Bicara Tentang Bahagia...

Sunday, December 20, 2009

barisan mujahid ayah ibu...

enam orang mujahid yang pelbagai ragam.. moga kalian anak soleh yang menjadi bekalan ayah dan ibu menuju akhiran...destinasi abadi..=)


Rindunya pada faiz...

Esok 21.dis.2009..Alhamdulilah penutup kbs.. esk juga merupakan hari terakhir adik ana, faiz diKBS..rindu dan tak sabar untuk menatap wajahnnya.moga ada permulaan yang lebih baik buat dirinya.. saat surat darinya tiba dirumah,mengalir air mata ibu membaca warkah tulus dari hatinya..faiz merupakan adik ana yang taat, juga merupakan seorang adik yang tulus melakukan banyak pengorbanan.namun, jauh disudut hatinya memendam banyak perkara..ana belajar banyak perkara dari semua ini..hakikat pengorbanan dan pemberian Allah.Hati manusia dalam genggaman Allah..segalanya dalam pengetahuanNya...buat adikku faiz, andai suatu hari, dirimu membaca coretan ini..ketahuilah dirimu adalah yang terbaik,anugerah dari Allah buat keluarga kita..faiz adik yang baik..kekalkan dirimu dalam ketaatan kepadaNya..sayang Faiz dunia dan akhirat..

Titipan memori di UPM...


Salam Maal Hijrah buat semua yang mengenali diri ini..=) tinggal beberapa hari lagi sem baru akan dibuka.terasa semakin kuat debaran yang menghuni ruang hati ini.. entah mengapa kerinduan terhadap sahabat2 semakin kuat mengetuk pintu hati...sungguh, diri ini rindu untuk menatap wajah kalian, mendengar tiap patah dari bicara kalian, melihat gelak tawa bersama, menangis suka dan duka.. paling dirindui adalah dakapan erat kalian selepas kita semua solat berjemaah.. buat insan yang mendamaikan jiwa ini..long,adinda zila,adinda ishah,wani,umi,adinda humairah, cik,zirah...dan tidak lupa ukhti kesayangan..kak aisah... kalian adalah wajah-wajah solehah yang sentiasa mengingatkan diri ini untuk kembali kepada Sang Pencipta..

Ukhwah kita adalah kenangan terindah yang pernah ana lalui.. ana melalui jalan yang pelbagai likunya sejak mmula menjejakkan kaki di kampus ini..dan kehadiran kalian adalah wasilah kekuatan dari Allah..sejujurnya, diri ana masih goyah untuk memulakan sem akhir kita bersama..bukan takut menerima takdirNya,..tetapi diri masih tercari-cari kekuatan yang telah hilang.. syukur ana punya sahabat seperti kalian.. saat ana merasakan diri hilang arah, juga hilang kewarasan..kalian adalan insan yang tetap setia bersama diri hina ini..siang dan malam..tidak kira masa..tenaga dan wang ringgit adalah sedikit daripada pengorbanan yang kalian lakukan untuk diri ini.. Sungguh, Allah menyayangi kalian dengan segala kebaikanNya.dan diizinkan ana untuk merasai kebaikan itu..

Tidak lupa juga buat mereka yang berlapang dada membantu ana dan sahabat2.. buat faris,razak,hanif dan afif...jazakallah.kehidupan ini akan terus kita lalui seperti air sungai yang sentiasa mengalir.. kehadiran kalian adalah pertolongan Allah. hati kalian sentiasa berbaik sangka padaNya. teruskan perjuangan kalian dengan sepenuh hati untuk menggapai redhaNya.

doakan kekuatan kita bersama.sem ini juga kebanyakan daripada kita akan melalui pratikum..ujianNya sentiasa hadir untuk menguji keimanan kita..dan apakah lagi yang akan menanti kita semua..namun suatu yang pasti, segala takdirnya adalah yang terbaik buat kita semua...=)

"tidak ada satupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insan selepas Islam selain teman yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh2"..(saidina Umar)

Antara yang haq dan batil...

Firman Allah swt yang bermaksud " dan janganlah kamu campurkan yang benar itu dengan yang batil dan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahuinya"... ( Al-Baqarah:42).. beberapa hari nie, tercari-cari terjemahan surah Al-Baqarah nie..tapi tak pula mencari bersungguh2..hingga tangan ini ringan untuk bertanyakan pada sahabat dan juga adik kesayangan ana..(ishah..) tentang terjemahan ayat tersebut.. agak lama menunggu balasan darinya..hati tergerak untuk membuka terjemahan Quran yang ada kat laptop..Alhamdulilah..ana jumpa dan tak lama selepas itu msg ishah masuk..=)..Hikmahnya, Allah mahu ana lebih bersungguh..bukan sekadar menanti..dalam hidup ini, kita akan melalui pelbagai rencah kehidupan..dan tanpa kita sedar, kadang-kala kita mencampakkan diri kita dalam kebatilan sedangkan kita mengetahui bahawa ia adalah salah... itulah yang sering ana lakukan dalam kehidupan.. dalam menjaga pandangan Allah, ana lebih menjaga hati dan perasaan manusia...
dalam satu hadis qudsi Allah swt berfirman" apabila Aku mencintainya,maka Aku akan menjadi pendengaranya yang ia mendengar dengannya,Aku akan menjadi penglihatan yang ia melihat dengannya,Aku menjadi tangannya yang ia memukul dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya,apabila ia meminta kepadaKu, nescaya Aku mengabulkannya dan apabila ia memohon perlindunganKu, nescaya Aku melindunginya"... Ya Allah..betapa hamba banyak tersasar daripada kebenaranMu..sedangkan yang sepatutnya menjadi pendengaran, penglihatan, perbuatan kaki & tangan hamba adalah Engkau Ya Rabbi...untuk menegur seorang yang meringankan solatnya, hamba takut jika hamba derhaka padanya..tidak pula hamba terfikir tentang hakMu yang wajib hamba pertahankan..untuk menegur khilaf dan kejahilan yang berlaku sering hamba fikirkan perasaannya...ampunkan dosa hamba Ya Allah... berikan hamba kekuatan menegakkan kebenaranMu dan meruntuhkan kebatilan yang Engkau murkai...