Bicara Tentang Bahagia...

Friday, January 29, 2010

Aku dan Sebuah Pengharapan..

Assalamualaikum wbt....

Dalam kepenatan..usai kelas undang2 keluarga..pantas tanganku membuka laptop..hati ini sebenarnya rungsing memikirkan perjalanan seterusnya... saat menunggu perkongsian dari kak faizura yang dibatalkan tadi, ana membuka buku terjemahan hikam..mata terhenti di helaian m/s 64..."JANGAN BERHARAP SESUATU SELAIN ALLAH"... jiwa ana ketika ini hanya Allah yang tahu.. lantas, butir-butir bicara hikmah firmanNya ana tatap satu persatu..cuba mengusir keresahan yang bertandang... mencari kedamaian yang menghilang...

"Demi kemuliaanKu,& kebesaranKu & kemurahanKu & ketinggian kedudukanKu, di atas Arsy. Aku akan mematahkan harapan orang yang mengharap kepada selainKu dengan kekecewaan & akan Aku pakaikan kepadanya pakaian kehinaan di mata orang.Aku singkirkan ia dari dekat kepadaKu & Aku putuskan hubunganKu.Mengapa ia mengharap selainKu ketika dalam kesukaran sedang kesukaran itu dariKu & hanya Aku yang dapat menyingkirnya, & mengharap selain dariKu serta mengetuk pintu lain, padahal kunci2 pintu itu tertutup, hanya pintuKu yang terbuka bagi sesiapa yang berdoa minta kepadaKu. Siapakah yang pernah mengharapkan Aku untuk menghalaukan kesukaranNya lalu Aku kecewakan?. Siapakah yang pernah menharapkanKu kerana besar dosanya lalu Aku putuskan harapannya?"...

"Atau siapakah yang pernah mengetuk pintuKu, lalu tidak Aku bukakan?Aku telah mengadakan hubungan langsung dengan angan2 & harapan dari sekalian makhlukKu, maka MENGAPAKAH KAU BERSANDAR SELAIN DARIKU?.... & Aku telahtelah menyediakan harapan makhlukKu tetapi tidak puas dengan perlindunganKu,& Aku telah memenuhi langitKu dengan malaikat yang tidak jemu bertasbih kepadaKu dan Aku perintahkan supaya mereka tidak menutup pintu antaraKu dan hambaKu, namun mereka tidak percaya kepada sabdaKu..."

"Tidakkah mengetahui bahawa siapa yang ditimpa oleh bencana yang Aku turunkan, tiada yang dapat menyingkirkannya selain Aku?,..maka mengapakah Aku melihat ia dan angan2nya selalu berpaling dariKu, mengapakah ia tertipu oleh selainKu? Aku telah memberi kemurahanKu dari apa2 yang tidak ia minta, kemudian Aku yang mencabut daripadanya lalu ia tidak minta kepadaKu untuk mengembalikannya dan minta selain dariKu.Apakah Aku yang memberi sebelum dipinta, kemudian jika dipintai lalu Aku tidak memberi kepada sipeminta?.."

"Apakah aku bakhil sehingga dianggap bakhil oleh hambaKU? tidakkah dunia & akhirat itu semua milikKu?tidakkah semua rahmat & kurnia itu ditanganKu? tidakah dermahan & kemurahan itu sifatku?Tidakkah Aku hanya tempat bagi semua harapan?Maka siapa yang dapat memutuskannya dariKu?...."

"Dan apa pula yang diharapkan oleh orang2 yang mengharap, andaikan Aku berkata kepada semua penduduk langit & bumi: Mintalah kepadaKu, kemudian Aku memberi masing2 apa yang terfikir semuanya, dan pemberian itu tidak akan mengurangi sedikit pun kekayaanKu walaupun sekecil debu? Maka bagaimana akan berkurang kekayaan yang lengkap, sedang Aku yang mengawasinya? Alangkah celaka orang yang putus dari rahmatKu, alangkah kecewa orang yang maksiat kepadaKu dan tetap melakukan yang haram kepadaKu dan tiada malu kepadaKu..."...

Ya Rabbiku..Engkau lebih mengetahui keadaan hamba ketika ini...usirlah kebimbangan ini..ampunilah dosa hamba..kepadaMu hamba kembali..Hanya Engkau pengharapanku...

Kebaikan Allah Buatku....


Assalamualaikum wbt.... salam kedamaian buat mereka yang jiwanya sentiasa terikat dengan cinta dan rindu kepada Allah...=)..

Tersedar dari rehat yang sebentar...jam 4.12 pm..teruji diri dengan beberapa perkara..namun, cukup untuk Allah sahaja yang tahu segalanya...lantas teringat satu hadis yang ada mengatakan apabila Allah ingatkan kita, akan Allah ringankan kita dengan zikir-zikir kepadaNya..Allah lindungi kita dari maksiat..(ana tak ingat hadis yang sepenuhnya, nnt rujuk semula..kelemahan ana..). apabila teringatkan semua ini..ana seakan mahu menghentikan jarum kehidupan yang sedang bergerak ketika ini..agar ketika itu ana tahu..ana berada dalam ingatan Allah...

Maka bersenang-senanglah kamu sekalian kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. [Ar-Rum : 30-37].

YaAllah...tiada maknanya kehidupan ini tanpa rahmatMu walaupun seluruh isi dunia ini dihamparkan buat hamba...nikmat apakah yang hamba dambakan...? berulang kali soalan itu mengetuk pintu hati hamba...jangan Engkau melunakkan hati hamba pada nikmat yang cuma seketika...tanpa pemeliharaanMu..sudah lama hamba terjerumus ke lembah dosa yang lebih kotor dan hina..sungguh, tiada daya kekuatan hamba tanpaMu ya Rabbiku...jangan Engkau biarkan hamba dibolak-balikkan dengan permainan syaitan laknatullah..

sebenarnya, setiap apa yang kita lalui adalah semata-mata kebaikan Allah.. walaupun ia hadir dalam bentuk musibah dan kesakitan...hati ana menyanyi girang apabila banyak urusan pratikum ana telah Allah permudahkan.... namun, cepat iman ana menyapa.. duhai diri,jika ia bukan semudah ini apakah engkau akan segirang ini..?tersentak hati ana ketika itu...

Ya Allah...hamba sedar tiada daya hamba tanpaMu... Engkau sampaikan kebaikanMu pada insan-insan yang juga banyak kebaikan pada diri mereka... hamba yakin rahmatMu jatuh atas mereka semua...lantas hamba ditakdirkan olehMu untuk merasai kebaikan itu..namun..siapa mereka...?

dan ana menyakini...mereka adalah sahabat-sahabat hamba yang hatinya ditenun dengan keikhlasan kepadaMu.. yang jiwanya disulami dengan kerendahan kepada nikmat dan ujianMu.. yang langkahnya sentiasa diatur rapi membina ketaatan kepadaMu...

YaAllah...biar apapun jua yang mendatangi kehidupan hamba nanti.. cukup buat hamba dari sebesar zarah rasa redha dan berlapang dada terhadap takdirMu..cukup buat hamba dengan keampunanMu dan rahmatMu.. cukup Engkau melindungi hamba dari syaitan durjana, nafsu hina hamba dan sifat kemunafikan yang mudah meresapi jiwa ini.. didiklah jiwa hamba dengan sifat kehambaan yang patut ada pada seorang hamba.... semua itu adalah kebaikanMu semata-mata Ya Allah....

Wednesday, January 27, 2010

Muhasabah Cintaku....

Wahai pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini..
Ku pasrahkan semua padaMU..

Tuhan..
Baruku sedar,
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur..
Kini..kuharapkan cintaMu..

Kata-kata cinta,
Terucap indah..
Mengalir berzikir dikidung doaku..
Sakit yang kurasa..
Biar jadi penawar dosaku..

Butir-butir cinta air mataku..
Teringat semua yang Kau beri untukku..
Ampunilah kesalahanku selama ini
Ya Ilahi..Muhasabah cintaku..

Tuhan..
Kuatkan aku..
Lindungiku dari putus asa..
Jika ku harus mati..
Pertemukan aku denganMu...

Ya Allah..entah mengapa hati ini dihambat perasaan sayu.. terlalu jauh rasanya hamba dariMu.. mungkinkah waktu ini hamba berada dalam ingatanMu.....

Monday, January 25, 2010

Salam kerinduan buat kalian..permata hati......



Assalamualaikum wbt.....=)

Buat adik2 along yang tersayang..salam kerinduan penuh ingatan...rindu dan sayang kerana Allah.. mesti baru balik sekolah waktu nie.. mesti penat jg.. tapi tak pe..menuntut ilmu tue jihad.. dan ibadat jika diniatkan kerana Allah.. dah makan, jangan lupa solat.. tunaikan kewajipan sebagai hambaNYa... along memang tak nampak tapi Allah nampak biar sekecil zarah pun dari perbuatan kita..=)...

buat syafiq,ika,yana, atiq,faiz,adha,
bob, anif dan iqbal
jadi anak yang soleh dan solehah.
hamba Allah yang taat...
mata rantai perjuangan Rasulullah saw..
penyejuk hati ibu & ayah..
ringankan tulang bantu ibu dan ayah..
jadi sahabat yang mendamaikan..
membawa qudwah yang baik dalam silaturrahim..
pelihara diri daripada perkara haram..
elakkan suasana yang melalaikan..
yang dah jd isteri dan ibu..
didik diri sebaik mungkin...
ketaatan dan redha suami adalah jaminan ke syurga..

along bukan terlalu sempurna untuk menjadi teladan bagi kalian... tapi pandanglah segalanya dari Allah... kita tak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita.. terlalu azab bagi orang yang mati tanpa iman... daripada satu hadis qudsi, Rasulullah saw menceritakan azab & sakitnya orang yang mati dalam dosa & kekafiran...roh2 akan berlarian, maka malaikat pun menariknya keluar sebagaimana besi ( yang panas untuk digunakan memanggang daging ) yang ditarik dari kain bulu yang basah...sakitnya..tiada siapa yang mampu menolong ketika itu... roh akan keluar dari jasad dengan berupa sebusuk-busuk bangkai.. nauzubillah min zalik.. moga kita tidak tergolong sama...

mmm...doakan along di sini..doakan along berjaya melalui pratikum dengan baik.. doakan along sentiasa dalam rahmat & keampunan Allah.. doakan kita bertemu di syurga abadi.. sayang adik-adik dunia dan akhirat.. jaga & taati ibu dan ayah sebaik mungkin...
tunggu along balik raya cina nie... dengan syarat....=)
1.tak tinggal solat lima waktu..
2.tak lawan ibu & ayah..
3.tak bergaduh antara satu sama lain...


insyaAllah...kita jumpa nanti....salam sayang..sayang kalian kerana Allah..=)

"Disebalik Kekuasaan Mereka"


Assalamualaikum wbt.... salam ukhwah buat semua...=)

Musim dan demam PRK kembali lagi....!!!.. sebelum lebih banyak bicara dinukilkan di sini.. ana mahon maaf jika ada yang bersangkut paut dan berkait dengan sesiapa ya.. bukan apa.. sekadar menyatakan kebenaran yang tersimpan di sebalik hebatnya kuasa yang dimilikki...

kadang-kadang pelik ana melihat sikap manusia.. mungkin ini fitrah manusia di akhir zaman.. malam kelmarin...tenang apabila mengetahui usrah adik-adik dapat dijalankan seperti yang dirancang...untuk mereka yang merasakan usrah ini mempunyai agenda.. YA!!!!.. MEMANG KAMI MEMPUNYAI AGENDA!!!. kami sekadar mendidik adik2 yang masih cintakan Islam dan surau untuk membawa Islam di kolej kita.. mungkin mata yang tiada penglihatan @ hati yang buta untuk menilai.. semakin hebat hiburan di kolej yang ana cintai ini.. meriah bilik studio bercampur lelaki dan perempuan..TAK PULA FITNAH!!.. aurat terbuka di sana sini.. gurau senda berdua-duaan jadi perkara biasa....TAK SALAH SEMUA TU...=) tetapi usrah dan muzakarah ilmu yang KEBETULAN kami adakan di surau muslimin adalah fitnah!..

Lebih hebat lagi..insan yang memberikan tazkirah & pengisian pada adik2 dianggap menyalahi tatatertib PILIHAN RAYA KAMPUS...maka aksi rakam- merakam pun dapat disaksikan.. butir-butir bicara dicatat satu persatu... bagai malaikat Raqib dan 'Atid yang mencatat segala amalan hambaNya.. hebat sungguh kuasa yang ada pada mereka.. di fikiran ana, sudah selesai apabila perginya mereka yang taat menjalankan tugas yang diamanahkan.. ana terpaksa ambil keputusan untuk meminta izin keluar awal usrah dari adik2 dan sahabat2... rasa kurang sihat ketika itu.. maaf untuk kalian semua..tak lama ana sampai di bilik, satu panggilan masuk..terbatal niat ana untuk merehatkan diri.. pantas kaki ana melangkah ke surau muslimat....

adik2 dan sahabat tenang ketika itu...namun, ada mereka yang ketika itu sedang hangat bergelodak jiwanya menyaksikan usrah yang diadakan.. kami diminta keluar dari surau muslimim umpama kami sedang melakukan maksiat.. mungkin kesalahan yang paling ketara telah kami lakukan adalah mengadakan usrah tersebut bercampur di surau muslimin..sinis terasa tuduhan tersebut.. dengan Izin Allah, kami nyatakan disini..kami tak kan goyah menentang arus yang mendatang.. jika benar hendak menentang percampuran, banyak lagi yang tidak tertentang.. mengapa bisu menyaksikan banyak kemungkaran yang berlaku.. umpama tiada mata dan telinga....

Lebih lucu lagi.."tolonglah..2hari je lagi..lepas ni kamu nak buat usrah pun buatlah"... apa yang ditakutkan sangat dengan 2 hari ini..?..ooo..kan PRK...musim panas kan..jadi kena tunggu musim sejuk nak bawa Islam seperti usrah..=).. aktiviti lain bercampur tiada apa2..sebab nyata dan ada paperwork.. nak bawa Islam dan bagi tazkirah biasa pun kena paperwork ya..?..=)..

duhai mereka yang mempunyai KUASA..
usah ditakuti bayang2 kalian sendiri..
tiada daya kami mendatangkan mudharat pada kalian..
kami ini cuma minoriti daripada kalangan kalian yang berkuasa..
dan tiada yang harus ditakuti oleh kami jua.
cukup Allah sebagai jaminan & pergantungan kami..
maaf jika ada yang terasa..
segala titipan dan bicara,
adalah semata-mata..
ilham dari Rabbiku..

"MENGAPA SELALU GUNA KAMI?"....


assalamualaikum wbt.....

Alhamdulilah..diri ini masih dikurnia dengan nikmat iman dan amal... hanya pada Allah selayaknya penyerahan seluruh jiwa dan kehidupan.. sebenarnya, sudah lama ana ingin mencoret sesuatu tentang "mengapa selalu guna kami"... terlalu dalam dan bermakna ertinya buat diri ana..

petang itu...usai bertemu Dr Maznah..pantas ana melihat mesej yang ada.. "akak dah siap.. ishah siap dah..."..melangkah keluar, seperti selalu setia dirinya menunggu ana...senyuman tulus dihadiahkan buat diri ini...namun..ada riak lain di wajahnya.. tak perlu ana bercerita tentang perkara lain.. sesuatu yang terkesan di hati ini apabila dia bercerita mengenai Dr Rusnani.. satu soalan dilemparkan kepadanya.. "kenapa kamu selalu guna perkataan kami?"...masih ada sisa air mata yang diseka ketika itu...ana terdiam tanpa bicara..jawapan yang diberikannya kepada Dr Rusnani cukup meninggalkan sebak dihati ini."dia yang paling memahami saya"... air mata terasa ingin mengalir...ingin didakap dirinya ketika itu... tetapi segalanya hanya berlaku diruang minda... dihadapan ana ketika itu..bukan sekadar seorang sahabat.. dia antara belahan jiwa yang mengusir banyak derita di jiwa ini...Allah titipkan dirinya buat ana yang hina ini... " kak,..apapun kita hadapi sama-sama..ishah tahu akak kuat..." kata-kata itu selalu bermain dibibirnya... apa lagi yang ana perlukan selain daripada sahabat sepertinya selepas nikmat iman dan Islam yang Allah kurniakan buat ana..

buat adindaku...
ketahuilah..
jika dirimu ingin menjadi sahabat yang mendamaikan..
kedamaian itu telah Allah titipkan buat diriku..
qudwah dari dirimu..
terlalu banyak untuk diteladani..
bicaramu sering bermain difikiranku..
menjadi ingatan buat diri yang sering tersasar..

adindaku yang disayangi..
jalan kita belum pasti..
suka dan duka akan kita lalui..
suburkan bersangka baik denganNya..
tawadhuk dengan nikmat & ujianNya...
kekuatan dirimu..juga kekuatan diriku....
syukran untuk segalanya...
kepadaNya kuserahkan dirimu kembali..

Monday, January 18, 2010

Perjalanan cinta ini...

DISEBALIK HIJAB CINTAMU........

Demi Allah yang jiwa ragaku berada di tangaNnya,di genggamanNya........
Aku adalah gelap zulumat yang hina,kotor bersalut debu dan lumpur....
Berkarat dan bernanah disaluti angan-angan dunia dan isinya...
Ya Allah... Izinkan aku mengintai di sebalik hijab cinta Mu...
Kerna aku selayaknya hambamu yg hina pada segalanya.....
Lantas hamba bagaimanakah aku ini Ya Rabb..?
Wahai matlamat segala cinta......
Telah aku lalui segala jalan yang kau murkai....
Hingga aku merasakan dimana lagi ruang utkku berpijak...,
di mana lagi jalan yg harusku jejak....,
di mana lagi langkah yang harus ku anjak........???
Lantaran di kiriku,dikananku,diutara mahupun di selatanku adalah bumiMu
Lantas nikmatMu yg mana lagi yang aku dustakan....?

Bukankah mata yang sesekali melirik manja ini adalah kurniaMu....?
Bukankah lisan yang betah merasa dan petah bermadah ini sebetulnya rahmatMu.....?
Bukankah telinga yang menangkap merdunya melodi tasbih ini sebenarnya kudratMu.....?
Bukankah nafas yang aku rengguk semahu-mahuku ini adalah sayangMu........?
Bukankah atma yang sering menyimpan rasa ini hakikatnya anugerahMu......?
Bukankah begitu Ya Rahman.......?
Lalu nikmatMu yang mana lagi yang aku dustakan....?

Justeru itu mana mungkin u’yun ini tega memandang larangMu,
mana mungkin lisan ini lancang berbicara tanpa wahyuMu,
mana mungkin atma yang menggelegakkan sejuta rasa ini terpandu tanpa ilhamMu...
Teganya aku Ya Allah menggunakan pemberianMu serasaku...
Teganya kasih sayangMu aku peralatkan menjadi sebuah untaian dosa yang bangsat..!!!
Ya Rabbi...
Telah kau hamparkan seluruh rasa sayangMu,
telah kau taburkan segenap cintaMu utk insan hina sepertiku...
Betapa dosa-dosaku itu kurasakan meliputi segenap langit dan bumi....
Namun aku yakin Ya Rahman...,
MaghfirahMu juga bisa kau bentangkan seluas isi langit dan bumi..
Izinkan aku menghamparkan seluruh itqan,taat dan sabarku dlm aku merenda hilwah kasihMu dan janganlah Ya Rabbi kau hinakan diriku di dunia & akhirat....

Wahai Tuhan Yang Sami’un Basir...........
Pandanglah wajah kehinaan ini Ya Allah,
wajah insan faqir dan miskin ini..
Sudilah kiranya Kau mendengar walau sezarah rintihanku dari sejuta rintihan-rintihan batinku.. Sudilah kiranya Kau mendengar walau sepicing cuma bisikanku dari ribuan-ribuan bisikanku yang kukira ada awalnya namun akhirannya tiada.....
Ya Rabbul Izzah..... Aku pohon berlindung denganMu dari hati yang lupa akan hakikat kejadian...
Moga-moga aku juga bisa merengguk manisnya madu Syurgawi,
harumnya Kasturi Adnin dan indahnya Raudhatul Firdausi ...
bersama wajah-wajah para solihin,mujahidin,muttaqin,mukhlisin
dan Tawwabiin yang menjadi rindu-rinduan....
juga tidak terlupakan habibMu
yang sentiasa memenuhi ruangan atma ini...
yang sering menjadi tasbih utk dipuji-puji..
pejuang risalahMu yang mengeluarkan kami umatMu minazzulumat ila Nur.........
Ya Rahman Ar Rahim..... Janganlah doa dan zikir rindu ini......
pada pandanganMu tidak ubah hanyalah seperti seburuk-buruk suara.....
yakni suara himar dan suara serak para ahli Neraka........
NauzuBillah..........

ana ambil nukilan ini daripada sebuah blog... moga ada manfaatnya.. ya Allah..bukalah hijab yang menjauhkan hamba dariMu... maksiat dan kemungkaran yang bersarang disebalik jiwa hamba selama ini telah membawa hamba jauh dariMu.. hamba kembali Ya Allah..

Tuesday, January 12, 2010

"Memang sengaja Allah melaksanakan gangguan terhadap dirimu dari tangan-tangan orang itu, supaya engkau tidak jinak kepada mereka. sengaja Allah menjengkelkan engkau dari segala sesuatu, supaya tidak ada sesuatu yang melupakan engkau dari Allah"....-Ibnu Athoillah-

assalamualaikum wbt..... terlalu lama rasanya tidak menatap blog yang baru bertatih ini.. tiada kesempatan?....mmm..atau diri yang sering membiarkan kesempatan berlalu.. itu juga sifat biasa manusia..tidak sedar sering bertangguh terutama dalam membuat kebaikan. acapkali ana cuba mencari hikmah diebalik kata-kata Ibnu Athoillah ini... hakikat diri terlalu cepat melatah dengan sesuatu perkara yang berlaku.. jika baik cepat ana memuji dan menyanjung, jika sebaliknya.. cepat pula ana merungut. sedangkan semua yang berlaku dalam kehendak Allah... bertemu dengan ketenangan dan kedamaian atas segala yang berlaku adalah bila hati ini terdidik memandang segala yang ada di bumi dan di langit hanyalah semata-mata dalam genggaman Allah.namun bukan jalan yang mudah untuk mendidik hati... nawaitu seringkali berubah-ubah. memerlukan hati lunak dan istiqamah dengan istighfar yang ikhlas semata-mata keranaNya... kadang-kala ana mengeluh dengan kesakitan dan sedikit ujian.. ana mencari-cari kekuatan.. ana menangis... jiwa rasa hampa..putus asa mula memamah jiwa dan fikiran yang rapuh ini.. namun bicara Allah buat ana yang hina ini menyedarkan ana kembali.. firman Allah swt yang bermaksud " Seungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaanya atas orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya"...( An-Nahl:99 )... penyerahan jiwa dan seluruh hidup ana masih belum sepenuhnya untuk Allah.. terlalu jauh jarak yang ana rasakan.. ana sering meletakkan perkiraan insan dalam mencatur kehidupan.. ana sering memandang kesukaran derita yang datang daripada mencari hikmah..ana sering merungut atas setiap yang berlaku dengan harapan untuk mendapat yang lebih baik.. sedangkan hati orang yang beriman itu tidak terkesan dengan apa jua bentuk ujian sama ada dari syaitan atau juga yang diberi melalui keadaan sekeliling kita... Ya Allah.. hamba mohon hati yang tenang.. bersih dari segala kemunafikan..kembalikan hamba dan seluruh kehidupan hamba kepadaMu...