sejenak lalu berkata, "Hai Jibrail, dunia ini rumah orang yang tidak punya rumah, harta orang yang tidak punya harta dan yang mengumpulkannya adalah orang yang tidak punya akal.". Jibrail berkata: "Hai Muhammad, semoga Allah menetapkan ucapanmu."..

Dari ahli bait, bahawa Nabi saw berkata; " ketika Allah menyukai seorang hamba, Dia mengujinya. Bila sampai kepada puncak kecintaanNya,Dia mengasingkannya." Dikatakan, "bagaimana Dia mengasingkan kekasihNya?".. Rasulullah saw berkata "Tidak diberi keluarga dan harta.". Dalam khabar tersebut dikatakan Jika kau lihat kefakiran datang katakanlah, "Selamat datang hai bendera orang2 soleh".. Jika kau lihat kekayaan datang katakanlah, " Dosa itu akan ditimpakan seksanya."..

Nabi saw bersabda :
"Aku masuk ke syurga.Kudengar gerakan didepanku. Kulihat, ternyata Bilal. Di atasnya umatku yang fakir dan anak2nya dan di bawahnya orang2 kaya dan sedikit wanita. Aku berkata ; "Ya Tuhan bagaimana keadaan mereka ?".. Allah berkata , "Adapun wanita2, mereka mabuk emas dan sutera sedangkan orang2 kaya itu akan dihisab." Aku juga tidak melihat Abdur Rahman bin Auf. Namun sebentar kemudian dia datang sambil menangis. Kutanya, "Mengapa engkau tertinggal dariku?".. dia berkata," Ya Rasulullah saw, aku mengalami beberapa kesulitan. ku kira aku tidak melihat melihat engkau." Rasulullah saw bertanya,"mengapa?".. Abdul Rahman bin Auf berkata, "Aku dihisab kerana hartaku"..

Dirawikan dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Jika manusia telah membenci orang2 kafir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan 4 hal; masa yang dimana ada krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya musuh".

Sabda Baginda saw;
"Hai orang2 fakir, berikan kepada Allah kerelaan hatimu dan kau akan dapatkan pahala kefakiranmu. Jika tdk maka tdk jua."

"Hamba yang paling disukai Allah adalah orang yang fakir yang menerima akan rezekinya dan rela kepada Allah"

Tersentuh juga hati tatkala terpandang titipan bicaraNya kepada Nabi Musa a.s..; "Hai Musa, tidakkah kau tahu jika Aku memandangi seorang hamba-Ku, Ku halangi dia dari dunia sepenuhnya."..

Harus ada sifat meredhai pada takdir dan pemberianNya.. jika tidak, sia2 sahaja kesusahan yang ditanggung. Hidupnya hamba adalah untuk mendambakan redhaNya,,maka jadilah hamba yang bersyukur dengan setiap takdir kurniaaNya..

Pesan buat diri yang hina..
Meniaraplah dihadapan Allah,
Jangan meniarap kepada manusia

Menerimalah dengan memutuskan keinginan,
Sungguh kemuliaan itu tiada dalam keinginan,
Jangan berhajat pada sanak saudara,
kerana orang yang kaya,
hajatnya tiada pada manusia...

Ya Rabbi..Engkau tunjukkan kemurahanMu dengan memberikan kemurahan itu pada kebaikan insan lain..lalu,Engkau bahagikan kekayaan-Mu antara mereka yang fakir dan mereka kaya..betapa agungnya kakayaan-Mu.. betapa luasnya kemurahanMu.Engkau jadikan hamba2Mu yang kaya tetapi kental dengan jiwa yang fakir dan zuhud pada duniawi..YaRabbi,dengan kemurahan-Mu, hamba pohon istiqamahkan mereka yang Engkau takdirkan dengan kebaikan itu sentiasa berada dalam ketaatan kepadaMu.. Jua berikan hamba hati yang lapang dan redha dengan setiap takdir pemberianMu.. kepadaMu hamba kembali..

Thursday, August 19, 2010

Munajat Hamba...


YaRabbi..
hapuskanlah segala kekurangan hamba
dengan curahan air mata hamba..

Ampunilah dosa hamba
dengan amalan kebajikan hamba yang sedikit..

Ya Rabbi..
Bila Engkau tidak merahmati
kecuali pada yang benar2 mentaatiMu..

Maka, ketahuilah..
hamba adalah orang yang bersalah..
yang hanya bersandar padaMu..
Bila Engkau tidak memuliakan,
kecuali kepada mereka yang berbuat baik,..

Maka ketahuilah..
Hamba telah banyak berbuat kesalahan..

YaRabbi..
banyaknya dosa membuat hamba tidak berdaya..
tidak mampu lagi hamba beralasan.
hamba mengakui segala dosa..
dan kini, hamba adalah tawanan kepada dosa-dosa itu..

YaRabbi..
ketaatan hamba terlalu kecil...
maka ketahuilah..
pengharapan hamba pada rahmatMu terlalu besar..
bagaimana hamba bisa kembali dengan rasa kecewa..
sedangkan pada kemurahanMu hamba berharap sepenuh jiwa..

YaRabbi..
sungguh besar segala dosa hamba yang bakal Engkau tuntut..
dan ia bisa mengecilkan harapan hamba pada kemurahanMu..
namun ketahuilah..
keyakinan kepada kemurahanMu
yang telah menguatkan hati ini..

apabila kelalaian telah mematikan persediaan hamba menghadapMu..
maka sekali lagi hati ini digugah oleh rasa kemurahanMu..

YaRabbi..
hamba berdiri dihadapanMu dengan penuh kepasrahan..
Berilah yang terbaik buat hamba..
Limpahkan rahmatMu buat hamba..

YaRabbi..
Seluruh jiwa ini bersaksi atas keesaanMu..
hamba percaya dengan janjiMu..
Engkau kabulkan segala permintaan hambaMu..

YaRabbi..
ketahuilah..
saat ini hamba rindu padaMu..
sungguh, Engkau telah membelai hamba dengan kasihMu..
hanya Engkau Ya Rabbi..
Maha Mengetahui akan hakikat diri hamba..
dan kini...
hamba kembali padaMu..

Monday, August 16, 2010

Perjalanan Amal Dalam Menghadap allah SWT..

Assalamualaikum wbt..
Muhasabah diri dalam hidup seharian.. dimana sebenarnya nilaian Allah pada tiap amal kebaikan yang ada.. moga ada manfaatnya..

Suatu hari Mu'az bin Jabal dikunjungi oleh Khalid bin ma'dan. "Wahai Muaz beritahu kepadaku satu hadis yang kamu debgar secara langsung daripada Rasulullah saw." Mendengar pertanyaan Khalid tersebut,Mu'az pun menangis tersedu-sedan. Mu'az berkata: "aku mendengar Baginda bersabda "Wahai Mu'az, aku memberikan kepadamu nasihat, jika kamu berpegang teguh kepadanya, maka kamu akan memperoleh manfaat disisinya. Apabila kamu mengabaikannya maka di hari kiamat kelak akan terputus hujahmu dihadapan Allah SWT"...

AMALAN INSAN PENGUMPAT
"Wahai Mu'az, sesungguhnya sebelum Allah menciptakan langit dan bumi,Dia telah menciptakan tujuh Malaikat. Setelah allah menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, para malaikat itu ditugaskan menjaga setiap pintu langit. Malaikat Hafazhah yang bertugas mengawasi amal perbuatan manusia. Mereka membawa amal manusia dari pagi hingga ke petang. Amal tersebut bersinar seperti matahari.Setelah amal tersebut dibawa naik samapai ke langit pertama, para malaikat hafazhah pun memuji dan menyanjungnya.Setelah amal tersebut dilihat oleh malaikat penjaga langit yang pertama, ia berkata kepada Malaikat Hafazhah: "Amal ini tidak usah dibawa ke atas.Akulah yang mengawasi tentang ghibah. Allah melarang amalan yang bercampur dengan ghibah naik ke atas"

AMALAN INSAN PEMBOHONG
Malaikat Hafazhah datang lagi membawa amal kebajikan dan amal soleh manusia. Mereka memuji amalan tersebut. mereka juga memperhitung amalan tersebut dan berharap ia dapat dipersembahkan kepada Allah.Ketika sampai ke langit ke-2, maka malaikat yang bertugas pun berkata:"amal ini sampai disini sahaja.Pukulkanlah amalan ini kepada pemiliknya kerana ia beramal tidak ikhlas, pembohong dan inginkan duniawi. Allah memerintahkan agar melarang amalan ini naik ke atas kerana orang yang melakukannya mempunyai sifat tinggi hati"

AMALAN INSAN YANG TAKBUR
Malaikat Hafazhah datang lagi dengan membawa amal seseorang dengan sinar berkilauan. Ia berasal dari amalan sedeka,solat dan puasa. Para Malaikat Hafazhah hairan melihatnya. Tetapi apbila tiba di langit ke-3, amalan tersebut terhenti. malaikat penjaga langit ke-3 berkata; "Pukullah amalan ini kepada pemiliknya. Ia takbur ketika berkumpul sesama manusia, aku ditugaskan mengawasi penyakit takbur"

AMALAN INSAN YANG UJUB
Kemudian amalan orang yang bertasbih,solat,puasa,haji & umrah dibawa dengan cahaya yang terang. Namun ia terhenti pada langit ke-4 dan malaikat penjaga langit berkata "Amal ini tidak boleh dibawa naik ke atas dan pukulkanlah pemiliknya kerana ia beramal dengan sifat ujub"

AMALAN INSAN YANG HASAD
Pada langit ke lima, amalan yang dibawa turut terhenti. Ternyata pemilik amal tersebut berbuat hasat, dia tidak rela terhadap ibadah orang lain.

AMALAN INSAN YANG TIADA KASIH SAYANG
Amalan yang dibawa adalah amalan seorang yang solat, puasa,zakat,haji,umrah dan jihad dijalan Allah dan ia bercahaya bagaikan matahari. ketika tiba dilangit ke-6,ia ditahan. Ternyata orang yang memilikki amalan ini tiada sifat kasih sayang sesama insan. Bahkan ia gembira ketika insan lain ditimpa musibah.

AMALAN INSAN YANG RIYA'
Malaikat Hafazhah naik lagi dengan membawa amalan seorang yang solat,puasa,zakat,nafkah,jihad dan wira'i. Suaranya bergemuruh, sinarnya terang benderang. hebatnya amalan tersebut sehingga 3000 malaikat mengiringinya. tetapi apabila tiba dilangit ke-7, amalan ini terhenti. Malaikat penjaga langit ke-7 berkata;" Akulah yang diberi tugas oleh Allah agar menahan amalan seseorang dibawa kelangit yang lebih tinggi kerana amalan insan ini adalah dengan tujuan mendapat pangkat fuqaha dan sanjungan. Amalan ini adalah riya' dan Allah tidak akan menerimanya"

AMALAN YANG BUKAN MENCARI REDHA ALLAH
Amalan yang dibawa kali ini benar2 dari hamba yang taat dan soleh. Oleh kerana baiknya amalan tersebut, malaikat yang berada di tujuh langit dan tujuh bumi mengiringinya. Dan amalan tersebut berhasil dibawa menghadap Allah SWT. Allah pun berfirman kepada para Malaikat; "Wahai Para malaikat Hafazhah, kamu melihat dan mengetahui amal hambaKu sedangkan Aku sentiasa mengetahui apa yang terjadi dihatinya. Dan ketahuilah bahawa hambaKu ini melakukan amalan bukan untuk mencari redhaKu tetapi kerana yang lain. Orang yang beramal seperti ini tetap Aku laknati.".. Maka para Malaikat pun berikrar; "Ya Allah, semoga laknatMu tetap kepada yang memiliki amal ini. Kami juga melaknatnya, begitu juga malaikat penghuni tujuh langit dan tujuh bumi melaknatinya"

Mendengar keterangan Rasulullah SAW, Mu'az pun menangis sekuat-kuatnya. "Wahai Rasulullah, Engkau adalah utusan Allah, maka Engkau jelas selamat tetapi bagaimana halnya dengan diriku?". Baginda SAW menjawab; "Jalan yang dapat menyelamatkanmu adalah dengan mengikuti aku, sekalipun amalanmu masih ada kekurangannya.Wahai Mu'az, perhatikanlah nasihat ini..;

~Jagalah lidahmu,jangan sampai membicarakan keburukan saudaramu sesama muslim, khususnya ahli al-Quran.~

~Dosamu kamu tanggung sendiri,jangan sampai dosamu dibebankan kepada orang lain.~

~Jangan menyanjung & memuji diri sendiri,jangan pula mencela sesama manusia.~

~Jangan tinggi hati & merendahkan insan lain.~

~Jangan mencampurkan amalan akhirat dengan kepentingan dunia.~

~Ketika bergaul dengan orang,jangan takbur,agar mereka menjaga keburukanmu.~

~Jangan berbisik sehingga dapat menimbulkan syak orang lain~

~Walaupun engkau kaya & berilmu, jangan merasa lebih besar dan menganggap orang lain lebih rendah. Jika ini terjadi, dirimu akan terputus dari kebaikan dunia & akhirat.~

~Jangan mencaci maki orang lain. Hal ini akan menyebabkan kamu diburu anjing neraka jahanam dihari kiamat kelak.~

Ingatlah firman Allah swt; "& malaikat2 yang mencabut nyawa dengan lemah lembut." (An-Naziat;2). Ya Rasulullah, siapakah yang kuat merasakan selamat dari perkara itu?".. Rasulullah saw menjawab: "Itu mudah bagi orang2 yang dimudahkan oleh Allah dan engkau tidak perlu khuatir.Jika engkau ingin selamat, sayangilah apa yang engkau dan orang lain sayangi. Sebaliknya, bagi apa yang tidak engkau senangi, maka jangan engkau lakukan kepada orang lain. wahai Mu'az, jika engkau dapat melakukan sedemikian. maka dirimu akan selamat."

MasyaAllah.. sungguh..Allah Maha Halus dan Maha Teliti.. hati manusia dalam genggamanNya.. bukan mudah jalan untuk melalui tiap tapisanNya.. moga Allah rezekikan kita dengan hati yang ikhlas dalam perjalanan menujuNya.. Aminnn..

Sunday, August 15, 2010

Kita & MERDEKA....????







KITA PADA ZAMAN PASCA MERDEKA...
ERA GLOBALISASI..
DUNIA TANPA SEMPADAN...,
MERENTAS KEMAJUAN..


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulilah.. Ramadhan datang lagi.. terpulang pada kita untuk mencari rahmatNya atau kemurkaaNya.. indahnya bulan ini..disyariatkan untuk umat Nabi Muhammad saw.. sama2 kita muhasabah diri.. dimana hati dan iman kita pada pandangan Allah.. dan Maha Suci Allah yang memelihara kita semua daripada maksiat dan kemungkaran... yang mengekalkan kita dalam nikmat iman dan Islam..=)

Ramadhan datang dalam ambang ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53..=).. Syukur Alhamdulilah.. kita di Malaysia tidak menderita dan terseksa seperti saudara2 kita di negara lain.. Isu gula tidak cukup, isu harga makanan naik..itu naik..ini turun.. hakikatnya, menunjukkan kita masih lagi mampu merasai nikmat dunia fana ini...

Namun, hati berdebar tatkala melihat Malaysia yang dicintai ini dengan pandangan mata hati.. mungkin bagi segelintir insan, asalkan dirinya selesa, tidak menderita..maka apa yang berlaku bukan menjadi tanggungjawab dirinya.. Bicara ini ditujukan khas buat semua warga Malaysia yang menganuti agama Islam.. yang tertera pada kad pengenalannya bahawa dia adalah Islam.. yang masih mengakui Islam sebagai cara hidupnya.. juga buat mereka yang bernama Islam tapi kadang kala tertukar cara hidupnnya seperti orang bukan islam...

Diri ini bukanlah cukup sempurna untuk berbicara tentang isu seperti ini. Apatah lagi jika dinilai pada pandangan Allah.. ternyata jauh lagi dari hakikat hambaNya yang sebenar. Namun, kerana cintakan Islam dan juga sebagai ingatan buat diri yang hina ini jua..maka bicara ini dititipkan buat semua.

Ternyata, segala gambar di atas hanyalah sebahagian hakikat yang terlindung pada mata kasar sebuah kemajuan. Manusia semakin TIADA IMAN,..lantas HILANG PERTIMBANGAN AKAL dan TIADA NALURI KEMANUSIAAN. Pada siapa harus dipertanggungjawabkan atas segala perilaku kehaiwanan seperti ini?...

Tiada niat dihati untuk menunding jari, mencari kesalahan insan lain. TIDAK SAMA SEKALI.. sekadar muhasabah diri.. Teringat sambutan tahun baru dan juga sambutan ulang tahun kemerdekaan yang pernah dilewati bersama teman2 seperjuangan.. dalam ucapan Alhamdulilah.. laungan tanda kesyukuran mungkin.. segala yang HALAL dan HARAM turut bercampur baur.. KONSERT YANG GAH, PERCIKAN BUNGA API, DAN KELOMPOK MANUSIA SEBESAR LAUTAN memperlihatkan terjemahan konsep "MENSYUKURI" nikmat tahun baru dan kemajuan yang kita kecapi.. bergetar rasa hati melihat semua ini, juga terasa beratnya kepala mendengar hiruk-pikuknya manusia yang semakin jauh dari hakikat hambaNya hakiki... segalanya tidak tamat selepas jam 12.oo malam.. acara seterusnya lebih hebat lagi.. yang dah halal bernikah menuju ke destinasi sendiri tetapi yang TIDAK HALAL pun ada destinasi tersendiri.. maka pelbagai ragam dan adegan pasangan seperti ini dapat ditonton secara percuma.. silap hari bulan kena cekup dengan pegawai pencegah maksiat..=).. inilah rentetan kejadian yang biasa berlaku pada sambutan tahun baru dan juga pada sambutan ulangtahun kemerdekaan.. NAK SALAHKAN SIAPA????

InsyaAllah.. kita semua dikurniakan akal.. kalian pastinya mampu berfikir dengan sendiri. Hari ini kita dihidangkan dengan terlalu banyak perkara diluar daripada HAKIKAT HIDUP ISLAM YANG SEBENAR. Kita lebih utamakan undang2 ciptaan manusia daripada undang2 dan hukum ALLAH.. Kita berasa hebat dengan kemajuan kita, tetapi yang sebenarnya..kita hampir @ telah menyerupai cara hidup zaman jahiliyyah.. Inikah ertinya sebuah kemerdekaan bagi kita semua?. Tepuk dada, tanyalah selera.. juga ketuklah pintu hati yang hakiki, risiklah juga khabar iman disana.. inikah ertinya hidup bagi UMAT ISLAM masa kini?...

Firman Allah SWT tentang tipu daya dunia...;

" Wahai orang2 yang beriman, jangan kamu lalai kerana harta benda dan anak2mu daripada mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian itu. Maka mereka orang yang merugi.".. (QS Munafiqun:9)

"Janganlah sekali-kali.Seungguhnya manusia itu amat derhaka.Kerana ia melihat dirinya kaya-raya."..
(QS Al-Alaq:6-7)

Sabda Rasulullah saw...;

"Didatangkan pemilik dunia yang dibuatnya untuk taat dan hartanya ada didepannya. Saat ia meniti sirat, hartanya berkata," Lalulah, kamu telah berikan hak Allah kepadaku. dan didatangkan pemilik dunia yang tidak taat dan hartanya ada didepannya. Ketika dia meniti sirat, hartanya berkata,"Celaka, kau tidak memberikan hak Allah kepada yang sepatutnya." Demikian terus sehingga dia meratap dan menjerit.."

"Jangan kau sia2kan hidupmu dengan berabdi kepada dunia"

Terpulanglah akhirnya kepada diri sendiri untuk menilai dan menentukan yang terbaik dalam hidup ini..Allah sentiasa memberikan kita pilihan..kita yang kadang-kala lalai dan tidak sedar.. moga kita bukan sahaja kekal merdeka dibumi Malaysia ini tetapi kita mampu merdeka pada saat perhitungan di Masyar nanti.. Sama2 kita saling mendoakan saudara2 seakidah yang lain.. Moga ada manfaatnya diakhirat kelak.. Aminnn..

Thursday, August 12, 2010

~Didiklah jiwamu dengan Qanaah~


Assalamualaikum wbt...

Salam ramadhan buat semua..moga kita masih lagi direzekikan dengan rasa ikhlas dan istiqamah dalam ketaatan kepadaNya.. Entah mengapa hati kuat ingin menitipkan bicara tentang qanaah.. mungkin kerana Allah sedang mendidik diri ini juga untuk memperhalusi makna qanaah dalam kehidupan sendiri... QANAAH?... apakah itu QANAAH..?..

Terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB ( penenang jiwa ) karangan Hujatul Islam Imam Al-Ghazali menjadi rujukan..buku ini dipinjam dari seorang sahabat.. syukran wani.. moga ada manfaatnya disisi Allah...

Qanaah tidak perlu mengharapkan harta yang tiada pada tangannya, juga tidak pula rasa rakus untuk memburunya membabi buta.Dia merasa cukup dengan yang sedikit. Angan2nya dibatasi pada hari yang dilaluinya sahaja. Jika hati ingin yang banyak dan panjang angan2, maka hilanglah rasa qanaah dari dalam jiwanya..yang akan hadir adalah rasa tamak & rakus.. sifat hamba dan rasa syukur juga semakin menjauh...

Sabda Rasulullah saw
:

" Kalau manusia ada 2 jurang berisikan emas, tentulah ia inginkan yang ketiga. tidak akan penuh perut manusia melainkan dengan tanah. Allah menerima taubat bagi orang yang mahu bertaubat"

"manusia akan tua & beruban.Namun bersamanya ada 2 hal yang tetap muda. iaitu Angan-angan & dunia"...

"jadilah orang wira'i bererti kau akan menjadi orang yang paling banyak beribadah. Jadilah orang yang menerima, kau akan menjadi orang yang paling b'syukur. Suka'n kepada orang apa yang kau sukai, kau akan menjadi mukmin."

Al-Ayub al-Anshari merawikan, "seorang arab datang kepada Nabi saw sambil berkata, "Ya Rasulullah, nasihatilah aku walaupun sedikit!"..Rasulullah saw berkata :Jika kau solat, solatlah seperti oarang yang akan meninggalkan dunia ini. Jangan kau bimbang tentang hari esok. Jangan kau harap apa yang ditangan orang"...

Umar r.a berkata :"TAMAK ITU FAKIR & TIDAK MENGHARAP ITU KAYA. Sesungguhnya, sesiapa yang tidak mengharap sesuatu dari seseorang, dia kaya dari mereka."

Ditanyakan kepada seorang hukama, "bagaimanakah kaya itu?".. Jawapnya,kaya itu ialah SEDIKIT KEINGINANMU DAN REDHAMU KEPADA APA YNG MENCUKUPIMU"...

hidup adalah pergeseran masa dan putaran hari
terimalah kehidupanmu dan relakanlah...
hentikan keinginanmu dan kau akan merdeka...

Dari hati kecil ini.. cuba menyelami erti qanaah yang sebenarnya.. berasa cukup dengan apa yang ada bukan bermakna tidak perlu berusaha memperbaiki kehidupan.. namun, qanaah adalah tanda jiwa seorang hamba..lahirnya qanaah kerana menerima setiap takdir pemberianNya dengan rasa syukur..tiap bicara tidak menggambarkan keluh-kesah..perlu benar2 meletakkan diri sebagai seorang hamba.. harus dihadiri dengan rasa IKHLAS dan REDHA menerima takdir diri...

Qanaah menghadirkan jiwa yang tenang biar
sesukar manapun jalan yang harus dilalui.. menghadirkan rasa dan jiwa kehambaan.. memandang kehidupan ini dengan berbaik sangka.. terpandang bicara Ibnu Attho'illah yang menghiburkan hati ini..

"Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah..."

Ya Rabbi..cukupkan hamba sekadar keperluan hamba..semua itu dalam pengetahuanMu.. ujianMu mendidik hamba..untuk mensyukuri dan merasa cukup dengan setiap takdir pemberianMu..ikhlaskan hati hamba..padaMu hamba bertawakal untuk segalanya...

Sunday, August 8, 2010

Takut Kepada Allah

"wahai orang2 yang beriman, takutlah kepada Allah!. Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan orang apa yang diusahakan esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan.".. (QS Al-Hasyr : 18)

Teringat bicara seorang sahabat.. rasa cinta dan harap pada Allah swt itu harus juga dihadiri dengan rasa takut kepadaNya.. Takut kepadaNya akan membawa hati kita lebih dekat dengan Allah swt.. merasakan diri sentiasa dalam pengawasan Allah.. jujurnya.. sukar untuk diri menghadirkan perasaan takut ini dengan sebenar2nya.. hanya hamba yang benar2 ikhlas sahaja dapat menghadirkan rasa takut kepada Allah dalam jiwanya.. Meneliti diri.. sebagaimana Abu Laits telah berkata : bahawa tanda2 takut kepada Allah itu terdapat dalam tujuh perkara ;...

Tanda-tanda takut kepada Allah ;
  1. Lidahnya terhindar daripada dusta, ghibah,fitnah,berbual kosong & banyak bercakap. Sebaliknya, ia banyak disibukkan dengan zikirullah, membaca Quran, dan muzakarah ilmu.
  2. Hatinya tiada rasa dengki, permusuhan, kebodohan terhadap sahabatnya.
  3. Pandangannya tidak terpikat dengan dunia. Dunia dipandang dengan penuh iktibar.
  4. Perutnya tidak terisi dengan makanan dan perkara haram.
  5. tangannya tidak digunakan untuk melakukan perkara haram & mungkar.
  6. Langkah kakinya tidak berjalan menuju maksiat.
  7. Ketaatannya hanya untuk mendapat redha Allah, jauh dari riya' dan munafik.
Abu Laits berkata lagi :

"sesungguhnya Allah mempunyai para Malaikat di langit tujuh dan bersujud sejak Allah menciptakan mereka sehinggalah ke hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala , seraya berkata :" Maha Suci Allah, kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.."

Rasulullah saw bersabda :

" Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah swt, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya"

"Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt sehingga air susu yang ada mengalir semula ke dada"..

MasyaAllah... begitu sekali besarnya ganjaran pada mereka yang sentiasa takutkan Allah swt.. Moga Allah memberikan kita semua kurniaan dengan sentiasa berasa takut kepadaNya.. terpelihara daripada maksiat & dosa.. Aminn..

Friday, August 6, 2010

~Al-ukhwah fillah walhubfillah~


Segala puji bagi Allah yang menjadikan hidup dan kehidupan ini masih lagi dalam nikmat iman & Islam.. berbicara dengan seorang sahabat tentang kurniaan rasa kasih yang Allah jadikan sebagai fitrah dalam kehidupan manusia.. memperhalusinya sebagai anugerah Allah.. diri seakan terpegun.. kagum dengan keagungan dan kebesaran Allah dalam tiap kejadianNya..

Justeru.. diri cuba meneliti rentetan kisah hidup para sahabat dan para solihin.. sedaya mungkin berusaha untuk meneladani mereka dalam berkasih sayang dan membina ukhwah fillah.. pasti jua pada saat ini..rindu menyapa lagi..rindu pada bicara dan qudwah sahabat2 dalam melayari kehidupan ini silih berganti menghiasi memori.. sungguh.. kalian adalah kurniaan Allah.. tanda kasih Allah pada diri yang serba kekurangan.. dikurniakan sahabat2 yang cukup memahami dan menerima diri seadanya.. Maha Suci Allah untuk segala kurniaanNya..

Teringat kisah Salman Al-Farisi dan Abu Darda.. dari dulu lagi, kisah ini cukup terkesan di hati.. betapa sahabat2 cukup terkesan dengan didikan dan qudwah Rasulullah saw.. sanggup melalui apa sahaja kerana sahabat.. Salman Al-Farisi ingin meminang seorang muslimat dari satu kabilah.. Beliau mengutus Abu Darda mewakili dirinya untuk berjumpa dengan keluarga muslimat tersebut.. Abu Darda menyampaikan maksudnya kepada ayah si muslimat itu.. namun, terasa pelik dan terkejut... kata ayah muslimat itu.."Aku tidak akan menikahkan puteriku dengan Salman,kerana aku tidak menyukainya. Namun, aku ingin menikahkan puteriku denganmu".. Masya Allah..

Tetapi Abu Darda menolak dan berkata, " Aku tidak akan meminang seorang gadis yang ingin dipinang oleh saudaraku,".. ayah muslimat itupun berkata, " Aku tidak akan menikahkan puteriku dengan Salman, yang aku ingin nikahkan dengan puteriku adalah engkau, pergilah engkau kepada Salman, dan sampaikan keputusanku kepadanya."..

Akhirnya, kembalilah Abu Darda menemui Salman dengan rasa gundah.. salman yang melihatnya pun berkata, "ada apa denganmu wahai Abu Darda?".. Abu Darda terpaksa menyampaikan hakikat kebenaran kepada kepada Salman Al-Farisi..

Salman memandang Abu Darda, lalu tersenyum seraya berkata, " ketahuilah bahawa aku dan kamu seperti apa yang diumpamakan Allah dalam firmanNya, "Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan-hadapan,"..Aku berharap kita boleh seperti itu, maka lamarlah gadis itu untuk dirimu saudaraku,.. kerana engkau adalah sebahagian hidupku..."..

Subhanallah.. inilah al-ukhwah fillah walhubfillah.. indahnya persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah..bicaraNya dalam satu hadis Qudsi.."Aku mencintai orang yang saling mencintai kerana Aku, iaitu jika ada 2 orang yang tulus saling mencintai hanya kerana Allah semata, bukan kerana nafsu, harta ataupun dunia, saling mencintai dalam taat kepada Allah, maka cinta Allah berhak keatas keduanya."...

Sabda Rasulullah saw menyatakan.."sesungguhnya antara hamba Allah, mereka bukan kelompok para Nabi atau syuhada, bahkan pada hari kiamat nanti, para nabi dan syuhada iri hati terhadap kedudukan mereka disisi Allah".. para sahabat bertanya.." siapakah mereka ya Rasulullah?"...Rasulullah saw menjawab.."Mereka adalah orang2 yang saling mencintai kerana Allah, tanpa ada hubungan antara mereka, tidak pula kerana harta. Demi Allah swt, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, dan mereka diatas singgahsana yang juga bercahaya, mereka tidak merasa takut ketika orang lain takut dan tidak merasa sedih ketika orang lain sedih".....

Muhasabah diri dalam menyayangi dan mengasihi insan.. Ibu,ayah, adik2,..saudara, sahabat2.. juga buat semua yang pernah hadir dalam hati kecil ini... dimana kalian didalam hati ini?.. adakah kasihnya diri ini pada kalian kerana Allah swt.. mencintai kalian setulus jiwa hanya kerana Allah swt..? tanpa mengharap sebarang imbalan.. hanya Allah Maha Mengetahui...

Keagungan Allah dalam kurniaan kasih yang menjadi fitrah dan perantara antara makhluk ciptaanNya... moga kasih yang terbina antara kita sentiasa dalam cinta dan kasih Allah jua..Aminn...

RamadhanMu....


Assalamualaikum wbt....

Rasa sebak dan rindu mengetuk pintu hati... tertanya2 pada diri.. bagaimanakah diri menerima kedatangan Ramadhan kali ini..4 tahun di bumi UPM.. Ramadhan dilewati seiring & selangkah bersama sahabat2 yang membawa kembali jiwa kerdil ini kembali pada Allah.. pasti terasa bezanya kali ini.. moga kalian tetap teguh dan istiqamah mencari keampunan dan keberkatan Rabbi...

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) krn b'puasa lbh wangi di sisi Allah S.W.T"
( HR Bukhari dan Muslim )

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari & Muslim)

“Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka, serta diikat syaitan-syaitan.” (HR Bukhari & Muslim)

Sekali lagi hati dan iman berbicara.. moga hatimu ikhlas menerima kehadiran ramadhan kali ini.. Usia lalu telah banyak dibazirkan.. ramadhan yang barakah tidak pernah diperhalusi kehadirannya.. Ya Allah.. segalanya dalam genggamanMU.. segalanya dengan kudratMu.. izinkan hambaMu ini menggapai keampunanMu. .menikmati indahnya cintaMu dalam ramadhan kali ini... hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

Tuesday, August 3, 2010

Warna dan Solat

Assalamualaikum wbt...
Sekadar perkongsian bersama.. untuk memotivasikan diri sendiri juga.. terjumpa kembali bahan bacaan yang diberi oleh seorang sahabat.. tentang kelebihan solat di awal waktu.. Maha Suci Allah bagi setiap rahmat pemberianNya... untuk pengetahuan semua, setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam..
Solat Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang sama dengan frekuensi tiroid dan ia mempengaruhi sistem metabolisme badan. Ia mempunyai kaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. sesiapa yang kerap tertinggal/ terlewat solat subuh berulang2 kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid dalam keadaan jasad dan roh bersatu (TIDUR). bermula sahaja azan subuh, tenaga alam berada pada tahap optimum dan tenaga ini yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan ketika kita rukuk dan sujud..mmm..ruginya mereka yang meninggalkan dan melewatkan solat subuh..apatah lagi jika ia sengaja dilakukan..=)
Solat Zuhor
Warna kuning menandakan waktu zuhor dan spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Dan warna kuning ini berkaitan dengan mood ceria.. mmm.. apa ya yang akan jadi bagi mereka yang meremehkan solat zuhor?.. tepuk hati, tanya iman dan amal ya..
Solat Asar
kemudian alam akan berubah kepada warna oren..iaitu masuknya waktu asar dimana spektrum warna pada waktu in i sama dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.. rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tinggalkan waktu Asar dan lebih lagi suka tidur lena pada waktu asar akan hilang kreativitinya..
Solat Maghrib
Alam mula berubah ke warna merah dan waktu ini kita selalu dinasihatkan agar tidak berada diluar rumah. Spektrum ini menghampiri frekuensi jin & iblis.. sebaiknya kita tunaikan solat maghrib dulu sebelum melakukan perkara lain..terutamanya bagi mereka yang dalam perjalanan. Kerana ketika ini berlaku banyak interferens (pembelauan) yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia warna pada waktu maghrib ini ialah keyakinan dan juga berkait pada frekuensi otot, saraf dan tulang..
Solat Isyak
apabila mula masuk waktu Isyak, alam mula berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. ia menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekunsinya sama dengan sistem kawalan otak. Bagi mereka yang kerap tertinggal waktu Isyak, akan selalu berada dalam kegelisahan. Sebaiknya waktu tidur dalam Islam ialah apabila alam berada dalam kegelapan. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan tubuh kita berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan ungu dimana ia sama dengan frekuensi kalenjar pineal,pituitari, talamus dan hipotalamus. Beruntunglah bagi mereka yang mampu bangkit dari lena yang panjang.. qiamullail bukan sahaja memberikan kita kesihatan yang baik tetapi ia adalah hakikat kekuatan jiwa seorang mukmin..
MasyaAllah... bersyukur dilahirkan sebagai muslim..dimana sahaja Allah limpahkan rahmatNya pada kita.. tapi sayang..ramai yang lupa diri tentang hakikat kejadian cuma seorang hamba..tidak mensyukuri nikmat dengan meringankan dan meninggalkan solat. tidak guna Vitamin.makanan kesihatan,.makanan seimbang..kelas aerobik..dan pelbagai lagi.. jika kita mengabaikan kewajipan utama kita sebagai hambaNya.. Moga Allah titipkan istiqamah dalam ketaatan kepadaNya..jua pohon hati yang ikhlas dalam perjalanan menujuNya.. Aminn..

Sunday, August 1, 2010

~RINDU~


Saat ini rindu dan ingatan hadir lagi...rindu pada insan yang bergelar sahabat.... begitu indah Allah menciptakan kasih sayang ini buat semua makhlukNya.. yang pasti, kekuatan ukhwah itu hadir bila mana mana kasih yang terjalin disandarkan dengan taqwa kepadaNya... teringat bait2 kata lagu Maheer Zain yang dipost dari insan yang cukup hampir dengan ini.. katanya.. lagu itu untuk suami dan isteri... tapi ditukar... untuk akak dan sahabat2 katanya...=).. ingin dikongsi bersama...

I praise Allah for sending you my love..
You found me home and sail with me..
And I'm here with you..
Now let me let you know..
you've opened my heart..
I was always thinking that love was wrong..
but everything was changed when you come along...
000000000
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life..
I'll be with you..
I'll stay be your sides honest and true..
Till the end of my time..
I'll be loving you.. loving you..
For the rest of my life..
thru days and night..
I'll thank Allah for opened my eyes..
Now and 4-ever I'll be there for you..
I know that deep in my heart..
I feel blessed when I think of you..
And I ask Allah to bless all we do..
you're my soul, my friend and my strength..
And I pray we're together eternally..
Now I find myself so strong..
Everything changed when you come along..
000000
And theres a couple word I want to say..
For the rest of my life..
I'll be with you
I'll stay with your side honest and true
Till the end of my time.
I'll loving you. loving you.
For the rest of my life..
Thru days and night
I'll thank Allah for opened my eyes..
Now and 4-ever I'll be there 4 you..
I know that deep in my heart that you're here..
Infront of me strongly feel love
I have no doubt..
And I'm singing loud that I'll love you eternally..
For the rest of my life..
I'll be with you..
I'll stay with you honest and true..
Till the end of my time..
I'll loving you. loving you..
For the rest of my life..
Thru days and night..
I'll thank Allah for open my eyes..
Now and 4-ver I'll be there with you..
I know that deep in my heart..
Syukran dik...atas tiap bicara dan qudwah yang mendamaikan hati..I'Allah..sayang dunia dan akhirat.. jua buat semua sahabat yang seiring melangkah..setia bersama susah dan senang.. moga kalian tabah meneruskan kembara perjalanan yang masih panjang dan berliku.. salam sayang..salam rindu.. sayang kalian kerana Allah.. I'Allah..

Bersediakah Diri Untuk Mendidik...?

Assalamualaikum wbt....
Sekadar perkongsian bersama.. muhasabah buat diri untuk bergelar seorang guru.. layak dan mampukah diri untuk berjuang di medan tarbiyah ini...Dalam kesibukan pagi itu..melayan karenah mereka membuat 'kamera Magic'.. baru tersedar salah seorang pelajar tiada bersama.. lantas, pertanyaan di lontar..mencari kepastian..
"Khalifah ( bukan nama sebenar ) mana?"..
"Ibu dia panggil turun cikgu,".. pantas jawapan diberi..
15 minit berlalu, bayangan Khalifah tidak juga muncul.. "lamanya dia ni turun, kenapa ya".. hati kecil mula resah.. Khalifah baru sahaja mencecah umur 7 tahun.. baru sahaja mengenal dunia ini dengan zaman kanak-kanak yang pelbagai warna kehidupan...jiwa khalifah mudah sensitif, mudah menjawab, tak boleh terkena.. pasti meletup api kemarahannya.. jika bahasa kanak2.. "kuat merajuk"... jujurnya..hati ini perlu teguh untuk melayani karenah Khalifah.. Sabar harus diasuh sentiasa.. Kebetulan ibu khalifah juga pengasuh di tadika ini.. banyak cerita tentang khalifah dikongsi bersama.. tentang hati dan harapan seorang ibu.
.
"tak boleh jadi ni..rasanya kena turun"... hati berbisik lagi..
"cikgu turun bawah sekejap, tengok khalifah..jangan gaduh..Allah nampak semua orang"..
"baik cikgu..nanti tambah 10 markah tau cikgu"..
"tak ada markah..ikhlas..Allah beri pahala!"..tegas jawapan diberi kepada mereka semua..

Terlihat kelibat kak su..(ibu khalifah)...
"kak..mana khalifah,.. kenapa akak panggil dia..dia gaduh ka?"..serentak semua pertanyaan dilontarkan kepada kak su..
"ada kat belakang..akak pukul dia..geram akak.."..perlahan kak su bersuara..
"tadi cikgu sal jumpa akak.. semalam Khalifah suruh Ina buka seluar"..
"buka seluar?"... diri meminta kepastian..
Ina kebetulan adalah anak kepada guru di tadika ini juga.. pasti kanak2 sepintar ini akan mengadu pada ibunya.. umur ina baru sahaja mencecah 5 tahun..

"akak tanya dia, kenapa dia nak buat macam tu..dia kata saja nak tengok..".. geram nada kak su ketika itu..cuba mengawal emosi..
" dia kata lagi, kawan2 kat sekolah selalu je cium lelaki & perempuan.. kawan pesan kalau nampak perempuan jolok je"....
"astghafirullah.. Ya Allah kak.. baru darjah satu semuanya..dah pandai semua ni"... diri benar2 terkejut.. tiba2 bahu ini benar2 terasa berat dengan amanah yang dipikul...
"akak pun tak tahu nor..."..
perlahan nada kak su.. risau, malu dan kecewa... mungkin bercampur baur semuanya...
"tak apa kak.. masih ada masa lagi..didik dia dengan baik..nanti akak suruh khalifah naik ya"..
teringat mereka yang lain diatas..pantas kaki melangkah masuk ke kelas..alhamdulilah.. semuanya tekun dengan kamera masing2... entah mengapa.semua ini membuatkan diri berfikir.sungguh berat amanah yang sedang dan bakal dipikul ini...
"GURU".... cukupkah temuduga dan segala yang dipelajari selama 4 tahun ini mendidik diri menjadi guru yang baik buat semua anak didik?.. bukan seorang pelajar yang akan ditemui.. bukan satu perangai yang harus ditangani.. IKHLAS kah diri menghadapi semua ini?.. hendak jadi guru, apatah lagi kaunselor.. bukan semudah menyiapkan hidangan buat tetamu.. ini tarbiyyah.. jiwa guru juga harus ditarbiyyah.. harus juga berlapang dada untuk mentarbiyyah..untuk menjawab INSAK, ada latihan yang boleh dibuat.. persediaan temuduga.. sedaya mungkin dengan izinNya..pasti semua ingin menampilkan yang terbaik di mata penilai.. tetapi.. cuba tanya kembali pada hati..
"BERSEDIAKAH DIRI UNTUK MENDIDIK?.."...
Mendidik bukan sekadar "A" diatas kertas.. sanggupkan membiarkan pelajar terbiar tanpa mengenal dan menunaikan solat yang menjadi tiang agama? sanggupkah melihat perwatakan pelajar semakin liar mewarisi sifat kehaiwanan?.. nama Islam, tetapi Islam diinjak dan dipermainkan..? nilai akhlak mulia hanya tinggal dalam helaian buku pendidikan Islam dan Pendidikan moral..
ya Allah.. sungguh kembara perjalanan ini terlalu sukar.. diri hamba sendiri masih diliputi dengan banyaknya mazmumah.. hamba pohon kekuatan dariMu.. dan sekali lagi.. hamba pohon hati yang ikhlas dan jiwa yang istiqamah dalam ketaatan kepadaMu demi meneruskan perjalanan ini...izinkan hamba Ya Allah..
"cikgu kita turun main lepas ni"... teriakan itu mematikan lamunan..
"hari ni kita tak turun..janji cikgu kan kita nak belajar solat yang betul"..
"alah cikgu..boring lar.."...
"nak belajar jumpa Allah dengan sempurna pun boring..tak nak Allah sayang ker..?"..
"nak cikgu"... serentak semua menjawab....

Izinkan hamba Ya Allah.. berikan pertolongan dan kekuatan buat hamba, sahabat2 dan semua mereka yang bergelar guru untuk memikul dan melunaskan amanah ini dengan sempurna..