Bicara Tentang Bahagia...

Friday, February 12, 2010

WARKAH BUAT HAWA...


Assalamualaikum wbt..

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…

Sumber : http://baitulmuslim.com

Saturday, February 6, 2010

SELIPAR BURUK

assalamualaikum wbt...

Saat ana membuka helaian muka surat buku undang2 keluarga, terselit sekeping catatan dari sahabat ana wani tentang "Selipar Buruk"... dan yang menariknya adalah mengenai sifat yang dimilikki oleh sepasang "selipar buruk"...

Sifat sepasang "SELIPAR BURUK"....=)

  • Tawaduk
  • Rendah Diri
  • Qanaah
  • Banyak berjasa
  • Istiqamah walaupun berusia
  • Berkorban untuk pemiliknya
  • Tidak minta dihargai
  • Tidak sukar untuk dijaga
  • Tahan lasak sehingga menjadi buruk
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Harganya murah
  • Tiada yang dengki kepadanya
  • Biasa digunakan untuk ke masjid
  • Rela berkorban
  • Tidak kisah akan pandangan sinis terhadapnya
  • Redha menjalankan tanggungjawab
  • Amanah
Tersenyum ana saat membaca catatan ini... duhai sahabat yang ana kasihi... terlalu biasa sifat bagi sepasang selipar buruk itu...namun, terlalu sukar ana mendidik diri menjadi seperti sepasang selipar buruk.. walaupun ia sekadar catatan dirimu, sungguh..hadirnya memberi kesan yang mendalam buat ana mendidik jiwa dan hati yang kotor ini... sama2 kita muhasabah dan memperbaiki diri..

Tuesday, February 2, 2010

INGIN BERCINTA?..NAK TAHU CINTA SEBENAR..????

Mari beramai-ramai kita menyertai..

Wacana
'Aku Terima Nikahnya'- "Aku Ingin Bercinta"...
Bersama Ust Hasrizal Abdul Jamil.

Anjuran :Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM).

Pada 8 Februari 2010 (Isnin).
Jam: 8-11 malam
Tempat: Dewan Putra 2,UPM (sebelah surau Kolej Serumpun).

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan yang menarik daripada Penceramah
hebat.(Penulis buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan
Rindu Bau Pohon Tin).
SEBARKAN SELURUH KAMPUS!!!...

SEORANG MUSLIMAT

Seorang muslimat..
Hatinya adalah milik Allah..
Ketaatan disimpul rapi untuk Rabbinya..
Cintanya diratib indah tanpa rasa gundah..
Hatinya tenang bersulam tawakal..
Cukup diri dilindungi Rabbi...

Seorang muslimat..
bukan tak pernah hatinya resah..
bukan tak pernah duka datang menyapa..
namun, hikmah dicari demi redhaNya..
ujian itu rahmat dan kurniaaNya..
dan janji Rabbi itu mendamaikan jiwanya..

Seorang muslimat..
cukup sahaja mendidik dirinya..
Solehah itu jadikan pakaiannya..
kasihnya dicurah buat ayah bonda..
tertib dan malunya terlalu dipelihara..
Malunya pada Rabbinya..
bukan pada manusia semata-mata...

Seorang muslimat..
tak usah dicari hidup yang bahagia..
jika diri tidak pernah membahagiakan..
didiklah diri mengenal Rabbi..
perjalanan cinta yang hakiki..
bukan mengharap dariNya..
tapi jiwa tak tulus mendamba redhaNya..

Dan diriku jua seorang muslimat..
kalian juga seorang muslimat..
Tiada jaminan yang pasti buat kita..
tiada yang kekal hamparan cinta dunia..
Syurga atau neraka?..
Jika aku,dirimu,kalian, dan kita semua..
Mampu memberi jawapan yang pasti..
Rebutlah cinta dan segala isi dunia..
Namun sayang..
Dimana kita akan dilemparkan..
Semuanya tiada jawapan..
Akhirnya..
Pada Rabbi jua..
Disandarkan segala harapan..

p/s buat diri: Malulah pada Allah atas nikmat pemberianNya. Nikmat sebiji mata pun tak akan mampu ditukar walaupun dengan amalan seorang abid selama 90 tahun.kadang2 bicara diri terlalu banyak tentang dunia dan nikmatnya yang sementara. lupa akan janji di hadapan Sang Pencipta...